Assalamualaikum.. sentiasa mendoakan yang terbaik buat sahabat semua..
Alhamdulillah.. 14 Mac 2012 yang lepas genaplah saya berumur 22 tahun.. tua kan? Saya pun seakan2 tak percaya yang saya dah berumur 22 tahun.. Bagi saya , tika ini, tanggungjawab saya makin bertambah, bertambah dan bertambah.. yela.. makin berusia kita, makin banyak ujian yang perlu kita hadapi.. apa2 pn, Alhamdulillah, syukur tak ter hingga sebab Dia masih meminjamkan nikmat ‘nyawa’ yang tak ternilai ni buat saya.. syukur, masih dipanjangkan umur untuk terus berjuang di jalanNya….
Terima kasih pada semua sahabat yang tak pernah lupa titipkan doa buat saya. Terima kasih pada semua sahabat yang tak pernah lupa pada tarikh istimewa ini, tak kira lah yang wish di facebook, mesej, telefon, atau face to face. Sangat2 menghargainya. Alangkah bahagianya diri ini andai tiap2 hari ada yang mendoakan diri ini.. >_< …
Malam besday saya tu, saya tidur awal.. keletihan after balik silat. Pukul 11.30malam dah tidur, then sebelum tidur tu, memang saya sudah silentkan nset saya, supaya nanti tak da lah terganggu tidur saya bile ada yang hntar mesej. Maaf ye, bukan sengaja, tapi sangat2 letih malam tu. Bangun je subuh, penuh inbox dgn mesej ucapan dr sahabat2 tercinta. Tersenyum bila baca mesej2 mereka. Satu persatu cuba saya balas walau masa tu, kredit sangatlah nazak. Alhamdulillah, byk doa yang sy dpt pd hari itu.
Pagi tu, masuk je kuliah, majority budak2 kuliah wish besday.. terharunya diri ni, hanya Allah yang tahu. Tengahari tu, kami makan sama2… then, pukul 3.30petang dh habis kuliah, semua balik bilik msing2. Dalam pukul 5.30petang, saya dikejutkan dgn kedatangan dua sahabat. Masa tu, saya tgh duduk di birai katil, menghadap ke tingkap, tgh balas mesej pelanggan yang beli shawl, memang tak sedarlah bila masa mereka berdua masuk. Terkejut, hampir nak terlompat juga lah.. depa bawa kek dan bungkusan2 hadiah. Allahurabbi.. tak terfikir pun mereka akan buat kejutan.. terharu.. tapi tak tunjuk pun wajah terharu tu… cover2..hehehe.. then.. kami berborak dgn gembiranya smpai lah sebelum magrib menjelma, mereka berdua pun balik.. Moga ada imbalannya dgn setiap kebaikan mereka terhadap diri ini.. insyaAllah... Ameen..
**********moga amalanku bertambah seiring bertambahnya usiaku************
**********************mogA bertambah TUA dijalanNya***********************
**********************moga menjadi anak yang solehah***********************
*******************moga cepat dapat jodoh..opsss??hahaha********************
******************dan banyak lagi, hanya Allah saja yang tahu*******************
AMEEN YA RABB…
Kalau nak diungkapkan satu2 perasaan saya, rasanya seratus lembar kertas pun tak cukup. So, lebih baik saya berhenti setakat ni sahaja.. cukuplah selebihnya hanya DIA yang tahu.. yela, kalau lebih2 citer kat sini, tinggal apa lagi utk saya ngadu kat DIA kan? Peace yoooo.. >__<
Sebelum saya undur diri.. saya hadirkan beberapa ucapan yang membuatkan diri ini terharu…
“Happy birthday to you.. hm dh tua pun ko ni ye. Cepat je mase berlalu.. tahu2, dh umur 22. Apa pun, aku nak wish, semoga panjang umur, murah rezeki, bahagia di dunia dan akhirat. Thanks coz sudi jadi kawan aku, dan jadi UMI for MY BABY…..”
From Aisyah.. dia ni kawan baik masa saya sekolah menengah, sampailah sekarang, walaupun dia dah bergelar seorang isteri dan ibu sekarang ni.. anaknya baru berusia sebulan lebih..diberi nama RAUDHAH NUR QASRINA. Saya mak angkat kepada anaknya.. so, RAUDHAH panggil saya UMI.. Alhamdulillah, berpeluang jadi ibu walaupun bukan anak sendiri.. xsabar nak tgk raudhah membesar, moga tumbuh mekar menjadi muslimah yang tegar.. Ameen..
“kerana ilmu itu jambatan ke syurga, maka saya titipkan buku itu buat kak dila.. dan kerana masa itu lebih bernilai dari emas, saya hadiahkan “masa” itu untuk kak dila.. manfaatkan keduanya ya.. LOVE YOU… “
Dari cik siti.. sangat2 terharu bila baca mesej ni.. insyaAllah, akan dimanfaatkan sebaikmungkin.. syukran my dear ukhti..
*****moga kita semua berkasih sayang hingga ke syurga kerana Allah semata2….
*********salam seindah seharum kasturi, dari dielah mujahidah….***********
0 comments:
Post a Comment