Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AhLaN wAsAhLan....sELamAt dAtAng kE prOfiLE aNa bAkAL jEnAzAh~

~jAgA diRi..jAgA imAn..jAgA hAti..jAgA kEsElurAhannya..^__^~


salam seindah seharum kasturi

moga ukhwah kita harum mekar mewangi hingga ke syurga
dielahmujahidah90. Powered by Blogger.



~Semoga Ianya Lebih Baik~



Assalamualaikum....

“Belajar nombor satu! Tapi dakwah bukan nombor dua..”
satu kata-kata semangat yang ku dapat dri sahabat blog ku.. ku jadikan ia sebagai "alat" untuk meniupkan semangat ku bila mana ku lemah dan tersadar di dua persimpangan antara belajar dan dakwah..wallahualam..

sedar xsedar, sudah hampir sebulan kita meninggalkan tahun 2010.. bermakna juga sudah hmpir sebulan ku jauh dr rumah. dan juga sudah sebulan saya memulakan semester 2 di sini.. dan lama juga lah xtulis entry baru...baru2 ini da sahabat baik ku bertanya bilakah mahu update new entry.. sibuk itu, bukanlah alasan.. setiap masa pun akan sibuk. tapi idea untuk menulis xkunjung tiba. banyak entry yang hanya jadi draft, tulis separuh dan terbengkalai macam tu saja. Mungkinkah diri ini yang "kering" hingga xmampu untuk memberi manfaat pada yang lain? saya sebenarnya, mungkin boleh di kategori kan seorang yang cerewet dalam menulis sesuatu di blog ini. kalau boleh, saya tidak mahu penulisan saya hanya berlandaskan pada luahan hati sje, ataupun sekadar syok sendiri ataupn seumpamanya lah..saya lebih suka jika penulisan saya dpt memberi manfaat utuk saya dan sahabat2 sekalian.. Nak tulis tentang "itu", rasa macam xsesuai.. Nak tulis tentang "ini", rasa macam xcukup ilmu lah pulak..so, akhirnya, satu apa pun xsiap. mungkin ini salah satu sebabnya juga..wallahualam..

kali ini, saya sekadar mencuba tulis apa yang ada dalam minda saya ni. spontan nukilan sementara menanti waktu utk melaksanakan kebajikan perut (makan),.emm..dalam masa sebulan ni, macam2 perkara berlaku. pahit..manis..suka..duka..kelat..masam..gembira..hepy..senyum...semua lah ada.. hidup ini, jika tidak di datangkan ujian, maka bukan hidup lah namanya itu. tiada kemanisan dan kenikmatan hidup andai kita tidak di uji.. kerana, sesungguhnya ujian itu adalah tarbiyah dr ALLAH dan ujian itu bisa mematangkan kita. sungguh, orang yang mengaku diri mereka itu beriman, akan di datangkan ujian mengikut tahap kemampuan masing2. sebagaimana firman Allah swt yang membawa maksud;

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan: ‘Kami telah beriman,’ sedangkan mereka tidak diuji terlebih dahulu? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 2-3)


Dalam ayat di bawah ini, dijelaskan pula tentang hubungan antara manusia dengan kehidupan adalah hubungan antara ujian dan cubaan. Sebagaimana firman Allah s.w.t yang membawa maksud:

“Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi itu sebagai perhiasan, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang paling baik amal perbuatannya. Dan sesungguhnya Kami akan menjadikan (pula) apa yang ada di atasnya menjadi tanah rata dan tandus.” (Al-Kahfi: 7-8)

Ujian dan cubaan itu tidak hanya berupa kesusahan, kesulitan dan kesakitan saja, akan tetapi dapat juga berupa kesenangan, kemewahan dan sebagainya, sebagaimana firman Allah s.w.t yang membawa maksud;

“Dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan, dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.” (Al-Anbiya’: 35)

Ujian yang datang dari Allah berupa nikmat harta kekayaan dan berbagai macam kesenangan, pada hakikatnya adalah lebih berat daripada ujian dengan bencana, seksaan dan lain-lain. Alangkah ramainya orang-orang yang memperoleh kekayaan, akan tetapi dengan kekayaannya itu menyebabkan celaka bagi dirinya, kerana ia tidak dapat menggunakan hartanya itu dengan sebaik-baiknya. Kekayaan seperti itu justeru menjadi ujian bagi dirinya. kerana itu, setiap manusia di datangkan ujian mengikut tahap kemampuan masing2.. insyaallah, kita semua mampu untuk hadapinya..

