Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AhLaN wAsAhLan....sELamAt dAtAng kE prOfiLE aNa bAkAL jEnAzAh~

~jAgA diRi..jAgA imAn..jAgA hAti..jAgA kEsElurAhannya..^__^~


salam seindah seharum kasturi

moga ukhwah kita harum mekar mewangi hingga ke syurga
dielahmujahidah90. Powered by Blogger.



~Ketika Cinta Memanggil Part 8~



**************************************************************

It is quite hard to solve non-linear systems of equations, while linear systems are quite easy to study. There are numerical techniques which help to approximate nonlinear systems with linear ones in the hope that the solutions of the linear systems are close enough to the solutions of the nonlinear systems. We will not discuss this here. Instead, we will focus our attention on linear systems….

The equation is :

a x + b y + c z + d w = h


where a, b, c, d, and h are known numbers, while x, y, z, and w are unknown numbers, is called a linear equation. If h =0, the linear equation is said to be homogeneous. A linear system is a set of linear equations and a homogeneous linear system is a set of homogeneous linear equations.

For example,




and



are linear systems, while




is a nonlinear system (because of y2). The system is an homogeneous linear system….. “ panjang lebar Doktor Ho yang merupakan pensyarah Subjek Aljabar Linear mereka menerangkan perihal tajuk “Systems of Linear Equation” yang merupakan subtopik dari subjek tersebut. Yela, nama pun mereka pelajar Matematik, memang subjek kira-kira lah menjadi santapan mereka hari-hari. Minggu ini merupakan minggu terakhir kuliah dan minggu depan bermula lah minggu ulangkaji atau lebih popular dengan “Study Week”. Bermula lah acara pecut memecut bagi setiap insan yang bergelar pelajar.

Kelihatan Wardah, Kak Asrar, Syahadah, Aina dan Amira khusyuk mendengar penerangan dan tip-tip dan tidak lupa juga nasihat-nasihat berguna dari Dr Ho untuk peperiksaan akhir semester nanti. Sesekali kedengaran batuk Wardah yang memecah kesunyian dewan kuliah. Sudah sedaya upaya dia menahan batuk, tapi apakan daya, kegatalan di tekak tidak dapat lagi ditahan. Bukan sekali dua dia batuk, bahkan berkali-kali sehingga membuatkan dia rasa tidak selesa kerana dia yakin, pasti rakan sekuliahnya sedikit terganggu dengan bunyian batuknya itu. Amira yang lebih selesa di panggil Mea itu mengurut-ngurut belakang Wardah, dengan harapan dapat memberi keselesaan pada Wardah.

“Kak Wardah ok tak? Nak pi tandas tak?”, Tanya Mea sekadar berbisik, dikhuatiri Dr Ho mendengar perbualan mereka, bukan mereka tidak arif dengan perangai pensyarahnya itu, pantang sekali di lihat jika ada antara pelajarnya bercakap di dalam kelasnya bila dia sedang mengajar, kalau dapat ditangkap, alamatnya, kena ‘tazkirah free’, dan kalau tak bernasib baik, akan dihalau dari dewan kuliah. Menyeramkan.

“InsyaAllah, ok lagi ni.. Boleh bertahan lagi. Lagipun, sekejap je lagi nak habis kuliah ni…”, Wardah juga separuh berbisik menjawab pertanyaan Mea. Ayat sekadar menyedapkan hati Mea, sedangkan, sebenarnya dia rasa seperti tekaknya nak meletup, gatal sangat, rasa nak hentak-hentak kaki menahan batuk. Doanya moga kuliah ni cepat berakhir..

*********

“Ok lah para pelajar, saya harap kamu semua dapat perform well dalam final exam ni. Buat sehabis baik, jangan cepat mengalah, saya doakan kamu semua Berjaya. Ingat semua tips yang saya bagi, buat semua latihan dalam buku yang saya beri tu. Kalau tak faham, jangan malas-malas nak Tanya saya atau guru tutor kamu. Kami semua ada untuk bantu kamu. Ok pelajar.. Faham tak pelajar??..” bicara akhir dari Dr Ho menutupi kuliah di semester tersebut.

