Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AhLaN wAsAhLan....sELamAt dAtAng kE prOfiLE aNa bAkAL jEnAzAh~

~jAgA diRi..jAgA imAn..jAgA hAti..jAgA kEsElurAhannya..^__^~


salam seindah seharum kasturi

moga ukhwah kita harum mekar mewangi hingga ke syurga
dielahmujahidah90. Powered by Blogger.
~bukan perempuan sahaja, tapi lelaki jua.......~




Assalamualaikum.......ting tong....hehehee.....

Erm...kita nak tulis pe ek??hee..haa..ok2..dah dpt idea...hehe......tadi pi selongkar2 notes sahabat2,then......mata ni tersinggahlah pada notes hasil nukilan saudara Ariff Syamin...tajuk notes beliau, “bukan perempuan sahaja...tapi lelaki juga..”..juga apa ya??hee.....menutup aurat lah....yeah....tajuk yang menarik..bg saya lah..xtau lah pada sahabat2 pula macam mana penerimaannya..waallahualam....


So..kat sini..saya cuba untuk kupas isu itu dari sudut pandangan saya.ingin tambah sedikit sebanyak dari notes beliau..correct me if im wrong ya shbt2...terima kasih...agak kontroversi jugalah tajuk ni kerana mesti akan ada certain people yang xberapa setuju dengan topik ni....tapi..sedarkah sahabat2 semua??AULA TETAP AULA!!HUKUM TETAP HUKUM!!KENAPA PERLU UNTUK MENIDAKKANNYA??teringat ayat seorg sahabat ana,”tepuk dada buang kuman,tepuk hati Tanya iman....”.(sory,ciplak ayat kamu..hehe).waallahualam...

Hee...mukadimah je tadi...


Well...back to main point... jika ditelitikan, walau dimana kita berada,seringkali kita mendengar keluhan berat lelaki,rintihan hati mereka yang mengatakan..”allah..habislah aku..dah puas aku cuba mujahadah nafsu ni,tapi hancur jdinya...awatlah si perempuan2 ni xtutup aurat...bukan niat aku nak pandang..tapi dah korg yang perempuan2 ni lalu depan aku pasai pa??kalau bertudung litup,sedap lah mata memandg,ni tak...pakai “baju adik2”..huish....kalau yang pakai tudung plak,baju pn masih ketat,tdung pendek..nampak je “nasi lemak” 50sen 2..kalau 5paun xpa gak..haila.....(hehe..nasi lemak 2..amik dialog syurga cinta...betul ke x..dah lupa dah..hehe)...”...xpun...mesti kita kan dgr mcm2 komen dari muslimin ni tentg aurat perempuan...shbt2 muslimin saya,mesti memahami apa yang saya cuba sampaikn kan??...teringat plak kata2 seorang shbt saya,”kalau mcm nil ah keadaan muslimah2 ni,kasihanlah kat kami..nmpaknya kami kena jalan tutp mata lah...”..kedengaran agak lucu bukan??jalan tutup mata??mcm mana 2??xsempurna lah hidup kan..hehe..tapi...walaupn ia berbunyi lucu,tapi..itulah masalah yg hebat bukan??yang perlu kita titikberatkan..wallahualam....


“Perkara ini sudah menjadi terlalu normal, sehinggakan ianya hanya dilihat sebagai jalan sehala, hanya perempuan dipersalahkan.Saya minta rakan2, sahabat handai sekalian melihat arah yg bertentangan. Berapa ramai lelaki yg benar2 menjaga aurat mereka, dimana2 jua, di dlm apa jua situasi. Sedih bagi saya seorang lelaki untuk mengaku bahawa situasinya sama sahaja bagi lelaki sebagaimana ianya untuk perempuan. Ramai sahaja yang berseluar pendek mendedahkan lutut, ataupun baju yang pendek, apabila angkat tangan nampak pusat. Berseluar pendek ketika bersukan, dengan alasan lelaki sesama lelaki, its ok,

padehal its not ok. Bukanlah saya seorang yg alim ataupun ustaz, tetapi aurat lelaki yang dibenarkan pendedahan hanya apabila darurat, ataupun ketika bersama isteri, jadi lelaki sesama lelaki, auratnya tetap pusat ke lutut. Cukup lazim kita melihat 'atlit' yang memakai seluar pendek ketika beriadah, padahal apakah jatuh prestasi jika menutup aurat ketika bersukan...”...ini adalh pandangan dari saudara Ariff Syamin....


