Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AhLaN wAsAhLan....sELamAt dAtAng kE prOfiLE aNa bAkAL jEnAzAh~

~jAgA diRi..jAgA imAn..jAgA hAti..jAgA kEsElurAhannya..^__^~


salam seindah seharum kasturi

moga ukhwah kita harum mekar mewangi hingga ke syurga
dielahmujahidah90. Powered by Blogger.
~Perempuan GEDIK vs Perempuan TAK GEDIK~



Perempuan GEDIK:


Situasi 1: Ketika ada lelaki menegur di laman chat-


Boy: Salam awak sihat?

Girl: Wsslm, saya sihat wak... ;)


Situasi 2:


Boy: Awak nak no phone boleh?

Girl: Ni no saya...o1******* ^__^


Situasi 3: Mesej di handphone-


Boy: Buat apa?=)

Girl: Tengah on9 jap..awak? ;)

Boy: Yeke, saya pun tgh on9...ada ym?nak email?=)

Girl: boleh...ni email saya...:) ****@yahoo.com


Situasi 4: Di ym-


Boy: Hai awak...=)

Girl: Hehehe...ye saya....;)


Situasi 5: Mulalah perhubungan.


Boy: Awk, nak gambar?=)

Girl: Saya dah send kat email....heeeee...

Boy: Cantiknya........=)

Girl: yeke, takdelah biasa je....;) (Bangga)


Situasi 6: Mula calling2....


Boy: Hai awak...Saya call ni tak ganggu ke? (Suara gatal)

Girl: Hehe...mana ada ganggu, saya baru nak suruh awak call...senang sikit daripada mesej...(Gaya gediks)


Perempuan TAK GEDIK:


Situasi 1: Ketika ada lelaki menegur di lama chat-


Boy: Salam, awak sihat?

Girl: Wsslm, Alhamdulillah sihat. (Diam)


Situasi 2:


Boy: Awak nak no phone boleh?

Girl: Hm? Untuk apa? Rasanya tak penting kot. Maaf. (Out)


Situasi 3: Bila ada lelaki mesej.

Boy: Salam, maaf ganggu awak. Buat apa?

Girl: Wsslm. Nak tido dah pun. Kalau takde benda penting, lain kali tak payah la mesej. buat bikin syaitan masuk 'line' nanti. Assalamu'alaikum.

Boy: ?????


Situasi 4: Ym hanya dengan perempuan. Chatting dengan lelaki hanya dengan urusan2 tertentu. (tiada smiley dan hehe,huhu,hihi)


Situasi 5: Laman chat.


Boy: Awak ni sombong lah...Mana gambar awk, takde pun kat photo...Nak tengok boleh?=)

Girl: What?! (Putus fius apa mamat nih!Huh!) Maaf, saya takde gambar. semua dah koyak dimakan tikus....(Mood: Bengkek)


Situasi 6:


Boy: Hai awak....(suara miang)

Girl: Tak reti bagi salam ke? Kalau takde benda penting tak perlu nak calling2...(Huh! Membazir kredit je mamat nih!)


*So, situasi mana satu yang menunjukkan diri kita? Kepada kaum hawa, berhentilah mengganggu iman dan hati si adam...Begitu juga si adam, janganlah terlalu melayan sangat kerenah hawa yang terlalu mengada2 ingin mengambil perhatian anda. Mesej lah ketika perlu. Call jauh sekali. Buat membazir kredit je. Lebih baik kita call mak or ayah kita. itu lebih baik. Ini, bila sunyi mula cari ajnabiyy... Ini ke yang Islam ajar? Macam mana mau berjuang di jalan Allah? Macam mana mau jadi MUSLIM dan MUSLIMAH sejati? Sedar diri sedar ruang di mana kita berada?


Bagi hawa, jangan terlalu getik dan kacau dan layan kaum adam.

Bagi adam jangan melayan sangat hawa yang tidak erti mengenai agama. Bimbinglah mereka, tetapi bukan anda yang perlu bimbing, bimbinglah mereka dengan memperkenalkan mereka dengan MUSLIMAH yang anda betul2 yakin boleh membimbing mereka.


berubahlah sebelum terlambat.

Jika anda inginkan pasangan yg SOLEH dan SOLEHAH, anda sendiri perlu memperSOLEHkan diri anda!


Biarlah kita dikatakan SOMBONG oleh manusia, kerana bukan redha mereka yang kita cari, tetapi redha Allah yg wajib kita cari!


Nak seribu daya , tak nak sejuta dalih! Sendiri mau ingat...

p/s: Renungan bersama


Sumber: http://ansyuhanim.blogspot.com/2011/07/perempuan-gedik-vs-perempuan-tak-gedik.html

~Ketika Cinta Memanggil Part 7~



****************************************************************

“Wardah, hari ni kita buat halaqah kat mana ye?”, Tanya Humaira’ sambil tangannya ligat memasukkan nota kecil, pen dan kain telekung ke dalam beg galas tepinya.

“InsyaAllah, hari ni Wardah nak kita santai berhalaqah. Halaqah sambil kita rehlah. InsyaAllah, hari ni kita buat di Pantai ODEC, menikmati angin pantai sambil kita menajamkan minda, berdiskusi bersama dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah. InsyaAllah, mudah-mudahan nanti terbit rasa syukur dan betapa kerdilnya diri kita ini di hadapan Al Khaliq.” Panjang lebar Wardah memberi penerangan.

Seperti kebiasaannya, setiap hari ahad, jika di izinkan Allah dan tiada hal yang bertentangan, Wardah dan ahli-ahli halaqahnya akan membuat perjumpaan, bagi memberi pengisian hati, dan santapan rohani yang sentiasa memerlukan sesuatu yang baharu dan sesuatu yang sentiasa mengingati diri dari terleka dek indahnya dunia fatamorgana ini. Ramai yang tidak tahu, bahawa betapa pentingnya bagi seseorang itu untuk terlibat dalam program usrah atau halaqah. Sudah fitrahnya manusia ini dicipta dengan sifat pelupa, dan sering melakukan khilaf, maka dengan adanya usrah dan seumpama dengannya, sedikit sebanyak, ia dapat menarik seseorang yang hampir terleka itu ke arah yang benar. Dengan melibatkan diri dalam usrah ini, setidak-tidaknya hati yang sunyi dari cinta Allah itu, bakal terisi dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Pun begitu, usrah bukanlah semata2 menjanjikan diri kita terus – menerus mendapat ilmu yang hak, kerana menghadiri usrah atau halaqah adalah salah satu cabang yang kecil dalam seseorang itu mendekati diri kepada Allah. Banyak lagi perkara yang perlu seseorang itu libatkan diri mereka dalam mencari cinta Allah dan mengenal Allah. Pada pertemuan kali ini, Wardah memutuskan untuk memilih lokasi Pantai ODEC, sebagai tempat pertemuan halaqah cinta mereka pada petang itu. Pantai ODEC merupakan pantai milik UMS, dan pantai itu kebiasaannya menjadi tempat bagi pelajar Sains Marin melakukan kerja lapangan mereka. Bagi Wardah, lokasi pertemuan mereka itu bakal menyejukkan hati mereka sambil dibuai-buai angin sepoi2 bahasa, yang bakal dihangatkan dengan topik halaqah mereka pada petang itu.

