Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AhLaN wAsAhLan....sELamAt dAtAng kE prOfiLE aNa bAkAL jEnAzAh~

~jAgA diRi..jAgA imAn..jAgA hAti..jAgA kEsElurAhannya..^__^~


salam seindah seharum kasturi

moga ukhwah kita harum mekar mewangi hingga ke syurga
dielahmujahidah90. Powered by Blogger.



Showing posts with label muslimah. Show all posts
Showing posts with label muslimah. Show all posts
Hijab, I'm In Love







Hijab? Lalu apakah sebenarnya itu Hijab?

Hijab adalah penutup. Hijab adalah penghalang. Hijab adalah tabir. Dalam hijab, kita mengenal ada namanya Jilbab. Sebuah pakaian longgar, untuk para wanita muslimah, para wanita yang mengaku cinta kepada Allah s.w.t. jilbab adalah sebuah pakaian longgar, yang kemudian ditambahi dengan himar atau kerudung untuk menutup aurat dari para wanita muslimah.

Saya jadi teringat beberapa tahun lalu ketika saya masih berada di zaman jahiliah. Saya sangat bahagia dan bangga ketika orang memuji rambut indahnya, ketika orang mula mengatakan bagus sekali kamu dengan pakaian seperti ini. Saya mengenakan pakaian-pakaian yang terbuka pada saat itu. Sampaikan kemudian pada satu titik, saya kemudian berfikir, memang cantik di mata manusia,  tapi ternyata, saya tidak cantik di mata Allah. Cantik di mata manusia, semua manusia terkesan melihatnya. Tapi tidak ada ertinya di mata Allah.

Bagi teman-teman yang belum berhijab, yang masih ragu untuk menutupi dirinya dengan hijab, kenapa harus menunda lagi? Banyak sekarang orang mengatakan lebih baik hatinya dulu dijilbapi, kemudian baru raganya. Kenapa kita tidak ubah paradigma itu? Mari kita katakan, bismillah Ya Allah, saya berhijab, mudah-mudahan dengan hijab ini akan menjadikan saya hamba yang taat padaMu Ya Allah, hamba yang senantiasa menjalankan perintah-perintahMu Ya Allah.

Banyak sekali orang mencari-cari alasan untuk menutupi hatinya dulu,baru kemudian badannya, baru kemudian raganya. Padahal kalau sampai menunggu seperti itu, mahu sampai kapan? Kerana manusia ini tetap khilaf dan salah. Kalau menunggu menghijab hati dulu sampai kapan? Kerana manusia terus berbuat salah, terus berbuat salah, terus berbuat salah.

Bagi teman-teman yang masih belum berkeinginan untuk berhijab, kenapa? Apakah takut tidak mendapatkan pekerjaan? Percaya bahawa rezeki itu tidak pernah tertukar. Tidak perlu bergantung pada manusia. Allah telah memberikan rezeki masing2 pada setiap orang, jadi jangan pernah takut dgn itu. Tidak mungkin ketika kita menjalankan perintah Allah, lalu Allah mengabaikan kita. Tidak mungkin ketika kita menjalankan perintah Allah, lalu Allah meninggalkan kita. Malah sebaliknya. Ketika kita menuju ke jalan Allah, kita berjalan menuju ke arah Allah, Allah akan berlari menuju ke arah kita. Allah akan menyambut kita, akan ada beribu tangan kebaikan yang akan siap membantu kita ketika kita memutuskan untuk menuju ke arah Allah s.w.t.

Untuk teman-teman diluar sana, yang masih belum berhijab, kenapa?? Takut tidak cantik lagi?? Percayalah bahawa lelaki yang baik tidak akan mahu wanita yang dicintainya dinikmati oleh setiap pasang mata. Kenapa tidak juga berhijab? Takut dilarang suami, atau orang tua kah? Ya, kita harus taat kepada mereka. Tapi kita tidak perlu taat kepada mereka ketika mereka tidak taat akan perintah Allah swt.

