Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AhLaN wAsAhLan....sELamAt dAtAng kE prOfiLE aNa bAkAL jEnAzAh~

~jAgA diRi..jAgA imAn..jAgA hAti..jAgA kEsElurAhannya..^__^~


salam seindah seharum kasturi

moga ukhwah kita harum mekar mewangi hingga ke syurga
dielahmujahidah90. Powered by Blogger.
Satu Hari Di Hari Raya

Raya Aidiladha 2011




Satu hari di hari raya... ehem2.. kali ni nak citer pasal hari raya aidiladha di perantauan. selama 4 tahun saya beraya diperantauan. Alah bisa tegal biasa. *kunun ler..hoho. Tapi tahun pertama raya kat sini, xsempat snap gambar. yela, mula2 dtg dulu, xberapa kenal sangat dengan orang. handset pun xberapa nak canggih mana pun.. hehe.. yang gambar di atas, raya aidiladha kali kedua di perantauan, tahun 2011. Gambar di ambil lepas solat sunat raya aidiladha. Di perkarangan masjid. Cantik tak masjid kami? Masa ni ramai orang posing2, photoshoot gambar raya gitu, masing2 nak tunjuk kat family, suasana beraya diperantauan gituuuwww.. hehehe... then, balik bilik, pergi cafe, makan ramai2 sambil tengok movie....


Raya Aidiladha 2012

Gambar di atas pula masa raya aidiladha 2012, tahun ketiga raya di perantauan. Masa ni lambat pergi solat sunat raya, penuh orang! berpusing2 kami cari tempat untuk join jemaah solat sunat. Alhamdulillah, dapat juga walaupun sangat sempit ruangnya. Tapi ada dua orang sahabat lambat 5 minit sampai, ruang dh sendat, so, dia xdapat join solat, hanya menunggu di luar masjid je. Gambar ni di ambil berhadapan dengan jalan masuk ke kolej kediaman kami. berposing sekejap, merakamkan kenangan terindah dengan sahabat seperjuangan memandangkan ini kali terakhir saya beraya dengan mereka. Macam2 posing yang kami buat, atas permintaan jurukamera tak berbayar incik Supardie Roland.. Hehehe.. tapi hanya gambar ni je yang upload, nak upload banyak2 buat apa kan? bukan ada orang nak tatap pun..erkk??? 


Raya Aidiladha 2013

Tadaaaaaa... raya buat kali yang keempat diperantauan ni xsempat nak snap gambar raya. Alkisahnya, kami xsempat pi solat sunat raya. rupanya dalam pukul 7.30 pagi tu dah siap solat raya. kami bertolak pukul 7.40 pagi, dalam perjalanan, dapat mesej dari sahabat mengatakan solat baru selesai, khutbah pula nanti.. masa tu, dussssshhh... terkejut kami.. itulah, tidur lagi selepas subuh, kan dh rugi.. hailaaa.. then, terus kami patah balik ke bilik. dalam pukul 10.30pagi, kami bersiap2 semula, pergi membeli barang2 masakan. buat open room kunun...  hehe.. menu yang dipilih, spagetti (simple, cepat masak, memandangkan kami cuma ada rice cooker je, yela, stay asrama katakan...) dengan ayam masak kicap. Alhamdulillah.. kenyang.. sedap!!! *ehem..puji diri sendiri nampak?* Then, kami sambung tengok drama korea, #GhostHackers... ^_^ . okeh, itu jela kronologi sepanjang beraya diperantauan.. xda apa yang special pun kan kan kan.... opsss..itu bagi korang lerr.. tapi bagi cik dielah, alhamdulillah, ini salah satu pengalaman terindah. Siapa xsedih wooo raya xdpt balik wooo... tapi nama pun hari raya korban, kita buat pengorbanan lah sikit. walaupun xsebesar dan xsehebat kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, tapi setidak2nya, ada juga terasa sedikit tempias erti pengorbanan tu... Alhamdulillah.. sentiasa bersyukur ye anak2 semua.. =) inshaAllah, tahun depan boleh beraya dengan family. okeh, off.. cukup setakat ni untuk hari ni.. May Allah bless n ease our way.. ameen..



p/s: awas!! anda pasti akan terjumpa shortform dan bahasa2 pelik, dan juga typo! so, biarkan je, buat2 faham jela ye.. kemalasan kemahuan ke'edit'an.. hehee... 