“Humaira’ dah siap? Jom. Kita turun sekarang, kak Asrar dah tunggu di bawah. Kita akan naik kereta dia, then kita semua solat Asar berjemaah di Masjid dulu, then baru kita pergi Pantai ODEC..cepat-cepat, nanti lambat pula..Haa..jangan lupa, makanan-makanan tu bawa sekali..”, tegas Wardah bersuara dan memberi arahan, ala Komander PLKN mengarahkan pelatih-pelatihnya berkumpul di dataran kawat.

“Ai’ ya Kapten...” Humaira’ pantas bersuara sambil membuat gaya Patrick dalam cerita Spongebob yang tengah kemabukan.

Terhambur gelak Wardah menyaksikan kenakalan sahabat baiknya itu. Mereka bergegas mendapatkan sahabat-sahabatnya yang sedang menunggu dalam kereta, khuatiri terlambat untuk berjemaah bersama di Masjid UMS memandangkan waktu asar hampir tiba.

******

Seusai berdoa, mereka tidak terus berganjak. Mereka beramai-ramai membaca al Ma’thurat. Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani. Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin. Antara kelebihan membaca Al Ma’thurat ini adalah mereka tidak dihampiri syaitan, rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini, Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat, orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga, Selamat dari segala sesuatu,dia berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat, Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang, dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi dan banyak lagi kelebihannya. Makanya, sangatlah rugi barangsiapa yang tida meluangkan sedikit masa untuk membaca Al Ma’thurat. Setelah selesai bacaan Ma’thurat dan menyalami jemaah-jemaah muslimah di situ, mereka segera bergegas menuju ke destinasi, Pantai ODEC.

********

Kelihatan jam menunjukkan pukul 4.10 petang dan mereka masih berbaki 2 jam 30 minit untuk berhalaqah sebelum Maghrib menjelma. Mereka bersepakat memilih untuk berhalaqah di atas batu2 di tepi Pantai ODEC. Bertemankan angin petang yang damai menyapu lembut pipi mereka, seperti biasa, mereka buka majlis dengan surah Al Fatihah. Kelihatan Wardatul Shauqah, Insyirah Humaira’, Nuraina Afifah, Nur Syahadah dan Khazinatul Asrar begitu kusyuk membaca surah Al Fatihah dan mengamati maksud surah tersebut.

“Dengan Menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala Puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang Menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan ni’mat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai (Yahudi) dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat (Nasrani).”

Kusyuknya mereka menghayati makna surah Al Fatihah tersebut sehinggakan ada yang mengalirkan air mata. Sesungguhnya, mereka bersyukur kepada Allah, kerana mereka masih diberi petunjuk ke jalan Allah. Doa mereka dalam hati, moga mereka ditetapkan iman dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini.

“Assalamualaikum dan Alhamdulillah wa syukurillah, segala2 puji dan sejuta kesyukuran dipanjatkan kepada Allah semata2 kerana masih memberi kita ruang dan pinjaman nafas untuk terus berada di sini, dipertemukan atas dasar satu akidah dalam mengejar redhaNya. Moga sehingga hari ini kita masih diberi pinjaman nafas ini, mudah-mudahan amal kita sentiasa meningkat hendaknya. InsyaAllah...apa khabar ye sahabat2 sefikrah sekalian? Sihatkah sahabat2 ku? Apa khabar agaknya iman, hati, ibadah harian dan jihadmu di medan ilmu?..” seperti biasa Wardah memulakan bicara memandangkan dia merupakan naqibah di dalam halaqahnya.

Halaqahnya kali ini, seramai 3 orang ahlinya tidak dapat menghadirkan diri di sebabkan masalah2 peribadi dan masalah2 yang tak dapat di elakkan. Pun begitu, sikit pun Wardah tidak berkecil hati, kerana baginya, menuntut ilmu tidak boleh dipaksa-paksa. Semuanya harus ada kerelaan dari hati sendiri. Mereka hanya mampu menyampaikan, dan hidayah itu milik Allah, dan sesungguhnya Dia lah yang berhak memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Baginya, halaqah ini bakal mengukuhkan lagi cinta yang mereka jalinkan kerana Allah iaitu cinta mereka adalah cinta insan bersaudara. Wardah tidak mahu memaksa sesiapa pun untuk mengikuti halaqahnya kerana baginya, lebih afdal jika seseorang itu datang ketika hati kecilnya berbisik dengan mengatakan bahawa kedatangannya adalah kerana Allah semata2 bukan kerana kasihankan dirinya mahupun sahabat2nya yang lain. Jika hatinya sudah tidak mampu lagi berbisik, maka baginya, tidak datang adalah lebih baik. Wardah mahukan halaqah yang mempunyai roh, yang mempunyai jiwa, yang berperanan sebagaimana yang Rasulullah tunjukkan, halaqah yang akan berkembang melahirkan insan soleh dan solehah, yang konsisten hingga akhir hayat, halaqah yang bisa mendidik dan menyusun perjalanan hidup secara bersama bukan sendirian. Halaqah yang terkesan di hati, yang bernaung di bawah satu akidah yang sama, itu lah impian Wardah. Tiada apa yang diiginkan melainkan redha Allah semata2.

“waalaikumussalam kak Wardah. insyaAllah, perkara lain, makin meningkat, cumanya, iman kdg2 naik, kadang2 turun, tambah2 perihal hati..Allah..susah nak dikatakan,” balas Nuraina Afifah.

