Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AhLaN wAsAhLan....sELamAt dAtAng kE prOfiLE aNa bAkAL jEnAzAh~

~jAgA diRi..jAgA imAn..jAgA hAti..jAgA kEsElurAhannya..^__^~


salam seindah seharum kasturi

moga ukhwah kita harum mekar mewangi hingga ke syurga
dielahmujahidah90. Powered by Blogger.



~Kalam Bisu Buat Awak~



Assalamualaikum awak...

agak2nya..awak apa khabar ya? entah kenapa,... tetiba hati saya terdetik nak tulis sesuatu kat awak. saya cuba tahan, tapi saya xmampu. Dekat Dia, dah banyak kali saya mengadu, saya minta Dia kuatkan hati saya.. at the end, selalu saya nangis.. Awak, sekarang pun saya tengah nangis. entah kenapa, murah benar air mata saya ni kalau semuanya melibatkan awak. Awak hebat, sebabnya saya memang jenis susah untuk menangis. Tahniah untuk awak sebab dah berjaya tundukkan ego saya.

awak,

saya ingat saya kuat, tapi rupa2nya kadang2 saya jatuh jua. saya dah berusaha untuk jalan dua kaki, tp entah kenapa, kdg2 bila terfikirkan awak, kaki sebelah saya xdapat nak bergerak seiring dengan kaki sebelah saya lagi. akibatnya, saya jatuh. pedih, perit. hanya saya yang rasa. tapi saya xmengalah, saya bangun. saya teruskan perjalanan saya walau kadang2 saya rasa sekejap awak dekat dengan saya, sekejap awak jauh dari saya. saya pujuk hati saya, dengan mengatakan awak ada perjuangan awak sendiri. insyaAllah, satu masa nanti, dengan izin Allah, kita bakal dipertemukan lagi..

awak,

saya xtahu lah awak dapat baca ke tak luahan hati saya ni.kalau Allah izinkan awak baca, dapatlah awak baca. kalau tak, mungkin itu yang terbaik buat kita.
pe2 pn, saya minta maaf kat awak, kalau apa yang selama yang saya rasa terhadap awak, awak tak rasa benda yang sama. teringin saya nak katakan kat awak sebaris ayat ni, "Saya sayang sangat kat awak. sejak mata kita bertemu, saya dah mula rasa sayang pada awak. makin hari, saya rasa sayang saya pada awak makin bercambah..", tapi saya tiada kekuatan untuk bersua muka dengan awak. rasa seperti awak dah berjumpa yang lebih baik berbanding saya. xpe awak, saya rela dan redha dengan ketentuan Ilahi, andai itu yang terbaik buat kita. saya sentiasa mendoakan awak bahagia dengan kehidupan awak.

awak,

benarkah awak dah buang saya jauh2 dari hidup awak? benarkah kasih awak dah tertumpah pada orang lain? dan kasih awak dah pudar untuk saya? maafkan saya awak. kalau selama ni, saya xbisa menjadi yang terbaik buat awak. jujurnya, saya rindu awak yang dulu. saya rindu kenangan2 kita dulu. tapi saya sedar, kenangan hanya tinggal kenangan. xkan bisa di undur kembali. cuma satu saya pinta pada awak, izinkan saya untuk saya simpan kenangan terindah kita. walau tindakan awak nampak seolah2 awak dah tak pedulikan saya, tapi buat pengetahuan awak, saya xkan pernah lupakan awak. awaklah sentiasa bertahta di hati saya. kadang2 kakak saya pun pelik dengan saya. kasih apakah saya pada awak, hinggakan awak seolah2 xnak layan saya, tapi saya tetap cuba nak approach awak, tetap mendoakan kebahagiaan awak dari jauh. sampaikan kakak saya pun kata, tinggalkan je awak, xperlu fikir kalau orang dah xnak kat kita. tapi, saya xsgup, kasihnya saya kat awak, membuatkan hati ini xmampu mengusir awak dr hidup saya. biarlah saya sayang awak dari jauh. itu sudah cukup buat saya.

awak,

untuk sekian kali, air mata saya menitis lagi. murah kan air mata saya ni. awak, dulu setiap kali saya bagi mesej kat awak, awak akan balas. tapi kini, tiap kali saya bgi mesej, sangat sukar untuk awak membalasnya. sedihnya hati saya, hanya Allah saja yang tahu. hati saya menangis, mengenangkan saya dah gagal pertahankan hubungan kita. terfikir saya, apakah salah saya? Ya Allah.. Tak baik nya saya kan, seolah2 menyalahkan tadkir. lalu, saya pujuk hati saya, dengan mengatakan awak sibuk dengan perjuangan awak, awak xda kredit, dan macam2 lagi bagi memujuk hati saya. tapi, saya tau, jauh di sudut hati saya, alasan2 tu tak berjaya memujuk sekeping hati milik saya. saya lemah awak. saya
sedih..

awak,

pabila tengok status2 fb awak, kelihatannya awak gembira dengan hidup awak sekarang. tak kurang pula, awak dah jumpa si dia yang berjaya menyentuh hati awak. saya tumpang gembira untuk awak. saya bahagia kalau awak bahagia. tapi.. tiba2 hati di pagut sedih.. Ya Allah.. sedihnya saya tengok gambar2 awak. niat saya untuk lepaskan rindu kat awak, terus jadi makin sedih. awak, kenapa saya tengok awak dah seperti jauh berubah? saya kah yang berubah, atau awak yang berubah? awak, dulu awak tak pernah tangkap gambar dengan bukan mahram, dekat pula tu, siap berpegang tangan lagi tu!Allah!sedihnya hati saya!saya menangis..menangis..dan menangis..awak..kenapa awak? mana diri awak yang saya kenal dulu? awak..maafkan saya kalau selama ni, saya dirasakan kuno pada pandangn awak.. maafkan saya kalau saya xpndai make up(saya xsuka pn), maafkan saya kalau saya lebih suka memakai jubah, maafkan saya kalau saya xsuka selendang, dan maafkan saya kerana saya hanya saya, yang tak perfect. saya sentiasa terima kekurangan awak. sikit pn saya xkisah siapa awak. kerana kasihnya saya pada awak, kerana Allah.