Allah hanya ingin wanita dimuliakan. Allah hanya ingin wanita dihargai. Allah mencintai kita, kerana mencintai kita, Allah membuat satu surah khusus dalam Al-Quran,  Surah An-nisa. Kerana Allah mencintai kita, bahkan cara pemakaian sahaja Allah atur. Ini menjadi pe’el (tabiat) bagi teman-teman yang sudah berhijab. Bagi teman-teman yang sudah berhijab, alhamdulillah Ya Allah, Banyak2 bersyukur kepada Allah kerana Allah telah memilih kita diantara semua wanita untuk berhijab, untuk menutupi aurat kita, untuk menutupi keindahan kita dan hanya bisa dilihat oleh orang-orang yang berhak untuk melihat kita.

Tapi berhijab saja tidak cukup, menutupi aurat diluar saja tidak cukup, kerana ada lagi yang harus dilakukan setelah kita memutuskan untuk berhijab. Apa itu? Belajar.  Belajar bagaimana cara memakai hijab yang diperintahkan oleh Allah. Dalam surah Al-Ahzab, ayat 59, Allah mengatakan, “Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri, kepada anakmu, kepada isteri orang mukmin, pakailah jilbab untuk menutupi auratmu dengan demikian kamu mudah dikenal dan tidak diganggu”.

Ertinya apa? Jilbab berfungsi sebagai pelindung, bukan penghias. Semakin kita menghiasi diri kita, semakin kita berusaha menarik perhatian orang agar seluruh mata menuju ke arah kita,  semakin kita menghilangkan aset jilbab yang sebenarnya. Hijab is modesty, hijab adalah kesederhanaan. Memakai jilbab adalah bukti cinta pada Allah, memakai Jilbab adalah bukti malu kepada Allah, memakai jilbab adalah bagi orang –orang yang senantiasa menuju ke arah Allah. Hijab adalah pakaian orang-orang yang senantiasa mencintai Allah,  hijab adalah pakaian wanita-wanita muslimah yang ingin menjaga kemuliaan dirinya dengan kesederhanaanya. Sekali lagi, hijab adalah kesederhanaan. Ia bukan penghias, tapi ia pelindung diri kita bagi menjadi wanita-wanita mulia, wanita –wanita penghuni syurga. InshaAllah... =)

By *Oki Setiana Dewi*

versi video boleh klik di link ini..

Hijab, I'm in Love


~Istimewanya WANITA~


Wanita itu telah diciptakan oleh Allah SWT dengan pelbagai keistimewaan dan keunikan yang tiada pada seseorang lelaki di muka bumi ini.


Allah SWT telah meletakkan perbezaan sifat, perasaan dan fizikal antara seorang lelaki dengan seorang wanita amatlah berbeza.


Wanita telah dicipta dengan mempunyai rahim dalam tubuh badan di mana kehebatannya membuatkan seorang wanita itu boleh mengandung dan melahirkan bayi melalui organ peranakan itu.


Dengan rahim itulah, seseorang wanita mendapat keuntungan sepanjang kehidupannya berbanding lelaki.


Antara kelebihan yang telah Allah SWT gariskan dalam Islam ialah, wanita telah bekerja dengan Allah dengan menjadi ‘kilang manusia’. Tiap-tiap bulan wanita telah diberi cuti ‘bergaji penuh’ iaitu antara tujuh hingga 15 hari dalam sebulan yang meletakkan dirinya tidak wajib untuk menyembah Allah SWT dan dianggap waktu itu solatnya adalah terbaik buat dirinya.


Selain itu, wanita juga mendapat kelebihan cuti bersalin selama 60 hari di mana cuti itu bukanlah cuti yang dibuat-buat. Sebaliknya, cuti yang telah Allah SWT berikan selepas sembilan bulan ‘bekerja’ dengan Allah SWT. Berbeza dengan kaum adam, mereka tidak diberi cuti solat dan hukum menunaikan solat itu wajib bagi dirinya semenjak baligh hinggalah ke akhir hujung nyawa.


Allah SWT juga telah memberikan berita gembira kepada kaum hawa sepanjang dia mengandung, Allah SWT sentiasa mengampunkan dosa-dosanya dan terhapuslah segala dosa ketika dia bertarung nyawa melahirkan anak. Malah, sekiranya wanita itu meninggal sewaktu bersalin, dirinya dianggap mati syahid dan terus ditempatkan ke dalam syurga oleh Allah SWT.


Bagi wanita yang telah bersuami, si isteri akan mendapat ganjaran pahala di atas segala kebaikan yang dilakukan oleh suaminya tetapi tidak menanggung dosa-dosa yang suami lakukan.