Wardah sekadar tersenyum nipis tatkala mendengarkan luahan hati Nuraina yang selesa di panggil dengan gelaran Aina. Sudah dijangka masalah hati sentiasa melanda dirinya. Pertanyaan Wardah tadi turut jua mendapat jawapan yang sama dari Khazinatul Asrar yang lebih mesra dipanggil Kak Asrar. Manakala Nur Syahadah lebih selesa mengatakan dirinya biasa2 sahaja dan insyaAllah, sedikit sebanyak amalannya sentiasa cuba dipertingkatkan. Bagi Insyirah Humaira’ pula, sekadar menjawab Alhamdulillah, getting better dari sehari ke sehari. Sikap perahsia Humaira’ memang amat difahami oleh Wardah.

Khazinatul Asrar, Nuraina Afifah dan Nur Syahadah merupakan teman sekuliah Wardatul Shauqah. Ke mana sahaja mereka pergi, pasti bersama. Masing-masing punya watak yang berbeza. Pun begitu, ia tidak membuatkan hubungan mereka renggang, malah setiap hari di rasakan hubungan mereka makin erat. Mungkin kerana mereka meletakkan Allah sebagai matlamat utama dalam berukhwah. Khazinatul Asrar seorang yang bijak mengendalikan sesuatu keadaan, dan mereka menganggap dia sebagai kakak sendiri memandangkan dia merupakan paling tua di kalangan mereka. Nuraina Afifah pula hebat dalam bidang kepimpinan. Siapa yang tidak kenal Nuraina Afifah yang hebat melontarkan hujah, yang digeruni ramai hinggakan menjadi satu-satu nya pemimpin muslimah tunggal yang diberi amanah untuk memegang posisi jawatan sebagai Ketua Exco Kerohanian Kolej Kediamannya. Subhanallah, hebatnya tarbiyahnya, memang tak dapat di nafikan. Pun begitu, dia tidak pernah bongkak, dan seorang yang senantiasa ingin perbaiki diri ke arah lebih baik. Nur Syahadah pula, lebih suka low profile. Diam-diam ubi berisi. Punya perwatakan yang lemah-lembut, senantiasa ayu berjubah dan bertudung labuh, dan lebih suka mengambil tindakan berdiam lebih baik, sehingga lah sesuai masanya untuk dia bertindak. Pada mereka yang tidak mengenali mereka dengan lebih dekat, pastinya mengatakan mereka spesies yang tidak punya masalah memandang mereka setiap masa kelihatan bahagia dan menunjukkan riak wajah yang berseri. Mungkin kerana nur daripada Allah yang terpancar di muka mereka, menyebabkan mereka sedap mata memandang. Walaupun begitu, di sebalik pakaian taqwa yang menyaluti tubuh mereka, mereka tetap punya hati yang rapuh, tetap manusia yang kenal apa itu sedih, apa itu duka, apa itu masam dan sesungguhnya realitinya, mereka seorang wanita, yang punya hati yang mudah tersentuh. Walau mereka bersedih, walau mereka berduka, tapi mereka tetap mampu menunjukkan wajah ceria mereka, kerana mereka yakin dengan janji Allah. Setiap kesusahan itu bakal hadir kesenangan. Kepada Allah jua lah penawar hati, tempat mengadu mereka dan kepada sahabat2 sefikrah lah juga menjadi tempat meminjam bahu, menumpang titik2 mutiara yang bakal jatuh di wajah mujahidah itu. Kerana itu, bila mana setiap kali mereka adakan halaqah, mereka akan cuba untuk berkongsi suka duka episod perjuangan mereka, moga dengan harapan, ia akan menjadi lebih baik dari hari semalam.

“Wahai adikku Aina cahaya mata yang terpelihara, apakah perihal yang mengganggu hatimu?..” Wardah bertanya pada Aina walaupun sebenarnya hatinya mengetahui perkara yang mengganggu diri Aina.

“Kak Wardah.. Entah kenapa.. Kadang2, hati ni tak kuat. Rasa seperti dah jatuh cinta dengan seseorang. Tapi, Aina tak nak semua perasaan itu. Merosakkan hati je...Astaghfirullahalazim...” keluh Aina sambil berisghtifar.

“Wardah, kak Asrar pun begitu. Kak Asrar tak nak semua ni hadir masa ni. Kadang-kadang, rasa malu pun ada, sebab kenapa perlu wujud rasa rindu ni pada si dia??...Dah puas kak Asrar buangkan jauh2 perasaan ini, tapi, ia makin mengcengkam hati....Allah....” Khazinatul Asrar pula meluahkan perasaan.

Humaira’ dan Syahadah lebih suka mengambil tindakan memerhati dan berdiam diri sambil tersenyum antara satu sama lain. Sesekali mereka memperbetulkan kedudukan dan tudung yang lembut ditiup angin pantai.

“Situasi Kak Asrar dengan Aina ni macam kena je dengan topik kita hari ni. Haa...cik Syahadah, agak2 cik adik manis ni lah, apa tajuk halaqah kita hari ni??”, Wardah cuba menguji Syahadah.

“Errrrkk...emm.. Serasa saya lah, mesti ada kena mengena soal hati bukan? Kak Wardah macam dah bagi klu je tadi...” Syahadah cuba menduga.

“Aah.. Lebih tepat lagi, mesti tajuk tentang CINTA kan Wardah?,” Humaira’ pula cuba menduga.

Tersenyum simpul Wardah melihat telatah mereka berdua.

“Wahai cik Humaira yang bijak bestari, Cik Syahadah juga apa kurangnya, Memang tepat tekaan Saudari, Tentang Cinta itulah tajuknya...” Wardah membalas jawapan mereka dengan berpantun.

Senyuman kepuasan terpancar di segenap wajah Humaira’ dan Syahadah kerana tekaan mereka tepat sekali. Manakala Kak Asrar dan Aina menunjukkan riak wajah seolah2 tidak sabar untuk mengupas lebih lanjut tajuk cinta itu.

“Baiklah sahabat2ku yang Wardah kasihi kerana Allah sekalian. InsyaAllah, petang ni Wardah terdetik untuk mengajak sahabat2 untuk bicara tentang hati, tentang cinta. Wardah yakin, yang sahabat2 punya ceritera cinta tersendiri. Andai sahabat2 tak keberatan, boleh kiranya, kita berkongsi perihal hati ini. Jujurnya, Wardah bukan orang selayaknya untuk bicara tentang ini, dan Wardah sedar, bahawasanya banyak lagi topik2 yang lebih berat perlu kita titik beratkan. Tapi, bagi Wardah, soal hati dan perasaan ini, walau diluarannya Nampak remeh sahaja, tapi sebenarnya ia sangat rumit, dan jika hati kita terlalai, nauzubillah, tidak tahu apa akan terjadi dengan diri kita. Makanya, Wardah terpanggil untuk kita bicara soal hati minggu ini. Dan wardah harap, sahabat2 xsegan silu untuk sama2 kita berkongsi. Sama2 kita perhalusi soal ini, dan sama2 kita cuba mencari solusinya.. InsyaAllah.. Agak2nya, ada bantahan dari semua sahabat?...” panjang lebar Wardah memulakan bicara, meminta persetujuan masing2 untuk mengupas isu itu dengan lebih lanjut.

