Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AhLaN wAsAhLan....sELamAt dAtAng kE prOfiLE aNa bAkAL jEnAzAh~

~jAgA diRi..jAgA imAn..jAgA hAti..jAgA kEsElurAhannya..^__^~


salam seindah seharum kasturi

moga ukhwah kita harum mekar mewangi hingga ke syurga
dielahmujahidah90. Powered by Blogger.



Iman, Islam, dan Ehsan

Hadis sahih Muslim, daripada Abdullah bin Umar, katanya Umar al Khattab ayahnya bercerita kepadanya seperti berikut:

Pada suatu hari kami berada di sisi Rasulullah saw, tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang berpakaian sangat putih dan rambutnya hitam pekat. Sama sekali tidak nampak pada dirinya tanda-tanda seperti orang yang datang dari jauh. tetapi tidak seorang pun dari kami yang mengenali lelaki tersebut. Dia duduk dengan Nabi saw. Dia menyandarkan kedua lututnya kepada lutut Rasulullah. Dia juga meletakkan kedua tapak tangannya di atas kedua pahanya sendiri.

Dia berkata, "wahai Muhammad, beritahu kepadaku mengenai Islam."

Rasulullah saw bersabda, "Islam itu hendaklah kamu bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahawasanya Muhammad adalah utusan Allah. Hendaklah kamu mendirikan solat, membayar zakat, mengerjakan puasa Ramadhan, dan menunaikan ibadah haji jika mampu dlm perjalanan."

Lelaki itu berkata, "kamu berkata benar".

Umar berkata: Tentu sahaja kami merasa hairan kpd org itu, sebab dia yang bertanya dan dia sendiri yang membenarkan (jawapan Rasulullah).

Lelaki itu berkata lagi, "Beritahukan kepadaku mengenai iman".

Rasullulah menjawab, "Hendaklah kamu beriman kpd Allah, para malaikatNya, kitab2Nya, para rasulNya, beriman kpd hari kiamat dan juga kpd qadarNya yang baik dan yang buruk."

Lelaki itu berkata, "kamu telah berkata benar." Kemudian beliau menyambung, "beritahukan kpd diriku mengenai Ehsan."

Rasulullah bersabda, "Hendaklah kamu menyembah Allah seakan2 kamu melihatNya. Jika kamu tdk berasa melihatNya maka hendaklah kamu merasa dilihat olehNya."

Lelaki itu berkata lagi, "Beritahukan aku tentang hari kiamat."

Rasulullah menjawab, "Tidaklah orang yang ditanya lebih mengetahui dibandingkan dengan yang bertanya."

Lelaki itu berkata, "Kalau begitu beritahulah tentang tanda2nya saja."

Rasulullah bersabda, "Kalau sudah ada budak perempuan melahirkan tuannya; kalau kamu telah menyaksikan orang2 yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian dari kalangan orang2 melarat penggembala kambing saling berlumba2 mendirikan bangunan yang tinggi."

Umar berkata: kemudian lelaki itu pun pergi. Setelah berlalu beberapa hari akhirnya Rasulullah berkata kepadaku, "wahai Umar, tahukah kamu siapakah lelaki yang (beberapa hari lalu) mengajukan pertanyaan?" Aku menjawab: Hanya ALLAH dan RasulNya saja yang mengetahui." Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya dia adalah JIBRAIL. Dia datang kepada kalian untuk mengajarkan agama kepada kalian semua."

(Imam An-Nawawi, Syarah Shahih Muslim (Terj), Buku 1, 1994, Mustaqim, Jakarta, ms 295-296)


salam seindah seharum kasturi.... bersama2 lah kita amalkan dan muhasabah diri....^-^

Pesanan buat si dia….


Pesanan buat si dia….