Malah, ketika di akhirat nanti, wanita solehah pasti akan terkejut apabila mendapat ganjaran pahala yang berlebihan hasil dari kebaikan yang dilakukan suaminya ketika hidup di dunia dan segala pahala itulah yang dapat membantu suaminya ketika sedang meniti titian Siratulmustaqim untuk menuju masuk ke syurga.


Manakala, suami pula tidak akan pernah terlepas dari tugas-tugas berat untuk mendidik isteri dan anak-anak dari melakukan sebarang dosa kerana di akhirat kelak, suamilah yang akan bertanggung jawab di atas segala kejahatan yang dilakukan oleh isteri dan anak-anak.


Oleh itu, setiap wanita haruslah menjaga kehormatan diri dan sentiasa taat kepada suami agar sama-sama tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam syariat Islam.


Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk ‘diluruskan’ oleh lelaki. Tetapi, seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok boleh menghasilkan bayang yang lurus. Luruskan wanita itu dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah SWT kerana sememangnya mereka diciptakan sebegitu rupa.


Bila wanita menjadi derhaka, pasti dunia lelaki menjadi huru hara. Lelaki pula, janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata, tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kapadaNya.

Oleh: NAIMAH SHAARI

~Pohon Semalu dan Wanita Solehah~



Tersebut lah kisah..

Pada suatu hari,
Wardatu Shauqah bersiar-siar di taman bunga bersama
sahabat tersayangnya,
Qudwah Nazifa nama di beri....

Setibanya mereka berdua di satu bangku..

Qudwah Nazifa terpijak pohon semalu,

kakinya
berdarah lalu mengadu
kesakitan. Qudwah mengatakan kepada Wardatu
apalah gunanya pohon semalu
itu berada di situ dengan nada yang
sedikit marah.


Wardatu Shauqah dengan
tenang berkata kepada sahabat
kesayangannya itu
bahawasanya pohon semalu
itu amat berkait rapat dengan wanita.
Qudwah
terkejut. Memandang wardatu dengan seribu persoalan. Memohon penjelasan dari Wardatu..

Wardatu Shauqah
menyambung kata-katanya lagi. Para wanita
hendaklah mengambil pengajaran
daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila
disentuh. Ini boleh
diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai
perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam
untuk
mempertahankan dirinya.
Oleh itu, wanita perlu tahu
mempertahankan diri
dan maruah sebagai seorang
wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar
tunjang yang
sangat kuat dan
mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah
hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat
kuat dengan Allah Rabbul Alamin
.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan
sendirinya apabila senja
menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian,
kembalilah ke rumahmu apabila
waktu semakin senja. Ambillah pengajaran
dari
semalu walau pun ia hanya
sepohon tumbuhan yang kecil....


~wahai Muslimah kesayanganku~



Wahai wanita tidak bertudung,

Sungguh cantik alunan rambut mu,

Bebas menggerbang kemas terikat,

Terserlah di bawah cahaya mentari,

Mentari dunia yang tak sehebat neraka,

Iaitu api yang kan membakar rambut mu,

di hari akhirat hari penentu,

maka hanguslah segalanya,

hilanglah cantik alun rambut mu,

tiada lagi yang menggerbang,

tiada lagi yang terserlah.

Oleh itu jadikanlah diri mu,

Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.


Wahai wanita yang bertudung,

Sungguh cantik alas kepala mu,

Ringkas pendek tersempang rapi,

Tersembul jambul tertutup dahi,

Terserlah lah bentuk tubuh,

Mengapa tidak dilindungi?

Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?

Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?

Tidakkah kau ingat,

Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,

Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,

Mereka itu wanita yang tak bertudung,

Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,

Oleh itu jadikanlah dirimu,

Sebahagian daripada mereka yang bertudung,

Bertudung labuh hingga ke paras dada.


Wahai wanita bertudung labuh,

Sungguh cantik terlindung rambut mu,

Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,

Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,

Mengaburi segala yang tersirat di hati,

hanya diri sendiri yang menghakimi,

mungkin suci ikhlas kerana Illahi,

atau berdebu dengan sebab duniawi,

riak wajah nampak tawadhu',

riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,

alangkah ruginya andai benar begitu,

kerna azab masih tak terlepas dari mu,

serupalah sahaja diri mu ditunggu,

diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,

sama dengan mereka yang menyempang tudung,

oleh itu jadikanlah dirimu,

sebahagian daripada mereka yang bertudung,

bertudung labuh hingga ke paras dada,

tersemat jua bersamanya rasa taqwa.


