Ukhti, kamu cantik sekali Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Ia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya. Ukhti, kamu cantik sekali Tapi cantik body tak akan pernah abadi. Saat ini para pesolek boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuhnya. Namun beberapa saat nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih semua, tubuh tak lagi tegak, membongkok termakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahat, tentu tak akan ada manusia yang mau mendekat. Ukhti, kamu cantik sekali Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sebaik-baiknya kecantikan disyukuri dengan cara yang benar. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mendedahkan, mencantikkan gambar atau men"posing" dalam pelbagai angle , sedangkan hakikatnya wajah itu bukan miliknya. Tidakkah engkau merasa sedikit malu bila banyak mata lelaki ajnabi yang memandangi berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa keizinanmu kerana engkau sendiri yang menayangkan rupamu.. Ataukah rasa malu itu telah punah, musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebagian dari keimanan. Ukhti, kamu cantik sekali Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah derajatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tak ada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tak punya harga di hadapan-Nya, karena kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya. Ukhti, kamu cantik sekali Kecantikan itu harta berharga, bukan barang murah yang bisa dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya jika kecantikan telah ditayangkan umum. Dimana kehormatan sebagai hamba tuhan jika setiap orang, baik ia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah? Ukhti, kamu cantik sekali Alangkah indah jika kecantikan fizikalmu itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah ertii cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tak ada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahaya-Nya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat senantiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia. Ukhti, kamu cantik sekali Maka tampillah cantik di hadapan penciptamu karena itu lebih bermakna dari pada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu Tampillah cantik di hadapan suamimu, karena itu adalah bagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keridhoan Ilahi. Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, karena itu lebih abadi
Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…
Dan dimana Kegagahan Wanita???
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”
Surah Al-Ahzab : Ayat 71
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”
Ya!! Kami juga muslimah biasa yang tidak kebal dari dosa.
Ya! Benar! Kami muslimah tak guna. Kami memang tak guna.
Kami memang tidak guna pewarna-pewarna untuk memberi warna pelangi pada rambut kami, pewarna mata, pewarna pipi malah bibir juga kami tidak warnakan, kerana pada kami hanya benda buruk yang perlu dicat untuk menarik orang menatapnya. Kami yakin rambut kami adalah mahkota terindah yang amat bernilai. Maka, kami jaganya dengan rapi agar tidak rosak di mamah mentari, dan tidak lapuk disimbahi hujan. Kami baluti ia dengan rapi agar ia terjaga dan tersimpan untuk menjadi tatapan yang berhak menatapnya. Kami jauhkan sebarang pewarna di wajah kami kerna kami tidak mahu menipu sekalian yang menatapnya.
Kami juga muslimah-muslimah tak guna kain sempit untuk membaluti tubuh kami. Kain-kain jarang pada kami hanya untuk di buat kain langsir yang fungsinya menghalang cahaya matahari terik, tetapi dalam pada masa yang sama matahari itu perlu sebagai penyuluh di siang hari dan penyegar kediaman kami. Andai kain jarang kami baluti tubuh kami, kami juga membenarkan cahaya matahari menjadi punyuluh badan kami dan menjadi penyegar mata kalian. Oh tidak, kami bukanlah semudah itu untuk menjadi tatapan kalian. Kami juga tak guna baju-baju adik kami untuk dibawa berjalan ke bandar. Kami lebih mengamalkan prinsip yang tua memberi pada yang muda, bukan membuli yang muda. Jadi, adik-adik kami selalunya yang meminjam baju kami, dan kami meminjam pada kakak kami dan begitulah seterusnya. Kerna ini juga baju kami tidak perlulah jarang atau berlubang-lubang atau senteng ke pusat untuk menyejukkan badan, tetapi baju yang longgar amat selesa kerana pengudaraanya amatlah baik sekali. Seperti mana rumah yang besar lebih sejuk berbanding rumah yang kecil dan sempit. Hal ini juga, dapat memudahkan pergerakan kami dan membesarkan langkah kami. Tidaklah kami perlukan belahan kain sampai ke paha untuk melangkah dengan lebih besar.
