Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AhLaN wAsAhLan....sELamAt dAtAng kE prOfiLE aNa bAkAL jEnAzAh~

~jAgA diRi..jAgA imAn..jAgA hAti..jAgA kEsElurAhannya..^__^~


salam seindah seharum kasturi

moga ukhwah kita harum mekar mewangi hingga ke syurga
dielahmujahidah90. Powered by Blogger.
~Ketika Cinta Memanggil Part 8~



**************************************************************

It is quite hard to solve non-linear systems of equations, while linear systems are quite easy to study. There are numerical techniques which help to approximate nonlinear systems with linear ones in the hope that the solutions of the linear systems are close enough to the solutions of the nonlinear systems. We will not discuss this here. Instead, we will focus our attention on linear systems….

The equation is :

a x + b y + c z + d w = h


where a, b, c, d, and h are known numbers, while x, y, z, and w are unknown numbers, is called a linear equation. If h =0, the linear equation is said to be homogeneous. A linear system is a set of linear equations and a homogeneous linear system is a set of homogeneous linear equations.

For example,




and



are linear systems, while




is a nonlinear system (because of y2). The system is an homogeneous linear system….. “ panjang lebar Doktor Ho yang merupakan pensyarah Subjek Aljabar Linear mereka menerangkan perihal tajuk “Systems of Linear Equation” yang merupakan subtopik dari subjek tersebut. Yela, nama pun mereka pelajar Matematik, memang subjek kira-kira lah menjadi santapan mereka hari-hari. Minggu ini merupakan minggu terakhir kuliah dan minggu depan bermula lah minggu ulangkaji atau lebih popular dengan “Study Week”. Bermula lah acara pecut memecut bagi setiap insan yang bergelar pelajar.

Kelihatan Wardah, Kak Asrar, Syahadah, Aina dan Amira khusyuk mendengar penerangan dan tip-tip dan tidak lupa juga nasihat-nasihat berguna dari Dr Ho untuk peperiksaan akhir semester nanti. Sesekali kedengaran batuk Wardah yang memecah kesunyian dewan kuliah. Sudah sedaya upaya dia menahan batuk, tapi apakan daya, kegatalan di tekak tidak dapat lagi ditahan. Bukan sekali dua dia batuk, bahkan berkali-kali sehingga membuatkan dia rasa tidak selesa kerana dia yakin, pasti rakan sekuliahnya sedikit terganggu dengan bunyian batuknya itu. Amira yang lebih selesa di panggil Mea itu mengurut-ngurut belakang Wardah, dengan harapan dapat memberi keselesaan pada Wardah.

“Kak Wardah ok tak? Nak pi tandas tak?”, Tanya Mea sekadar berbisik, dikhuatiri Dr Ho mendengar perbualan mereka, bukan mereka tidak arif dengan perangai pensyarahnya itu, pantang sekali di lihat jika ada antara pelajarnya bercakap di dalam kelasnya bila dia sedang mengajar, kalau dapat ditangkap, alamatnya, kena ‘tazkirah free’, dan kalau tak bernasib baik, akan dihalau dari dewan kuliah. Menyeramkan.

“InsyaAllah, ok lagi ni.. Boleh bertahan lagi. Lagipun, sekejap je lagi nak habis kuliah ni…”, Wardah juga separuh berbisik menjawab pertanyaan Mea. Ayat sekadar menyedapkan hati Mea, sedangkan, sebenarnya dia rasa seperti tekaknya nak meletup, gatal sangat, rasa nak hentak-hentak kaki menahan batuk. Doanya moga kuliah ni cepat berakhir..

*********

“Ok lah para pelajar, saya harap kamu semua dapat perform well dalam final exam ni. Buat sehabis baik, jangan cepat mengalah, saya doakan kamu semua Berjaya. Ingat semua tips yang saya bagi, buat semua latihan dalam buku yang saya beri tu. Kalau tak faham, jangan malas-malas nak Tanya saya atau guru tutor kamu. Kami semua ada untuk bantu kamu. Ok pelajar.. Faham tak pelajar??..” bicara akhir dari Dr Ho menutupi kuliah di semester tersebut.