Wahai wanita yang bertaqwa,

Andai kau telah sampai ke tahap ini,

Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,

Syariat islam sebati dalam diri,

Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,

Yang dijanjikan di akhirat nanti,

Dan tatkala di dunia ini lagi,

Muslimah solehah kau digelari,

Menjadi idaman setiap muslim soleh,

Yang sukar sekali untuk diperoleh,


Wahai muslimah solehah pula,

Jadilah mukminah mujahidah,

Mujahidah yang akan menyeru,

Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,

Mujahidah yang akan berdakwah,

Agar diri dan umat berubah,

Mujahidah yang akan mengajak,

Agar islam kembali tertegak.

Dengarlah wahai wanita..

Sahutlah seruan ini..


salam seindah seharum kasturi...


~Bersyukur sebab "TAK CANTIK"~


Kerana saya tidak cantik..

saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik..

saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik..

saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.

Paling penting, kerana saya tak cantik..

saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.

~Kenapa Berdalih Nak Menutup Aurat,,,??~



Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan kita Rasulullah S.A.W dan para ahlul bait, sahabat-sahabat baginda dan mereka yang sentiasa mengikuti sunnahnya. Amin

Agak lama juga tak berkarya, sebenarnya saya cuba untuk menulis setiap bait kata-kata dari hati namun bila otak ligat megeluarkan idea, tiba-tiba tangan kaku, semua idea pun hilang.haila~~..geram betul~hee... Saya tertarik dengan kata-kata seorang penulis blog " Bila idea hilang, mungkin Allah tahu apa yang akan disampaikan itu, penulis sendiri tak ikut" Allah kan tahu apa yang terbaik buat kita hambaNya.. wallahu’alam..

Malam ini, saya cuba lagi untuk berkarya disamping ke”tension”an nak buat programming,mudah2han ada lah idea yang boleh dikongsikan bersama2.. malam ni terasa ingin entry yang bertajuk"kenapa berdalih nak tutup aurat?"

Sesungguhnya, muslimah telah Allah ciptakan mulia tarafnya dan tinggi darjatnya sama dengan Ar-rijal atau mungkin lebih tinggi. Tak percaya? nak bukti?

"Wanita solehah itu lebih baik dari 1000 lelaki soleh"

tak cukup?

bagaimana pula dengan yang ini?

daripada ummu salamah (isteri nabi Muhammad S.A.W)

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

nak lagi?

Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (Riwayat Muslim).*

percaya tak sekarang?

Tapi, apa dah jadi dengan wanita muslimah sekarang? merendahkan martabat diri serendah epal yang jatuh menyembah bumi dari pohon tinggi. Perhiasan mereka? ditayang kepada lelaki ajnabi. Bila dipuji, " perghhh lawa siot!! " diusik si nakal, "phewwwitttt" BANGGA.... dah cukup lawa katanya. Kena tunjuk lagi ni, pakai seluar atau skirt pendek, tunjuk peha putih melepak. Rambut?? hmmm hitam sangat, nak macam artis hollywood tu.. perang. Blonde ke? tak pun merah.. Astaghfirullahalazim ukhti... Tak nak ke jadi Hurun A'in? penghias Raudhah?

saya ingin berkongsi ungkapan yang saya ambil dari blog salju sakinah

"Tidak aku gadaikan tawaran menjadi calon bidadari syurga semata-mata ingin menjadi bidadari dunia yang akan pudar kecantikannya"

Sedarlah, kecantikan yang kau banggakan bukan milikmu tapi milik Penciptanya. Tiba saat pasti akan dikembalikan. Tidak berasa malukah kita berbangga dengan kecantikan yang bukan milik kita?

Jagalah maruah dan ketinggian martabatmu akhwat. Jangan mudah sangat disentuh dan diajak bicara oleh si ikhwan. Dirimu sepatutnya tercipta mahal tapi mengapa menjerumuskan diri ke kancah kemurahan? Mudah sangat termakan pujukan rayunya berlidah buaya. Sangka diri dicintai, rupanya hanya tubuh ingin dimiliki.

