Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AhLaN wAsAhLan....sELamAt dAtAng kE prOfiLE aNa bAkAL jEnAzAh~

~jAgA diRi..jAgA imAn..jAgA hAti..jAgA kEsElurAhannya..^__^~


salam seindah seharum kasturi

moga ukhwah kita harum mekar mewangi hingga ke syurga
dielahmujahidah90. Powered by Blogger.



~Khas Buat Sahabat2ku~





Kala aku sukar,

Kau sentiasa menyuakan bahumu,

Kau satu-satunya yang tidak akan menabahkanku dengan kata,

Kau adalah yang satu-satunya menguatkanku dengan tindakannya,

Sukar mencari sepertimu,

Kerna setakat ini kau seorang sahaja,

Berjauhan kita takdir Tuhan,

Aku berdiri di sini dan kau di sana mencari redha Ar-Rahman,

Aku tahu kau tidak sukar tanpaku,

Tetapi nyata aku kepayahan tanpa kewujudanmu,

Kerna kau satu-satunya bahu yang ada,

Saat tenagaku susut kontang kekuatannya.

Bila bersendiri,

Aku rindu saat kita bersua,

Saat kau mendengar luahan rasaku penuh perhatian,

Tika kau mengerutkan dahimu tanda berkongsi keperitan,

Masa kau mengetap bibirmu turut kegeraman,

Bila kau berkata “Enti nak ana bantu apa? Ana usahakan.”

Kadangkala hingga tertitis air mata ini,

Kerna manusia sepertimu tidak dapat kujumpa lagi

Hatta berjauhan,

Kau masih memberikan bahumu,

Di atas talian, kita berhubung, kau tetap berusaha menguatkanku,

Setiap saat kau usaha memberikan tenaga,

Setiap waktu kau cuba mengisi jiwa,

Nyata bahumu kurindu,

Untuk kuluah segala-gala,

Kerna kau sahaja,

Yang tidak aku segan melemahkan diri selain Dia.

~Hilal Asyraf~

2 comments:

Addien said...

wahh...pandai berpuitis yerk skrg..bguihh

sEindAh mAwAr bErdUri said...

erk..mana ada..yang ni bukan saya yang buat..Hilal Asyraf yang buat..saya xda masa lagi nak mengarang puisi..nt2 lah;insyaallah

blogger widgets