Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AhLaN wAsAhLan....sELamAt dAtAng kE prOfiLE aNa bAkAL jEnAzAh~

~jAgA diRi..jAgA imAn..jAgA hAti..jAgA kEsElurAhannya..^__^~


salam seindah seharum kasturi

moga ukhwah kita harum mekar mewangi hingga ke syurga
dielahmujahidah90. Powered by Blogger.



Jadilah Soleh Dan Solehah Dulu....


Tidak dinamakan cinta suci jika nafsu menjadi sandaran utama. Bukan membuang perasaan fitrah insani mahu mencintai dan dicintai, namun tahu dan sedar di mana sasaran pengakhiran konsep cinta yang di bawa itu. Rumah tidak dibangunkan dalam masa sehari, cinta suci memerlukan perlakuan yang disaluti kesabaran tinggi, di mana terlatih sepanjang masa bersama keimanan yang kental dan utuh.

Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Cinta yang berlandaskan Iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan, sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan Iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan. Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung. Imam Hassan Al Banna mengatakan bahawa: “Dengan dua sayap (Iman dan cinta) inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan”

Bagaimana tidak, jikalau Iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa Iman akan jatuh ke jurang kehinaan. Iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa Iman. Kalau sudah tahu diri ini tidak terbaik di pandangan mata manusia, kenapa tidak berusaha menjadi sebaik mungkin dalam menambah fungsi diri mencapai kebaikan di sisi Dzat Allah Taala?

Kalau sudah tahu dan pasti diri tidak mampu memiliki pasangan soleh dan solehah, kenapa tidak mencari kurang soleh dan solehah, dan berusaha merubah menjadi soleh dan solehah? Berusahalah menjadi soleh dan solehah terlebih dahulu, pasti takdir ketentuan-Nya untuk anda dengan insan solehah dan soleh.

~Bila hari itu datang......~



Assalamualaikum.. sentiasa mendoakan yang terbaik buat sahabat semua..

Alhamdulillah.. 14 Mac 2012 yang lepas genaplah saya berumur 22 tahun.. tua kan? Saya pun seakan2 tak percaya yang saya dah berumur 22 tahun.. Bagi saya , tika ini, tanggungjawab saya makin bertambah, bertambah dan bertambah.. yela.. makin berusia kita, makin banyak ujian yang perlu kita hadapi.. apa2 pn, Alhamdulillah, syukur tak ter hingga sebab Dia masih meminjamkan nikmat ‘nyawa’ yang tak ternilai ni buat saya.. syukur, masih dipanjangkan umur untuk terus berjuang di jalanNya….

Terima kasih pada semua sahabat yang tak pernah lupa titipkan doa buat saya. Terima kasih pada semua sahabat yang tak pernah lupa pada tarikh istimewa ini, tak kira lah yang wish di facebook, mesej, telefon, atau face to face. Sangat2 menghargainya. Alangkah bahagianya diri ini andai tiap2 hari ada yang mendoakan diri ini.. >_< …

Malam besday saya tu, saya tidur awal.. keletihan after balik silat. Pukul 11.30malam dah tidur, then sebelum tidur tu, memang saya sudah silentkan nset saya, supaya nanti tak da lah terganggu tidur saya bile ada yang hntar mesej. Maaf ye, bukan sengaja, tapi sangat2 letih malam tu. Bangun je subuh, penuh inbox dgn mesej ucapan dr sahabat2 tercinta. Tersenyum bila baca mesej2 mereka. Satu persatu cuba saya balas walau masa tu, kredit sangatlah nazak. Alhamdulillah, byk doa yang sy dpt pd hari itu.

Pagi tu, masuk je kuliah, majority budak2 kuliah wish besday.. terharunya diri ni, hanya Allah yang tahu. Tengahari tu, kami makan sama2… then, pukul 3.30petang dh habis kuliah, semua balik bilik msing2. Dalam pukul 5.30petang, saya dikejutkan dgn kedatangan dua sahabat. Masa tu, saya tgh duduk di birai katil, menghadap ke tingkap, tgh balas mesej pelanggan yang beli shawl, memang tak sedarlah bila masa mereka berdua masuk. Terkejut, hampir nak terlompat juga lah.. depa bawa kek dan bungkusan2 hadiah. Allahurabbi.. tak terfikir pun mereka akan buat kejutan.. terharu.. tapi tak tunjuk pun wajah terharu tu… cover2..hehehe.. then.. kami berborak dgn gembiranya smpai lah sebelum magrib menjelma, mereka berdua pun balik.. Moga ada imbalannya dgn setiap kebaikan mereka terhadap diri ini.. insyaAllah... Ameen..

**********moga amalanku bertambah seiring bertambahnya usiaku************

**********************mogA bertambah TUA dijalanNya***********************

**********************moga menjadi anak yang solehah***********************

*******************moga cepat dapat jodoh..opsss??hahaha********************

******************dan banyak lagi, hanya Allah saja yang tahu*******************

AMEEN YA RABB…

Kalau nak diungkapkan satu2 perasaan saya, rasanya seratus lembar kertas pun tak cukup. So, lebih baik saya berhenti setakat ni sahaja.. cukuplah selebihnya hanya DIA yang tahu.. yela, kalau lebih2 citer kat sini, tinggal apa lagi utk saya ngadu kat DIA kan? Peace yoooo.. >__<

Sebelum saya undur diri.. saya hadirkan beberapa ucapan yang membuatkan diri ini terharu…

“Happy birthday to you.. hm dh tua pun ko ni ye. Cepat je mase berlalu.. tahu2, dh umur 22. Apa pun, aku nak wish, semoga panjang umur, murah rezeki, bahagia di dunia dan akhirat. Thanks coz sudi jadi kawan aku, dan jadi UMI for MY BABY…..”