Tolong beritahu si dia,

Aku ada pesanan buat dirinya

Tolong beritahu si dia,

Cinta agung adalah cintaNya

Tolong beritahu si dia,

Cinta manusia bakal membuat dirinya alpa

Tolong nasihati dia,

Jgn menyintaiku lebih dari dia mnyintai Yang Maha Esa

Tolong nasihati dia,

Jgn mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa

Tolong nasihati dia,

Jgn mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya

Tolong katakan padanya,

Dahulukan Allah kerana di situ ada Syurga

Tolong katakan padanya,

Dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu Syurganya

Tolong ingatkan dia,

Aku terpikat kerana iman bkn rupa

Tolong ingatkan dia

Aku lebih cintakan zuhudnya bkn harta

Tolong ingatkan dia

Aku kasihinya kerana santunnya

Tolong tegur si dia,

Bila dia mula mengagungkan cinta manusia

Tolong tegur si dia,

Bila dia tenggelam dalam angan-angannya

Tolong tegur si dia,

Andai nafsu mengawal fikirannya

Tolong sedarkan dia,

Aku milik Yang Maha Esa

Tolong sedarkan dia,

Aku masih milik keluarga

Tolong sedarkan dia,

Tanggungjawabnya besar pada keluarganya

Tolong sabarkan dia

Andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta

Tolong sabarkan dia

Bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya

Tolong pesan kepadanya,

Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya

Tolong pesan kepadanya,

Aku tidak mahu jadi punca kegagalannya

Tolong pesan kepadanya,

Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya

Tolong khabarkan pada si dia,

Aku tidak mahu melekakan dia

Tolong khabarkan pada si dia,

Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya

Tolong khabarkan pada si dia,

Jadilah penyokong dalam kejayaanku

Tolong sampaikan pada si dia

Aku dambakan cinta suci yang terjaga

Tolong sampaikan pada si dia

Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya

Tolong sampaikan pada si dia

Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa

Tolong sampaikan pada si dia

Kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri

Cinta,

Lahir dari dua hati, hadirnya tanpa dipaksa,

Ya Allah Ya Tuhanku,

Telah datang padaku,

Seorang insan yang mengetuk pintu hati ini,

Sekiranya dia adalah jodohku yang terbaik

Yang telah Kau tetapkan buatku,

Sejak dari dalam kandungan ibuku lagi,

Maka permudahkanlah urusan ku,

Permudahkan lah urusan dia,

Dan permudahkan lah urusan kami berdua,

Ya Allah Ya Rahman

Ya Allah Ya Rahim

Lindungilah imanku Ya Allah

Lindungilah iman dia Ya Allah,

Dan lindungilah iman kami berdua sepanjang perhubungan ini

Cinta,

Karya indah Sang Pencipta,

Dimulakan di Syurga,

Dimasukkan di dalam jiwa adam dan hawa

Lalu dianak-pinakkan ke dalam setiap jiwa

Dengan kadar yang berbeza

Cinta,

Sebenarnya tidak buta

Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan

Yang buta adalah bila cinta menguasai diri tanpa suatu pertimbangan

Cinta, menyintai atau dicintai itu adalah lumrah kejadian manusia

Hak untuk bercinta dan mencintai bergantung pada individu itu sendiri

Pilihan adalah terpulang pada kita

Jika pilihan berdasarkan agama

Pasti kasihnya diberkati

Dan sekiranya berlandaskan nafsu

Pasti akan terhumban ke lembah kehinaan

Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya

Sebab keelokan paras dapat menyesatkan

Jangan tertarik kepada kekayaan

Kerana kekayaan dapat memusnahkan

Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum

Kerana hanya senyuman yang dapat membuatkan

hari-hari yang gelap mmenjadi cerah

# khas buat sayangku......syu...faizah..wani...zimah...kalian lah pelengkap hidupku..syg korg sgt2...^_^....

diskusi tentang "couple"..

mungkin email ni agak panjang dan agak extreme bagi sesetengah pihak..tapi semoga kita dapat buka minda kita untuk berfikir tentang perkara ni. Asyik perjuangkan konsep "open minded" je..bila kita nak open mind kita terhadap perkara di bawah ni??

Wassalam

Ikuti diskusi seorang remaja matrikulasi dengan seorang pensyarah dalam mengupas persoalan yang amat releven dengan situasi kita sebagai remaja yang hakikatnya masih mentah,jahil dan perlu dibimbing dalam menghadapi jaringan perangkap dan tipu daya syaitan laknatullah. Semoga risalah ini bermanfaat kepada kita semua

Kami tidak berzina!

Maaf,saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina

Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar,minum-minum, adakah itu menghampiri zina?

Ya,perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Hari ini,ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasullullah : Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan(Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis

Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!

Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina juga ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya,ada zina betul,ada zina tangan (berpegang-pegangan), ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah:

Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu Daud)

Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Berdiskusi pelajaran, betul ke?Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.

Study group‚ nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini.. betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran

Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat,tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia

Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?

Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak!Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.

Tentu ada cinta secara Islam.

Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan.

Sabda Rasulullah:

Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah (Ibnu Majah).

Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Kalau begitu,cinta semua menghampiri kepada penzinaan?

Ya kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang.

Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi.

Firman Allah:

Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim (Al-A’raf:ayat 19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.

Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kawin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat 5 minit dah kena tengking. Jadi, perwatakan masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan yang hipokrit.

Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit, adik angkat,kakak angkat,abang angkat boleh ke? ganti bercinta

Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik, abang, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.

Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri,tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orangyang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman:

Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah an-Nur: Ayat 3)

Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.

Jadi orang yang pernah berzina hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah berzina juga?

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji untuk sehidup semati.

Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Jadi perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?

Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang second hand‚ sedangkan barang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta di show room; display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas air sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

Masihkah ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?

Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.

Firman Allah:

Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina), Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar (Al-Ahzab: ayat 35)

Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariMya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya

Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha

Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:

1. tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini

2. menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan

3. berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijab Kabul

Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu yang berdosa,

Amin, Ya Rabb. Moga Allah terima taubatmu

Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak kemana.

Ya Allah,bantulah mereka. Kini mereka datang kepintuMu mencari redhaMu. Terimalah taubat mereka.

Wallahu'alam...

*rasanya..info ni..ana amik dari Usrah Jemaah Anak Muda v3.0..pe2 pn..manfaat ilmu ini...waallahualam......selamat beramal n muhasabah diri...lebih kpd menasihati diriku sebenarnya........

em,,tiada cinta sebelum nikah??,,


Tiada cinta sebelum nikah.

No love before akad.

Cinta hanya selepas kahwin.

Dan bla bla bla bla bla...

Ayat yang seringkali aku baca, dan sering kali aku dengar.

Tetapi, aku tak pernah sama sekali setuju dengannya.

Kerana pada aku, cinta sebelum nikah itu ada.

Aku kira, yang patut tiada sebelum nikah adalah hubungan intim seperti suami isteri.

Cinta, pada aku, sebelum nikah lagi memang sepatutnya perlu diwujudkan.

Oh, lainlah kalau definisi cinta kamu, telah kamu rendahkan dengan menganggap ‘bercinta’ itu adalah ‘bercouple, pegang-pegang tangan, berhubungan tanpa batas’ dan sekutu-sekutunya.

Maaf.

Cinta aku mahal, dan tidak serendah itu.

Sebab itu cinta aku yang mahal itu, wujud sebelum bernikah lagi.

Cinta yang sebenar

Couple itu maknanya cinta?

Hubungan intim lelaki perempuan yang bukan mahram tanpa batasan itu cinta?

Maaf.

Jika kamu panggil itu sebagai ‘bercinta’, tandanya kamu telah menjatuhkan harga cinta.

Untuk aku, itu semua bukan cinta.

Cinta adalah suci. Bersih. Dan ianya membawa ke syurga.

Cinta mestilah dibina dari keimanan, dan dicari berlandaskan petunjuk Allah SWT.

Cinta adalah perasaan, yang wujud di dalam jiwa dan diterjemahkan dalam bentuk amal.

Menolak sahabat ke dalam api, itu bukan namanya akung sahabat, walaupun sebelum menolak sahabat itu ke dalam api, sudah 1000 kali diucapkan: Ana sayang enta, sahabat ana.

Melempar pasangan ke dalam neraka, dengan melanggar arahan-arahan Allah, itu bukan namanya bercinta.

Walaupun kamu sering gunakan perkataan ‘cinta’ dalam hubungan kamu.

Cinta lebih suci dari apa yang kamu jangka.

Dan ‘cinta’ yang asli ini, tidak sepatutnya diharamkan sebelum bernikah.

Cinta sebelum kahwin

Kalau benar cinta kepada pasangan kamu, maka kamu akan menjaga diri kamu dari laranganNya.

Kamu tidak akan melempar pasangan kamu ke neraka dengan mengajaknya bermaksiat kepada Allah SWT.

Kalau kamu benar cinta, kamu akan meminta petunjuk Allah dan berkira-kira.

