Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AhLaN wAsAhLan....sELamAt dAtAng kE prOfiLE aNa bAkAL jEnAzAh~

~jAgA diRi..jAgA imAn..jAgA hAti..jAgA kEsElurAhannya..^__^~


salam seindah seharum kasturi

moga ukhwah kita harum mekar mewangi hingga ke syurga
dielahmujahidah90. Powered by Blogger.



~Ketika Cinta Memanggil Part 5~



****************************************************************

“Wardah, ada ke bas ni? Jom lah kita tunggu kat depan bus stop kat jalan besar Matrik ni. Kita boleh naik bas2 lain selain bas Rahmat Alam tu. Ramai orang ni Wardah, confirm kena berdiri kita nanti.....” Asiah Khadeeja member cadangan.

Tika itu, Wardatul Shauqah, Insyirah Humaira’ dan Asiah Khadeeja sedang menunggu bas Rahmat Alam yang menjadi pengangkutan utama pelajar Kolej Matrikulasi Pahang untuk ke Bandar Kuantan. Teringat teguran jenaka pensyarah mereka, “ Orang hujung minggu kejar Rahmat Allah, tapi kalian semua kerja Rahmat Alam....” Memang menjadi rutin harian setiap hujung minggu bagi pelajar Kolej Matrikulasi Pahang berebut-rebut menaiki bas Rahmat Alam. Bermacam-macam ragam yang dapat di lihat ketika itu. Dan bermacam-macam aksi mereka merebut tempat duduk. Yang lemah, berdirilah jawabnya, yang kuat akan menang. Kebiasaannya, Wardah dan sahabatnya lebih suka mengalah dari berebut-rebut, dan akhirnya, merekalah yang akan berdiri. Kadang2, bukan tiada tempat kosong di dalam bas tu, tapi mereka lebih rela berdiri dari duduk di sebelah lelaki. Kata mereka, selagi mana mereka mampu menjaga diri dan ikhtilat, mereka akan pertahankannya. Pernah juga sekali, Wardah dan sahabat-sahabatnya “di perli” oleh konduktor bas sebab rela berdiri dari duduk sebelah lelaki. “oh. Geng-geng ustazah, tu yang tak nak duduk tu. Haram katanya.....” Wardah dan sahabat-sahabatnya membalas kata2 konduktor bas tu dengan seulas senyuman. Walau dalam hati berbirat dengan kata2 tu, namun mereka tetap senyum. Biarlah apa orang nak kata, bukan pandangan manusia yang mereka nak cari, tapi pandangan Allah yang hakiki itu yang mahu dikejar.

Pada hujung minggu itu, ramai pelajar yang Outing. Beli barang untuk buat persembahan barangkali, kerana minggu depan pihak Dinamika Kemahiran akan menganjurkan pertandingan dan setiap kelas yang terdiri dari pelajar Sains Hayat wajib untuk membuat persembahan berdasarkan kategori masing-masing. Kebetulan, kelas Wardah di amanahkan untuk membuat persembahan sajak yang di sertai dengan lakonan. So, banyaklah props yang mereka perlu sediakan. Hampir semua rakan sekelas mereka pergi untuk membeli barang2 props mereka. Rakan2 mereka yang lain sudah lama menyusul pergi ke Kuantan, mereka bertiga menyusul kemudian kerana lama menunggu Asiah Khadeeja bersiap.

Cadangan Asiah Khadeeja di sambut mesra dan mereka bertiga menunggu bas di luar Kolej Matrikulasi Pahang.

“ni ada ke tak bas ni? Lama juga tunggu. Seram pun ada. Sunyi je.kita bertiga je pulak tu..aish..menakutkan...” rungut Asiah Khadeeja.

“itu lah As, Humaira’ pun dah berpeluh ni...” sambut Insyirah Humaira’ mengiyakan kata2 As..

“tau xpe. Dah cair make up Wardah ni. Nanti xda sape2 nak kat Wardah dah..hehehehe..” Wardah sekadar berjenaka..