“Faham Dr Ho… “ Semua pelajar Matematik dengan Ekonomi menjawab serentak. Semua mempamerkan senyuman penuh makna dan senyuman kelegaan terpamer di riak muka masing-masing. Bila kuliah Dr Ho ni habis, terasa seperti mereka semua dalam ‘syurga’. Bukannya mereka tak tahu, sekali kuliah dengan Dr Ho, memakan masa berjam-jam. Dari dua jam, boleh jadi kepada 4jam. Masa tu, boleh dilihat kedut seribu di muka setiap pelajar, tanda tak puas hati dan kebosanan. Biasalah, nama pun pelajar, awal 15minit saja boleh difokus apa yang diajar di hadapan, selepas 15minit, tak tahu sudah kemana melayang fikirannya.

Semua pelajar bingkas bangun dan terus keluar dari dewan kuliah, menuju destinasi masing-masing. Ada yang ‘plan’ untuk ‘outing’, ada yang plan nak tidur sepuasnya, dan pelajar lelaki yang beragama Islam semestinya bergegas ke masjid untuk solat Jumaat memandangkan hari tersebut merupakan Hari Jumaat.

Kelihatan Nancy menghampiri Wardah dan sahabatnya.

“Kamu ok tak Wardah? Saya tengok dari tadi kamu terbatuk-batuk. Kamu demam ye?”, Tanya Nancy menunjukkan prihatinnya terhadapa rakan sekuliahnya.

“Entahlah Nancy, saya nak demam agaknya. Sejak dua tiga hari ni memang rasa tak sedap badan sangat. Janganlah saya demam teruk masa ‘study week’ nanti, susahlah saya nak ulangkaji nanti..haila.. minta maaf ye kalau batuk saya menggangu kamu masa kuliah tadi…” balas Wardah, kesal dengan kejadian tadi.

“itulah, batuk kamu tu, membuatkan saya tak focus. Kamu tak boleh dimaafkan.. hehee.. gurau je wardah.. xpe, nak buat macam mana, sakit mana boleh ditahan. Get well soon ok. Don’t forget to go to clinc k… “

“iya. Thank you. I will… “

“ok, then, see u guys soon ya. Good luck all of you. Do our best ok?... k… see ya.. bye… “

“ok.. bye…you too, good luck..” kami semua membalas serentak.

********

“kak wardah nak pi klinik tak?”, Tanya mea semasa mereka beriringan menapak ke tempat letak motor. Ketika itu hanya tinggal mereka berdua. Kak Asrar dan Syahadah sudah bergerak terlebih dahulu dari mereka memandangkan mereka berdua menaiki bas untuk ke kolej kediaman masing-masing dan Aina pula awal-awal lagi menghilangkan diri bersama motornya kerana ada urusan penting yang perlu diselesaikan, almaklumlah, orang berjawatan katakan, ada saja program yang perlu diuruskan.

“tak pe lah mea, kita balik terus jela, lepas tidur ni, rasanya insyaAllah, ok dah.. “ jawab Wardah memberi alasan. Sejujurnya, dia memang tidak suka ke klinik, tidak suka berjumpa doktor. Bukan lah takut untuk makan ubat, Cuma malas untuk beratur menunggu giliran dan sebagainya.

Mea mengangguk tanda setuju. Lantas mereka pun bergerak balik ke kolej kediaman. Sebelum wardah memasuki bilik, sempat Mea berpesan padanya, jika ada apa-apa yang Wardah inginkan atau hendak ke klinik, terus segera telefon padanya, dan dia akan menemani wardah.

Sesampainya di bilik, dilihatnya tiada Humaira’. Belum habis kuliah barangkali, tapi setahunya, Humaira’ tidak ada kelas hari tersebut, kerana kuliahnya batal, mungkin ada ‘discussion’ mengenai ‘assignment’ akhir yang perlu dihantar barangkali.

“arghh.. beratnya kepala ni.. tetiba je rasa pening.. kenapa lah badan aku ni panas pula..hai lah badan, janganlah kau demam saat2 genting ni, aku nak exam ni… tidurlah dulu… “ Wardah bercakap sendirian seraya meletakkan bungkusan nasi di atas meja belajarnya yang sempat dibelinya di kafe kolejnya bersama mea sebelum bergerak pulang ke bilik tadi.