Sungguh aneh dunia kini, baju yang cukup sifatnya dikecilkan, dikoyakkan, dibelahkan. Makin lama, tubuh itu ibarat orang-orang di sawah lagak pakaiannya. Malah, pakaian orang-orang itu lagi indah.Ya, kami masih lagi muslimah tak guna kasut-kasut bertumit tajam, kerna kami sayang bumi kami. Bumi ini juga bernyawa dan pastinya setiap yang bernyawa pasti mempunyai perasaan. Kami takut kasut tumit tajam kami akn mnyakitkan bumi ini. Kami sedar satu hari nanti, kami akan berada dalam bumi ini. Kami takut akan di balas pula perbuatan kami dengan tusukan yang kami sendiri tidak dapat menanggungnya.AURAT. Apa definisinya pada kalian?
“Ala, pakai tudung dah kira tutup aurat la tu…”
Pakai tudung dan berbaju t-shirt, sudah sempurna tuntutan menutup aurat kalian? Tudung pendek menampakkan dada itu menutup aurat pada kalian? Baju jarang dan sempit itu menutup aurat. Itu tidak di sentuh hal seluar lagi. Aduh, makin sakit mata makcik-makcik yang memandang melihat gaya seluar yang menjelikkan kini. Untuk apa berbaju jika sudah tahu di mana tanda lahirnya. Untuk apa berseluar jika mahu diberitahu saiz pinggangnya. Untuk apa berbaju dan berseluar jika boleh diteka apa yang ditutupinya.
Mungkin pada kalian menutup aurat adalah menutupi keaiban kalian. Tapi pada kami, menutup aurat adalah menutup bahagian-bahagian terindah pada kami. Yang kami tutup bukanlah rambut rosak yang penuh dengan kelimumur. Yang kami tutup bukan juga parut-parut luka jatuh pokok di waktu nakal dahulu. Yang kami tutup adalah kecantikan yang kami jaga rapi untuk kalian yang berhak menatapnya. Kami jadikan kalian yang pertama melihatnya, bukan yang ke 25 ataupun yang terakhir setelah puas orang laian menatapnya. Amanah ini kami jaga kerna pada kecantikan-kecantikan ini juga terletak maruah kami, maruan ibubapa kami, dan yang paling utama maruah agama kami. Kami tidak mahu kalian terkeliru dan tertipu dengan identiti kami. Kami muslimah bukan Harajuku girl, mahupun gadis barat berkulit sawo matang tapi berambut blonde.
Isu tudung dan aurat ini tidak pernah akan menjadi isu basi kerna ianya perlu diingatkan selalu. Apa yang kami perlihatkan pada kalian mungkin pada kalian adalah kehodohan semata, tapi kami peduli apa, kami tak ingin cantik di mata kalian, tapi kami mahu cantik di mata ALLAH;KEKASIH awal dan akhir kami…
Kita manusia mudah lupa walaupun sering diberi peringatan. Muslimah perlu sedar, tugas kalian amatlah besar kerna guru-guru pendidik bangsa, pemimpin-pemimpin negara, pejuang-pejuang Islam, semuanya akan lahir dari kalian . Andai kalian rosak, adakah bakal yang lahir dari perut kalian akan elok? Benar, semuanya adalah ketentuan Allah, dan iman juga tidak boleh diwarisi, tetapi prevention is better than cure kan…? Cuba elak sejauh mungkin, berusaha menjadi yang terbaik,seterusnya baru diserahkan pada sebaik-baik perancang.
wallahu'alm..
assalamualaikum..
hehee...hari ni..entry cik dielah..cik dielah nak bagi puisi..tentang hati...heee..2k pengetahuan sahabat2 semua..puisi ni adalah spontan dari kami..iaitu..kak zai n cik dielah.. kami berdua men"spontan"kan diri berpuisi kat dlm fb kami...serasa ingin berkongsi dengan sahabat2 tentg puisi kami...selamat berpuisi ya..maaf andai ada yang merepek2 2..tapi..disebalik puisi2 kami ni,da mesej2 tersirat..sama2 lah kita beramal....
assalamualaikum...
terasa sperti dh lama xmenulis notes...rs rndu pula 2k menaip2 ni..=)...em..nak tulis pe ek sebenrnya??heee..xda pe2 pn sgt...cuma ingn brkgsi rasa hati bersama shbt2..ingin mengajak shbt bersama2 berfkr..waallahualam....