Kesemua ahli halaqah tersenyum dan mengangguk tanda setuju untuk mempersilakan Wardah meneruskan bait bicaranya.

“Alhamdulillah.Segala2 puji hanya bagi Allah kerana mencampakkan rasa setuju di hati sahabat2 semua. InsyaAllah. Sebelum kita pergi jauh menyelongkar ke lubuk jiwa yang terpendam, Wardah nak semua orang cuba bagi pandangan masing2 mengenai apa itu cinta?Tak kira lah dengan pantun ke, sajak ke, puisi ke, lagu ke. Terpulang pada pemahaman masing2.. di mulakan dengan Kak Asrar, kemudian Humaira’, Aina dan Syahadah...boleh??....”

“Err...Kak Asrar tak pandai lah jiwang2 ni. Tapi Kak Asrar suka dengan puisi Rumi yang di popularkan dalam Ketika Cinta Bertasbih...ehem2..dengar ye...

“Sekalipun CINTA telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar.

Namun jika CINTA kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri.

Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang.

Namun tanpa lidah,

CINTA ternyata lebih terang

Sementara pena begitu tergesa gesa menuliskannya

Kata kata pecah berkeping keping begitu sampai kepada CINTA

Dalam menguraikan CINTA, akal terbaring tak berdaya

Bagaikan keldai terbaring dalam Lumpur

CINTA sendirilah yang menerangkan CINTA dan perCINTAan”

begitu penuh penghayatan Kak Asrar berpuitis. Dia tersenyum sendirian seusai berpuisi.

“Wah2 Kak Asrar, kata tak jiwang, sekali puisi Anna Althafunnissa yang Kak Asrar bagi..hehe..ok2.. dengar saya pula ye. Tapi saya amik lagu. Kerana Cinta oleh Inteam..

cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa

terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan kita pula
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..

hehehe..maaf..sampai habis lirik Humaira’ nyanyi..” Humaira’ pula memberi definasi cintanya berdasarkan lagu Kerana Cinta nyanyian Oleh Inteam.

“subhanallah. Mantap2 lah kak Asrar dengan kak Humaira’ ni. Aina pun nak juga lah bagi puisi. Puisi mbak Husna dalam Ketika Cinta Bertasbih..hehee...

Menurutku..

CINTA adalah KEKUATAN yang mampu
mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah sakit jadi sehat,
mengubah kikir jadi dermawan,
mengubah kandang jadi taman,
mengubah penjara jadi istana,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah CINTA !!!

Begitu penuh semangat Aina berpuisi. Seolah2 dia melakonkan watak Ayatul Husna.

“wah..wah..wah..speechlees Syahadah macam ni. Semua hebat2 belaka..Ala kak Wardah, Syahadah tak tahu nak kata macam mana....” Syahadah terpegun dengan kehebatan kakak2 dan sahabatnya dalam mendefinasikan cinta.

“Syahadah ku sayang, tiada mengapa, huraikan saja mengikut pemahaman Syahadah..” Wardah cuba memberi semangat.

“EM..ok..Syahadah cuba..

“kerana cinta aku jadi sepi
kerana cinta aku jadi riang
kerana cinta aku jadi pilu
kerana cinta kini ku sendiri
kerana cinta pelangiku hilang
kerana cinta matahari pergi
namun ku yakin dalam hatiku
cintaku tak boleh membunuhku”

“cinta kepada bunga, bunga akan layu, cinta kepada manusia, manusia akan mati, sebaliknya cinta kepada Ilahi kekal abadi...”

Syahadah menarik nafas lega setelah berjaya memberi pandangan mengenai cinta. Ringkas, tepat dan padat jawapannya. Baginya, cinta manusia tak kekal, tapi cinta Ilahi lah yang kekal dan ingin dikejarnya.

“Subhanallah. Memang hebat sahabat2 yang ku sayangi sekalian menyanyi, berpuisi. Bakat terpendam selama ni, akhirnya berjaya di cungkil...” Wardah berjenaka sambil menghulurkan makanan2 yang di bawa oleh Humaira’ tadi kepada semua ahli halaqah.

“haa...apa pulak pandangan kak Wardah terhadap cinta ni?”, Syahadah bersuara cuba untuk mengorek rahsia.

“haila.. apa ye yang kak Wardah nak bagitahu ye Syahadah. Dah semua puisi2 terbaik korang dah sapu bersih. Hehee. Em.. Bagi Wardah lah, Cinta itu di istilahkan sebagai tajuk yang “terbungkus” kerana ia berupa perasaan. Jauh di dasar agama, ia bersifat “malu-malu”, berwajah seni dan menjadi bawaan jiwa. Hadirnya ghaib tetapi roh kezahirannya wujud memukau dan sering meninggalkan kesan cakaran yang keliru di mana2. Dengan itu, menjadikan cinta itu sendiri memerlukan pentakrifan dan pemerincian. Allah. Sangat sukar untuk digambarkan dengan kata2. Jika mampu ku gambarkan cinta itu barang sedikit, ia sesungguhnya sebuah anugerah kudus ciptaan Allah SWT. Ia jelas disebutkan dalam Al Quran sendiri seperti firmanNya yang bermaksud;

“Katakanlah jika kamu menyintai Allah, maka ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihimu.” (Surah Al-Imran, Ayat 31)

Jalinan rindu yang berselirat dan berpintal-pintal itu pula melahirkan keasyikkan yang terbayang2 dan bermundar mandir siang ke malam, atau lebih senang diistilahkan sebagai “kegilaan”. Teringat kata2 Franchois Due de La Rochefoucauld yang berbunyi, “true love is like ghosts, which everybody talks about but few have seen.” Dan untuk mengetahui segala-galanya tentang cinta, manusia perlu merujuk kepada Pencipta cinta itu sendiri, yakni Allah s.w.t. Tuhan mencipta cinta maka Dialah yang Maha Mengetahui sifat dan rahsianya. Cinta itu indah kerana dicipta oleh Yang Maha Indah.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Allah itu indah dan cintakan keindahan" (mafhum hadis). Wallahu’alam.