“Faham Dr Ho… “ Semua pelajar Matematik dengan Ekonomi menjawab serentak. Semua mempamerkan senyuman penuh makna dan senyuman kelegaan terpamer di riak muka masing-masing. Bila kuliah Dr Ho ni habis, terasa seperti mereka semua dalam ‘syurga’. Bukannya mereka tak tahu, sekali kuliah dengan Dr Ho, memakan masa berjam-jam. Dari dua jam, boleh jadi kepada 4jam. Masa tu, boleh dilihat kedut seribu di muka setiap pelajar, tanda tak puas hati dan kebosanan. Biasalah, nama pun pelajar, awal 15minit saja boleh difokus apa yang diajar di hadapan, selepas 15minit, tak tahu sudah kemana melayang fikirannya.

Semua pelajar bingkas bangun dan terus keluar dari dewan kuliah, menuju destinasi masing-masing. Ada yang ‘plan’ untuk ‘outing’, ada yang plan nak tidur sepuasnya, dan pelajar lelaki yang beragama Islam semestinya bergegas ke masjid untuk solat Jumaat memandangkan hari tersebut merupakan Hari Jumaat.

Kelihatan Nancy menghampiri Wardah dan sahabatnya.

“Kamu ok tak Wardah? Saya tengok dari tadi kamu terbatuk-batuk. Kamu demam ye?”, Tanya Nancy menunjukkan prihatinnya terhadapa rakan sekuliahnya.

“Entahlah Nancy, saya nak demam agaknya. Sejak dua tiga hari ni memang rasa tak sedap badan sangat. Janganlah saya demam teruk masa ‘study week’ nanti, susahlah saya nak ulangkaji nanti..haila.. minta maaf ye kalau batuk saya menggangu kamu masa kuliah tadi…” balas Wardah, kesal dengan kejadian tadi.

“itulah, batuk kamu tu, membuatkan saya tak focus. Kamu tak boleh dimaafkan.. hehee.. gurau je wardah.. xpe, nak buat macam mana, sakit mana boleh ditahan. Get well soon ok. Don’t forget to go to clinc k… “

“iya. Thank you. I will… “

“ok, then, see u guys soon ya. Good luck all of you. Do our best ok?... k… see ya.. bye… “

“ok.. bye…you too, good luck..” kami semua membalas serentak.

********

“kak wardah nak pi klinik tak?”, Tanya mea semasa mereka beriringan menapak ke tempat letak motor. Ketika itu hanya tinggal mereka berdua. Kak Asrar dan Syahadah sudah bergerak terlebih dahulu dari mereka memandangkan mereka berdua menaiki bas untuk ke kolej kediaman masing-masing dan Aina pula awal-awal lagi menghilangkan diri bersama motornya kerana ada urusan penting yang perlu diselesaikan, almaklumlah, orang berjawatan katakan, ada saja program yang perlu diuruskan.

“tak pe lah mea, kita balik terus jela, lepas tidur ni, rasanya insyaAllah, ok dah.. “ jawab Wardah memberi alasan. Sejujurnya, dia memang tidak suka ke klinik, tidak suka berjumpa doktor. Bukan lah takut untuk makan ubat, Cuma malas untuk beratur menunggu giliran dan sebagainya.

Mea mengangguk tanda setuju. Lantas mereka pun bergerak balik ke kolej kediaman. Sebelum wardah memasuki bilik, sempat Mea berpesan padanya, jika ada apa-apa yang Wardah inginkan atau hendak ke klinik, terus segera telefon padanya, dan dia akan menemani wardah.

Sesampainya di bilik, dilihatnya tiada Humaira’. Belum habis kuliah barangkali, tapi setahunya, Humaira’ tidak ada kelas hari tersebut, kerana kuliahnya batal, mungkin ada ‘discussion’ mengenai ‘assignment’ akhir yang perlu dihantar barangkali.

“arghh.. beratnya kepala ni.. tetiba je rasa pening.. kenapa lah badan aku ni panas pula..hai lah badan, janganlah kau demam saat2 genting ni, aku nak exam ni… tidurlah dulu… “ Wardah bercakap sendirian seraya meletakkan bungkusan nasi di atas meja belajarnya yang sempat dibelinya di kafe kolejnya bersama mea sebelum bergerak pulang ke bilik tadi.