utk pengetahuan shbt2,sy bru je kuar dari bilik satu2nya adik lelaki sy yang berumur 16thn..pi terjah2 notebook dia..tgk2 mvie dlm notebook dy...tapis2 mvie,kalau dpt detect mvie yg xberapa ok,mmg akn ku delete!yeah.....berjam2 jg dok kat bilik adik..cam kelakar pn ada..si kakak melepak di bilik adiknya yg teruna...dah lama xjumpa adik,dh 6bln,so..ms ni lah amik peluang tnye keadaan adik..sejujurnya..diri ni cb 2k memahami adik,cb menyelami isi hatinya cz adik kan lelaki,sy perempuan..hati lelaki,bg sy lah,mmg susah 2k dfhmi..so..sy punya cara sendiri 2k tambat hati adik sy..(eh2..cam kekasih plak..hehe..)..alhmdulillah..satu persatu cerita adik kngsikan...(wat pengetahuan shbt2,adik ni perahsia sikit,beselah,lelaki ktakan..hehe)....
terjah pnyer terjah,cerita punyer cerita,akhirnya..mataku singgah pada folder gmbr n video skol adik...yang dulunya,pernah menjdi skol saya...sy dn shbt2 lah merupakan batch pertama yg skol kat situ...3thn skol kat situ,then sy pndh skol...bile tgk2 gmbr n video 2,allah..rindunya pd skol lama sy 2,sekolah menengah kebangsaan jengka 12..skol di mana punyai memory yang indah...segala2 bermula dari situ.....rindu ingin kembali ke zaman dulu..=(..terima ksh pd shbt2 ats kngn yg shbt2 bg pd sy....=)
dalam gembira melihat gmbr2 2,terselit sejuta kekecewaan..=(...masyaallah..gmbr2 mereka,sumenya xmenjga ikhtilat pergaulan..lelaki dn perempuan dgn selamba zirafah je pose dkat2,berpegangan tgn..mengucap pnjg sy...allah...hampir menitis air mata ini...=(..nth knpa,hti ini begitu sayu melihat keadaan adik2 junior sy 2..mgkn persaan ini wujud krna rasa cnta sesama insan tnpa mengira pngkt,harta,rupa atw hbgn kekeluargaan..insyaallah...sayu sgt hati ini..melihatkn pemakaian adik2..nauzubillah..hlng sdh konsep aurat yg perlu mereka praktikan...
lantas..sy bertnya pd adik....
"adik...kat skol skng,da ramai x bebudak perempuan yang pakai tudung labuh??.."
"tudung labuh????macam Ya pakai ke??.."..(Ya itu merujuk pd sy,panggilan mnja dirumah..hehehe...)
"yela adik...labuh cmne lgi...ketuk kang budak ni..."(wat2 marah je...hehe..)
"huish...langsung xda!!!!coppsss...ada2!tapi sorg je....itupn..cian dy....kena kutuk2 ngn org......"
"hah????!!!!!sorg je??allah!!!!kena ktuk??kenapa plak???"...
"yela...kena kutuk...dy sorg je kot yg pakai tdung labuh...yng lain xpakai pn...2 yg dy kena kutuk..cian2.."..
allah..mengucap panjg saya..hmpir nak mengalir air mata ini...sedih...kecewa..terkilan......
kalau shbt2 nk tahu,masa batch saya dulu,skol sy 2 dwajibkn 2k bertudung labuh,memndgkn time 2,rmai sgt stdent perempuan pakai tudung yg pendek ke skol....so..pengetua kuatkuasakan arahn spy wjib bertdg labuh,wlupn kmi hnya skol harian biasa...tp..biasalah..manusia..hnya sedikit sje yg setia ngn arahn pengetua dsmpg mengaplikasikan suruhan 2k melabuhkan tdung melebihi dada..insyaallah...masa zaman sy dulu...rasa sgt2 bez..wlu da certain yg ingkar,tp msh da golongn muslimah yg pertahankn identiti muslimah mereka(geng2 saya lah 2 kan syu kan??..ecececece..selingn jap..hehe)...