“Apalah Wardah ni, nak cair make up apa nya, macam lah Wardah pakai make up, bedak pun Wardah pakai sikit je.. lain lah As ni, baru leh kata gitu. Tukar dialog, tukar dialog, sepatutnya As kata gitu...hihihi..”

Kata-kata Asiah berjaya meletuskan ketawa mereka bertiga. Asiah Khadeeja, memang seorang yang lemah lembut, Wardah label dia dan Humaira’ sebagai golongan ‘lembut’ sebab bagi Wardah, mereka berdua bila bertutur, lembut bicaranya, dan bila berjalan, lenggok pinggangnya, bukan sengaja, tapi sudah azali mereka di cipta begitu. Subhanallah, siapa yang pandang, pasti akan terpikat. Sedang asyik mereka berbual-bual untuk menghilangkan kebosanan menunggu bas, tiba-tiba ada 4 buah lori yang mengangkut simen berhenti depan bus stop tempat mereka menunggu. Debaran hati masing2 hanya Allah dan empunya diri yang mengetahui. Takutnya mereka, dikhuatiri mereka di apa2 kan. Dalam hati, Wardah cuba husnuzon, “mungkin mereka nak check tayar masing2 kot. Takut bocor kot..” mereka pegang tangan antara satu sama lain, member kekuatan dan semangat, moga tiada apa2 yang berlaku. Mereka berdoa dalam hati. Namun, Allah itu Maha Mengetahui tahap kemampuan hambaNya, lalu Dia menguji mereka. Seramai 6 orang lelaki turun dari lori tersebut dan menghampiri mereka bertiga. Ya Allah, saat itu, tangan Humaira’ menggigil ketakutan. Di kejapnya tangan Wardah supaya Wardah bagi kekuatan padanya. Asiah jua begitu, memegang erat tangan Wardah. Seolah mahu menjerit kesakitan Wardah kerana mereka berdua mencengkam kuat tangannya, tapi Wardah tetap bertahan. “Aku kena kuat, aku kena kuat. Kalau aku tak kuat, apa akan terjadi pada sahabatku. Ya Allah, kuatkan aku dan sahabat2ku dan jauhi kami dari niat jahat manusia2 ini. Dengarlah dan perkenankanlah doaku ini...” rintih hati Wardah.

Dua orang lelaki menghampiri mereka, seorang lelaki pula menuju ke semak tepi bus stop, manakala 3 orang lelaki lagi stand by di tepi lori masing2. Mereka bertiga tidak henti2 berdoa dan berzikir. Kaki mereka seakan2 kaku untuk menyelamatkan diri. Yang mampu mereka lakukan adalah berdoa, berdoa dan berdoa.

“hai cik adik manis bertiga. Nak pergi mana? Bandar? Jom. Abang2 boleh hantarkan. Tak pe, tak pe, tak perlu risau, tak perlu bayar, free of charge je..hehehee..jom lah. Jangan malu2....” ajak seorang lelaki yang mungkin dalam lingkungan 40-an.

“Aaah cik adik. Jom lah. Sebelum sampai Bandar tu, kita boleh buat ‘projek’ ringan2 sikit, xperlu takut, xpandai abang2 ni boleh tolong..hahahaaa....” seorang lelaki bermisai pula bersuara sambil gelak kuat.

“issshh...geram betul abang tengok yang pakai tudung labuh ni, apa lah yang cik adik sembunyi kan sangat dari tudung yang besar tu. Ni buat abang tak sabar ni..cepatlah sayang. Jom2...” rakus lelaki pertama tadi mengeluarkan kata-katanya.