Cinta adalah perasaan kudus, kotornya cinta hanya kerana tangan busuk yang memegang cinta itu, dan kepada siapa diberikan cinta itu...” Wardah menjelaskan definasi cintanya dalam makna penuh tersirat. Berkerut2 dahi sahabat2nya untuk cuba memahami bait katanya. Namun, Wardah tahu, jauh di sudut hati, mereka berjaya menangkap maksud yang cuba Wardah sampaikan.

“Allah.. Humaira’ pula speechless. Kalau bagi Wardah cakap, memang berpuitis lah..macam mana lah pelajar Mathematics ni boleh bersastera ni..hehehe..” Humaira’ cuba mengusik Wardah, namun jauh di sudut hatinya, dalam diam2 dia mengagumi Wardah kerana baginya walaupun Wardah mengambil bidang Mathematics, jauh lari dari bidang agama, namun pengetahuan agamanya meluas dan sering kali menjadi rujukan sahabat2 mereka dan jua pandai berhujah dan berpuisi. Kadang-kadang wujud rasa hairan di hati Humaira’, kenapa Wardah tidak mengambil bidang agama, tapi mengambil bidang Mathematics. Tapi segala2nya tidak mustahil, persoalan ini pernah Humaira’ utarakan pada Wardah. Dan Wardah dalam tersenyum dia menjawab persoalan yang terbuku di hati Humaira’.

“Cik Humaira’ sayang, tak semestinya kita nak tahu tentang agama Islam, kita kena terjun bidang agama. Ilmu Allah kan luas. Mathematics ni pun salah satu cabang bidang ilmu yang Allah pinjamkan pada kita. Tidak semestinya kita belajar bidang bukan agama, kita tak boleh nak mempelajari ilmu agama. Semuanya atas usaha kita sendiri. Kalau ada usaha di hati, kita di campak kat mana2 pun, kita boleh hidup. Ingat, belajar ni jua ‘part of jihad’, xkira lah kita amik Medik ke, Matematik ke, sains ke, agama ke, ia tetap ‘part of jihad’ kita. Lagipun, Wardah nak buktikan pada masyarakat luar, jangan pernah memandang rendah pada kita orang muslim. Walaupun Wardah amik bidang matematik, Wardah mahu buktikan Wardah jua dapat kuasai bidang lain. Ambil matematik bukanlah satu halangan atau alas an untuk kita terus tertakuk di bawah kaca lutsinar. Kita pun boleh berjaya, menjadi seorang muslimah yang serba tahu. Haa.. cuba Humaira’ tengok sekeliling, ramai kan mereka yang fresh graduate dari pelajar bukan aliran agama, berjaya menjadi muslim yang tegar, menjadi insan yang serba tahu, yang menggerunkan musuh Islam sekeliling, sama jua lah dengan pelajar aliran agama sekarang, sudah ramai yang menyedari betapa pentingnya usaha menguasai ilmu2 lain selain yang mereka belajar sekarang, sudah ramai pelajar aliran agama yang hebat2 dalam segala ilmu. insyaAllah. Ini lah semangat yang kita nak. Bila kita bukan dari aliran agama berkumpul dengan mereka yang dari aliran agama, kita boleh berkongsi ilmu pengetahuan masing2, dan memupuk silaturrahim. Bukankah Saidina Ali jua pernah berpesan bahawa ilmu pengetahuan lebih baik dari kekayaan. Dalam dunia sekarang ni, tidak kira kita datang dari latar belakang dari mana sekalipun, kita tetap insan bersaudara, kerana kita orang Islam. Dan kita seharusnya, jangan memilih ‘bulu’, tapi sepatutnya, kita kena berpadu hati, kerananya kita perlu tunjukkan pada musuh2 Islam yang kita ni bukan sembarangan Muslim, yang hanya melafazkan “La Ila ha Illalah”, tapi kita laksanakan dan buktikan lafaz janji kita itu. Buktikan pada mereka, siapa kita sebenarnya, bukan sekadar pada musuh2 tegar kita, tapi jua pada musuh di dalam selimut kita. So, tak jatuh persoalan di sini, untuk kita hanya kuasai satu je bidang ilmu. Oleh itu, selagi nyawa di kandung badan, tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad sekalipun. Tapi ingat, niat kita menuntut ilmu adalah mengejar redha Allah semata2..wallahualam..so Humaira’, ada faham sayangku..??....” Tersenyum sendirian Humaira’ bila terkenangkan jawapan Wardah. Dalam diam, Humaira’ mengiakan kata2 Wardah, dan mulai dari hari itu, dia menanamkan satu niat dalam diri nya, dan setiap hari, dia berusaha menggapai niatnya. “Belajar kerana Redha Allah, dan ingin menjadi super duper muslim..insyaAllah...”

“so kak Wardah, cinta ni salah ke?...” pertanyaan dari Aina menyentap Humaira’ dari lamunannya. Wardah tersenyum. Dia mengerti, orang yang hebat tarbiyah seperti Aina, kadang2 ada jua yang menggangu hati. Nama pun manusia.

“Aina, serasanya Aina mesti arif jua bab ni kan. Mana mungkin cinta ini salah. Kita sedia maklum cinta adalah fitrah bagi setiap insan, setiap makhluk hatta haiwan sendiri mempunyai keinginan untuk berpasang-pasangan, jadi bercintalah tetapi mestilah pada tempat yang betul iaitu yang telah disyariatkan. Dan inilah salahnya manusia sekarang ini, bila dah mabuk cinta, yang haram dihalalkan.Nauzubillah... lagipun, cinta ini, Allah yang anugerahkan buat kita, mana mungkin Allah membenci apa yang dianugerahkanNya, melainkan kita yang meletakkan cinta di tempat yang salah...” Wardah cuba menghuraikan persoalan Aina. Sesekali dia membetulkan lipatan tudung yang ditiup angin pantai. Terasa nyaman dan kadang2 dingin sampai ke tulang.

“dah tu Wardah, macam mana pulak dengan rindu ni? Rindu pada seseorang yang bukan mahram pada kita?Kak Asrar takut ia nya jatuh pada zina hati...” Kak Asrar pula meluahkan rasa yang terbuku di hati.

“emm..kak Wardah, izinkan saya menjawab pertanyaan kak Asrar boleh?,” Syahadah meminta keizinan dari Wardah untuk menjawab persoalan tersebut.