Dikalihnya ke kiri, tapi masih tidak dapat lelapkan mata, dikalih pula ke kanan, tapi masih juga matanya tidak boleh lelap. Hampir 30minit dia bergerak ke sana sini. Kesakitan di kepala menyucuk-nyucuk, ditambah lagi dengan kesakitan perut kerana senggugut. Nak mandi, tapi tak larat untuk bangun, kepala terasa berat. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Mujurlah dia tidak boleh solat, kalau tidak, memang susahlah dirinya nak merangkak sorang2 ke bilik air untuk mengambil wudhuk.

“Ya Allah, kenapa sakit sangat kepala ni? Panasnya badan aku ni. Janganlah demam. Allah.. sakitnya.. tak tertahan rasanya. Mana humaira’ ni, tak balik-balik lagi… “ tanpa semena2, Wardah tiba2 menangis dek kerana tak tertahan menanggung kesakitan. Dia perlukan seseorang di sisinya, untuk menghilangkan sedikit kesakitan yang dia tanggung. Pertama kali dia menangis kerana pening kepala. Kalau lah ada ibu di sisinya, pasti sudah lama jari jemari halus ibunya mendarat di dahinya, mengurut lembut dahinya dan membelai manja rambutnya sambil memberi semangat padanya. Dia menangis teresak2 lagi untuk sekian kalinya, hingga membuatkan kepalanya bertambah sakit. Lantas dia mengambil telefon bimbit dan mendail nombor Humaira’.

“Assalamualaikum.. Humaira’.. bila balik ye??” Tanya wardah dalam nada tersekat2 sebaik sahaja Humaira’ mengangkat panggilannya.

“waalaikumussalam.. lambat lagi wardah. Petang rasanya, sebab ada discussion penting jap lagi… eh wardah..kenapa ni?? Suara macam menangis je? Dah balik bilik ye? Ada apa ni?..” jawab humaira’ dan ditujukan soalan bertubi2 kerana dia pelik dengan nada wardah sebentar tadi.

“ Humaira’… orang tak tahan dah ni.. pening sangat kepala.. tak dapat bangun.. orang demam tiba2…. “ kedengaran esakkan kecil di corong telefon.

“Ya Allah, ubat ada tak ni?? Tak pela, tunggu jap ye, humaira’ balik sekarang, orang pi beli ubat dengan air botol cap badak dulu ye.. tunggu orang balik tau… dh makan nasi belum ni??...”

“belum makan lagi..tapi orang dah beli. Tak selera nak makan. Tak ada ubat pun. Tak pela humaira’, org tunggu humaira’ habis discussion dulu… “

“eh2, xpe2, discussion tu nanti org minta excuse dari group member, insyaAllah, depa faham situasi ni.. tunggu ye.. orang balik sekarang…”

“ok… orang tunggu…. Assalamualaikum…”

“waalaikumussalam”

Terharu wardah dengan tindakan humaira’ yang sanggup meninggalkan discussion penting semata-mata risau akan keadaan dirinya. Itulah humaira’, jiwa penyayang dan pentingkan sahabatnya. Sebab itu wardah bertambah sayang padanya. Sementara menunggu kepulangan humaira’, wardah memujuk diri untuk tidur, dan akhirnya, dia terlena, mungkin kerana penat menangis.

**********

“Wardah.. wardah.. bangun… makan nasi ni, makan ubat.. humaira’ dah balik ni… Allah, panasnya badan wardah… jom, pi klinik jom…” kejut humaira’ seraya menekapkan tangannya di dahi wardah setibanya dia dalam bilik mereka. Lama benar dia menunggu bas tadi, hampir sejam juga penantiannya, mujurlah dia sudah solat zuhur tadi, kalau tidak, terlepaslah zuhurnya.

Wardah berusaha untuk membuka matanya. Terkejut humaira’ melihat mata wardah yang bengkak, lagaknya seperti dia melihat wajah hantu.

“humaira’ dah balik ye.. emm.. wardah xda selera nak makan…xmaulah pi klinik..ok je ni...” Katanya dengan suara yang agak serak.

