Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AhLaN wAsAhLan....sELamAt dAtAng kE prOfiLE aNa bAkAL jEnAzAh~

~jAgA diRi..jAgA imAn..jAgA hAti..jAgA kEsElurAhannya..^__^~


salam seindah seharum kasturi

moga ukhwah kita harum mekar mewangi hingga ke syurga
dielahmujahidah90. Powered by Blogger.



Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts
~Kerana DIA~

*gambar sengaja di blur kan.. harap maklum~~

Bismillahirrahmanirrahim
Tudungku labuh
Orang kata tudung labuh
Perempuan baik
Orang kata tudung labuh
Perempuan solehah


Tapi betulkah
Betulkah kata mereka
Solehahkah aku
Baikkah aku
Jika tudung labuh menghijabku?


Tapi..

Ada orang kata
Aku tunjuk solehah
Aku berlagak baik
Nodaku tersembunyi
Di balik besarnya hijabku


Ada orang kata
Aku tak tahu hukum
Aku pelajar sekolah biasa
Baik aku tinggalkan tudung labuhku


Biarlah apa orang kata
Dia, dia, dan dia
Niatku satu
redhaNya mendampingi
petunjukNya mendekati



Bukan kerana calon soleh
Bukan kerana pujian manis bibir
Penyempurnaan ibadah menjadi buruanku


Jangan kau nilai
Panjang tudungku
Panjanglah ibadahku



Aku juga insan biasa
Khilaf selalu
Apabila aku silap
Orang mencerca
Apabila mereka silap
Lumrah manusia mereka kata


Hijab diriku hanyalah satu muhasabah bagiku
Moga aku istiqamah dalam melaksanakan perintahNya
Orang juga kata
Aku tak bergaya
Tudung labuh ini menutup seriku
Aku tak kisah
Aku hanya perlu Dia sahaja memandangku


Orang kata ilmu kena tinggi
Jika bertudung labuh
Bagaimana mereka mengukur tahap ketinggian ilmu
Ilmu padaku cuma sedikit

Andai itu ukurannya
Tiada siapa yang layak berhijab labuh
Tudungku bukan untuk menjad tatapan ajnabi
Tudungku bukan menjadi perbandingan fesyen terkini
Tudungku bukan simbol tingginya agamaku
Tudungku cuma hanya menyahut perintah suci dariNya...


:: copypaste from Ct Azly ::


~Khas Buat Sahabat2ku~





Kala aku sukar,

Kau sentiasa menyuakan bahumu,

Kau satu-satunya yang tidak akan menabahkanku dengan kata,

Kau adalah yang satu-satunya menguatkanku dengan tindakannya,

Sukar mencari sepertimu,

Kerna setakat ini kau seorang sahaja,

Berjauhan kita takdir Tuhan,

Aku berdiri di sini dan kau di sana mencari redha Ar-Rahman,

Aku tahu kau tidak sukar tanpaku,

Tetapi nyata aku kepayahan tanpa kewujudanmu,

Kerna kau satu-satunya bahu yang ada,

Saat tenagaku susut kontang kekuatannya.

Bila bersendiri,

Aku rindu saat kita bersua,

Saat kau mendengar luahan rasaku penuh perhatian,

Tika kau mengerutkan dahimu tanda berkongsi keperitan,

Masa kau mengetap bibirmu turut kegeraman,

Bila kau berkata “Enti nak ana bantu apa? Ana usahakan.”

Kadangkala hingga tertitis air mata ini,

Kerna manusia sepertimu tidak dapat kujumpa lagi

Hatta berjauhan,

Kau masih memberikan bahumu,

Di atas talian, kita berhubung, kau tetap berusaha menguatkanku,

Setiap saat kau usaha memberikan tenaga,

Setiap waktu kau cuba mengisi jiwa,

Nyata bahumu kurindu,

Untuk kuluah segala-gala,

Kerna kau sahaja,

Yang tidak aku segan melemahkan diri selain Dia.