“Alhamdulillah.. Dengan hormatnya dipersilakan Syahadah. Sesungguhnya kak Wardah berbahagia andai Syahadah punya pendapat untuk dikongsikan dan boleh merungkaikan persoalan kak Asrar.” Wardah memberi keizinan pada Syahadah untuk melontarkan hujahnya. Bagi Wardah, ini lah fungsi sebenar halaqah, ‘give and take’, komunikasi dua hala, bukan sekadar naqibah yang bercakap, tapi ahli2 nya jua sangat di alu2kan untuk memberi pandangan. Yang salah diperbetulkan, yang betul di amalkan. insyaAllah.

Syahadah menarik nafas panjang sebelum memulakan bicara. Harapannya, moga persoalan kak Asrar terungkai.

“Bismillahirrahmanirrahim... rasanya Syahadah bukanlah orang yang selayaknya untuk memberi pandangan, tapi Syahadah cuba mana yang mampu. Kak Asrar, saya Cuma nak betulkan sikit skop pandangan zina hati yang di katakan oleh kak Asrar tu. Pada pemahaman saya, merindui seseorang itu BUKANlah zina hati. Ini kerana fitrah cinta dan rindu itu ialah anugerah Allah. Jangan pernah mengharamkan rasa rindu yang terbit kerana rindu dan teringat itu ialah hadiah Allah buat kita makhluk bernama manusia. Yang akan membawa mudarat ialah apabila kita tidak berjaya mengawal perasaan yang menyebabkan kita mula terbayang perkara bukan-bukan. Itu baru di katakan zina hati. Kisah rindu ini mungkin lebih manis kalau saya selitkan dengan perbualan yang pernah terjadi antara Rasulullah dan Saidina Ali dan bagaimana Saidina Ali meminang puteri Rasulullah. Apa yang saya nak highlight di sini ialah jawapan Saidina Ali apabila Rasulullah bertanyakan perihal Saidina Ali dan jawabnya " Aku terkenangkan puterimu ya Rasulullah." Maka jawab Rasulullah dengan tersenyum lebar, “Ahlan wa sahlan”. Yakni Rasulullah menyambut dengan tangan terbuka kehadiran Ali sebagai Ahlul Bait dan pinangannya diterima.
Perkataan "terkenang" itu sudah cukup membuktikan Saidina Ali sendiri teringat dan merindui (mungkin sekadar lintasan-lintasan perasaan) dan Rasulullah sangat peka dengan gelojak hati dua anak muda ini, yakni Fatimah dan Saidina Ali. Maka mereka dikahwinkan. Sedangkan sahabat nabi sendiri merasa erti rindu dan saling mengingati apatah lagi kita insan biasa. Lagipun, mampu kah kita menghalang rindu? Kuasa Allah kan yang memberi kurnia rindu itu? Siapa kita sebagai hamba untuk menghalang rasa itu terdetik di lubuk hati?

Teringat saya kata-kata daripada Saidatina Fatimah, di mana beliau pernah ada rasa cinta dan bercinta dengan seseorang sebelum berkahwin. Bila ditanya dengan siapa beliau pernah bercinta, beliau dengan tenang menjawab, Saidina Ali, yang juga suaminya sekarang. Perasaan itu diluahkan selepas beliau bijak mengawal perasaan cinta kudusnya itu, hinggalah Saidina Ali benar-benar menjadi suaminya yang sah. Nada murni menuluh sinar memandu diri, sesuci malakut mengalir dari relung jiwa yang penuh cahaya iman. Subhanalllah. Kalau sudah jodoh ditetapkan, pasti tiada orang lain, dengannya jua di satukan. Percayalah pada takdir ketentuanNya selepas sebuah usaha dihulurkan terlebih dahulu. insyaAllah, tdk rugi apa2 walaupun akhirnya ketentuanNya lain dengan kehendak kita, kerana takdirNya berbicara bahawa kita bisa peroleh sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita rasakan. Percayalah dengan janji Allah.

“Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, sedangkan ianya adalah baik buatmu. Dan mungkin kamu menyukai sesuatu, sedangkan ianya adalah amat buruk(di sisi Allah) buatmu. Bahawasanya, Allah itu Maha Mengetahui (apa yang tersurat dan tersirat) apa-apa pun yang kamu tidak ketahui.” Al Baqarah, Ayat 216. Wallahualam...” Syahadah mengakhirkan hujahnya dengan firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah, ayat 216.

“Subhanallah..subhanallah..subhanallah.. Alhamdulillah. Baru terbuka minda kak Asrar. Syukran jiddan ya Syahadah...” Kak Asrar mengucapkan terima kasih pada Syahadah. Baru kini dia memahami apa itu zina hati.

“oic. Baru Humaira’ mengerti juga. Tapi Wardah dan sahabat2, macam mana pula ye dengan istilah ‘couple’ sekarang? Dan maaf Humaira’ katakan, dari pemerhatian Humaira’, Humaira’ dapati ramai yang sekarang mengaplikasikan cinta “Ana wa Enta”. Ala, cinta enta enti..” Humaira’ pulak melontarkan persoalan.

“Allah.. Terasa agak berat juga persoalan Humaira’ ni. Macam terkena dekat batang hidung sendiri pun ada...Allah... Memang tak dapat di nafikan, kadangkala penampilan seseorang itu Nampak luarannya tip top, berkopiah, berjanggut sejemput, bertudung labuh, berpurdah dan lain2 lagi lah, tapi mereka jua tak terkecuali dari ujian hati. Mereka jua manusia yang punya hati yang mudah di bolak balikkan. Teringat firman Allah yang bermaksud..