Kamu akan list pro dan kontra serta muhasabah kembali perasaan yang hadir di dalam diri kamu.

Kemudian bila benar-benar sudah tetap hatinya, lanjutkan dengan lamaran tanda kamu benar-benar serius.

Yang lelaki boleh terus kepada keluarganya, yang perempuan boleh menghantar wakil untuk bertanyakan lelakinya.

Tapi pastikan kamu benar-benar siap. Bukan istikharah semata-mata. Tetapi ada perancangannya juga. Perancangan dunia kamu, dan perancangan akhirat kamu. Ini kalau kamu benar-benar cinta.

Kamu berhubungan atas perkara yang sangat-sangat-sangat penting sahaja dan kamu tidak berlengah-lengah dalam meninggalkannya ketika urusan selesai.

Untuk lelaki, kamu bina hubungan yang erat dengan kedua ibu bapanya, dan adik beradik lelakinya, untuk berta’aruf dengannya.

Untuk perempuan, kamu bina hubungan yang erat dengan ibunya dan adik beradik perempuanya, serta saudara mara perempuan yang dia ada untuk berta’aruf dengannya.

Kamu siapkan diri kamu untuk menjadi suami@isteri yang baik untuk pasangan kamu.

Kamu tekankan pada diri kamu untuk lakukan perubahan dengan memandang bahawa kamu mesti hendak membahagiakan pasangan kamu sebahagia-bahagianya.

Dan apakah yang lebih bahagia dari mendapat keredhaan Allah dan masuk ke syurga bersama-sama?

Dan pantaskan urusan perkahwinan kamu.

Jatuhkan dengan segera perkara-perkara yang menghalang perkahwinan kamu dari berlangsung dengan cepat.

Itu satu tanda cinta.

Kalau kamu tanya akan cinta aku.

Maka cinta aku begitulah.

Kamu yang syok sendiri tanpa memahami cinta

Kamu-kamu yang bercouple dan memusnahkan erti cinta yang sebenar, aku terkilan dengan kamu.

Kamu-kamu yang bercinta dengan cara yang salah, aku terkilan dengan kamu.

Hal ini kerana, wujudnya kamu dan kesalahan kamu, membawa kepada orang-orang tertentu mengharamkan terus cinta sebelum wujudnya pernikahan.

Kamu-kamu yang mengharamkan terus segala jenis cinta sebelum nikah, aku juga terkilan dengan kamu.

Islam datang mengajar kita mengawal perasaan. Bukan menghapuskannya.

Jadi yang halal diharamkan hanya kerana ada yang salah menggunakannya.

Maka sepatutnya dididik bagaimana untuk bercinta dengan sebenarnya.

Apakah jika ada orang belajar untuk membuat nuklear dan mengebom sesebuah tempat, maka ‘belajar’ itu diharamkan dan matapelajaran ‘nuklear’ itu patut diharamkan?

Semestinya tidak.

Apakah apabila Allah menimbulkan rasa cinta di dalam jiwa seseorang, kamu hendak menyalahkan Allah atas perasaan cinta yang Dia munculkan?

Maka sepatutnya kamu, membina satu garis yang jelas. Antara cinta, dan ‘cinta’.

Bukan hanya syok sendiri dengan ‘cinta suci’ buat ‘golongan kamu’ sahaja.

Aku tidak menghalalkan yang haram, juga tidak mengharamkan yang halal

Aku di sini bukan hendak menghalalkan yang haram.

Aku nyatakan di sini, couple dan segala apa yang Allah larang, untuk aku itu semua bukannya cinta.

Justeru apabila aku katakan cinta, couple tiada kaitan dengannya.

Keluar berdua-duaan tiada kaitan dengannya, bergayut dalam telefon tiada kaitan dengannya.

Sms-sms tak ada makna, atau sms-sms ‘tazkirah bohong’ tak ada kena mengena.

Salut-salut nama ‘dakwah’ untuk meng’halal’kan perhubungan juga tak ada kena mengena.

Cinta yang aku kata ini, bebas dari semua itu.

Aku juga tidak akan sesekali mengharamkan yang halal.

Sebab itu aku berdiri di sini dengan pegangan ini.

Untuk aku, yang halal bila disalah guna, benar ia menjadi haram.

Maka masalah di sini bukanlah yang halal itu.

Masalah di sini adalah ‘pengawalan’ itu.

Sekelompok manusia yang gagal mengawal, itu bukan bermakna ia haram untuk semua manusia.

Lainlah perkara itu jelasnya haram secara qat’i, sebagaimana arak.

Walaupun mungkin sekelompok sahaja yang mabuk, tetapi ia tetap haram kepada semua.

Cinta yang hakiki, bukannya arak!

Lihatlah dia, lihatlah kesederhanaannya

Guruku, mudirku, Ustaz Dahlan Mohd Zain, pernah satu hari membicarakan hal perkahwinan dan hubungan sebelum kahwin di dalam kelas.

Keluar dari pelajaran kami yang sebenarnya, Fiqh Sirah Nabawi pada hari itu.

Lihatlah antara soalan yang muncul, dan bagaimana sederhananya jawapan dia.

“Ustaz, boleh ke kata cinta pada tunang kita?”

“Boleh, tapi kena benar-benar dengan cinta yang betul la. Bukan main-main”

Maka aku terjemahkan ‘benar-benar dengan cinta yang betul,’ itu, adalah apabila ia dipandu keimanan, di atas syara’, dan kena pada keadaan serta keperluan pengucapan itu.

Bukan diucap atas dasar nafsu, atau semata-mata kerana rindu, atau kerana ingin bermanja-manjaan.

“Ustaz, boleh ke nak jumpa tunang?”

“Boleh, tapi kenalah bawa keluarga sekali. Ajak mak ayahnya makan bersama ke. Masa tu jumpa la.”

Bukannya tidak dibenarkan berjumpa langsung.

Tetapi ada caranya. Ada ketikanya. Ada adabnya.

Ustaz Dahlan mengajar aku, untuk tidak mengharamkan sesuatu yang halal, tetapi melihat apakah yang membawa kepadanya menjadi haram, dan membasmikan masalah itu.

Dan jawapan-jawapannya adalah jawapan yang menyenangkan jiwa. Lihatlah uslubnya.

“Boleh...” Mendengar jawapan ini terlebih dahulu, jiwa jadi lapang. Oh, Islam ini tidak berat ya...

“Tapi kenalah...” Dan syarat selepas itu menjadi ringan untuk dilakukan kerana hendak mencapai ‘boleh’ tadi.

Ustaz Dahlan, secara tidak langsung, menundukkan nafsu pada kawalan syara’ hanya dengan jawapannya yang mudah itu.

Dan jawapannya sesuai untuk umum. Bukan hanya untuk orang dakwah sahaja, bukan hanya untuk yang tidak belajar agama sahaja.

Jawapannya betul untuk semua.

Dan aku hidup dengannya, menyerap segala didikannya, jadilah aku sebagai aku.

Dan jadilah cinta aku seperti ini.

Penutup: Kamu, jangan murahkan cinta, dan memandang rendah kepadanya

Kamu, jangan murahkan cinta dan memandang rendah kepadanya.

Jangan kamu salahkan cinta kerana kesalahan-kesalahan kamu atau orang lain.

Kalau kamu lemah hendak mengangkat cinta pada pundakmu, maka kuatkanlah dirimu itu. Bukan memandang rendah orang lain, atau meyalahkan orang lain, yang bercinta dengan cintanya yang betul.

Aku tidak mewajibkan cinta sebelum nikah.

Tetapi yang aku ingin jelaskan di sini adalah, jika ia wujud, maka itu bukan satu kesalahan.

Yang perlu adalah pengawalan agar ia tidak keluar dari definisi cinta yang sebenar.

Definisi cinta aku adalah = ingin masuk syurga bersama.

Apakah cinta kalau melempar pasangan ke neraka?

Untuk aku, inilah dia kefahaman aku. Inilah dia cinta aku.

Oh ya, dan aku belum bernikah.

*Artikel ni,ana amik kat mana entah..xingat dah...baru terjumpa..rupa2nya..ada dlm simpanan..yang baik..djadikan panduan..yng buruk djdkn sempadan..bersama2 lah kita beramal dan muhasabah diri...bak kata nabil raja lawak,”lu pikirlah sendiri..”..tp ana nk tukar sikit..”mari..kita bersama2 berfikir..”..waallahualam......

blogger widgets