Dipujuk juga oleh humaira’ supaya makan nasi sedikit, kemudiannya dipujuknya juga Wardah supaya makan ubat. Bukannya Humaira’ tak tahu, wardah tu sama sepertinya, liat untuk makan ubat. Tapi pujukkannya untuk pergi berjumpa klinik tetap tidak dilayan. Humaira’ pasrah dengan keputusan yang dibuat oleh wardah.

Hampir 4hari juga wardah tidak dapat bangun dari pembaringan, kerana demam yang agak teruk, walau berkali2 si humaira’ dan mea menyuruhnya untuk pergi klinik, tapi tetap tidak diendahkan oleh wardah. Sepanjang wardah demam, humaira’ dan mea lah yang sentiasa menjaganya. Sanggup si Mea datang hampir setiap hari dari kolej kediamannya ke kolej kediaman wardah untuk menjenguk wardah. Selama 4 hari itu juga lah, sedikit pun Wardah tak sentuh buku. Manakan tidak, nak mandi pun, humaira’ yang tolong basuhkan rambut, kalau tidak, tak kan jejak kakinya ke bilik air dek kerana tidak larat untuk bangun. Sesungguhnya, wardah sangat bersyukur kerana dikurniakan Allah sahabat2 yang sangat prihatin dan bersama tika dia senang dan susah. Ini lah namanya sahabat, ada bila diperlukan, dan ada juga bila tidak diperlukan. Sangat indah jika ukhwah itu bersandarkan kerana Allah semata2. Indanya ukhwah itu bila bertemu dan berpisah hanya kerana Allah semata2... Alhamdulillah..

Sepanjang dia demam, tidak sedikit pun dia mengkhabarkan berita tersebut kepada mak dan ayahnya di kampong, dikhuatiri hati ibu ayahnya tidak tenteram bila mendapat tahu dia demam. Cuma kepada kakaknya saja dia beritahu dan sudah dipesan pd kakaknya supaya merahsiakan dari pengetahuan kedua ibu bapanya mengenai statusnya ketika itu.

Setelah wardah sembuh dari demam, humaira’ pula yang demam. Mungkin di jangkiti virus dari wardah. Bukan sahaja humaira’ yang demam, bahkan penghuni aras bloknya kebanyakkan demam kerana jangkitan virus dari wardah ketika mereka menziarahi wardah semasa sakit. Kini giliran wardah pulak yang menjaga humaira’. Give and take. Itulah yang mereka amalkan dalam persahabatan mereka. Tergelak lucu wardah bila teringatkan kata2 humaira’ beberapa hari yang lepas, ketika wardah masih belum kebah dari demam, katanya dia tak kan berjangkit virus demam dr wardah memandangkan sebelum itu dia sudah demam dan antibodinya kuat. Sekarang, tengoklah apa yang jadi, esok lusa sudah nak final exam, dia pula yang demam..ish2..humaira’, humaira’, cakap besar lagi..huhuhu..

********

Berkat kesabaran mereka, akhirnya mereka sudah habis menduduki peperiksaan akhir semester tiga. Demam humaira’ juga sudah kebah.Alhamdulillah. Mereka sudah berusaha sedaya mungkin, dan sekarang yang tinggal adalah doa dan tawakal. Yang selebihnya serah pada Nya untuk menilai hasil usaha mereka.

Sebagaimana Firman Allah : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.” (Ar-Ra'ad: 11)

Harapan mereka, moga Allah mengaturkan yang terbaik buat mereka. Ameen…

Akhirnya tiba masa yang ditunggu-tunggu oleh setiap pelajar di seantero dunia bila mana peperiksaan sudah tamat, kerana cuti semester mengiringi mereka. Untuk cuti semester kali ini, wardah mengambil keputusan untuk bercuti di rumah Humaira’ untuk beberapa hari dan seterusnya mereka akan pergi bercuti di rumah sahabat seperjuangannya tika di Matrik dulu, iaitu Madihah, dan seterusnya keluarga Humaira’ bakal menyusul bercuti ke Pahang, di Gambang Waterpark. Moga-moga cuti kali ini memberi manfaat pada mereka semua. InsyaAllah..

***********

Bersambung….



