Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AhLaN wAsAhLan....sELamAt dAtAng kE prOfiLE aNa bAkAL jEnAzAh~

~jAgA diRi..jAgA imAn..jAgA hAti..jAgA kEsElurAhannya..^__^~


salam seindah seharum kasturi

moga ukhwah kita harum mekar mewangi hingga ke syurga
dielahmujahidah90. Powered by Blogger.



Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Resepi kek muffin sedap

Assalamualaikum.. ehem2.. kali ni cik Dielah nak penuhkan post dengan resepi2.. hehee... okeh.. resepi Kek Muffin ni cik Dielah buat masa cuti semester baru2 ni. Tak sempat nak upload, line slow, sekarang baru laju. ni First Trial. xpernah buat sebelum ni. lucu pun ada, sebab first kukus tu, habis melempah2 muffin tu keluar dari cawannya..xpandai nak estimate..hehe.. ni kira second trial, ok lah sikit..hehe.. masa ni chip rice atau hiasan apa2 xda pula.. tp yang pasti, sedap..heee. Jom, Cuba...










Bahan-bahan ( Loyang 8 inci atau 15 cup )
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1cawan susu pekat manis
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan sebuk koko
  • 1/2 cawan susu dutch lady(xkisah susu apa pun)
  • 1/2 cawan air masak(air panas) p/s : kalu guna air panas megelegak kek akan jd lembut sgt. guna air suam2 kek akan lembut. tak kisah la nk guna air yang yang mana 1.
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikabornat
  • 4 biji telur
  • Coklat chip (ikut suka. cik dielah xda, so, xletak ler..huhu)
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan-bahan (kecuali coklat chip)dalam blender atau mixer Kisar selama 3 minit atau sehingga bahan2 sebati.
  2. Panaskan kukusan
  3. Masukkan adunan dlm cup cake atau loyang yg digris mentega. Adunan dimasukan separuh dari bibir cup cake atau loyang... (kalau letak penuh nanti membuak keluar)
  4. Taburkan coklat chip dalam bekas .Kukus dengan api yang besar selama 15minit...


Resepi Aiskrim Oreo Homemade Sedap

Assalamualaikum!!!!!! hai korang.. apa khabar? hari ni cik dielah nak share resepi Aiskrim Oreo Homemade! simple je... jumpe resepi ni kat fb, kawan cik dielah, cik Ieza post kt fb, so, cik dielah share jela.. Disebabkan cik dielah ada kat hostel, xda kelengkapan nak buat aiskrim oreo ni, so cik dielah minta jasa baik cik Ieza dengan cik Mimi, minta snap gambar aiskrim yang mereka buat untuk di share dalam blog ni.. Terima kasih tau korang!!!!!! Jom, sediakan pen, kertas, xpun print je resepi ni..hehee... Jom cuba buat!!! ^^




Bahan-Bahan:

  • 1 sudu ovalette (pastikan halal tau)
  • setengah tin susu pekat (ikut kemanisan masing2.. cik Mimi dia guna satu sudu je, itupun dh cukup manis)
  • 1 1/2 gelas susu cair atau susu segar (ikut kecairan @ kepekatan yang dikehendaki)
  • sedikit esen vanila
  • biskut oreo (dihancur-hancurkan seperti dalam gambar)


Bahan-bahan untuk buat aiskrim oreo. esen vanilla xda gambar, tapi korang kenal je kan? heee



Cara-Cara:

  1.  Blend kan sampai gebu bahan-bahan di atas.
  2.  Gaulkan hasil yang di blend dengan biskut oreo (perisa vanilla) yang dah dihancurkan.
  3.  Then, masukkan dalam peti ais. (freezer)
  4.  Siap untuk di makan!!!!!! 

**Makan masa cuaca panas memang sedap. di bawah saya sertakan 2 gambar yang kawan saya buat, cik Mimi dan Cik Ieza. mereka kata sedap! simple, dan sekejap je buat.so, lepas ni xperlu lah beli dah aiskrim kt luar. jimat, dapat makan banyak.. yummy2.. berbaloi.. once cik dielah dh balik rumah nanti, cik dielah nak cuba! korang apa lagi tunggu? Jom cuba!! **



Tadaaaaaa.... ni lah hasilnya.. sedap x? yummy2
 

Puding Roti Kukus

~PUDING ROTI KUKUS~


Assalamualaikum.. okeh, dah lama sangat cik Dielah x meng'update' blog ni. nak kata sibuk, xda lah sangat. cuma kemalasan kemahuan ketulisan keblogan.. hehehehe.. okeh, setelah lama cik Dielah menyepi diri dari berblog ni, hari ni cik Dielah nak kongsi resepi. Sepanjang cuti semester baru2 ni, masa duduk kat rumah, cik dielah kebosanan, so, cuba2 lah resepi mana yang simple je.. okeh, kawan2 pun boleh cuba tau, senang je, simple sesangat.. terutama pada si bujang2 kan, memang cepat, senang je. Resepi Puding Roti Kukus ni, cik Dielah dapat dari kawan baik cik Dielah, iaitu cik Ieza. Okeh, cepat, sediakan pen dan kertas, salin resepi ni, nanti boleh buat.. =) 

BAHAN-BAHAN:

  • 10 keping roti
  • 1 tin susu cair
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar gula (ikut citarasa samada nak manis atau tak)
  • 1 sudu kecil esen vanila (tak letak pun xpe, coz esen vanila ni cuma nak hilangkan bau hanyir telur tu)
  • 1 sudu besar butter/marjerin
  • kismis/coklat chips utk hiasan (cik Dielah guna kurma, ad lebihan masa puasa hari tu) 


CARA-CARA:   

  1. Campurkan gula, telur dan esen vanila dalam satu bekas, kemudian kacau.
  2. Kemudian, campur susu ke dalam bahan yang sudah dikacau.
  3. Sapu butter/marjerin kat roti then susun dalam loyang (*butter/marjerin ni boleh dicampur sekali bersama campuran (1) dan (2) atau sapu pada roti & roti boleh dicarik-carikkan atau dipotong. ikut citarasa masing2)
  4. Tuang bahan2 yg dah campur kat dalam loyang selang seli dengan roti or nak lagi senang campur skali roti dalam adunan.
  5. Kukus selama 20-25minit, kemudian sejukkan dan masukkan ke dalam peti ais.


    **Tips: Nak tahu masak ke tak, cucuk dgn garfu atau lidi, kalau tak da pe2 melekat, puding roti tu dh masak.. selamat mencuba.. =)





blogger widgets