awak,

mungkin ini episod kehidupan yang Allah aturkan buat kita. Saya redha dengan ketentuannya. awak dan awak, ketahuilah, saya tetap mengasihi awak. cuma, maaf saya katakan, saya sedikit kesal dengan diri awak. mesti awak rasa saya menyibuk kan, tapi ketahuilah, saya tak pernah usir awak dari hidup saya. apa2 pn, satu pesan saya untuk awak, pabila melakukan sesuatu, letakkan Allah jadi matlamat awak, nanti insyaAllah, awak akan sentiasa dalam redhaNya. Matlamat tak menghalalkan cara awak. saya kasihkan awak, sebagai kasih insan bersaudara. mungkin awak xdapat terima kata2 saya ni, tapi insyaallah, suatu masa nt, awak akan faham juga kenapa saya katakan semua ni. awak..perempuan merupakan fitnah terbesar buat lelaki. saya sedar itu, dan saya jua pernah melaluinya. tanpa sedar, saya menjadi fitnah buat diri si 'dia'. tapi saya bersyukur, Allah tegur saya sebelum terlambat.so, saya xnak awak pun jadi macam saya. awak, kalau lepas awak baca ni, awak nak buang saya ke, nak marah saya ke, nak apa ke, saya redha semuanya, saya dah buat persiapan untuk segala kemungkinan. dan maafkan saya kalau apa yang saya katakan di atas memang langsung lari 200% dari kisah sebenarnya, kerana saya jua manusia biasa, xlepas dri melakukan khilaf...maafkan saya...

awak,

awak yang dimaksudkan adalah awak2 yang baca luahan hati saya, terutama awak2 yang dekat di hati saya, sahabat2 seperjuangan saya,sahabat2 baik saya, sahabat2 akrab muslimah saya terutamanya!! awak.. jujur dri hati saya, minta maaf kalau saya xdapat nak jadi sahabat yang baik. saya kesali andai saya bukan shbt yang baik. doa saya buat awak, moga awak tumbuh menjadi muslimah yang tegar. Muslimah yang menundukkan pandangannya, muslimah yang keraskan suaramu, Muslimah yang serius perwatakanmu, Muslimah yang tegas, apabila awak berada di depan atau dibelakang atau di kiri atau di kanan lelaki. Walau atas apa alasan sekalipun, ketuk keegoan mereka, jangan cepat memberi, bangkitkan mereka(lelaki) dri mimpi, jelaskan dengan amal awak, bhwa percampuran bkn caranya, bahawa keseronokkan adalah palsu, bahawa di sini tiada kebahagiam, hanya kehancuran.Ingatlah janji tuhan.Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.Jangan menggadaikan maruahmu semata-mata.Kerana seorang lelaki.Jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu.Hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki..Kerana engkau bukan memancing hatinya tetapi merangsang nafsunya..Ingat awak, bukan saya jeles dengan awak,malah saya sayangkan awak, sebab awak dah mendapat tempat di hati saya. Cinta dan Kasih saya pada awak adalah kerana Allah. awak tetap sahabat saya selamanya. doaku sentiasa mengiringi setiap langkah perjuanganmu. cukuplah sekadar di sini kalam bisu saya. moga ada rezeki, sudilah kiranya kita "berdating" seperti dahulu kala...

salam kasih sayang seharum kasturi untuk awak dari saya,
sahabatmu..
Yaya Al Ninja...

Tika bicara aku beku...
Hadirkan ia dalam bentuk hangat...
Tika jiwa aku sayu...
Tuhan...kurniakan secebis kasih...
Tika aku kecewa...
Titipkan aku sedikit kekuatan...
Tika aku menitiskan airmata...
Lupuskan kecelaruan hatiku...
Tika aku sepi...
Kirimkan aku seorang insan mulia...
Tika jasad ku kaku...
Semoga insan mulia itu doakan aku bahagia 'disana'.
..

4 comments:

Haikal Fansuri said...

nice post.

jemput ke teratak sy pula. newbies la katakan. huhu

http://fikrahmadinah.blogspot.com/2011/06/aku-tak-pandai-mengarang-puisi.html

_virus s0pan_ said...

Assalamualaikum w.b.t

perkongsian yang menarik.
teruskan penulisan ya!
Moga Alla kasihkan anda~

Addien said...

hmm...dielah ni...

sEindAh mAwAr bErdUri said...

haikal < udah.. kome dah melawat..memang kome selalu juga melawak blog aokme.. good job akhi..teruskan perjuangan di medan pena..

virus sopan < wasalam..insyaAllah sahabat. jika di izinkan Allah dan memberi manfaat pada semua, mencuba mana yang mampu..buat sahabat pun sama..sama juang dan moga kasih Allah bersamamu sentiasa..amin..

Ad-Dien << awat din?? aok xsuka ke ngan post kome? sori lah din, tetiba tangan gatai nak menulis tentang ini.. tetiba rindu kat awak2 saya...ahakz

blogger widgets