~Duhai Nakhodaku~


~**~ Dûhãî ñãhkõdãkû ~**~


Duhai ñãhkõdãkû.......
Siapkanlah dirimu untuk menjemputku
Disinipun aku sedang mempersiapkan diri, supaya…


Kelak perahu kita tidak terbalik, terhempas ombak
Agar layar kita tidak terhembus angin


Supaya perahu kita bisa bisa menampung banyak penumpang lainya
Menuju tujuan akhir yang baik


Duhai hatiku.......
Sesungguhnya janji Allah itu pasti
Tetaplah persiapkan diri, agar yang datang kepadamu
Adalah nahkoda yang baik, memiliki bekal yang cukup
Dan langkah yang baik untuk mencapai tujuan


Duhai ñãhkõdãkû.....
Disini aku menguntai kata, mempersiapkan diri dan mengukir senyum
Semoga penantian kita akan berakhir dengan indah iaitu..dalam sebuah ikatan suci dalam pernkahan aamiin Allahumma Aamin...

~Kasih Tercipta~



Ukhuwah yang dibina biarlah seperti seutas tasbih..

Ada awal… tiada penghujungnya…

Dicipta untuk mengingatiNya..

Dibahagi untuk cintaNya..

Diratib demi redhaNya…..

SaLam Ukhuwah…

Indahnya ukhuwah itu… bila mana kita bertemu dan berpisah hanya kerana Allah..


Ukhuwah itu sangat indah bukan? Terlalu indah… jabat tangan dan peluk erat berbalut hangatnya salam menghiasi saat bersua dan diikuti bergugurannya dosa-dosa.. wajah-wajah nan penuh pancaran senyum tersorot kala berjumpa walau ada yang saling tak kenal. Keresahan dan kerisauan jelas terlihat dan tumbuh mekar di setiap diri ketika ada yang sakit… Bantuan demi bantuan berduyun-duyun datang ketika ada yang ditimpa musibah.. Sentiasa saling mengingatkan ketika ada yang hampir “jatuh ke jurang” maksiat.. Sentiasa bersama ke setiap majlis ilmu di mana salah seorang berkongsi mutiara nasihat kemudian yang lain berderai air mata menimba hikmah.. Sungguh manis rasanya…






“Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah” (HR Abu Daud dari Barra’)


“Janganlah engkau meremehkan kebaikan(apa saja yang datang dari saudaramu), dan jika kamu berjumpa dengan saudaramu maka berikan dia senyum kebahagiaan” (HR Muslim)


UKHUWAH…. Terlalu indah untuk diungkapkan dan terlalu manis pabila dihiasi dengan kasih sayang, kejujuran dan keikhlasan. Ukhuwah.. tidak semua manusia menghargai sebuah ukhuwah tersebut. Dan tidak semua yang merasai kemanisan ukhwah tersebut andai tidak mempraktikan ‘give and take’. Kekadang ukhwah itu hanya manis meniti di bibir, namun sukar untuk direalisasikan. Kekadang.. kerana sebuah ukhwah, air mata sering menitis kerananya.. ukhuwah… ukhuwah itu terlalu bererti buatku Ya Allah… Ya Rabbi, Peliharalah, Rahmatilah dan redhailah ukhuwah kami…..





Sahabat.. saya sedar, saya insan serba kekurangan.. maafkan saya andai sepanjang kita berukhuwah, ada perkara yang saya buatkan kalian rasa tidak selesa, terkilan, kecewa, terasa hati dan sebagainya… saya sentiasa doakan moga ukhwah kita berkekalan hingga ke jannah. Andai kata pernah ada salah faham antara kita, diharapnya tiada yang menyimpan rasa di hati. Redhakan lah ia, let gone by gone. Mungkin untuk terus kekal seperti dulu agak sukar direalisasikan, tapi tak salah untuk kita terus berukhwah, insyaAllah, He knows better.. sahabat…. Saya mengasihimu kerana ALLAH dan ku pinta kasihiku kerana ALLAH juga. ku garapkan coretan ini khas buat yang bergelar sahabat.. yang mengenaliku sebagai sahabat teman kawan dan rakan…… Moga indah ukhuwah kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH TAALA RABBUL IZZATI YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG…..

"Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia. Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia. Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia. Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.

