Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AhLaN wAsAhLan....sELamAt dAtAng kE prOfiLE aNa bAkAL jEnAzAh~

~jAgA diRi..jAgA imAn..jAgA hAti..jAgA kEsElurAhannya..^__^~


salam seindah seharum kasturi

moga ukhwah kita harum mekar mewangi hingga ke syurga
dielahmujahidah90. Powered by Blogger.



~Nostalgia~



cerita ini merupakan kisah benar, cuma telah diolah dan di edit sedikit bagi menampakkan kesan jalan penceritaannya..siapakah dia??itu biarlah rahsia..biarlah ana,dia dan Allah saja yang tahu..wallahualam...

“Awak mesti kuat. Jadikan penyakit yang awak hidapi sekarang sebagai sumber kekuatan, bukannya sebagai peluntur semangat. Dan awak mesti ingat, Allah telah jadikan bagi setiap penyakit itu penawarnya.”

“Terima kasih. Pesanan cikgu akan selalu saya pegang. Cikgu saya anggap tak ubah seperti ayah kandung saya sendiri. Saya betul takkan melupakan itu.”

“Bagus Husna. Kadangkala saya kagum dengan awak. Meskipun awak sakit, tapi semangat belajar awak luar biasa hebatnya daripada pelajar-pelajar lHusna. Malah keputusan awak juga lebih memberangsangkan berbanding mereka. Awak patut dijadikan contoh. Lantaran itu, saya selalu bercerita tentang awak kepada pelajar-pelajar saya.”

Ainul Husna seperti biasa, selalu merendah diri. Tak semua pujian ditelannya.

“Aduh, segan saya dibuatnya. Keputusan exam saya yang bagus itu semua berkat bimbingan daripada cikgu juga. Terima kasih cikgu.”

“Sama-sama. Satu lagi sikap awak yang saya gemar, awak tidak suka meninggi diri. Baguslah. Merendah diri ni suatu sikap yang mulia.”

“Seboleh-bolehnya saya tak mahu telan semua pujian. Takut pula nanti akan membuatkan saya sombong dan lupa diri.”


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Pagi-pagi lagi Husna sudah ringan tulang. Baru tadi Cikgu Suhaila meminta tolong kepadanya untuk meletakkan beg laptop dan buku teaching planner miliknya di atas meja. Langkah kaki disusun elok menuju ke bilik guru wanita, yang bersebelahan dengan bilik guru lelaki.

“Husna, masuk ke bilik saya sebentar. Ada perkara yang saya hendak bincangkan.”dengan nada tegas ditambah pula dengan mimik muka yang langsung tiada senyum, Tuan Haji Kamarudin memberikan arahan. Kebetulan pada waktu itu Husna lalu di hadapan bilik guru lelaki.

“Baiklah. Tapi, ada apa ya tuan haji?”soal Husna. Malang, soalannya sama sekali tiada jawapan. Dalam tempoh dua saat Tuan Haji Kamaruddin sudahpun berada dalam biliknya.

“Kenapa dengan tuan haji tu? Tak macam selalu pun. Apa dia marah pada aku? Tapi kesalahan apa yang dah aku buat?”

Husna merasa hairan sendiri, kerana perangai tuan haji berubah benar. Sebelum ini, asal saja terserempak dan berbual, pasti perbualan itu disusuli dengan gurauan. Tetapi kali ini tidak begitu.

“Berapa semua jumlah kos pembedahan yang awak perlukan?”beliau bertanya. Husna kini sudah berada di hadapannya.

Sementara itu kelihatan tangannya ligat menulis sesuatu diatas sekeping kertas kecil. Kertas itu pula dibawahnya dilapik dengan kertas karbon.

“Dua puluh ribu ringgit cikgu.”jawab Husna ringkas.

“Awak ambil ini.”katanya sambil menghulurkan sekeping cek. Diatasnya tertera perkataan “Dua ribu ringgit Malaysia sahaja.”

“Ini apa?”soalnya pantas. Kerut di dahinya begitu ketara, tidak sabar-sabar lagi untuk menanti penjelasan. Melihatkan itu, Tuan Haji Kamarudin tetap kelihatan tenang. Dia hanya membalas dengan senyuman.

“Itu untuk membiayai kos pembedahan awak.”

“Tapi cikgu, jumlahnya terlalu banyak. Saya tak rasa yang saya boleh terimanya. Saya tak layak.”

“Saya ikhlas. Awak ambillah wang tu. Saya rasa awak lebih memerlukannya berbanding saya. Lagipun saya takda anak. Anggap ia seperti pemberian seorang bapa kepada anaknya Ambillah...”


~~~~~~~~~~~~~~~~


Album gambar lama itu ditutup. Sedikit demi sedikit wajah idola itu lenyap dari pandangan. Namun, gambar itu hanya sekadar gambar. Sekalipun ia telah lenyap dari pandangan, namun yang paling utuh adalah nostalgia. Sejak dari hari persaraannya, telah hampir lima tahun mereka tidak bertemu. Setiap kali ditatap, nuraninya tak henti-henti berdoa semoga suatu hari nanti mereka akan dipertemukan semula. Dia percaya penuh pada Tuhan, bahawa jodoh dan pertemuan itu terletak di tanganNya.

credit to "dia" atas info ini dan membenarkan ia disiarkan di blog ana ini....syukran jiddan ya ukhti fillah...kak dilah sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaamu..moga kejayaan milik kita bersama. jaga diri, jaga iman, jaga hati, jaga keseluruhannya ya... bersama2lah kita menjadi kekuatan antara satu sama lain...

salam seindah seharum kasturi,

0 comments:

blogger widgets