Resepi kek muffin sedap

Assalamualaikum.. ehem2.. kali ni cik Dielah nak penuhkan post dengan resepi2.. hehee... okeh.. resepi Kek Muffin ni cik Dielah buat masa cuti semester baru2 ni. Tak sempat nak upload, line slow, sekarang baru laju. ni First Trial. xpernah buat sebelum ni. lucu pun ada, sebab first kukus tu, habis melempah2 muffin tu keluar dari cawannya..xpandai nak estimate..hehe.. ni kira second trial, ok lah sikit..hehe.. masa ni chip rice atau hiasan apa2 xda pula.. tp yang pasti, sedap..heee. Jom, Cuba...










Bahan-bahan ( Loyang 8 inci atau 15 cup )
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1cawan susu pekat manis
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan sebuk koko
  • 1/2 cawan susu dutch lady(xkisah susu apa pun)
  • 1/2 cawan air masak(air panas) p/s : kalu guna air panas megelegak kek akan jd lembut sgt. guna air suam2 kek akan lembut. tak kisah la nk guna air yang yang mana 1.
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikabornat
  • 4 biji telur
  • Coklat chip (ikut suka. cik dielah xda, so, xletak ler..huhu)
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan-bahan (kecuali coklat chip)dalam blender atau mixer Kisar selama 3 minit atau sehingga bahan2 sebati.
  2. Panaskan kukusan
  3. Masukkan adunan dlm cup cake atau loyang yg digris mentega. Adunan dimasukan separuh dari bibir cup cake atau loyang... (kalau letak penuh nanti membuak keluar)
  4. Taburkan coklat chip dalam bekas .Kukus dengan api yang besar selama 15minit...


Resepi Aiskrim Oreo Homemade Sedap

Assalamualaikum!!!!!! hai korang.. apa khabar? hari ni cik dielah nak share resepi Aiskrim Oreo Homemade! simple je... jumpe resepi ni kat fb, kawan cik dielah, cik Ieza post kt fb, so, cik dielah share jela.. Disebabkan cik dielah ada kat hostel, xda kelengkapan nak buat aiskrim oreo ni, so cik dielah minta jasa baik cik Ieza dengan cik Mimi, minta snap gambar aiskrim yang mereka buat untuk di share dalam blog ni.. Terima kasih tau korang!!!!!! Jom, sediakan pen, kertas, xpun print je resepi ni..hehee... Jom cuba buat!!! ^^




Bahan-Bahan:

  • 1 sudu ovalette (pastikan halal tau)
  • setengah tin susu pekat (ikut kemanisan masing2.. cik Mimi dia guna satu sudu je, itupun dh cukup manis)
  • 1 1/2 gelas susu cair atau susu segar (ikut kecairan @ kepekatan yang dikehendaki)
  • sedikit esen vanila
  • biskut oreo (dihancur-hancurkan seperti dalam gambar)


Bahan-bahan untuk buat aiskrim oreo. esen vanilla xda gambar, tapi korang kenal je kan? heee



Cara-Cara:

  1.  Blend kan sampai gebu bahan-bahan di atas.
  2.  Gaulkan hasil yang di blend dengan biskut oreo (perisa vanilla) yang dah dihancurkan.
  3.  Then, masukkan dalam peti ais. (freezer)
  4.  Siap untuk di makan!!!!!! 