Dikalihnya ke kiri, tapi masih tidak dapat lelapkan mata, dikalih pula ke kanan, tapi masih juga matanya tidak boleh lelap. Hampir 30minit dia bergerak ke sana sini. Kesakitan di kepala menyucuk-nyucuk, ditambah lagi dengan kesakitan perut kerana senggugut. Nak mandi, tapi tak larat untuk bangun, kepala terasa berat. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Mujurlah dia tidak boleh solat, kalau tidak, memang susahlah dirinya nak merangkak sorang2 ke bilik air untuk mengambil wudhuk.

“Ya Allah, kenapa sakit sangat kepala ni? Panasnya badan aku ni. Janganlah demam. Allah.. sakitnya.. tak tertahan rasanya. Mana humaira’ ni, tak balik-balik lagi… “ tanpa semena2, Wardah tiba2 menangis dek kerana tak tertahan menanggung kesakitan. Dia perlukan seseorang di sisinya, untuk menghilangkan sedikit kesakitan yang dia tanggung. Pertama kali dia menangis kerana pening kepala. Kalau lah ada ibu di sisinya, pasti sudah lama jari jemari halus ibunya mendarat di dahinya, mengurut lembut dahinya dan membelai manja rambutnya sambil memberi semangat padanya. Dia menangis teresak2 lagi untuk sekian kalinya, hingga membuatkan kepalanya bertambah sakit. Lantas dia mengambil telefon bimbit dan mendail nombor Humaira’.

“Assalamualaikum.. Humaira’.. bila balik ye??” Tanya wardah dalam nada tersekat2 sebaik sahaja Humaira’ mengangkat panggilannya.

“waalaikumussalam.. lambat lagi wardah. Petang rasanya, sebab ada discussion penting jap lagi… eh wardah..kenapa ni?? Suara macam menangis je? Dah balik bilik ye? Ada apa ni?..” jawab humaira’ dan ditujukan soalan bertubi2 kerana dia pelik dengan nada wardah sebentar tadi.

“ Humaira’… orang tak tahan dah ni.. pening sangat kepala.. tak dapat bangun.. orang demam tiba2…. “ kedengaran esakkan kecil di corong telefon.

“Ya Allah, ubat ada tak ni?? Tak pela, tunggu jap ye, humaira’ balik sekarang, orang pi beli ubat dengan air botol cap badak dulu ye.. tunggu orang balik tau… dh makan nasi belum ni??...”

“belum makan lagi..tapi orang dah beli. Tak selera nak makan. Tak ada ubat pun. Tak pela humaira’, org tunggu humaira’ habis discussion dulu… “

“eh2, xpe2, discussion tu nanti org minta excuse dari group member, insyaAllah, depa faham situasi ni.. tunggu ye.. orang balik sekarang…”

“ok… orang tunggu…. Assalamualaikum…”

“waalaikumussalam”

Terharu wardah dengan tindakan humaira’ yang sanggup meninggalkan discussion penting semata-mata risau akan keadaan dirinya. Itulah humaira’, jiwa penyayang dan pentingkan sahabatnya. Sebab itu wardah bertambah sayang padanya. Sementara menunggu kepulangan humaira’, wardah memujuk diri untuk tidur, dan akhirnya, dia terlena, mungkin kerana penat menangis.

**********

“Wardah.. wardah.. bangun… makan nasi ni, makan ubat.. humaira’ dah balik ni… Allah, panasnya badan wardah… jom, pi klinik jom…” kejut humaira’ seraya menekapkan tangannya di dahi wardah setibanya dia dalam bilik mereka. Lama benar dia menunggu bas tadi, hampir sejam juga penantiannya, mujurlah dia sudah solat zuhur tadi, kalau tidak, terlepaslah zuhurnya.

Wardah berusaha untuk membuka matanya. Terkejut humaira’ melihat mata wardah yang bengkak, lagaknya seperti dia melihat wajah hantu.

“humaira’ dah balik ye.. emm.. wardah xda selera nak makan…xmaulah pi klinik..ok je ni...” Katanya dengan suara yang agak serak.

Dipujuk juga oleh humaira’ supaya makan nasi sedikit, kemudiannya dipujuknya juga Wardah supaya makan ubat. Bukannya Humaira’ tak tahu, wardah tu sama sepertinya, liat untuk makan ubat. Tapi pujukkannya untuk pergi berjumpa klinik tetap tidak dilayan. Humaira’ pasrah dengan keputusan yang dibuat oleh wardah.

Hampir 4hari juga wardah tidak dapat bangun dari pembaringan, kerana demam yang agak teruk, walau berkali2 si humaira’ dan mea menyuruhnya untuk pergi klinik, tapi tetap tidak diendahkan oleh wardah. Sepanjang wardah demam, humaira’ dan mea lah yang sentiasa menjaganya. Sanggup si Mea datang hampir setiap hari dari kolej kediamannya ke kolej kediaman wardah untuk menjenguk wardah. Selama 4 hari itu juga lah, sedikit pun Wardah tak sentuh buku. Manakan tidak, nak mandi pun, humaira’ yang tolong basuhkan rambut, kalau tidak, tak kan jejak kakinya ke bilik air dek kerana tidak larat untuk bangun. Sesungguhnya, wardah sangat bersyukur kerana dikurniakan Allah sahabat2 yang sangat prihatin dan bersama tika dia senang dan susah. Ini lah namanya sahabat, ada bila diperlukan, dan ada juga bila tidak diperlukan. Sangat indah jika ukhwah itu bersandarkan kerana Allah semata2. Indanya ukhwah itu bila bertemu dan berpisah hanya kerana Allah semata2... Alhamdulillah..

Sepanjang dia demam, tidak sedikit pun dia mengkhabarkan berita tersebut kepada mak dan ayahnya di kampong, dikhuatiri hati ibu ayahnya tidak tenteram bila mendapat tahu dia demam. Cuma kepada kakaknya saja dia beritahu dan sudah dipesan pd kakaknya supaya merahsiakan dari pengetahuan kedua ibu bapanya mengenai statusnya ketika itu.

Setelah wardah sembuh dari demam, humaira’ pula yang demam. Mungkin di jangkiti virus dari wardah. Bukan sahaja humaira’ yang demam, bahkan penghuni aras bloknya kebanyakkan demam kerana jangkitan virus dari wardah ketika mereka menziarahi wardah semasa sakit. Kini giliran wardah pulak yang menjaga humaira’. Give and take. Itulah yang mereka amalkan dalam persahabatan mereka. Tergelak lucu wardah bila teringatkan kata2 humaira’ beberapa hari yang lepas, ketika wardah masih belum kebah dari demam, katanya dia tak kan berjangkit virus demam dr wardah memandangkan sebelum itu dia sudah demam dan antibodinya kuat. Sekarang, tengoklah apa yang jadi, esok lusa sudah nak final exam, dia pula yang demam..ish2..humaira’, humaira’, cakap besar lagi..huhuhu..

********

Berkat kesabaran mereka, akhirnya mereka sudah habis menduduki peperiksaan akhir semester tiga. Demam humaira’ juga sudah kebah.Alhamdulillah. Mereka sudah berusaha sedaya mungkin, dan sekarang yang tinggal adalah doa dan tawakal. Yang selebihnya serah pada Nya untuk menilai hasil usaha mereka.

Sebagaimana Firman Allah : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.” (Ar-Ra'ad: 11)

Harapan mereka, moga Allah mengaturkan yang terbaik buat mereka. Ameen…

Akhirnya tiba masa yang ditunggu-tunggu oleh setiap pelajar di seantero dunia bila mana peperiksaan sudah tamat, kerana cuti semester mengiringi mereka. Untuk cuti semester kali ini, wardah mengambil keputusan untuk bercuti di rumah Humaira’ untuk beberapa hari dan seterusnya mereka akan pergi bercuti di rumah sahabat seperjuangannya tika di Matrik dulu, iaitu Madihah, dan seterusnya keluarga Humaira’ bakal menyusul bercuti ke Pahang, di Gambang Waterpark. Moga-moga cuti kali ini memberi manfaat pada mereka semua. InsyaAllah..

***********

Bersambung….



0 comments:

blogger widgets