Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AhLaN wAsAhLan....sELamAt dAtAng kE prOfiLE aNa bAkAL jEnAzAh~

~jAgA diRi..jAgA imAn..jAgA hAti..jAgA kEsElurAhannya..^__^~


salam seindah seharum kasturi

moga ukhwah kita harum mekar mewangi hingga ke syurga
dielahmujahidah90. Powered by Blogger.
aku terima cintanya..



AKU TERIMA CINTANYA

p/s: aku bukan la tertrik nk bce sbb tjuk die pasal cinta ke ape ke,

tpi sbb aku pun ade seorang saudara,yg lgi muda,

dan yang dlm hidup die sama mcm ape yg artikel ni cerita..mesti ade lelaki,kalau x,mcm bg die mcm x best.

ok here it goes :)


Apakah persepsi anda terhadap orang yang bercinta? Jika anda ‘budak Usrah yang baru’,mungkin anda akan membencinya. Jika anda ‘budak Usrah yang lama’,mungkin anda akan mendekatinya dengan cara yang baik dan menerangkannya tentang zina. Jika anda seorang yang Usrah pun tidak tahu apa,mungkin anda akan menyokong mereka melakukan zina. Setiap orang mempunyai persepsi masing-masing, memang tiada kata putus yang mengharamkan cinta tapi perlu diingatkan bahawa ada batas-batas yang memisahkan antara cinta halal dan cinta haram.Artikel ini tiada kaitan dengan bagaimana mencipta cinta yang halal atau apakah ciri-ciri cinta yang haram,sebaliknya artikel ini tentang bagaimana seorang wanita ‘cair’ dengan ayat-ayat seorang lelaki biasa.


Hari ini saya sempat berbalas status FB dengan seorang gadis yang seusia dengan adik saya,seorang yang tidak boleh hidup tanpa lelaki.Setiap masa mesti ada lelaki yang mendengar luahan dan ceritanya,kalau tiada,pasti dia bersedih.Saya mengenalinya bukan melalui adik saya tetapi menerusi sepupu saya ketika majlis pengebumian datuk sepupu saya yang lain.


Sepupu 1 : Sape Ayeen?Die add saya ikut FB

Sepupu 2 : Ade la…

Saya : Gewe awok ko?

Sepupu 2 : Ngorat jah…

Sepupu 1 : Budok sekolah agama kan?

Sepupu 2 : Hom..Tapi sekolah je agama die x agama pun. Dot di sekolah pakai tudung labuh,balik umah pakai skirt pendek.


Selepas habis majlis pengebumian datuk sepupu saya,saya balik ke rumah dan cari siapakah Ayeen dan memang benar, dia ‘in relationship with’ sepupu saya.Tidak sampai sebulan,statusnya kembali single.Seminggu selepas itu,dia kembali ‘in relationship’.Tanpa segan silu saya memulakan bicara.


Saya : Wah,laju cari peganti

Dia : Hehehe..nak wat camne,orang tinggal kite,terpakse la cari peganti baru

Saya : Yakin ke dia ni betul-betul nak kat Ayeen?

Dia : Yup,sebab dia cakap dia tunggu saya dari dulu lagi,masa kenal kat tuisyen,form 2.(sekarang Ayeen di form 4)

Saya : Ok lah camtu..Tapi ingat lah,laki sume mulut lidah bercabang,termasuk saya.

Dia : Lagipun,dia cakap dia ikhlas,dia cakap dia nak kawin ngan Ayeen,tu yang Ayeen percaya.

Saya : Ooo,baguslah,harap2 kawin la ek.Nak dengar nasihat?

Dia : Ok gak…

Saya : Laki ni ada banyak jenis.Ada yang bila dia sayang sorang pompuan,dia akan sayang betul-betul.Biar datang Lisa Suriani depan dia pun,dia takkan tergoda. Ada gak yang jenis kaki pancing,bila dapat,dia buang balik.Ala,sport fishing.

Dia : Sport fishing?


Saya : A’a,bila dapat ikan,dia lepas sebab dia pancing bukan untuk makan tapi untuk main-main dan jenis yang ni memang ramai.Semua ayat-ayat bunga akan keluar dari mulut dia.Saya

nak kawin dengan awak,saya tunggu awak bertahun-tahun lama,saya rela bunuh diri kalau awak tolak cinta saya,saya sayang awak,i luv u so much dan macam-macam ayat lagi akan keluar.Matlamatnya hanya satu,ikan yang dipancing termakan umpan yang diletak. Padahal, tyme cakap ‘i luv u’ tu,dot usha FB pompuan lain.