mahu atau tidak..suka atau tidak..benci atau tidak..kita kena mengakui pengakuan beliau....betul kan??bukan semua lelaki yang menjaga aurat mereka...walau aurat lelaki ini lbh mudah konteksnya,aplikasinya dari perempuan,tapi ini bukan bermakna mereka hanya boleh memandang sebelah mata sahaja...bukan nak mengatakan bahawa kami kaum hawa selalunya betul,tapi saya nak membawa sahabat2 berfikir..bukan saling salah menyalahi antara satu sama lain..wallahualam.hati ini bahagia bila ada pihak2 muslimin yang xjemu menasihati muslimah tentang kewajipan menutup aurat..alhamdulillah..moga sentiasa istiqamah dlm berdakwah..tapi..terfikir juga saya..adakah sahabat2 muslimin ini ada menegur2 sahabat2 muslimin yang lain tentng kewajipan menutup aurat??insyaallah..saya yakin pada sahabat2...sahabat2 akan sentiasa menegur antara satu sama lain...

wahai “ketua keluarga”,

jika anda ingin tahu,hati kami,muslimah ini,jua agak terseksa bila mana kami terlihat aurat2 kaum muslimin ini...usahlah menyeksa kami...tutuplah aurat kalian..(hehe..mcm drama plak..haila...).....teringat saya ketika di Matrik dulu...setiap petang..mesti sahabat2 akn ajak pi rehlah.., joging2,main basikal,badminton...sangat seronok time tu..tapi..akhirnya..mesti akn ada something yang spoil that happy mood...tengah2 seronok bersiar2,geng2 bebudak lelaki yang nak main football kat padang kmph tu,lalu dengan lagaknya,dgn pelbagai fesyen seluar pendek..masing2 seolah2 sedang memperagakan fesyen seluar pendek musim panas alaf 2020(kalau exstudent kmph,msti dpt bygkn situasinya kan..hehe)..kerana kehadiran mereka2 yang tdk praktikkan menutup aurat ni lah,telah membantutkan aktiviti rehlah ana bersama shbt2..nak x nak..terpksa stop..pi tmpt lain..haila........kacau daun betul mereka ni.....*__*


Jika kita melihat lebih mendalam, dimanakah teguran suami ataupun bapa di dalam sesebuah rumahtangga untuk memastikan ahli keluarga wanitanya menutup aurat. Seorang lelaki yg membenarkan isteri ataupun anaknya mendedahkan aurat, ataupun menayangkan dirinya, dianggap sebagai dayus. Jadi, sebahagian tanggungjawab menutup aurat seorang perempuan jatuh kepada ketua keluarga.


"Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian lebih baik bagi mereka. Sungguh, Allah Mengetahui apa yang mereka lakukan"..Surah An-Nur ayat 30


"Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) terlihat. Dan....”....Surah An-Nur ayat 31


Mari kita hayati dan renungi ayat di atas... Mengapa mesti lelaki dahulu yang disebut untuk menjaga pandangan dan menutup aurat berbandg wanita??.. jika ditelitikan, sebenarnya,hukum di dalam ayat2 di atas,adalh lebih kurang sama sahaja...tetapi..pandangan masyarakat kini terhdp hukum2 tersebut berbeza..mereka lebih menitiberatkn soal aurat wanita berbdg lelaki..sebenarnya,kita perlu menitikberatkn kedua2 isu ini..soal aurat sepatutnya menjadi permasalahan untuk kedua pihak,lelaki mahupun perempuan..memang xdapat dinafikan bahawa ia lebih rumit bagi perempuan,tetapi masalah mengamalkannya tetap sama sahaja....wallahualam..