~Hilal Asyraf~

~Dialah Muslimah~


Kanvas Cinta Ini Terlukis Wajah Muslimah
Yang Hidupnya Berkhemah
Yang Kiasan Rindunya Takkan Lemah
Walau Dihunus 1000 mehnah
Pada Hijab Rindu
Terserlah Pada Qalam
Dialah Muslimah Acuan QURAN
Bila Ombak Rindu
Mula Mengemis Rasa Kasih
Hati Terkapai Mencari Makna
Gemersik Rayuan Bagai Penawar Lara
Lalu Sejalur Nur Menerangi Memimpin Laluan
Akhirnya Kutemui Hakikat Cinta Agung
CINTA ILAHI


~Taubat Keinsafan~




Di malam sepi,
Saat insan lain sedang lena diulit mimpi,
Hatiku mula menangisi,
Kerana keinsafan,
Yang Mula menyelubungi hatiku..

Disirami angin bayu,
Mendinginkan segenap ruang tubuhku,
Terkenang daku kepada dosa yang lalu,
Kenangan zaman jahiliahku,
Adakah diampunkan......

Aku alpa dengan duniaku,
Tanpa ku tahu semua hanyalah palsu,
Mencari kepuasan mengejar nafsu,
Adakah diampunkan........

Ku insafi segala dosa,
Taubat dan keampunan diriku pinta,
Adakah dosa akan terampun...
Adakah ia akan dihapuskan.........

Kau Rabb ku yang Satu,
Ku kembali menerima hidayahMu,
Dari kelekaan dosa yang melalaikan,
Adakah ia diampunkan.....

Wahai ya Rahman,
Ku sentiasa membolak balik kan hati kami,
Tetapkanlah kami dijalan yang benar,
Terimalah Taubat Kami Ya Allah,
Moga syurga Firdaus menjadi milik kami,
moga syurga Firdaus menjadi tempat reunion kami....
amin...

Salam Mujahadah..
Salam Seindah Seharum Kasturi..
Khas buat sahabat2 yang bersama2 ku di jalan terbiyah ini...
Jaga iman..Jaga hati...jaga diri...Jaga keseluruhannya...insyaallah..
Sama2 lah kita beramal...
sama2 lah kita menjadi kekuatan antara satu sama lain...insyaallah...

dielah mujahidah;
2.18am..
university malaysia sabah...
15january 2011....


~jauhkan rindu~




Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.

Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.

Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.

Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.

Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.

Kini,
Jika rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.

Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.

Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu
,
Cinta yang kekal dan abadi.

- Artikel iluvislam.com



~duhai hati..~






assalamualaikum..

hehee...hari ni..entry cik dielah..cik dielah nak bagi puisi..tentang hati...heee..2k pengetahuan sahabat2 semua..puisi ni adalah spontan dari kami..iaitu..kak zai n cik dielah.. kami berdua men"spontan"kan diri berpuisi kat dlm fb kami...serasa ingin berkongsi dengan sahabat2 tentg puisi kami...selamat berpuisi ya..maaf andai ada yang merepek2 2..tapi..disebalik puisi2 kami ni,da mesej2 tersirat..sama2 lah kita beramal....


dlm dingin subuh.....
hatiku terusik....
terasa jiwa kekosongan....
terasa jiwa keawang awangan...
duhai hati..
kenapa dikau keluh kesah..??
duhai hati...
kenapa dikau memberontak....
duhai hati...
kuatkanlah kamu...
jangan jadi rapuh...
isikan hati mu dgn pkra2 yg tdk melalaikan...
duhai hati..
hati2 lah kamu..
menempuh fatarmogana...

