Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AhLaN wAsAhLan....sELamAt dAtAng kE prOfiLE aNa bAkAL jEnAzAh~

~jAgA diRi..jAgA imAn..jAgA hAti..jAgA kEsElurAhannya..^__^~


salam seindah seharum kasturi

moga ukhwah kita harum mekar mewangi hingga ke syurga
dielahmujahidah90. Powered by Blogger.



~Titipan Buat Wanita~



"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.

Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.

Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

- Artikel iluvislam.com


~Kisah Strawbery~


Assalamualaikum...
ku selitkan sebuah kisah dari cerita yang baru sahaja saya dan sahabat habis menontonnya.. ada satu part dialog mereka yang begitu menarik perhatian kami. sama2 lah kita hayatinya. mungkin ada yang sudah menonton cerita ini, dan mungkin ada yang belum.. apa2 pun, for me, sharing is loving.. >__<.. tidak perlu untuk daku menyebut tajuk ceritanya, yang sudah tahu, diam2 saja ya..hehee.. mungkin ada sedikit olahan cerita dr sy, supaya lebih menampakkan kesannya..wallahualam..hayatilah...

Lokasi : di ladang strawbery.. kelihatan sorang gadis sedang memperhatikan gelagat seorang jejaka yang sedang leka memetik buah strawberi di ladangnya. sambil si gadis menjamah buah strawberi yang fresh dan sedap itu, si jejaka melontarkan ilmu buat si gadis manis tersebut....

Adam : Hawa, kalau hawa nak tahu, menjaga tanaman ini seperti kita menjaga anak kecil. Kita berikan ia dengan didikan agama yang baik, mencukupi, maka di akhirnya, jadi baiklah akhlaknya. Sama juga lah dengan buah strawberi ini. Kalau buah strawbery ini kita jaga dengan baik, dijaga penuh kasih sayang dan dibajai secukupnya, maka hasilnya akan sedap dan secukup rasa.

Hawa : Tapi bagaimana pula dengan kes andai buah strawbery ini berulat dan rosak? Adakah kita buang saja dan tidak mengendahkannya?

Adam : Hawa, tidak semestinya yang rosak dan berulat itu kita buang. Sebetulnya, kita amik lah yang elok. Bahagian yang elok. Tapi Hawa kena ingat ya, bahawa buah yang rosak tidak semestinya akarnya jua rosak. Akarnya masih tetap elok, dan dapat menghasilkan buah-buah yang baik. Sama juga seperti manusia.. Walaupun dia jahat, hatinya tetap boleh dipelihara, sebab segalanya bermula dari hati. Hati ini adalah Raja kepada tubuh dan menguasai akal fikiran. Dan hati ini ada dua martabat..
Pertama adalah hati sanubari yang berbangsa syaitan dan
Kedua adalah hati jamal yang berbangsa manusia....
Hati yang punya pada manusia adalah hati jamal, dan hati sebenar-benarnya adalah hati nurani yang dinamakan QALBI.. So, Hawa faham dengan apa yang Adam ingin sampaikan??

Hawa : Hanya mampu tersenyum.. Tersenyum penuh makna.. tersenyum penuh pengertian..insyaallah..

begitulah ceritanya.. nice mesej kan?? dapat apa yang saya cuba sampaikan dr cerita di atas?? moga2 kita semua sama2 beroleh manfaatnya.. Insyaallah.. akhir kalam, tepuk hati tnya iman. kita semua masih punya waktu untuk merubah kehidupan kita pada hari ini. Mulakan perubahan ke arah kebaikan.. dan setiasa lah bersangka baik pada Allah dan juga pada manusia.. wallahualam..

wasalam


~Khas Untukmu Ibu~







saat ini, hati begitu merinduimu. merindukan belaian kasih sayangmu. merindukan kata-kata nasihatmu. merindukan pelukan kasihmu. merindukan saat ibu memarahiku. merindui segala2nya mengenai dirimu. ibu, ketahuilah. ku sangat2 merinduimu. ku pohon ampun dan maaf andai selama ini ku xbisa menjadi anak yang solehah buatmu ibu. maafkan daku wahai ibu tercinta. andai diri ini tidak sempat mencurahkan bakti buatmu, ku pohon sejuta kemaafan buatmu ibu. ku mohon doa dr mu, agar kita masih dapat dipertemukan kelak. jika bukan di dunia, moga di akhirat kelak kita berjumpa. insyaallah..amin.. perdengarkanlah ibu, khas buat dirimu ibu...