bila dbndgkn zmn sy dulu ngn skng,sgt2 jauh berbeza..sy yakin,shbt2 jg msti begitu jg...betul,people change by time...tp..alangkh bgz jika yg berubah itu ke arah yg lbh baik..tp...sebaliknya berlaku....hati ini sgt sedih...cz pe yg kami pertahankn dulu..pe yg kami wat dulu..hnya bertahan seketika cuma...terlalu byk kenagn yg ku tglkn di sana..terlalu byk diri ini tertarbiyah ms di skol dulu...kita bertemu dan berpisah kerana allah..maka...episod perpisahanku bermula..hati ini tdk mahu meninggalkn skol itu,krn byk lg sy ingn berbkti pd skol itu,..tp..apakn daya...rezeki ku di tmpt yg lbh bgs lg..waallahualam....sy hnya bgthu pd shbt2 2hari seblum pemergiaanku ke skol baru..tp..mereka sume dpt mengagak yg sy akn pindah skol...maka..tinggallah skol..tinggallah kenangn..nmun..perkara2 yg bermnfaat xkn ku lupa 2k amalkan...insyaallah..teringt daku pada kata ustaz rahim,yakni guru PAI kami merangkap guru pengawas skol kami..sblum sy pndh skol,ustz rahim buat perjumpaan pengawas..katanya..."saya dh xnmpak ciri2 kepimpinan pd kalian sume 2k djadikan calon ketua pengawas skol 2k thn depan..calon yg sy suka,dan ada ciri2 2,akn pindah skol xlama lg..sedih bila xda calon yg dpt gntikan beliau......."...sy dgr penuh kusyuk time 2..(actually,time 2 ngntuk..2 yg kusyuk sgt 2..hehe).........dlm2 mengntuk 2,tertnya2 gak,sape lah ustz mksdkn 2..cm hebat je orgnya..jelz pn da ni..ecece..
"fadzilah.......fadzilah..."..alamak...ustz pnggil sy!!dy perasan kot sy tertido(mmg sje nk tido..hehe)..dgn muka comel ala2 kucng minta nsi,sy pn sahut sahutan ustz...
"ya ustz...saya..kenapa??"..kontrol2..jgn nmpk muka ngtuk...hee..
"kamu akn pndh kn mgu depan?nmpknya..susahlah sy nk cri pengganti kamu..."
"ye ustz..insyaallah..da rezki..pndhlah sy..."
"ok..mg brjay di tmpt baru..mg brjaya jd doktor..(hehe..dulu cita2 nk jd doktor,nk smbg kt mesir,tuuu...universty al azhar...tp bkn rzki dlm bdg perubatan..terjun bdg math..hehe)....mg2 kt tmpat bru,jd pemimpin muslimah hebat..insyaallah.."
glurppp....pengganti??mksd ustz??oh!!no!!aku lah yg dmksdkn td..hailaa...tingginya harapan ustz pdku...rasa xlayak diri ini....
ble teringtkan kengn lalu..pe yg ustz katakan....rasa sedih hati ini...bagaimanalah perasaan ustz skng ni,melihtkn adik2 ku yg sdh jauh terleka ni...ustz...sy sgt2 teringn 2k membntu ustz...tapi........................
terfikirkah sahabat???kadang2..kita ni selfish......kenapa kita hnya mahu perbaiki diri kita sendiri tp dlm masa yg sama kita membiarkn shbt2 lain leka dgn dunia ciptaan mereka sendiri....???knpa kita tdk bersama2 mereka.menarik mereka ke jalan benar??mgkn bkn byk,tp sekurg2nya kita ada usaha 2k mngajak mereka..ye..sy tahu..bkn sume diberi kepetahan 2k berbicara...ketajaman dlm berbicara...kebijaksanaan dlm menyusun kata2..kelembutan dalam ktegasan melakukan sesuatu..tpi..mesti di ingat..kita sume dianugerahkan keistimewaan yg berbeza mengikut kemampuan kita....sebaiknya kita menggunakan anugerah yang diberi kat kita 2 2k aplikasikan dlm kehidpn....
ya..saya tahu...setiap org mengenali islam dgn cara yg berbeza..ditarbiyah dgn cara yg berbeza...saya tahu..sahabat2 majority dari skol agama...dari maahad..para hafiz..hafizah..insyaallah....sdgkan..sy hnya insan biasa..dr skol biasa..byk kekurgn pd diri ini..tp..sy mncb 2k jd yg terbaik...serah pd allah 2k menilai usaha sy..mudah2han diri ini dtrma di sisinya..amin.....knapa kita perlu memilih2 sahabat??yup..benar...kita mmg kn cri kwn yg baik,spya kita pn akn jd baik..tp..once dh berjmpa ngn kwn yg indah akhlaknya,usahlah dilupakan pada yg "biasa" ni..tp..sy prcaya..insyaallah..shbt2 sy bkn sprti bgitu...shbt2 sy akn brkwn dgn sesiapa sje...kan??..teringt sy pd kata2 sorg shbt sy...lbh kpd pertnyaan.."kak dila,knpa mereka2 yg bertdg labuh ni,yg berkopiah2 ni suka brkwn2 ngn kelompok2 mereka je??xcmpur sgt dgn golongn2 org cam kami ni...."