“Ya Allah. Aku tahu Kau sedang memerhatikan kami. Aku tahu Engkau sengaja ingin menguji kami. Aku yakin, ada sebab kenapa Kau uji kami dengan ujian ini. Aku tahu, ujian itu merupakan MainanMu. Ya Allah, pun begitu, aku tetap ingin meminta padaMu, tunjukkanlah kami jalan keluar dari permasalahan ini, hadirkanlah pertolongan kepada kami walau dengan seangkatan semut sekalipun. Ya Allah.....Aku tahu Kau sedang mendengar doa kami...Ya Allah....”rintih hati Wardah.

Tiba-tiba...

“Ehem..ehem..Assalamualaikum abang-abang semua. Lori2 abang rosak ke sampai semua lori tersadai kat sini? Ada boleh saya dan kawan2 bantu ke?? Tak pun, saya boleh panggil polis berdekatan bantu tolong setelkan ‘masalah lori2’ abang ni......” ujar satu suara pemuda yang datang bersama 4 orang kawannya.

“eh..xda pe2..polis?eh..xda pe2. Lori kehabisan air je td. Dah ok dah ni....” jawab pemuda kedua tadi tergugup2.. dengan pantas mereka berenam beredar dari situ.

Alhamdulillah, segala2 puji hanya bagi Allah. Bersyukurnya mereka kepada Allah kerana telah perkenankan doa mereka. Keyakinan Wardah pada Penciptanya makin mendalam. Benarlah, janji Allah itu pasti. Teringat dia pada firman Allah yang bermaksud,

“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

Surah Muhammad; ayat 7.

Tak sia-sia selama ini dia dan sahabat2 berjuang di jalan Allah. Belum pun sempat mereka mengucapkan terima kasih atas pertolongan lelaki itu dan sahabatnya, dia terlebih dahulu mengundurkan diri jauh sedikit dari mereka bertiga dan menunggu bas bersama2.

“Wardah, baru Humaira’ perasan, tu lelaki yang nama Ed, lelaki yang ramai peminat tu, yang sosial sikit. Pastu ramai awek kot. Dah ramai juga perempuan2 patah hati dengan dia, dan baru2 ni dengar cerita si Balqis nak bunuh diri kot sebab si Ed tu tolak cinta dia mentah2.. ish. Dasyat betul penangan cinta si Ed ni... “ Humaira’ panjang lebar bercerita.

“Aah lah Humaira’. As pun baru perasan. Selama ni tengok dari jauh je, sekarang dapat tengok dari dekat, fulamak, handsome nya. Terpikat As.tolong kita tadi tu, nak tunjuk macho lah tu..but, so sweet..hehee...”

“Astaghfirullah..bebudak berdua ni. Ke situ pulak. Ni dah lari niat ni. Betulkan niat balik. Kita bru je terlepas dari di timpa musibah yang teruk, ada pula kata macam tu. Wahai sahabatku berdua yang dikasihi, bawa2 mengucap dan istghfar, jangan terlalu terikut dengan perasaan, Allah baru je bagi teguran kat kita tadi, moga kita ambil pengajaran dari peristiwa tadi ye...Baik ke, playboy ke dia, itu kita tak dapat nak nilai sebab kita dengar dari orang lain, bukan kita yang Nampak sendiri dan dengar dari mulut dia sendiri. Lagipun, biarlah Allah yang nilai dia, jangan kita ambil tugas Allah, sesuka hati nak jatuhkan hukuman kepada seseorang tu. Apa2 pun sahabat2ku, kita dah terhutang budi pada mereka. insyaAllah, lepas ni, kita sama2 ucapkan terima kasih kat mereka sebab mereka dah tolong kita tadi..ok sayang2 ku? Husnuzon ok??....” nasihat Wardah pada sahabat-sahabatnya. Wardah memang mengerti perangai Asiah Khadeeja, yang kadang2 cakap tanpa berfikir panjang dan cepat terpengaruh dengan kata2 orang lain tanpa melihat buktinya. Itulah kekurangan Asiah, namun begitu tak pula Wardah meluat mahupun membenci Asiah, tapi dia cuba membantu dan menasihati dan menutupi kekurangan Asiah tu dengan ilmu2 yang ada pada dirinya. Kata orang, bersahabat itu kan saling lengkap melengkapi, kurangnya sahabat kita, ada lebihnya kita, kurangnya kita, ada lebihnya sahabat kita. Dan kerana itu lah kita bersahabat, saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Akhirnya, selama hampir 45 minit menunggu, bas Sri Jengka berhenti depan mereka. Kebetulan, bas Rahmat Alam jua datang pada masa yang sama memasuki perkarangan Kolej Matrikulasi Pahang. Memang benarlah kata orang, penantian itu satu penyeksaan. Dan segala yang berlaku ada hikmahnya. Ed dan sahabat2nya mempersilakan mereka bertiga naik dahulu. Terkejut mereka bertiga namun sempat mereka sembunyikan reaksi muka mereka. Setibanya waktu Wardah untuk naik bas...