Kita semua berbeza. Maka berlapang dadalah. Jangan biarkan penyakit-penyakit hati meraja dalam diri. Sebab pasti, kita yang akan rugi."

“bila ada kesatuan hati walau jauh di mata, walau terpisah antara benua, namun kalian dekat dihatiku..tiada curiga, tiada prasangka, tiada lagi penyakit2 hati yang beraja setelah berjaya melalui beberapa tingkatan proses dlm menjalin ukhwah..moga kalian bisa menjadi tetanggaku di syurga nanti…”


Salam seindah seharum kasturi,

Dielah mujahidah

~Cemburukah Aku??~



Cemburukah aku??? Iya. Mungkin ya, mungkin tidak..

Apa petanda ini?

Cinta? Sayang? Rindu? Benci? Oh my.. bukanlah..

Yang penting, ku akui, aku cemburu padanya..


CEMBURU PADA SEMANGAT PERJUANGANNYA…


Rata-rata sedang asyik bercerita tentang kisah dia dan pejuangannya.

Dulu dari biasa2, hinggakan sekarang menjadi tumpuan ramai.

Tersenyum diri tatkala dapat pesanan ringkasnya yang berbunyi…


“……terasa agak tertekan bila menjadi tumpuan ramai ni.. rasa macam artis dah.. stress…..”


Bah.. memang tak dapat dinafikan, secara tak sedar, kau sudah menjadi sebutan ramai. Kau dan sahabat2 seperjuangan menjadi ‘idol’ dalam mahasiswa terus bangkit mempertahankan hak mahasiswa. Biar darah menjadi taruhan, kau dan sahabat2 kau tetap mara terus berjuang, tanpa sedikit menoleh ke belakang.


Semangat juang yang ada pada dirimu sedikit sebanyak ‘meresahkan’ diriku. Manakan tidak, aku tidak punya semangat kental seperti. Aku cemburu! Iya, cemburu!


Teruskan perjuanganmu wahai sahabatku. Aku bangga dan bahagia punya sahabat yang kental semangat juangnya. Ingin sekali ku berjuang bersamamu, tapi belum punya rezeki. insyaAllah, ada rezeki, dapat kita semua sahabat berkumpul, berjuang di JALANNYA. Walau di mana kau berada, ku sentiasa mendoakan yang terbaik buat sahabat2ku. Teruskan perjuangan kalian bagi menggapai redhaNya. Tak Kan HILANG ISLAM di DUNIA. Ayuh, sama2 kita berbangkit, menjadikan syahid impian kita bersama.. TAKBIR… ALLAHUAKBAR!!...


*Tinggal lagi 5hari untuk pulang ke desa tercinta.. doakan moga segalanya berjalan lancer.. amin..

Sayang sahabat Semua….


~Yang Terindah~






Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!
Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!


Hinalah mereka!,
Hinalah mereka yang bertudung labuh!,
Hinalah mereka yang menutup aurat dengan sempurna,
Hinalah mereka Hamba Allah yang patuh!.

Hinalah mereka!,
Bertudung labuh hipokrit!,
Bertudung labuh hodoh!,
Bertudung labuh ketinggalan zaman!.


Herdiklah mereka!,
Hanya kerana mereka tunduk patuh kepada suruhan Allah!,
Sanggup mengenepikan nafsu yang membuak untuk memuaskan keinginan diri!,
Untuk tidak mendedahkan mahkota berharga buat tatapan nafsu si teruna.

Cacilah mereka,
Kerap kali tuduhan fitnah terus dicurahkan!,
Hanya kerana si dia bermaksiat, habis semuanya dikatakan sama!.
Stereotapsi sana sini!,
Teruskanlah!, mereka hanya ikhlas kerana Allah!.






Mereka sanggup!, sanggup berpanasan!,
Dikala teriknya matahari!,
Sanggup berpeluh hanya kerana kehadiran si dia bukan mahram!.
Memikirkan Allah dan Rasul lebih dari segalanya!.


Perlilah mereka!,
Dikatakan berlebih-lebihan menunjuk ke’aliman!,
Sedangkan mereka berusaha yang terbaik,
Tetapi dusta menjadi tafsiran!.