Alhamdulillah... dah ramai kaum hawa yang asalnya tidak bertudung, tetapi menyimpan hajat ingin bertudung. Tapi... masih ada tapi. Mengapa BERDALIH NAK TUTUP AURAT?? Anda malu ea? takut dengan tanggapan orang nanti bila tiba-tiba terlihat anda pakai tudung. Kita tutup aurat kerana Allah. Mereka tak boleh beri kita pahala melainkan Allah. Sebagai wanita muslim, kita wajib menutup aurat..

”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (An nur ayat 30)

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..” sehingga akhir terjemahan ayat ini. (An nur ayat 31)

Asma’ bint Abi Bakr datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini”(sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya).

Menutup aurat sangat dituntut dalam islam. Wanita yang menutup aurat akan dapat menghindarkan ftnah. Tapi ada juga yang bertudung ikut trend. Pergi sekolah atau kuliah, oh pakai tudung semestinya.. keluar bandar lepak dengan member , tudung terbang ke mana?

Satu jenis style lagi, bertudung tapi lengan pendek, tak pun rambut terkeluar kat belakang. Ada lagi seorang ni, pakai tudung tapi baju ketat. Ni la yang disindir Rasulullah S.A.W. "Berpakaian tapi telanjang"... astaghfirullah.... sedih rasanya melihat muslimah2 kesayanganku zaman ini.. kalau lah Rasul kita masih hidup, nescaya,setiap saat,setiap masa,Baginda direndami dgn air mata...Allah.... entah..kadang2 rasa dah penat pun ada...dah tak terlarat nak tegur....tapi..ku gagahi jua diri ini 2k menegur...akan ku cuba supaya xkan pernah ku berputus asa dalam menyampaikan sesuatu..

Duhai Muslimah2 kesayanganku,

Ketahuilah,saya pn xbaik juga..seperti anda juga...tapi saya cuba utk jadi yang terbaik...saya tahu,terlalu banyak kekurangan pada diri saya ini,tapi saya lebih rasa selamat dengan pakaian saya,biarpun orang kata saya macam hantu bungkus ke,ustazah tak di iktiraf ke, ketinggalan zaman ke,asalkan saya tahu saya masih di jalan yang benar, saya akan tetap dengan cara Islam yang sebenarnya... so..kenapa perlu berdalih lagi?? Hidayah Allah itu ada di mana2..Cuma tinggal kita saja utk grab this chance, Cuma tinggal kita saja untuk merebut hidayah Allah ini.. Hidayah Allah itu perlu dicari,bukan ia dtg sedebuk kat riba kita...so..teruskanlah pencarian kita dlm menuju redha allah..

Wahai permata hatiku,

Marilah kita sama2 berubah...sama2 menjadi yang terbaik pada Pandangan Allah, bukan pndgan manusia yang kita cari.. moga kita semua sentiasa berada dalam redha allah..teruskan mujahadah shabat2...teruskan perjuangan shbt2..moga tiada kenal erti putus asa dlm hidup kalian...sungguh,perubahan itu memerlukan banyak pengorbanan... brsediakah anda untuk melakukan perubahan??melakukan pengorbanan??tepuk dada buang kuman, tepuk hati tnya iman... letakkan tangan di dada kalian, dan berkata lah, “insyaallah,segala2nya akn menjdi baik dengan izin allah..”..hihihi..

Seperti biasa...mohon maaf,andai terdpt sebarang kekhilafan,terkasar bahasa...ku mengerti,hidup ini tidak bisa ku dpt memuaskan hati setiap manusia...saya hanya insan biasa yang tak lepas dari melakukan kesalahan.. kalian sebgai shabat saya yang bersama2 saya di jalan tarbiyah ini,saya kira,kalian bisa memikirkannya melalui kaca mata yang berbeza..berbicaralah dengan iman,bukan berbicara dengan nafsu...wallahualam...

Sama2 lah kita berubah kearah kebaikan.. moga kita semua berjaya menebar wawasan samil dipayungi Rahmat Allah...jaga diri...jaga iman..jaga hati...jaga keseluruhannya...

Ok..mengundur diri dulu bagi menyambung programming yang tergendala sebentar td..hehhee...

Kak zai,siti dan fifa, esok jumpa,ajar programming ye...hehehhehee...

Akhir kalam...

Salam seindah seharum kasturi,

Dielah mujahidah...

assalamualaikum


blogger widgets