ku selitkan juga beberapa ujian ku di sini dalam mengejar jihad ilmu Allah. setiap hari, perebutan bas akan berlaku di kalangan mahasiswa dan mahasiswi university malaysia sabah. pada ketika ini, pergeseran antara mahasiswa dan mahasiswi akan berlaku.. berpeluk-pelukan antara satu sama lain, tolak - menolak antara satu sama lain, pijak memijak... Allah.. rasa trauma pula untuk melaluinya setiap hari, tapi, ini lah yang perlu ku lalui. setiap hari ku berdoa, moga saya dan sahabat2 lain, sentiasa di bwah pemeliharaan allah. moga allah memudahakn urusan jihad ilmu kami. kadang-kadang, diri ini hanya mampu melihat gelagat2 shbt2 di sini yang berebut2 untuk naik bas. kerana tidak mahu diri ini di himpit oleh lelaki2 bukan mhrm, daku hanya mampu melihat dan tersenyum. kadang2 tergelak sendirian melihat gelagat mereka, berebut2 untuk mendptkan tempat di dalam bas, perilaku mereka seolah2 menunjukkan bahawa mereka ini bukan dari golongan mahasiswa mahasiswi yang bijak pandai. di manakah hilang sifat sopan santun mereka?sifat toleransi mereka?sifat profesional mereka sbgai mahasiswa? ku cuba untuk berfikir positif, mungkin kerana desakan waktu yang mendorong mereka untuk berebut2. tidak lah berhasrat di hati ini untuk mengatakan bahawa diri ini lebih baik dari mereka, cuma sekadar lontaran idea yang ke"konfius"an memikirkan tentang itu.. teringat saya pada minggu lalu, ketika saya ingin pulang ke kolej kediaman. pada ketika itu, jam menunjukkan pukul 5 petang, dan saya terpaksa berebut bas lantaran kesuntukan masa untuk menunaikan ibadah wajib, yakni solat asar pada ketika itu. doa tidak putus ku panjatkan dalam hati,moga allah senantiasa melindungiku dari terpeluk2 atau bergeseran dengan lelaki2 di situ. dalam usaha untuk memijak tangga di pintu bas ums tu, secara tiba2 saya dikepung dengan mahasiswa2 yang juga turut berebut2 untuk naik bas.. Allah, saat itu,hnya Allah saja yang tahu gelodak hati ku, getaran ketakutan di hatiku. ku berdoa, moga ALLAH permudahkan urusanku. ku tahu, Allah titipkan ujian sebegitu buatku untuk menguji sejauh mana keimanan ku, relakah aku untuk bergeser2 dengan lelaki bukan mhram, atau aku berusaha untuk menjaga diriku dan maruahku sebaik mungkin. tanpa ku sedari, saya menutup muka dan takbir. malunya saya pada Allah dan mereka2 di sekeliling kerana saya dihimpit2. saat itu, seorang muslimin di sebelah saya, terpaku melihat reaksi saya, lalu, dia berkata kepada saya, dalam bising2 itu, saya masih sempat menangkap budi bicaranya,

"Jangan takut awak. Jangan risau. Saya tak akan peluk awak. Saya xakan sentuh awak.."

lalu, dia memberi ruang buat saya untuk naik ke dlam bas, kemudian dia menghalang sahabat2 lelakinya dari mengenai tubuh saya ...

"oit2..bagi dia(merujuk pd saya) naik dulu. jangan tolak2.."

tanpa sedikit pn saya berpaling padanya, saya terus naik ke perut bas tersebut. Rasa kesal juga di hati, tidak sempat mengucapkan terima kasih, tpi tiada mengapa, mungkin itu yang terbaik. wallahualam.. moga Allah merahmati hidupnya.. Amin..

itu lah salah satu ujian ku di sini. ada banyak lagi, tapi biarlah ia menjadi rahsia antara saya dan Allah. kalau diceritakn nanti, sampai ke subuh tahun depan tidak habis2 lagi..hihi..alhamdulillah.. ku sedar, dari ujian yang Allah titipkan buatku ini, dpt ku analisis diri ku.Alhamdulillah,masih ada solehah dlm diriku. walau dalam keadaan yang ku kira darurat juga lah, masing2 berebut naik bas untuk sampai on time ke lecture, saya masih memilih untuk menjaga batas2 pergaulanku. masih wujud malu dlm diri ku, walaupn saya hanya bergeseran bahu secara xsengaja masa menaiki bas tersebut. terima kasih yang tidak terhingga ku panjatkan pada Rabbul Jalil kerana sentiasa melindungi diri ini, terima kasih juga buat keluarga tersayang, kerana xpernah lupa untuk menitipkan doa buat diri ini, terima kasih juga buat sahabat2 seperjuangan yang juga xpernah putus2 menghadiahkan doa manis buatku, dan terakhir sekali, terima kasih buat insan yang bakal menjadi suamiku, yang tidak ku tahu siapa gerangannya, kerana ku yakin, insyaallah, "dia" juga turut berdoa spya aku sentiasa dalam lindungan Allah sebagaimana doa yang sama ku titipkan buat si dia..(jiwang sekali sekala..hehe)....

sedar xsedar, dah panjang lebar nukilan saya ni. bosan pun ada nak membacanya kan..hehe.. apa2 pun, ada moral value yang saya ingin sampaikan setiap bait bicara yang saya kongsikan buat sahabat2 sekalian. ada mesej yang tersirat yang cuba saya sampaikan. tepuk dada buang kuman, tepuk hati tanya iman. wallahualam..


di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" buat sahabat baik saya yang telah selamat di ijab kabulkan pada petang 28january 2011. Moga mereka berjaya membentuk keluarga sakinah. Amin..


akhir kalam, moga apa yang dapat diberi manfaat, di amalkan, dan moga yang buruk, dibuang jauh2, di jadikan sempadan.. ambil yang jernih, buang yang keruh. jauhkan hidup dari sifat sering berprasangka buruk sama ada dengan Allah dan sesama manusia. Hiduplah bermasyarakat dan harmoni. Jaga diri, Jaga iman, Jaga hati dan jaga keseluruhannya,..

Berdoa..berdoa..berdoa lah..moga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya...kan doa itu senjata bg orang mukmin...dah lupa ke?hee..so..kept your effort to continue pray to infintiy...insyaallah..

waalaikumussalam...

salam seindah seharum kasturi,






0 comments:

blogger widgets