Sejenak hatiku mula tersungkur,
Bila terkenang ibuku nun jauh,
Aku di rantauan penuh kerinduan,
Bersama harapan pulang ke pangkuan.

Biarpun anakmu jauh di mata.
Namun di hati tak pernah ku lupa,
Wajah manis ibu, tutur kata,
Menjadi penyubur semangat jiwaku.

Walau selaut kucurah baktiku,
Walau segunung kutabur jasaku,
Namun takkan dapat kubalas,
Pengorbananmu waktu kecilku.

Untukmu ibu salam sayangku,
Doa dan restu kupohon darimu,
Agar dimudahkan laluan hidupku,
Menempuh dugaan di medan ilmu.

Alangkah rindunya belai kasihmu,
Alangkah indahnya mutiara katamu,
Ingin rasanya bertemu kembali,
Kenangan dahulu yang harum mewangi.

~Saya tak sihat~




Assalamualaikum..

em...xda nak bagi pe2 pengisian pn entry kali ni..haila...sangat2 xsihat sekarang ni..tunggu masa je ni..heee..rasanya sakit2 ni berjangkit ngan kakak sekuliah kot..heee..jangan marah ye kak zai.huhu..gurau jak..kifarah dosa..sejak duduk sabah ni..selalu betul demam..allah..teguran dr allah lah tu..setiap kali mak telefon, time tengah sakit tu, terpaksa lah cover cakap, nanti mak tahu, risau pula..tapi..nama pun ibu kan..naluri seorang ibu..dapat rasa jika anak2nya xsihat..haila..so..xdpt lah nak tipu..huhu..jap nanti da perjumpaan exco kerohanian..ada lah tu pengisian n kerja yang perlu di buat..habis bile??wallahualam..malam ni kena siapkan assignment..pastu kena study..dah xda masa dah..moga allah sihatkan daku kembali..nak pecah kepala rasa..ehehe..ok lah..got to go..bersiap sedia nak p meeting...

waalaikumussalam....

~Izinkan aku berehat sebentar~





izinkan aku berehat sebentar...
ya..izinkan aku berehat sebentar..
cuma seketika saja..sudah cukup buatku..
pergilah jauh segala2 masalah.....
pergilah jauh segala2 gangguan..
wahai Qalbi..
tenanglah dikau..
tenanglah dikau..
jangan kau cepat rapuh...
kuatlah dikau..
kuatkan semangat..
kuatkan diri...
kuatkan hati...
jaga diri..
jaga iman..
jaga hati..
jaga keseluruhannya..
seringkali aku memesan pada sahabat2..
namun..
rupa2nya hati aku yang xsihat...
berlubang sana sini...
tenanglah wahai Qalbi sayangku..
andai dikau mati..
rosaklah aku...
ini semua ujianmu Qalbi..
teruskan kuat bertahan melwan mehnah kehidupan..
dikau kena kuat..
supaya aku pn boleh kuat...
insyaallah..
kena byk2 muhasabah diri...
izinkan aku berehat sebentar...
sehingga berjumpa lagi..bila??di mana??
wallahualam...
hanya allah saja yang tahu semua itu..
Last but not the least..
moga kita semua sentiasa tergolong dlm mereka yang mendpt hidayahNya..amin..
salam seindah seharum kasturi,
dielah mujahidah

Ustaz Kazim Elias - Pilih Lelaki Yang Beragama (Video Terbaru).sudah berjumpakah kamu dilah??hahaa

~Aku Hanya Wanita Biasa~



Khas pesanan buat si Dia..Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..


Kepadamu yang akan memilihku kelak..


Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..


Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..


Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..


Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..


Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..


Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..


Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya.


Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..


Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu..


Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..


blogger widgets