Satu demi satu tuduhan, hinaan, cacian saat mereka melangkah,
Mengumpat, memfitnah, mencela,
Dimanakah pergi erti kemanusiaan?
Atau lantangnya suara memekikan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar?!,
Saat si dia melutut pada Allah, dikatakan lagak bagus!.


Dunia, dunia kini penuh dengan penipuan, kesombongan manusia!.
Kata-kata manis terus diekpresikan seindah bunyi siulan burung,
Tetapi realitinya busuk dan kotor,
Prioritinya dunia bukannya si Dia.

Hai mereka yang bertudung labuh,
Jagalah akhlak mu! jangan kerana engkau seorang habis punah mereka yang lain,
Janganlah engkau menganggap diri itu sempurna, luruskan niat mu!,
kerana Allah sayang pada mereka yang ikhlas dan taat pada SuruhanNya.

Hai mereka yang bertudung labuh!
Islam itu datangnya asing!,
Kembalinya pun asing!,
Beruntunglah kau saat kau diasingkan!,
kerana kelak kau akan diasingkan bersama Rasulullah didalam syurga!

Hai yang bertudung labuh,
Janganlah bersedih!. Janganlah berduka!.
Tabahkan hati, kuatkan Iman tingkatkan taqwa!,
Biarkan berapa banyak sekalipun longgokan manusia merendahkan anda,
Kerana ingat, disisi Allah, andalah yang tinggi dan mulia!.
Janji Allah itu pasti, dan dia Maha Menepati Janji...via
syahirul.com



~Kerana DIA~

*gambar sengaja di blur kan.. harap maklum~~

Bismillahirrahmanirrahim
Tudungku labuh
Orang kata tudung labuh
Perempuan baik
Orang kata tudung labuh
Perempuan solehah


Tapi betulkah
Betulkah kata mereka
Solehahkah aku
Baikkah aku
Jika tudung labuh menghijabku?


Tapi..

Ada orang kata
Aku tunjuk solehah
Aku berlagak baik
Nodaku tersembunyi
Di balik besarnya hijabku


Ada orang kata
Aku tak tahu hukum
Aku pelajar sekolah biasa
Baik aku tinggalkan tudung labuhku


Biarlah apa orang kata
Dia, dia, dan dia
Niatku satu
redhaNya mendampingi
petunjukNya mendekati



Bukan kerana calon soleh
Bukan kerana pujian manis bibir
Penyempurnaan ibadah menjadi buruanku


Jangan kau nilai
Panjang tudungku
Panjanglah ibadahku



Aku juga insan biasa
Khilaf selalu
Apabila aku silap
Orang mencerca
Apabila mereka silap
Lumrah manusia mereka kata


Hijab diriku hanyalah satu muhasabah bagiku
Moga aku istiqamah dalam melaksanakan perintahNya
Orang juga kata
Aku tak bergaya
Tudung labuh ini menutup seriku
Aku tak kisah
Aku hanya perlu Dia sahaja memandangku


Orang kata ilmu kena tinggi
Jika bertudung labuh
Bagaimana mereka mengukur tahap ketinggian ilmu
Ilmu padaku cuma sedikit

Andai itu ukurannya
Tiada siapa yang layak berhijab labuh
Tudungku bukan untuk menjad tatapan ajnabi
Tudungku bukan menjadi perbandingan fesyen terkini
Tudungku bukan simbol tingginya agamaku
Tudungku cuma hanya menyahut perintah suci dariNya...


:: copypaste from Ct Azly ::


~Mawar Yang Keliru~



~ “Mawar Yang Keliru” .. Dari dia buat si dia… ~





Salam sayang buat mawarku..


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.


Wahai Mawar,


Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat keindahan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala keindahan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.


Wahai Mawar,


Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?


Wahai Mawar,


Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau mencintai sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan boleh jadi engkau membenci sesuatu tetapi ia amat baik untuk dirimu. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahwa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.


Wahai Mawar,

Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali krn kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina krn dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur krn cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina krn cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh krn cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah krn cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?


Wahai Mawar,

Aku tidak mengatakan bahwa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah.


Aku ingin engkau mengerti bahwa milik Allah lah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan.


Janganlah engkau mengatakan bahwa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliyah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta..

Khas Buat Mu, Mawar Yang Keliru