Assalamualaikum.. ehem2.. kali ni cik Dielah nak penuhkan post dengan resepi2.. hehee... okeh.. resepi Kek Muffin ni cik Dielah buat masa cuti semester baru2 ni. Tak sempat nak upload, line slow, sekarang baru laju. ni First Trial. xpernah buat sebelum ni. lucu pun ada, sebab first kukus tu, habis melempah2 muffin tu keluar dari cawannya..xpandai nak estimate..hehe.. ni kira second trial, ok lah sikit..hehe.. masa ni chip rice atau hiasan apa2 xda pula.. tp yang pasti, sedap..heee. Jom, Cuba...
- 2 cawan tepung gandum
- 1cawan susu pekat manis
- 1 cawan gula
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan sebuk koko
- 1/2 cawan susu dutch lady(xkisah susu apa pun)
- 1/2 cawan air masak(air panas) p/s : kalu guna air panas megelegak kek akan jd lembut sgt. guna air suam2 kek akan lembut. tak kisah la nk guna air yang yang mana 1.
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikabornat
- 4 biji telur
- Coklat chip (ikut suka. cik dielah xda, so, xletak ler..huhu)
- Satukan semua bahan-bahan (kecuali coklat chip)dalam blender atau mixer Kisar selama 3 minit atau sehingga bahan2 sebati.
- Panaskan kukusan
- Masukkan adunan dlm cup cake atau loyang yg digris mentega. Adunan dimasukan separuh dari bibir cup cake atau loyang... (kalau letak penuh nanti membuak keluar)
- Taburkan coklat chip dalam bekas .Kukus dengan api yang besar selama 15minit...