Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AhLaN wAsAhLan....sELamAt dAtAng kE prOfiLE aNa bAkAL jEnAzAh~

~jAgA diRi..jAgA imAn..jAgA hAti..jAgA kEsElurAhannya..^__^~


salam seindah seharum kasturi

moga ukhwah kita harum mekar mewangi hingga ke syurga
dielahmujahidah90. Powered by Blogger.



Resepi kek muffin sedap

Assalamualaikum.. ehem2.. kali ni cik Dielah nak penuhkan post dengan resepi2.. hehee... okeh.. resepi Kek Muffin ni cik Dielah buat masa cuti semester baru2 ni. Tak sempat nak upload, line slow, sekarang baru laju. ni First Trial. xpernah buat sebelum ni. lucu pun ada, sebab first kukus tu, habis melempah2 muffin tu keluar dari cawannya..xpandai nak estimate..hehe.. ni kira second trial, ok lah sikit..hehe.. masa ni chip rice atau hiasan apa2 xda pula.. tp yang pasti, sedap..heee. Jom, Cuba...










Bahan-bahan ( Loyang 8 inci atau 15 cup )
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1cawan susu pekat manis
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan sebuk koko
  • 1/2 cawan susu dutch lady(xkisah susu apa pun)
  • 1/2 cawan air masak(air panas) p/s : kalu guna air panas megelegak kek akan jd lembut sgt. guna air suam2 kek akan lembut. tak kisah la nk guna air yang yang mana 1.
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikabornat
  • 4 biji telur
  • Coklat chip (ikut suka. cik dielah xda, so, xletak ler..huhu)
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan-bahan (kecuali coklat chip)dalam blender atau mixer Kisar selama 3 minit atau sehingga bahan2 sebati.
  2. Panaskan kukusan
  3. Masukkan adunan dlm cup cake atau loyang yg digris mentega. Adunan dimasukan separuh dari bibir cup cake atau loyang... (kalau letak penuh nanti membuak keluar)
  4. Taburkan coklat chip dalam bekas .Kukus dengan api yang besar selama 15minit...


Resepi Aiskrim Oreo Homemade Sedap

Assalamualaikum!!!!!! hai korang.. apa khabar? hari ni cik dielah nak share resepi Aiskrim Oreo Homemade! simple je... jumpe resepi ni kat fb, kawan cik dielah, cik Ieza post kt fb, so, cik dielah share jela.. Disebabkan cik dielah ada kat hostel, xda kelengkapan nak buat aiskrim oreo ni, so cik dielah minta jasa baik cik Ieza dengan cik Mimi, minta snap gambar aiskrim yang mereka buat untuk di share dalam blog ni.. Terima kasih tau korang!!!!!! Jom, sediakan pen, kertas, xpun print je resepi ni..hehee... Jom cuba buat!!! ^^




Bahan-Bahan:

  • 1 sudu ovalette (pastikan halal tau)
  • setengah tin susu pekat (ikut kemanisan masing2.. cik Mimi dia guna satu sudu je, itupun dh cukup manis)
  • 1 1/2 gelas susu cair atau susu segar (ikut kecairan @ kepekatan yang dikehendaki)
  • sedikit esen vanila
  • biskut oreo (dihancur-hancurkan seperti dalam gambar)


Bahan-bahan untuk buat aiskrim oreo. esen vanilla xda gambar, tapi korang kenal je kan? heee



Cara-Cara:

  1.  Blend kan sampai gebu bahan-bahan di atas.
  2.  Gaulkan hasil yang di blend dengan biskut oreo (perisa vanilla) yang dah dihancurkan.
  3.  Then, masukkan dalam peti ais. (freezer)
  4.  Siap untuk di makan!!!!!! 

**Makan masa cuaca panas memang sedap. di bawah saya sertakan 2 gambar yang kawan saya buat, cik Mimi dan Cik Ieza. mereka kata sedap! simple, dan sekejap je buat.so, lepas ni xperlu lah beli dah aiskrim kt luar. jimat, dapat makan banyak.. yummy2.. berbaloi.. once cik dielah dh balik rumah nanti, cik dielah nak cuba! korang apa lagi tunggu? Jom cuba!! **



Tadaaaaaa.... ni lah hasilnya.. sedap x? yummy2
 

Puding Roti Kukus

~PUDING ROTI KUKUS~


Assalamualaikum.. okeh, dah lama sangat cik Dielah x meng'update' blog ni. nak kata sibuk, xda lah sangat. cuma kemalasan kemahuan ketulisan keblogan.. hehehehe.. okeh, setelah lama cik Dielah menyepi diri dari berblog ni, hari ni cik Dielah nak kongsi resepi. Sepanjang cuti semester baru2 ni, masa duduk kat rumah, cik dielah kebosanan, so, cuba2 lah resepi mana yang simple je.. okeh, kawan2 pun boleh cuba tau, senang je, simple sesangat.. terutama pada si bujang2 kan, memang cepat, senang je. Resepi Puding Roti Kukus ni, cik Dielah dapat dari kawan baik cik Dielah, iaitu cik Ieza. Okeh, cepat, sediakan pen dan kertas, salin resepi ni, nanti boleh buat.. =) 