hati~~
terusik dgn suasana sepi~~
kenapa hati??
kenapa??
hati~~
kosongnya engkau tidak berisi~~
mengapa hati??
mengapa??
hati~~
janganlah begini~~
isilah segenap ruangmu~~
isilah dengan iman hati~~
agar dirimu tak goyah dengan noda~~
agar dirimu tak terhumban dilembah dosa~~
hati-hatilah wahai hati yg disayangi~

hati... ..
hati-hatilah wahai hati yang disayangi....
janganlah dikau mengotorkn hatimu...
sekali hatimu dikotori....
payahlah bgmu 2k mencucinya...
nmun......
aku yakin dgnmu...
andai hati dipenuhi iman....
andai hti xpernah meninggalkan iman....
walau sehebat mana peluru "si tanduk dua" menembakmu...
dikau akn menjadi kebal.....
hati..~
berbicaralh dengan iman.....
bkn berbicara dgn nafsu.....
hati....
bagilah hatimu pada yang berhak...
bkn pada mereka yg akn menghancurkan mu...
hati......
berhati2lah...
ingtlah org yg tersayang....lalalallaa

hati~~
cucilah dirimu dengan sodium klorida~~
agar dirimu bebas dari kuman bertanduk dua~~
gaulkan dirimu dengan asam jawa~~
agar hilang hanyir2 noda~~
siramilah dirimu dengan air yg mngalir~~
agar bersih dari dosa~~
sapukan kunyit dan garam pada dirimu~~
agar hilang bau2 yg tersisa~~
agar sedap dipandang "mata"~~
lantas gorengkan dirimu~~
setelah masak~~
angkat dan hidangkan dimeja~~
bersiap sedialah untuk dimakan oleh pemangsa~~
♥♥♥ ^_^

hati........
setelah dikau dicuci....
usahlah dikau mengotorinya lagi....
kelak.....
banyak perbelanjaan yang perlu dikau belanja...
maka....
berhati2 lah dengan hati yang suci...
berjimat cermatlah dikau...
usahlah membazir...
membzir itu amalan syaitan

hati~~
aku rindukn dirimu yg dahulu~~
yg penuh iman didada~~
aku rindu serindu2nya~~
pulanglah duhai hati~~
kembalilah ke dunia nyata~~
jgnlah dikau leka berimaginasi~~
nnt dirimu makin kempis xberisi~

akan ku pulang andai dikau sudi curahkan iman bersamamu...
akan ku pulang andai dikau sudi tarbiyahkan hatiku,..
akan ku pulang andai dikau sudi bersamaku sentiasa....
akan ku pulang andai dikau sudi menerimaku seadanya...
akan ku pulang andai dikau sudi membantu...
jika semua ini dikau kotakn...
aku janji...
aku akn kembali ke dunia nyata...
akn ku kembongkan agar xkempis dan penuh berisi

akn ku kota apa yg kau pinta~~
pulanglah agar tak kesepian ku rasa~~
janjiku padamu akan dlaksana~~
kau pasti kembang semula~~
pulanglah duhai hati~~

kan ku pulang...sekarang juga detiknya kepulanganku...
sambutla aku....
hulurkn karpet merah..
sesuai dgn hatiku yang merah...
yang dahagakan imanmu itu

Tika ini...
langkah terasa payah...
nafas terasa lelah...
hati teramat gelisah,...
menghadapi ujian yang Maha Esa..
Kalbuku...
yakinlah pada janji ar-Rahim...
kau tak pernah sendiri...
tidak mungkin jua terasa sunyi..,
mustahil jua tandus tanpa cinta,..
kerna kasih Nya sentiasa ada buatmu...
Nuraniku...,
tabahlah kau menjamah getir ujian buatmu..,
teguhlah kau terus berdiri,...
kerna kau pasti mampu hadapinya..,
itu janji Tuhan yang Esa.....
Penawar,...
biar perih terasa mengejar cinta Yang Esa,..
dari terleka mencari fatamorgana yang fana...,
berimanlah ini terbaik untukmu,...
segala tersurat sudah,...
kerana Dia Khaliqmu, ...
Maha mengetahui segala sesuatu,...
pasti ada sebabnya setiap kisah hidupmu....
oh..duhai hati...

hak cipta terpelihara.....
made by..
dielah mujahidah....
khazinatul asrar a.k.a budak psiko..a.k.a kak zaimah..hehe..



blogger widgets