allah..mcm 2 rupanya pndgn mereka..sy psti..shbt2 pn pasti pernah melalui situasi ini bkn??pasti pernah diterjahkn dgn soalan td kan??em...benar jg kata mereka..mgkn itu jg salah kita...ingin berjuang..ingin berdkwh pd golongn2 spt mreka,tp kita xpernah(bkn sume,tp sesetgh je) cb fhami mereka,berkwn ngn mereka,dekati hati mereka...xgitu??mgkn itu sedikt silp kita..waallahualam.....
cb shbt2 p skol shbt2,tgk bagaiman suasana dulu dn skrng??mana lbh baik,mana lbh elok??alhmdulilah,bg yg lbh elok 2,sy tumpg gmbra,tp bg yg mgkn sma ngn situasi sy ni,kita perlu bertindak...
xpon..xperlu p jauh2 kat skol nk tgk keadaanya,cb tgk kat sekeliling shbt2...lbh parah atw lbh baik??wallahualam...diri ini jg xbaik..dan mgkn...lbh teruk lg dr shbt sume..tp...hati ini melonjak2 utk membntu shbt2,adik2 terutamanya,yg nt merekalah generasi yg akn mencorakkn kehidupan ni...kat jengka sendiri,tempat tinggal saya,pabila petang2 saya menyulam kasih bersama sahabat baik saya,syuhada mohamed rashid,kami akn "melepakkan" diri di beranda rumahku,dan kami akan memulakan perbualan kami,n insyaallah,mudah2han setiap prbualan kami 2 bermanfaat...smbil2 berborak 2,kami memndg jalan raya.,..mengucap pnjg kami..bila mana,yang lalu2..majority adik2 yg xbertudung!menampakkan aurat sana sini...membonceng motosikal dgn bkn mhrm,tnpa segan silu berpelukan..nauzubillah..sedih hati kami...dan..bila lalunya lelaki2,msti mereka akn 2 3 kali memndg kt kmi..pelik barangkali...melihatkan msh ada golongn yg menutup bdn mcm hntu bungkus..(kami lah 2..hehehe)..lgpn...mgkn mereka buat proses pengecaman kot..yela..kami kan jarang menunjukkan muka di khalyak ramai melainkn kalau ada function2(ecee..speaking..=)..) atw da hal2 pntg...waallahualm..cb 2k bersgka baik........=)
melihatkan keadaan ini...rasa terpgil 2k bntu mereka..mgkn bkn byk,tp cukuplah sedikit mengikut tahap kemampuan msg2...sy xnk nt di "sana" kelak,sy akan dtnya sume ni...sy xnk nt ble selangkah je lg nk msuk syurga,tb2 hadirnya si aminah ni mengatakn bhawa sy sikit pn xajak dy wat kebaikan...so..sy nk bntu mereka...sy jg mahu perbaiki diri sama2 ngn mereka...bkn kerana sy nk msuk syurga sorg2,tp sy jg nk msuk syurga sama2 kalian...sma2 kita kejar redha allah..teringt sy pd novel sinergi..karya hilal asyraf....mengenai iman....sinergi iman....1+1=3...+ itu merujuk pada iman...org yng briman itu,melakukan sesuatu prkara hnyalah krana redha allah...sy xkata sy beriman..tp insyaallah..sy beriman...sy xkata,xberani dan xlayak 2k mengatakn sy ikhls 2k membntu shbt2,krn ikhlas itu hnya allah sje yg dpt menilainya....pe yg leh sy katakan...sy ingin membntu diri sy dn shbt2 2k msuk syurga allah...sy sedih...kecewa...melihat keadaan umat skrg ni....adik2...shbt2...kakak2...abag2...n saudara islam skng....kebykan leka dgn dunia cptaan mereka sndri.....sy jg kdg2 terleka...permintaan sy...tatkala diri ini terleka,terpesong jauh....tatkala saat itu terjadi..wahai shbt2 sperjuangnku.......pndglah aku dgn penuh kasih syg....renunglah aku dgn setulus htimu..jgnlah membenci aku...pimpinlah aku bersama2 kalian 2k msuk ke syurga...kerana...aku pn akan melakukan begitu jg..xkn ku biarkan shbt2 jauh dri redha allah....mohon kesudian 2k mbntuku shbt.....=)
jgnlah memndg hina pd mereka yg yg kurang elok akhlaknya,dan jgnlah menyanjung tinggi pd mereka yg tggi akhlaknya...segala2 puji hnya bg allah....sama2 lah shbt2 yg tahu hukumnya...bersama2 kita berjuang....bagi shbt2 yg mgkn tlh jauh terlagho,kembali lah pd yg benar....pintu taubat masih terbuka shbt2...allah itu maha pengampun...=)..bg shbt2 ku,muslimah terutamanya.....jg lah diri kalian...sy mohon...tutplah aurat shbt2...berubahlah shbt2...berubahlah...sama2 lah kita berubah....kasihanilah jua pd kaum adam ini...usah menyeksa mereka...mereka byk lg tanggungjwb yg perlu mereka laksanakn......tutuplah auratmu wahai muslimah kesygnku.....=)....