BAHAN-BAHAN:

  • 10 keping roti
  • 1 tin susu cair
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar gula (ikut citarasa samada nak manis atau tak)
  • 1 sudu kecil esen vanila (tak letak pun xpe, coz esen vanila ni cuma nak hilangkan bau hanyir telur tu)
  • 1 sudu besar butter/marjerin
  • kismis/coklat chips utk hiasan (cik Dielah guna kurma, ad lebihan masa puasa hari tu) 


CARA-CARA:   

  1. Campurkan gula, telur dan esen vanila dalam satu bekas, kemudian kacau.
  2. Kemudian, campur susu ke dalam bahan yang sudah dikacau.
  3. Sapu butter/marjerin kat roti then susun dalam loyang (*butter/marjerin ni boleh dicampur sekali bersama campuran (1) dan (2) atau sapu pada roti & roti boleh dicarik-carikkan atau dipotong. ikut citarasa masing2)
  4. Tuang bahan2 yg dah campur kat dalam loyang selang seli dengan roti or nak lagi senang campur skali roti dalam adunan.
  5. Kukus selama 20-25minit, kemudian sejukkan dan masukkan ke dalam peti ais.


    **Tips: Nak tahu masak ke tak, cucuk dgn garfu atau lidi, kalau tak da pe2 melekat, puding roti tu dh masak.. selamat mencuba.. =)





~Indahnya bersahabat~

::Persahabatan Kita INDAh::


Dia lah racun..
Dia lah penawar.. (oppsss... terlebih sudah.. hee)
Sahabat till jannah... inshaAllah.. ameen...

*Banyak persamaan kami berdua... sebab tu kami tak pernah gaduh.. always stick together..ngeee.. 
*dan mungkin sebab kami lahir bulan 3, itu yang saling memahami tu..kot..heee
*pe2 pun, ni semua perancangan Allah..Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.. Dia temukan kami berdua, untuk sama2 meraih cintaNya... inshaAllah...
*May Allah ease and bless us always.. ameen..

p/s: eh2.. kami berdua golongan "cacat",, tapi "cacat" yang manis.. errrkk.. hehee.. ^^



Solehah itu...




Solehah itu...
Mahal harganya..
hanya berhak dimiliki oleh mereka yang berusaha....

"Tiada noktah perjuangan untuk menjadi PERMATA AGAMA"



30 minit je..

bola serbaguna.. hehee
hari ni riadah dengan bebudak bilik.. main bola jaring dan main beruk lapar... huhu.. sungguh mengimbau zaman bebudak... tapi sekejap je kami main, 30  minit je, sebab masing2 lapar.. terus pi cafe beli makanan.. huuu..dah lama xmain benda2 macam gini, agak semput gak ler..huhu.. pe2 pn, sonok.. turun gak 2kg.. okeh.. tipu je..hahahaa...

okeh..next riadah, naik main TUJU SELIPAR ke, TUJU TIN ke.. best gak..lalalalalal

Si Babies comel..






Si babies yang comel.. tak sabar nak jumpa mereka nanti! mesti makin gebu n montel!!!!!meoowwww

~Sayang~



Memetik kata2 dari seorang sahabatku...

"kalau kita tak boleh bersama dengan orang yang kita sayang ;
kita sayang jelah orang yang kita bersama..."

'sayang' ni meluas.. so, saya sayang anda kerana Allah.. ♥

~Just Be Yourself~




Tips untuk kelihatan cantik/kacak..



" Jangan pernah memaksa diri berubah menjadi 'orang lain' kerana ingin nampak lebih sempurna.

Jadilah diri sendiri. Itu akan membuatkan diri kamu lebih yakin plus super duper cantik/kacak "


**Being the WAY that you are is enough... so, SMILE.. ^^ **


**Ikhlas lah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan, ibarat buih-buih laut.. Bila-bila masa ia akan hilang........**

~Si Comel!~

meeeoooowww!!!!! comey sangat! i wish i could have meowww like this one!!!!!!

~Sabar itu...~




SABAR itu TAK MUDAH,
tapi kerana SABAR segalanya akan DIPERMUDAH.

SABAR itu 'TAK INDAH',
tapi kerana SABAR dirimu akan nampak INDAH.

blogger widgets