Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AhLaN wAsAhLan....sELamAt dAtAng kE prOfiLE aNa bAkAL jEnAzAh~

~jAgA diRi..jAgA imAn..jAgA hAti..jAgA kEsElurAhannya..^__^~


salam seindah seharum kasturi

moga ukhwah kita harum mekar mewangi hingga ke syurga
dielahmujahidah90. Powered by Blogger.
~Cinta Allah Cinta Abadi~


Azilah benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yang terus berlalu. Dia sangat tertekan waktu itu. Azilah memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.


Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Muslim bersama, ke mana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yang amat dinantikan olehnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Muslim bukan kekasih yang dikenalinya dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Muslim untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan terkubur kini. “Kau jantan penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” Hari demi hari, hati Azilah makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yang berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yang bernama lelaki itu.

Sehinggalah pada suatu hari, Azilah bertemu dengan seorang gadis di sebuah program motivasi. Pertemuan di dalam sebuah majlis yang singkat itu tidak di duganya membuahkan sebuah persahabatan yang berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur katanya diatur sempurna. Nur Mujahidah, itulah nama yang diungkapkan gadis itu sewaktu Azilah menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Azilah tidak tertarik untuk mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Azilah tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.


Sejak mengenali Mujahidah, Azilah mula mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah bermakna Azilah yang dahulu jauh daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan kehidupannya lebih terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yang menonjolkan dadanya, kini tudung itu menjadi bertambah labuh. Jika dahulu, T-shirt dan jeans menjadi pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh agar tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari, Azilah seakan-akan mampu melupakan Muslim. Kini Mujahidahlah dunianya, segala masalah dikongsikan bersama. Kehadiran Mujahidah mampu menggantikan tempat Muslim. Yang anehnya, Mujahidah seolah-olah seperti Muslim versi wanita baginya.

Saban hari, semakin ramai yang gemar untuk berdampingan dengan Azilah. Dia amat bahagia kini kerana dikurniakan ramai sahabat yang ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka. Ramai pemuda cuba untuk mendekatinya, namun Azilah segera menolaknya kerana dia sedar, cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya. Apa yang dinantikannya kini hanyalah CINTA kepada Ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan bertunjangkan hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan siapa orangnya, biarlah Allah sahaja yang menentukannya.

Kini genaplah lima tahun pengajiannya di Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan. Minggu hadapan, dia akan mula bercuti. Azilah sudah mula sibuk mengemaskan barang-barang untuk pulang ke kampung halaman. Tiba-tiba Mujahidah datang mengirimkan sepucuk surat kepada Azilah. Tanpa sebarang bicara, Mujahidah berlalu pergi. Perlahan-lahan, Azilah membuka sampul surat berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar dengan tulisan tangan di sampul surat itu. Tulisan insan yang pernah membuat hidupnya sengsara dahulu.

Assalamu'alaikum wrh,

Ke hadapan Nurul Azilah binti Mohd Khairuddin, gadis yang selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan InsyaAllah, untuk selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa sebarang berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku mahu mencari CINTA dariNya.

Mungkin dahulu aku pernah membawamu ke dunia penuh kelalaian. Atas desakan hawa nafsu, aku mengajakmu melanggar batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan kamu sendirian merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu. Siang, malam, hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu. Mungkin kau tidak menyedari, aku sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja kubiarkan tidak berbalas. Maafkan aku.

Kuhadiahkan kamu adikkku, Nur Mujahidah sebagai penggantiku, teman sewaktu kamu senang dan susah. Segala perkembangan tentang kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-kadang ada juga kau mengeluh tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu. Namun, aku perlu berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai isteri. Ilmu agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari rezeki buat kita berdua.

Kini sudah tiba masanya untukku sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat kamu membaca surat ini, rombongan meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau sudi untuk menerimaku sebagai suamimu.
Sekian, wassalam.

Yang Benar,

Muslim.

Azilah terdiam seketika, hatinya berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia bahagia kini. Tidak disangka, insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan pembelot rupa-rupanya seorang kekasih yang sejati. Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada CINTA kepada Allah Yang Maha Esa. Azilah mula menyambung kembali tugasnya. Tidak sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Muslim disatukan nanti. Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Muslim dan Azilah, anda bagaimana?

SOLEHKAN DIRI UNTUK MEMILIKI YANG SOLEHAH...
SOLEHAHKAN DIRI UNTUK MEMILIKI YANG SOLEH...


4 comments:

alfaqirohilaallah said...

I like it. (",)

sEindAh mAwAr bErdUri said...

hehee..i know u will like it..heee..juz change the name je..ehee..im be the main character!!huhu..suka2..ehee

Qudwah Nazifa said...

oh god???patut la ak cm knl je nm dlm cte ni..hehe..kini ku tau sapa di hti mu..hehe

sEindAh mAwAr bErdUri said...
This comment has been removed by the author.