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. [QS:29:23]

Ayat di atas jelas memberitahu bahawa ini adalah satu janji daripada Allah, bahawa setiap manusia itu pasti akan diuji atas kata-katanya, atas kesaksiannya, sesuai dengan kesanggupannya. Allah. Setiap kata2 yang kita keluarkan, Allah bakal menguji kembali pada kita. Dan Wardah sedar, selepas Wardah katakn semua ini, Allah akan cuba datangkan ujian pada Wardah mengikut kemampuan Wardah. Dalam keghairahan mengejar perkahwinan yang disyariatkan, ramai yang terpedaya dgn dosa2 yg terkabur di sepanjang menuju ke gerbang perkahwinan. Semuanya menjadi halal dgn tiket mahu berkenal2an dan mencari keserasian dgn pasangan. Tambahan pula bila ia seolah2 di ‘islamik’ kan. Memberi mesej kononnya mesej tazkirah, mesej bangun qiam dan seumpamanya. Di sini silapnya kita, kerana terlalu ghairah mencari cinta Ilahi katanya, tapi tanpa kita sedari, kita telah kotori cinta Ilahi itu dengan sedikit sebanyak cinta yang kita cuba taburkan pada manusia yang bukan di jalan yang benar. Cinta boleh, tapi seharusnya pada jalan yang benar. Rindu boleh, tapi pada jalan yang benar. Mujahadah lah. Cuba untuk mujahadah, hingga sampai masanya kita taburkan bunga-bunga cinta dan rindu itu pada yang berhak. Seperti petikan hadis ini, Wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu maka berpuasalah.” (HR Bukhori).
Mungkin dalam kita ghairah dalam mengejar cinta manusia, kita lupa Allah tak cakap jangan berzina, tapi Allah kata jangan HAMPIRI Zina. Mungkin kita lupa, syaitan itu kreatif, bahawa dia tidak akan menggoda kita terus dengan dosa2 besar, tapi dia dimulakan dengan dosa2 kecil yang dipandang sepi, yang dipandang remeh. Apa2 pun, semuanya bermula dari hati. Memang mudah nak mengubah luaran, namun teramat susah nak mengiis karat jahiliyyah dalam hati. Kita bukan nabi, kita bukan maksum, sebab itu kita tak terlepas dari melakukan khilaf. Jika Allah dah tegur kita, cepat2 lah kita kembali pada Allah, kerana khuatiri itu teguran terakhir dari Allah. Persoalan couple boleh ke tidak dalam Islam, Wardah nak Humaira’ cuba lihat sendiri, apa kebiasaannya pasangan couple akan buat jika mereka berkapel. Dari situ, Humaira’ akan peroleh jawapannya. InsyaAllah. Wardah bukanlah polis cinta, Wardah bukanlah nak menjatuhkan haramnya cinta, tapi remaja kini lebih taksub mengejar cinta manusia berbanding cinta Ilahi, sehingga cinta yang mulia itu telah dicemari oleh tangan2 manusia itu sendiri. Allah. Begitu rapuhnya hati kita. Itulah pentingnya kita kena istiqamah baca ‘love letter’ Allah dan sentiasa basahkan bibir dengan zikrullah. insyaAllah, Allah sentiasa bersama kita andai kita tak pernah meninggalkannya. Begitulah Humaira’, sedikit sebanyak yang Wardah boleh kongsikan.. Harapnya Humaira’ dan sahabat2 memahami mesej yang ingin disampaikan. Faham dan amal..insyaAllah...” ulas Wardah dengan isu yang di utarakan oleh Humaira’. Jauh di sudutnya, dia sangat berharap moga sahabat2nya memahami apa yang cuba disampaikannya.

“cinta..jika hanya manis yang dirasa..tiada sedikit palitan kepahitan..itu bukan cinta namanya..itu bayangan diminda..tiada seorg pun yang mmpu membina dan menjaga mahligai bahagia tanpa kesan2 calar..jika bukan di permulaan, mungkin dipertengahan..mungkin juga pengakhiran..tiap yang terjadi ada hikmahnya...” terluncur kata2 itu dari bibir mungil kak Asrar. Walau perlahan, Namun ia tetap bisa dikedengari oleh mereka berempat memandangkan suasana sepi. Mereka semua saling memandang dan tersenyum sendirian. Kemudian Wardah kembali bicara.

“Betul tu Kak Asrar. Tidak dapat dinafikan, diari cinta semestinya disulam dengan suka dan duka, sebagaimana kemarau tidak berterus lamanya, hujan tidak pula terus menerus menyimbah rumput dunia.Dicintai tidak semudah menyintai, dimiliki tidak semudah memiliki, cinta kerap kali mengusik hati, mejadikan istana hati itu retak sehingga gugurnya debu-debu air mata menyimbah pipi, walau senyuman kerap kali terus menafi.Tidak semua yang kita inginkan akan menjadi milik kita, kerana kadangkala apabila kita menyukai sesuatu sebenarnya ia tidak baik bagi kita, dan boleh jadi sesuatu yang kita benci itulah yang terbaik buat kita, hanya di tangan Allah segala rahsianya. Lebih perit lagi, Kadangkala kita menyintai seseorang, tapi dia pula melabuhkan kasih pada yang lain, kadangkala dua insan saling menyintai, tapi dia jugalah yang sahabat kita sukai.Benar, trilogik cinta sering terjadi, dan kadangkala memberikan kebahagiaan pada sahabat itu mampu menjadikan hidup kita lebih bermakna, sekalipun kita terpaksa mengalirkan air mata. Duhai Sahabat2 kesayangan Wardah, lupakah kalian? Antara hujan dan panas itu akan bersinarnya pelangi-pelangi yang indah, senyuman dan air mata itu akan mengukir hati supaya sentiasa pasrah, sabar dan redha terhadap apa yang terbeban ke atas dirinya. Syukurlah seandainya dia masih menjadi milik kita, dan redhailah seandainya Allah menggantikan dia dengan seseorang yang tidak disangka. Yakin dengan janji Allah ya sahabat2ku....”

“Alhamdulillah kak Wardah. Hati saya rasa lebih tenang lepas kita bicarakan semua ini. InsyaAllah, saya akan salurkan cinta dan rindu saya ni pada yang berhak. Saya akan cuba mujahadah. Bantulah saya juga dalam perjuangan saya ini. Moga jangan pernah meninggalkan saya terkapai2 keseorangan..” Aina bersuara sambil di iakan oleh kak Asrar.

“Kak Wardah, bercakap soal ini, bagaimana pula kak Wardah? I means, perasaan kak Wardah pada tuning kak Wardah. Abang Irfan Hadi tu..Macam mana kak Wardah mengawalnya?...” Untuk sekian kalinya Syahadah bersuara kembali mengetuk persoalan di hati.

“Aah Kak Wardah. Sekurang2nya kak Wardah tak perlu risau dah soal jodoh, soal hati dan perasaan ini...” Aina pula bersuara.

Humaira’ pula hanya mampu tersenyum. Faham benar dia dengan gelodak hati yang melanda sahabatnya itu.