“Alhamdulillah. Terima kasih saudara sebab dah bantu kami tadi..” ujar Wardah..lalu dengan berhati2 dia memijak tangga meloloskan ke dalam perut bas.

“Alhamdulillah. Syukur pada Allah, Allah yang memberi bantuan pada saudari semua dengan menghantar kami untuk membantu, tiada apa2 yang kami sumbangkan....” ujar Ed membalas kata2 Wardah.

Wardah sempat menangkap kata2 Ed walaupun tika itu dia sudah berada di dalam bas.

“Alhamdulillah. Moga kau dan sahabat2 sentiasa dalam redha Allah.. ya Allah. Moga Kau pelihar dirinya dan sahabat2nya. Entah kenapa, aku Nampak sifat soleh dalam dirinya...astaghfirullah...koya pula aku ni....” bisik hati Wardah.

Tersenyum-senyum Wardah sendirian.

“uit2 cik bunga mawar berduri oooiii.. Pe senyum2 ni? Cter Hindustan ni dah lama habis dah lah. Ni mengelamun kat sape ni? Kat cik abang Jordan ke? Itulah, bagi peluang suruh tengok muka, xnak, jual mahal, ni dah teringat2...Wardah..Wardah..dengar tak humaira’ ckp ni...”, Humaira’ melibas2 tangan di muka Wardah sambil menggoncang2 bahu Wardah.

“eh2.apa Humaira’ cakap tadi? Tak dengar lah. Laaa.. dah habis ke ceritanya? Laa..ulang balik.nak tgk semula.. eh2.. apa humaira’ ckp td??”.. Wardah baru tersedar dari lamunan panjang.

“laa...mengelamun rupanya. Malas dah lah cakap ngn Wardah. Dah2, xboleh tengok dah. Jom2, solat2, pastu kan Wardah kata ada meeting jap lagi. Humaira’ nak buat homeworks jap. Fizik ni, tak faham pulak. Esok boleh kita rilex2, kata hari sabtu..heee..”

Wardah tersenyum lantas cepat2 dia pergi mengambil wuduk. Rupanya dia mengelamun selama cter Hindustan tu di mainkan. Teringat zaman matrik yang begitu indah. Banyak pengalaman pahit dan manis yang dia dapat dari zaman matrik. Dan dari sana juga, banyak jenis dan ragam manusia yang dia temui dan dia banyak belajar dari mereka tentang episode suka duka kehidupan. Dari sana juga lah dia mengenali jenis manusia seperti Ed. Walau dia hanya kenal Ed hanya seketika waktu, tapi entah kenapa di hatinya begitu yakin Ed bakal menjadi pejuang Agama Allah yang hebat.

“Ed, agaknya, di manalah kamu sekarang? Adakah doaku telah di makbulkan Allah....setiap solat, Wardah tak terlepas untuk berdoa pada Ed supaya Ed berubah jadi lebih baik dari hari2 semalam...Ed.....Allah..Astaghfirullah...jauh aku terpesong..aku dah bertunang..allah......”

Moga esok lebih baik dari hari semalam. Amin....

***********************************************************

Bersambung...

0 comments:

blogger widgets