Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AhLaN wAsAhLan....sELamAt dAtAng kE prOfiLE aNa bAkAL jEnAzAh~

~jAgA diRi..jAgA imAn..jAgA hAti..jAgA kEsElurAhannya..^__^~


salam seindah seharum kasturi

moga ukhwah kita harum mekar mewangi hingga ke syurga
dielahmujahidah90. Powered by Blogger.



muslimah dan penampilannya....


mutakhir ini, golongan wanita yang memakai tudung sudah bertambah, alhamdulillah..golongan wanita yang menyampaikan dakwah Islamiyyah juga bertambah, alhamdulillah..namun, ada 2 persoalan yang timbul di sini apabila di rujuk kepada ilmu dan amal yang asal dan tulen iaitu sebagai Ahlul Sunnah Waljamaah..wallahua'lam..

persoalan pertama, apakah pemakaian tudung itu sudah mengeluarkan "mereka" dari menjadi fasiq? astaghfirullah..wallahua'lam..

pemakaian tudung berfesyen semakin mendapat sambutan..umpama goreng panas..iklan sahaja 1 fesyen, maka akan ada pelanggannya..

namun..apakah hukum asalnya memakai tudung? apakah utk berfesyen? wallahua'lam..

persoalan kedua, apakah golongan wanita diberi keistimewaan utk berfesyen ketika menyampaikan dakwah Islamiyyah?

hal ini sangat menghairankan..apabila adanya golongan wanita yang keluar di kaca TV serta media dengan penampilan berfesyen, adanya mekap dimuka, apakah ini dibolehkan sebagai keistimewaan ketika dakwah Islamiyyah? wallahua'lam..

2 persoalan ini perlu diteliti sebaiknya oleh golongan wanita..

begitu juga lelaki yang menjadi abang kepada adik perempuannya, ayah kepada anak perempuannya, suami kepada isterinya..dan seumpamanya..wallahua'lam..

hal ini teramat pelik sebenarnya..

apakah syarat utk berdakwah atau lebih menyampaikan ilmu Iman dan Islam terutama di TV atau seumpamanya adalah perlu bermekap, perlu berfesyen, perlu memakai wangian yang menusuk hidung dan seumpamanya?

hal ini teramat hairan..

apakah tudung yang dipakai itu mesti bersilang-silang bagi memenuhi hukum Islam?

apakah pemakaian tudung itu mesti menarik perhatian manusia yang bukan mahram sehingga memakainya dengan pelbagai warna yang cerah dan corak?

wallahua'lam..

2 persoalan utama boleh terungkai kepada persoalan-persoalan yang lain, yang lebih menghairankan, yang lebih pelik dan ganjil..astaghfirullah..

apakah ini suatu "pembaharuan"? astaghfirullah..wallahua'lam..

kepada golongan yang berkenaan..

pertama..tiada hukum sunat atau wajib utk kalian bertudung yang boleh menarik perhatian manusia yang bukan mahram kepada kalian..

apabila tiada hukum sunat dan wajib kepada amal itu, maka apakah hukumnya?

andai diletakkan hukum harus, maka ia adalah amal yang sia-sia, kerana amal itu dilakukan tidak mendapat pahala..maka mengikut ilmu tassawuf, amal yang sia-sia dilakukan adalah maksiat hati kepada Allah S.W.T..astaghfirullah..wallahua'lam..

makhruh? haram? wallahua'lam..nilaikan sendiri..wallahua'lam..

kepada golongan yang berkenaan..

kedua..tiada hukum sunat atau wajib utk kalian bermekap dan berfesyen ketika melakukan dakwah Islamiyyah..

apabila tiada hukum sunat dan wajib kepada amal itu, maka apakah hukumnya?

andai diletakkan hukum harus, maka ia adalah amal yang sia-sia, kerana amal itu dilakukan tidak mendapat pahala..maka mengikut ilmu tassawuf, amal yang sia-sia dilakukan adalah maksiat hati kepada Allah S.W.T..astaghfirullah..wallahua'lam..

makhruh? haram? wallahua'lam..nilaikan sendiri..wallahua'lam..

maka..wahai muslimah yang ku cintai dan ku sayangi..

usahlah melakukan perkara yang sia-sia utk mu..bahkan 2 amalan itu boleh menyebabkan dirimu berada dalam kemungkaran Allah S.W.T...astaghfirullah..wallahua'lam..

maka...bertudunglah dirimu wahai muslimahku...labuhkanlah tudung mu sehingga menutup dadamu..andai sampai ke pinggan sekalipun, itu lebih baik..wallahua'lam..

maka...hiaslah wajahmu secara sederhana..usah biarkan ia menjadi fitnah kepadamu..sebaiknya, tutuplah ia, kerana itu lebih baik utkmu..terutama di akhir zaman ini yang terdapatnya pelbagai fitnah dan ujian yang mencabar..astaghfirullah..wallahua'lam..

di sebalik 2 persoalan utama di atas..ada satu persoalan utama yang lain berlegar di pemikiran dan persekitaran..

apa ya..(^_^) alhamdulillah..

"kalau wanita ni tak boleh makeup, tak leh nak berhias diri, kenapa ada golongan suami yang kata boringlah isteri ni, tak pandai nak makeup, pakai baju sama aje, tak berwangian pun, wajah pun jerawat aje, tak berbedak pun, tak bergincu pun"..(^_^)

persoalan ini amat menarik..

cuba lihat kembali pada persoalan dan huraian diatas..hal di atas merujuk kepada keadaan di "LUAR" yang berhadapan dengan golongan bukan muhrim..

kalau dengan suami? pakailah makeup sampai muka jadi putih melepak pun tak apa, nak pakai pakaian seksi pun pakailah..itu suami kalian..

"jadi, kalau makeup ke, atau pakai lotion ke, mesti muka jadi putih nanti di luar sana, ya lah, pasti ada jugak walaupun basuh"..

senang aje, pakailah purdah..(^_^)

jadi...berhiaslah secantiknya di hadapan suami mu..dan tutuplah kecantikanmu apabila bukan suamimu..(^_^)

faham bukan? insya Allah..wallahua'lam..

dipetik dari status ustaz As-Syahid Mujahiddin Fillah:
http://www.facebook.com/Abdullah.mukmin#!/Abdullah.mukmin?v=wall&story_fbid=130145023684986

wanita hiasan dunia.. seindah hiasan adalah wanita yang solehah..

0 comments:

blogger widgets