Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AhLaN wAsAhLan....sELamAt dAtAng kE prOfiLE aNa bAkAL jEnAzAh~

~jAgA diRi..jAgA imAn..jAgA hAti..jAgA kEsElurAhannya..^__^~


salam seindah seharum kasturi

moga ukhwah kita harum mekar mewangi hingga ke syurga
dielahmujahidah90. Powered by Blogger.



Puding Roti Kukus

~PUDING ROTI KUKUS~


Assalamualaikum.. okeh, dah lama sangat cik Dielah x meng'update' blog ni. nak kata sibuk, xda lah sangat. cuma kemalasan kemahuan ketulisan keblogan.. hehehehe.. okeh, setelah lama cik Dielah menyepi diri dari berblog ni, hari ni cik Dielah nak kongsi resepi. Sepanjang cuti semester baru2 ni, masa duduk kat rumah, cik dielah kebosanan, so, cuba2 lah resepi mana yang simple je.. okeh, kawan2 pun boleh cuba tau, senang je, simple sesangat.. terutama pada si bujang2 kan, memang cepat, senang je. Resepi Puding Roti Kukus ni, cik Dielah dapat dari kawan baik cik Dielah, iaitu cik Ieza. Okeh, cepat, sediakan pen dan kertas, salin resepi ni, nanti boleh buat.. =) 

BAHAN-BAHAN:

  • 10 keping roti
  • 1 tin susu cair
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar gula (ikut citarasa samada nak manis atau tak)
  • 1 sudu kecil esen vanila (tak letak pun xpe, coz esen vanila ni cuma nak hilangkan bau hanyir telur tu)
  • 1 sudu besar butter/marjerin
  • kismis/coklat chips utk hiasan (cik Dielah guna kurma, ad lebihan masa puasa hari tu) 


CARA-CARA:   

  1. Campurkan gula, telur dan esen vanila dalam satu bekas, kemudian kacau.
  2. Kemudian, campur susu ke dalam bahan yang sudah dikacau.
  3. Sapu butter/marjerin kat roti then susun dalam loyang (*butter/marjerin ni boleh dicampur sekali bersama campuran (1) dan (2) atau sapu pada roti & roti boleh dicarik-carikkan atau dipotong. ikut citarasa masing2)
  4. Tuang bahan2 yg dah campur kat dalam loyang selang seli dengan roti or nak lagi senang campur skali roti dalam adunan.
  5. Kukus selama 20-25minit, kemudian sejukkan dan masukkan ke dalam peti ais.


    **Tips: Nak tahu masak ke tak, cucuk dgn garfu atau lidi, kalau tak da pe2 melekat, puding roti tu dh masak.. selamat mencuba.. =)





0 comments:

blogger widgets