From Aisyah.. dia ni kawan baik masa saya sekolah menengah, sampailah sekarang, walaupun dia dah bergelar seorang isteri dan ibu sekarang ni.. anaknya baru berusia sebulan lebih..diberi nama RAUDHAH NUR QASRINA. Saya mak angkat kepada anaknya.. so, RAUDHAH panggil saya UMI.. Alhamdulillah, berpeluang jadi ibu walaupun bukan anak sendiri.. xsabar nak tgk raudhah membesar, moga tumbuh mekar menjadi muslimah yang tegar.. Ameen..

“kerana ilmu itu jambatan ke syurga, maka saya titipkan buku itu buat kak dila.. dan kerana masa itu lebih bernilai dari emas, saya hadiahkan “masa” itu untuk kak dila.. manfaatkan keduanya ya.. LOVE YOU… “

Dari cik siti.. sangat2 terharu bila baca mesej ni.. insyaAllah, akan dimanfaatkan sebaikmungkin.. syukran my dear ukhti..

*****moga kita semua berkasih sayang hingga ke syurga kerana Allah semata2….

*********salam seindah seharum kasturi, dari dielah mujahidah….***********

~Sibuk.. Sibuk.. Sibuk.....~



Sibuk..sibuk..sibuk..??. adeh.. dah lama saya tak menulis ni.. sibuk katakan… ***jangan caye! Dilah bohong je tu.. eh2.. betul.. dilah memang bizi…ngee..***

Serius.. sem ni makin sibuk… dengan berlambak assignments nya lagi..dengan aktiviti2 kolej lagi..program tu, program ni.. tak terlarat dah rasanya nak bawa badan ni.. boleh kurus kering macam gini..agaggagagaa…

Ni jadual kuliah saya sem ni.. dah cuba yang terbaik susun jadual ni….tapi xda juga yang cuti..hailaaaaa.. xnak kasi saya berehat lah tu…. **dilah, bersyukur seadanya.. baiklah… weet2..

Hari isnin…

8-10pagi : kuliah Penyelidikan Operasi..

2-3petang : Tutorial Macroeconomy II

3-4petang : Tutorial Differential Equations..

Hari selasa…

8.30-9.30pagi : Tutorial Analysis Statistic..

Then….. rest time!! Fuhh.. best,… alamak!!! Da kelas lagi lah..grrr..

9.00mlm-11mlm : kelas silat cekak hanafi..

Hari Rabu…

8-10pagi : Kuliah Penulisan Saintifik

11-2ptg : Kuliah Bahasa Arab..

2-4ptg : Kuliah Analysis Statistic

***wah!!!!! Hari rabu paling pack!!!! Berkejar2 nak solat zuhur!!!! Zuhur masuk pukul 12 lebih… Asar pulak masuk pukul 3lebih.. cabaran2..~

Hari Khamis…

8-10pagi : kuliah Perhitungan Berangka

2-4ptg : kuliah Differential Equations..

Hari Jumaat,..

8-10pagi : Kuliah Analisis Nyata..

2-4ptg : Kuliah Macroeconomy II

9mlm-11mlm : Kelas Silat Cekak Hanafi..

Sabtu dan Ahad..

Basuh baju… kemas2 bilik.. buat homeworks.. tgk movie!!!! Hahaa

Tengok.. sibuk kan saya?? Yes..i know.. sama je macam korang.. bizi semuanya.. biasalah.. nama pun student kan.. yang tak belajar pun sibuk, apatah lagi kita yang digelar sebagai pelajar ni kan.. walau sibuk2 mana pun saya ni, haissshhh,, ,masih mahu amik kelas silat tu… sabar jak lah.. sebenarnya, dah lama dah nak masuk silat ni.. memang teringin pun.. masa kat matrik dulu, amik silat olahraga.. skang di U, amik silat cekak hanafi.. setidak2nya, ada juga ilmu pertahankan diri..

Ramai juga org tak percaya yang saya ni masuk silat.. yela, mungkin depa nmpk saya ni lembut diluaran kot?? **eh?? Yeke lembut??? Hehehe.. saya pedulikan apa yang org nak kata, janji saya dapat apa yang sy nak.. **wahhh..kelas kau dilah..allalalaa..

Semalam kelas silat baru mula.. Alhamdulillah.. setakat ni, boleh follow lagi.. best2.. tapi lebam2 juga lah, sengal2 juga lah badan.. biasa lah, nama pun silat kan, mana ada lembut2 ni.. yang tak tahannya, saya banyak main dari serius semalam.. haissshh.. banyak gelak je.. yela, dah jurulatih tu buat lawak je memanjang.. mana tak tergelak.. pastu, masa buat latihan serangan tu, kan kena tumbuk betul2, kadang2 tertumbuk tempat lain, haisssshh,,,, gelak lagi..ish2..dilah2.. bila kau nak serius hah????

Apa2 pun, betulkan niat.. lakukan sesuatu niat kerana Allah.. moga bertambah amal, iman… Sentiasa mendoakan yang terbaik buat semuanya… insyaAllah.. May Allah bless u guys.. ameen..

Salam seindah seharum kasturi,

Dielah…~

blogger widgets