Dia : Teruknya laki…

Saya : Yup,memang teruk tapi itulah hakikatnya. Nak cari lelaki yang benar-benar nak kat kita(cakap macam saya perempuan,hahhaha),sama susah nak cari pompuan tutup aurat dengan sempurna.Banyak lagi trick-trick yang akan laki guna untuk pastikan pompuan yang dia nak,dia dapat.Tapi dia bukan nak betul-betul,kadang-kadang ada lelaki yang nak perempuan tu sebab kawan-kawan dia selalu cakap siapa dapat perempuan tu mesti hebat.Jadi untuk tunjuk dia hebat depan kawan-kawan dia,dia usha la pompuan tu.Pompuan yang memang mudah cair dengan pujuk rayu laki,memang akan termakan la dengan segala kata-kata manis beracun itu.

Dia : Lelaki tak bersalah ke buat macam tu?

Saya : Mungkin ada yang rasa bersalah tapi kadang-kadang,mungkin bila dia dengar seruan azan or tengah solat,dia insaf. Tapi insafnya tidak lama,bila dia bersendirian,mula lah dia cari balik perempuan-perempuan.Nak taw sumthing?

Dia : apa dia?

Saya : Tyme dia panggil Ayeen sayang,Ayeen rasa camne?

Dia : hahahha,segan lah..Rasa disayangi..


Saya : Lagi?

Dia : Takde,rasa disayangi je..Tapi membahagiakan..

Saya : Ayeen taw bila Ayeen panggil budak laki as Sayang even mesej,apa yang dia rasa?

Dia : Disayangi lah kot sebab tyme couple,sume orang cakap kalau nak tunjuk kita sayang kat dia,panggil lah sayang.

Saya : Rasa disayangi itu satu hal dan sebenarnya ada lelaki yang teransang dengan panggilan itu,lebih-lebih lagi yang call di waktu subuh.Konon-konon nak kejut subuh tapi sebenarnya nak dengar suara sayup-sayup pompuan tidur.

Dia : Mane taw sume ni?Cam mengarot je..

Saya : Saya sekolah sejenis dari tadika lagi hinggalah awal form 4,form 1 hingga form 3 tu dahlah sejenis,sekolah agama lak,memang kuat lah bincang isu-isu Munakahat(nikah kahwin) ni,kadang-kadang satu hari suntuk dot bincang benda-benda ni.

Dia : Oooo…

Saya : So,saya x kata couple tu dibenarkan or salah,cuma sebelum terima seorang laki,periksa dulu latar belakangnya, kenal familinya dan tanya ‘adakah nak kawin ngan saya,kalau nak,datang umah jumpa mak abah dulu’,kalau dia kata nak,ok go on la.

Dia : Thanx


Ya,tadi saya buka Facebooknya dan statusnya kembali single.Baru 3 minggu selepas saya memberi nasihat kepadanya dan saya tanya dia “dah clash ke?”

“Tak sampai seminggu pun”

Tak sampai seminggu?BUkankah dia tunggu kamu dari form 2 lagi?Wahai kaum hawa,teliti balik dan kaji balik apa yang berlaku di sekeliling kamu,kamu sangat senang dipermainkan,jangan sesekali keluarkan perkataan sayang dari mulut kamu sehinggalah orang yang kamu ingin panggil sayang itu berstatus suami kamu.

WAlaupun nasihat ini pasti menjatuhkan saham saya =P,tapi saya seru juga kepada semua kaum hawa supaya jangan sesekali termakan dengan godaan lelaki,tanya balik soalan yang saya tulis di atas dan pastikan dia adalah suami kamu,barulah kamu keluarkan perkataan sayang.

Ingatlah fitnah paling besar di akhir zaman ialah godaan wanita dan tanya diri kamu,adakah kamu ingin menjadi salah satu dari fitnah dunia?


Source:http://azzariyat.com/blog/2010/04/15/aku-terima-cintanya/

4 comments:

BUNGA TANJUNG said...

mesti ade lelaki,kalau x,mcm bg die mcm x best???
ok , bg org mcm ni, dia xkn bahagia dgn org lain selagi dia x berbahagia dgn dirinya sendiri...
ini pendapat sy petik daripada: Richard Templar dlm bukunya 'The Rules of Love'...

sEindAh mAwAr bErdUri_bidAdAri syUrgA_ said...

bunga tanjung ni adakah yani?? yup,,betul 2..ftrah manusia dik...ingn menyayangi dn dsyngi..ftrahnya..mmg lelaki akn trtarik pd perempuan..perempuan tertarik pd lelaki..terserah pd kita..bagaimana mahu handle nya...waallahualam..

Heryani Shariff said...

yer...bunga tanjung adalah sy...sempena nama tmpat klahiran yg tercinta, felda tanjung...huhaaa

Heryani Shariff said...

cubaan...1,2,3...dapat x emel??