buat shbt2 musliminku,maaf ku pohon bg pihak shbt2 ku,mg dikau berjaya bermujahadah nafsu....sama2 lah kita bermujahadah...sama2 lah kita berjuang....dont u ever ever ever ever give up wlupn pe yg kita smapaikan tdk dterima org,dihina,di caci..itulah cabaran kita bg org2 yg beriman..xkan digelarnya org itu beriman andai allah tdk memberikan ujian wat org2 beriman itu..waallahualam...
em,.nmpknya..tiada pe dah yg nk dicoretkan..allah...bru perasan,pnjg bebenor den merepek ni..hailaaa...cian kat shbt2 nk baca,n mgkn jg da yg baca hnya separuh je..huhu..xpela...cm luahan rasa dri seorg muslim wat shbt2 muslim yg lain...yang baik itu dtg dari allah,dan yg bruk itu dtg dr allah jg nmun dgn izinnya dsmpaikan melalui diriku yg hina lg dhaif ni.....salam juang..salam jihad...salam ukhwah.....salam seindah seharum kasturi....
dielah mujahidah......(DM)
(Hehhee...actually..adik laki sy 2,xbg sy panggil dy adik dh,cz dy kata dy dh besr dh..malu kot??hehe..tp sy msh tetap akn pgil dy adik!!!heeee)
Salam kepada semua, artikel yang disediakan ini diambil dari iaitu Ustaz Khir semasa Kursus Diploma Pendidikan UPS-MARA di KPTM Bangsi Selangor. Saya tertarik dengan artikelnya dan disiarkan sebagai perkongsian untuk semua. Mudah-mudahan artikel ini dapat memberikan manfaat untuk semua.
Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya,malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Sebab itu syariat menetapkan supaya wanita pakaiannya adalah pakaian yang longgar dengan warna yang tidak menarik menutup seluruh badannya dari kepala sampai ke kaki.
Kalau dilihat pada nilaian dunia, barang-barang berharga seperti intan dan berlian dibungkus rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga wanita. Kerana wanita bermaruahlah dia tidak disuruh ditonjolkan tanpa keperluan yang tertantu; dengan batas-batas tertentu. Dia mesti bergelanggang dalam gelanggang yang boleh dan sesuai untuknya sahaja yang telah ditentukan garis-garisnya oleh syariat. Wanita tidak selayaknya mengorbankan maruah dandirinya semata-mata mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dan di sana sini kita dapat saksikan para wanita kita memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari orang bawah hingga orang atasan, dari peringkat pelajar-pelajar sekolah hinggalah ke pekerja-pekerjadi pejabat-pejabat.
Namun begitu, pelbagai gaya tudung dipakai. Tudung kadangkala tidak lengkap dipakai, pakai tudung tapi masih nampak batang leher, nampak dada, pakai tudung tetapi di masa yang sama pakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai gaya tudung dipakai. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung direka untuk wanita-wanita Islam kini.
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok didalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu semua bukannya untuk mengelakkan fitnah tetapi menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang manaakan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Dan pakaian yang boleh melindungi wanita dari jadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Bila wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik,up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas.Bertudung tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak rasa diri ini hina, masih banyak dosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh pakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung yang masih cari boy friend. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung,perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.
Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita tutup aurat tetapi tidak terus memperbaiki diri lahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi baikilah diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, suka berdengki, suka berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.
Kalau sudah mula menutup aurat elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan boy friend. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada pengaturan Allah.
Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama bila dalam waktu bekerja. Cuba didik diri jadi orang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengkeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam ini indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.
Barulah orang terpikat untuk amalkan Islam. Baru orang bukan Islam hormat dan mengakui “Islam is really beautiful.” Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekelian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.