“Allah.. Syahadah.. agak berat untuk kak Wardah teruskan cerita semuanya kerana diri sendiri juga menanggung beban fitnah yang boleh datang bila2 masa sahaja. Dan Aina, bukankah Aina juga pernah berpesan pada kak Wardah, bahawa jangan pernah merasa selesa dengan kehidupan kita sekarang kerana perjalanan kita masih jauh lagi. Masih banyak perkara yang kita tak tahu, dan perlu tahu untuk di bawa ke perkampungan akhirat nanti. Tiada siapa yang dapat menjamin bahawa pasangan kita itu adalah jodoh kita, walaupun sudah mengikat tali pertunangan, walaupun akan diijab kabul esok hari, perkara yang halal selepas nikah tetap hanya halal selepas nikah. Tidak pernah syariah menghalalkannya walaupun beberapa jam sebelum nikah. kerana yang pastinya mati itu pasti dan tidak diketahui bila masanya dan seandainya mati yang mendahului nikah itu, alangkah malangnya kalau tidak sempat bertaubat. Seandainya kita mencintai seseorang, berdoalah agar dijodohkan dengan insan tersebut dan bertawakallah kepada-Nya. Ingatlah bahawasanya jodoh kita telahpun ditetapkan sebelum kita dalam kandungan lagi. Apa2 pun, kita doakan yang terbaik. InsyaAllah, jika memang kita memang ditakdirkan bersama, Allah akan pertemukan jua satu hari nanti. insyAllah. Doa yang terbaik ya..”


“subhanallah. Baru terbuka minda saya. Sempitnya pemikiran saya. Saya terlupa yang soal jodoh itu urusan Allah. Teringat saya kata2 kak Wardah tempoh hari, jangan terlalu taksub dengan takdir kita, kerana kita tak tulis takdir kita dengan tangan kita sendiri, tapi segala2nya terjadi atas kehendakNya. Kita hanya mampu merancang, tapi Allah lah sebaik2 perancang dan Dia jualah yang menentukannya. Segala2 puji hanya bagi Allah. Dialah yang berhak dan berkuasa ke atas sesuatu....” ulas Aina membuat konklusi terhadap persoalannya itu.

“Alhamdulillah. Benar semua itu Aina. Syukur, adik kak Wardah ni, makin hari, makin mantap, tidak salah lah mereka memilih Aina sebagai pemimpin. Ok lah. Wardah rasa, setakat ini dulu buat kali ini. Waktu seakan2 mencemburui kita. Kita perlu bergerak, kerana masih ada urusan wajib yang minta kita perlu selesaikan. insyaAllah, next time, kita cuba lagi kupas isu ini, kerana persoalan cinta ini tidak akan terus berhenti di sini. Banyak episod cinta yang kita lalui setiap minit, setiap detik, setiap saat, setiap waktu. Cuma sebelum kita beredar, Wardah nak rumuskan isu kita hari ini. Moga setiap apa yang diperkatakan hari ini, yang baik dijadikan panduan, yang buruk dijadikan sempadan. Moga amal dengan ilmu, faham, buat dan amal.insyaAllah. dan Bersiap sedialah wahai sahabat2 ku sekalian, kerana saat ini, kita bakal di uji dengan apa yang kita katakan. Sahabat2ku, benar memiliki rasa cinta itu tidak ada salahnya, kerana ia akan tetap hadir sekalipun tidak dipinta, namun harus diingat, jangan terlalu kasihkan manusia melebihi kasih pada pencipta, kerana Dia yang mengatur segala-galanya, cintakan seseorang belum tentu ia menjadi milik kita, cintakan tuhan Dia mampu memberikan apa saja yang kita pinta.Dengan hanya "Kun Fayakun" maka terjadilah apa yang diinginkannya, oleh itu seandainya sesuatu yang kita inginkan belum menjadi milik kita, sabarlah dan terus berdoa, Allah mengerti setiap apa yang tersemai dihati hamba-hambanya.Memberi sebiji permata tidak sama dengan memberi sebutir kaca, tuhan tidak sekadar melihat doa hambanya, tapi melihat dimana pula buktinya, bagaimana hubungan hambanya denganNya, sebanyak mana air mata yang digugurkan dalam permintaannya.Mungkin tuhan menangguhkan pemberian itu untuk memberi ruang supaya kita meneruskan doa, menyembuhkan fikiran dan membersihkan segala dosa lama.Mintalah pertolongan dari yang menciptakan agar memudahkan urusan yang dihamparkan pada kita.Dan peliharalah hubungan sesama manusia yang dicintai agar tidak lalai daripadaNya.Fiman Allah swt

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu" (Al-Baqarah : ayat 45)

Bangunlah untuk muhasabah diri merenungi dosa-dosa tersembunyi dicelah-celah cinta manusia, bersihkan hati dan serahkan sebulat-bulatnya pada pencipta, biarkanlah Dia yang mengatur segalanya.Sekadar secangkir renungan untuk teruna dan dara. Bangkitlah wahai para Mujahidah dari lamunan cinta palsu. Mulakan langkah mujahadah itu sekali lagi, dan lagi. Jangan alpa dan jangan ulangi kesilapan yang sama, pada lubang yang sama. Berhati-hatilah dengan ujian dunia. insyaAllah, kita semua boleh, wahai mujahidah pemburu syahidah...wallahu’alam. sama2 lah kita tegur antara satu sama lain, sama2 lah ita menjadi kekuatan antara satu sama lain. Moga kasih Allah sentiasa bersama kita. Ya Allah, Kami ingin belajar untuk mentaati perintahMu. Kami belajar untuk menjadi hambaMu yang soleh dan solehah. Kami seringkali jatuh dan bangun, jatuh dan bangun lagi dan lagi. Semoga kami terus dipimpin olehMu, Duhai Allah....amin....” Wardah mengakhiri bicaranya pada petang itu dengan sepotong doa meminta kekuatan pada Allah.

Mereka jua mengakhiri halaqah pada petang itu dengan tasbih kifarah, surah al Asr dan doa Rabitah hati yang diketuai bacaan oleh Syahadah. Begitu syahdu Syahadah mengalunkan doa tersebut. Moga dengan bacaan doa rabitah hati ini, mengikat hati mereka yang saling mengasihi kerana Allah, dan Moga Allah mengeratkan kemesraan hati2 mereka dalam berjuang di jalan Allah. insyaAllah. Amin.

Seusai halaqah mereka, mereka saling bersalaman dan segera menuju destinasi seterusnya ke Masjid university mereka untuk menyempurnakn rukun Islam kedua mereka. Moga hari esok lebih baik dari hari semalam.

****************************************************************

Bersambung...