Bila isu perhiasan di pertikaikan..dijadikan isu,selalunya target utamanya adalah perempuan..biasanya kita kan set mind bahawa perempuan tdk dibenarkn memakai rantai kaki yang berloceng,atau kasut yg tgi yang mengeluarkan bunyi yang bisa menarik perhatian,ataupn lelaki dilarang memakai sutera atau emas..namun..bila diperhatikan,apa yang kita kurang ambil berat adalah mengenai lelaki yang memakai rantai atau gelang tangan..ala..gelang tangan tu,yang besar2 2..suka sangat pakai..pe nth namanya..xtau plak..hee..bukankah hukumnya haram??kerana ia jg kdg2 menyerupai org2 yahudi..wallahualam..correct me if im wrong..hukumnya haram melainkan berlakunya darurat...namun demikian,ia sudah menjadi trend,menjadi kebiasaan zaman kini untuk memakai aksesori sebegitu...

Justeru itu...saya ingin mengajak sahabat2,sama2 berfikir,lantas mengaplikasikan pada kehidupan seharian.. sudahkah kita menyempurnakan kewajpan menutup aurat mahupun lelaki atau perempuan?adakah adik2,kakak2,abang2,ayah2,emak2,sahabat2,saudara2 kita sdh mnyempurnakn suruhan Allah itu??so...Sama-samalah kita berusaha untuk menutup aurat baik lelaki mahupun perempuan dan juga mengelakkan perhiasan yang haram disisi hukum agar kita bukan sahaja Islam pada nama, tetapi Islam pada amal... tapi perlu di ingat wahai shbt2 kesygnku...kalau dah penutupan aurat itu sempurna,perkara2 lain wajib juga dititikberatkan..hubgn kita dgn allah..hbgn kita dgn manusia..dan seumpama dgnnya...dan....ikhtilat pergaulan antara bkn mhrm 2 wajib di jaga!!>__<...


Akhir kalam, sebelum diri ini mengundur diri, sebelum diri ini menyepikan diri, saya berpesan pada diri sendiri dan sahabat2 sekalian, bukalah mata kita, bukalah jiwa kita..buka lah minda kita..bukan kita hnya melihat pada kesilapan orang lain, tetapi lihatlah kesilapan diri kita sendiri terlebih dahulu. Dalam masa kita perbetulkan diri sendiri, kita berpesan pada orang lain. Insya-Allah, Allah merahmati dan meredhai usaha kita untuk berjaya di dunia dan diakhirat....Yes..nobody is perfect, but we can improve ourself...itulah sebaiknya..tiada yang mustahil dalam dunia ini..segala2nya ada di tangan anda..anda lah yang membuat keputusan..mahu berjaya atau tidak,terserah pada anda membuat keptusannya..em..ayat2 dari senior sahabat ana ni mungkin boleh dijadikan panduan... "Kejayaan itu bagi saya ialah apa yang patut diperolehi setiap orang, tak kiralah walau dia berusaha sekuat mana, ukuran kejayaan itu bukanlah apabila seseorang itu mendapat mumtaz, tetapi dia mendapatkan apa yang patut dia dapatkan". ..wallahua'lam...


Sama2 lah kita beramal duhai sahabat2ku..usahlah kita saling salah menyalahi antara satu sama lain....mohon dperbetulkan andai ada tersalah hukum hakam,andai ada tersalah fakta,andai ada sebarang kekhilafan yang saya xsedar....kemaafan dipinta juga andai ada bahasa2 yang kurang menyenangkan..andai ada bahasa2 rojak yang menyerabukkan..dan mohon maaf atas segalanya...sesungguhnya..diri ini masih lagi dlm proses perbaiki diri...mohon tunjuk ajar semuanya...pe yg baik djadikan teladan..pe yg buruk,djadikan sempadan....sesungguhnya yang baik itu datang dari allah,dan yang buruk itu jua datang dari allah,tapi dgn izinnya disampaikan melalui driku yng hina lg dhaif ini....wallahua’lam...


semoga kita semua menjadi super duper muslim soleh dan solehah..amin..(doa ni..cpt amin..hehehe)


Salam seindah seharum kasturi....

Dielah mujahidah...


0 comments: