Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AhLaN wAsAhLan....sELamAt dAtAng kE prOfiLE aNa bAkAL jEnAzAh~

~jAgA diRi..jAgA imAn..jAgA hAti..jAgA kEsElurAhannya..^__^~


salam seindah seharum kasturi

moga ukhwah kita harum mekar mewangi hingga ke syurga
dielahmujahidah90. Powered by Blogger.



~Perjuangan itu bukanlah mudah~


Memperjuangkan Islam bukanlah suatu perkara mudah kerana terbukti di dalam sejarah bahawa Islam tertegak dengan mengalirnya darah para syuhada serta airmata balu-balu dan anak-anak yang mereka tinggalkan. Perjuangan Islam menuntut bukan setakat masa, tetapi jiwa dan raga, pengorbanan dari segi harta dan kedudukan malah adakalanya menghambat nyawa.

"Adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum datang kepadamu cubaan seperti yg dialami orang2 terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan,penderitaan dan digoncang dengan pelbagai cubaan,sehingga Rasul dan orang2 yg beriman bersamanya berkata,"Bilakah akan datang pertolongan Allah?"Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."(Al-Baqarah: 214)

‘isyh azizan au mut syahidan!

Rabbana Yassir wa la Tu'assir ya Karim Ya ArhamarRohimin..

KUasa 0 = 1 ?

Assalamulaikum wa salam mahabbah..
rindunya nak bertinta di taman bunga ciptaan saya yang tak seberapa ni..
moga terus diberi kekuatan dalam melayari kehidupan..

insyaAllah,tak nak tersimpang jauh..terus ke tajuk santapan hari ni..
alhamduliLlah..antara kita mungkin semua belajar matematik kan..subjek yang penuh dengan keajaiban..ilmu Dia juga.. :) .. dan saya juga merupakan student Mathematics.. Alhamdulillah, berpeluang utk terus mendalami ilmuNya…

jadi,kita mesti tahu,sebarang nombor jika kita kuasakan dengan kosong pasti mendapat jawapan 1..

1^0 = 1
100^0 = 1
10000^0 = 1
1000000000000^0 = 1

dah cuba tekan kalkulator?

bahkan matematik pun membuktikan :

andai kita benar2 ingin bertemu
YANG SATU,yakni YANG ESA,kita haruslah mengosongkan kekuatan kita,kelebihan kita dan segala apa yang membuat kita membesarkan diri sendiri..lantas membiarkan dahi mencecah bumi,sujud menyembah Ilahi..perasaan kehambaan yang menerjah di hati..Allahu Akbar..kerana sesungguhnya tiada dan daya upaya melainkan Allahu Ahad..subhanaLlah..




Surah al-Ikhlas.Maksud ayat 1-4:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
2. Sesungguhnya Allah kekal.
3. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya…

:: moga jauh daripada termasuk golongan yang sombong dek kegersangan jiwa dari tarbiyyahNya..amin..::


~Aku suka dgn caramu mencintaiku~


Bismillahirrahmaanirrahiim..

Terdiam diri seketika tatkala dalam sedang asyik berjuang, tiba2 hadir sebuah warkah misteri yang begitu menyentuh kalbu….

~Aku Suka Dengan Caramu Mencintaiku~

[untukmu]


Dalam kisah ini ada dua hamba Allah yang sedang di uji keimanannya,
seorang Adam dan Hawa. Berhadapan dengan ujian mengenai soal Cinta dan perasaan yang di mana keduanya belum siap untuk melangkah ke depan,iaitu pernikahan...

Maka dari itu apa yang harus mereka lakukan adalah MENCINTAI DALAM DIAM…
kata-kata inilah yang menjadi tiang,dan mereka bersepakat untuk berteman…..

Adam itu sempat mengirimkan warkah cinta berbau syurga,jika aku simpulkan, warkahnya itu berbunyi…


AKU CINTA KAMU KERANA ALLAH..
sering aku mendengar bicara "Cinta" ini, bahkan mungkin sejak aku di bangku sekolah lagi,
tapi bicara "Cinta Kerana Allah", baru saat ini aku mendengarnya tika aku mengenalmu,

lalu apakah yang dinamakan "Cinta Kerana Allah"itu?

jika sekarang aku mengatakan….

"wahai Ustazah,aku mencintaimu kerana Allah",
apa yang membuatmu mempercayai kata-kataku?
aku rasa bukan kerana aku menuruti semua kemahuanmu dan membiarkan kau melakukan apapun yang kau suka bukan?
bukan...aku rasa bukan itu..


maka akan aku katakan "Aku Mencintaimu Kerana Allah..."

ketika aku menyayangimu kerana aqidahmu,

ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah..

ketika aku mendoakanmu tanpa kau tahu..

ketika aku berlapang dada dengan teguranmu..

ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu..

ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh..

ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu..

ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu…

ketika aku membuka lebar-lebar pintu kemaafan untukmu..

ketika aku menjaga rahsiamu..

dan ketika terkadang aku perlu melepaskanmu dengan penuh keikhlasan..

jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu dan aku melakukannya,dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah..

Sahabatku,apa kau juga "mencintaiku kerana Allah"?.......

(inilah penyampaian seorang adam)


subhanAllah,aku bergetar membacanya dan sangat kagum akan kesolehannya,
terima kasih ya Allah,Engkau telah mempertemukan aku kepada hamba yang selalu membawaku ke jalan yang benar.

dan dalam diam, hatiku berbicara,
"Dalam diam aku mencintaimu,aku serahkan rasa ini kepada Sang Pemilik Hati...kerana dengan cara ini aku yakin jika Allah menjodohkan kita,maka Allah akan mempertemukan Kita,
masih ingatkan salah satu ayat Allah yang berbunyi,

"wanita baik untuk laki-laki yang baik dan sebaliknya"
itulah janji Allah yang terkandung dalam kitabNya..

aku belum berani mengatakan "Aku Mencintaimu" kerana aku sendiri belum cukup mencintai Tuhanmu,sebelum aku mengatakan aku mencintaimu,Maka., izinkan aku mencintai Tuhanmu terlebih dahulu..


aku yakin dengan imanmu, kau bisa menjaga izzahku.. Terima kasih aku ucapkan kepadamu wahai Adam yang selalu menyedarkan aku dikala aku lalai..

Maka akan aku jadikan penantian ini sebagai jalan menuju keberkatan dengan

Taqarub ilallah(mendekatkan diri kepada Allah)

Tholabul'ilmi(menuntut ilmu)

islah(memperbaiki diri)

selalu menjaga hijab dan izzahku

di celah-celahan waktuku dengan Rabb ku,ku isi penantianku dengan ukiran tinta cintaku dengan syair Doa untukmu..

aku curahkan segala perasaanku kepadamu dalam lembaran-lembaran diariku selama dalam penantian...

Tentang Cinta Dan Rindu,tentang Harapan dan Doa,meskipun saat ini kau tak tahu surat itu,akan aku berikan surat itu saat waktunya tiba,saat diriku dan dirimu terikat kukuh oleh mitsaqan Ghalizah(perjanjian yang berat)yang Allah telah menjadi saksinya….

biarlah waktu yang bicara,kerana waktu tak pernah berdusta...

InsyaAllah hatiku sentiasa terjaga dalam persinggahan Cinta yang Agung saat ta'aruf ku berlabuh...

InsyaAllah jika Allah menjodohkan kita, moga ia mengalir indah di Mahligai Rumah Tangga..

bila yakin telah tiba,
teguhkan Azzam di dalam jiwa,
kesabaran itu bisa menjadi Bunga…

untukmu calon imam ku...



blogger widgets