**Makan masa cuaca panas memang sedap. di bawah saya sertakan 2 gambar yang kawan saya buat, cik Mimi dan Cik Ieza. mereka kata sedap! simple, dan sekejap je buat.so, lepas ni xperlu lah beli dah aiskrim kt luar. jimat, dapat makan banyak.. yummy2.. berbaloi.. once cik dielah dh balik rumah nanti, cik dielah nak cuba! korang apa lagi tunggu? Jom cuba!! **



Tadaaaaaa.... ni lah hasilnya.. sedap x? yummy2
 

Puding Roti Kukus

~PUDING ROTI KUKUS~


Assalamualaikum.. okeh, dah lama sangat cik Dielah x meng'update' blog ni. nak kata sibuk, xda lah sangat. cuma kemalasan kemahuan ketulisan keblogan.. hehehehe.. okeh, setelah lama cik Dielah menyepi diri dari berblog ni, hari ni cik Dielah nak kongsi resepi. Sepanjang cuti semester baru2 ni, masa duduk kat rumah, cik dielah kebosanan, so, cuba2 lah resepi mana yang simple je.. okeh, kawan2 pun boleh cuba tau, senang je, simple sesangat.. terutama pada si bujang2 kan, memang cepat, senang je. Resepi Puding Roti Kukus ni, cik Dielah dapat dari kawan baik cik Dielah, iaitu cik Ieza. Okeh, cepat, sediakan pen dan kertas, salin resepi ni, nanti boleh buat.. =) 

BAHAN-BAHAN:

  • 10 keping roti
  • 1 tin susu cair
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar gula (ikut citarasa samada nak manis atau tak)
  • 1 sudu kecil esen vanila (tak letak pun xpe, coz esen vanila ni cuma nak hilangkan bau hanyir telur tu)
  • 1 sudu besar butter/marjerin
  • kismis/coklat chips utk hiasan (cik Dielah guna kurma, ad lebihan masa puasa hari tu) 


CARA-CARA:   

  1. Campurkan gula, telur dan esen vanila dalam satu bekas, kemudian kacau.
  2. Kemudian, campur susu ke dalam bahan yang sudah dikacau.
  3. Sapu butter/marjerin kat roti then susun dalam loyang (*butter/marjerin ni boleh dicampur sekali bersama campuran (1) dan (2) atau sapu pada roti & roti boleh dicarik-carikkan atau dipotong. ikut citarasa masing2)
  4. Tuang bahan2 yg dah campur kat dalam loyang selang seli dengan roti or nak lagi senang campur skali roti dalam adunan.
  5. Kukus selama 20-25minit, kemudian sejukkan dan masukkan ke dalam peti ais.


    **Tips: Nak tahu masak ke tak, cucuk dgn garfu atau lidi, kalau tak da pe2 melekat, puding roti tu dh masak.. selamat mencuba.. =)





Sahabat Selamanya..


Bersama sahabat-sahabat tercinta yang hebat2 belaka.. Bakal merindui mereka.. kerana sem ni sem terakhir bersama mereka.. Moga kita berjumpa lagi.. inshaAllah.. ameen...

Semoga berjaya di dunia dan di akhirat sahabat2ku.... ameen

~Indahnya bersahabat~

::Persahabatan Kita INDAh::


Dia lah racun..
Dia lah penawar.. (oppsss... terlebih sudah.. hee)
Sahabat till jannah... inshaAllah.. ameen...

*Banyak persamaan kami berdua... sebab tu kami tak pernah gaduh.. always stick together..ngeee.. 
*dan mungkin sebab kami lahir bulan 3, itu yang saling memahami tu..kot..heee
*pe2 pun, ni semua perancangan Allah..Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.. Dia temukan kami berdua, untuk sama2 meraih cintaNya... inshaAllah...
*May Allah ease and bless us always.. ameen..

p/s: eh2.. kami berdua golongan "cacat",, tapi "cacat" yang manis.. errrkk.. hehee.. ^^



Solehah itu...




Solehah itu...
Mahal harganya..
hanya berhak dimiliki oleh mereka yang berusaha....

"Tiada noktah perjuangan untuk menjadi PERMATA AGAMA"



There was an error in this gadget