Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AhLaN wAsAhLan....sELamAt dAtAng kE prOfiLE aNa bAkAL jEnAzAh~

~jAgA diRi..jAgA imAn..jAgA hAti..jAgA kEsElurAhannya..^__^~


salam seindah seharum kasturi

moga ukhwah kita harum mekar mewangi hingga ke syurga
dielahmujahidah90. Powered by Blogger.



~Rahsia antara kamu dan DIA~



Hidup ini selalunya menjadi sukar apabila kita berbuat sesuatu kerana manusia. Kenapa? Kerana kita tidak pasti balasan apakah yang bakal kita perolehi hasil daripada tindakan kita.

Kita sering mengharapkan, apabila berbuat baik kepada si dia yang bergelar insan, kita juga mahu dibalas baik. Namun, apabila buruk yang diberi, kita rasakan segala yang dilakukan hanya sia-sia, tidak berguna.

Ikhlas menenangkan jiwa, wahai diri. Buatlah sesuatu sebaik dayamu & ikhlaskan hatimu seikhlas-ikhlas yang termampu. Pastikan terasa manisnya hidup ini walaupun tika itu kau dipandang sepi. Kerana ikhlasmu adalah rahsia... antara kamu dan Dia......

Duhai hati yang senantiasa mengeluh,
usaikan keluhanmu, rungkaikanlah kesedihanmu, sesungguhnya dirimu mengetahui jalan yang kamu pilih ini ada ranjaunya..Duhai hati, tiada apa lagi penawar di alam fana ini, melainkan janji kepastian dari RabbMU..sahutlah seruan ini wahai mujahid mujahidah...tepislah segala alasan yang menghantui diri...OPTIMIS, BERLAPANG DADA, RENDAH HATI DAN GUNALAH CARA YG BERHIKMAH ..yg paling penting sekali ikhlaskan niatmu wahai diri..........


Dakwah yang tenang, namun lebih gemuruh
Dari tiupan taufan yang menderu..

Dakwah yang rendah hati, namun lebih perkasa

Dari keangkuhan gunung yang menjulang..

Dakwah yang dekat, namun lebih luas

Dari belahan bumi seluruhnya..


(Hasan Al-Banna, Ilasy Syabab)

0 comments:

blogger widgets