Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AhLaN wAsAhLan....sELamAt dAtAng kE prOfiLE aNa bAkAL jEnAzAh~

~jAgA diRi..jAgA imAn..jAgA hAti..jAgA kEsElurAhannya..^__^~


salam seindah seharum kasturi

moga ukhwah kita harum mekar mewangi hingga ke syurga
dielahmujahidah90. Powered by Blogger.



bila hati berbicara...


Salam sayang untukmu sahabat....^_^..

Sekarang dah pukul 2pg kat sabah ni.hari sabtu.6november2010.stdyweek.cptnya masa berlalu.rasa ruginya if kita lalai dlm melaksanakn amanah kita..allah..em...rasa nk tdo,tp mata ni xnk lelap.nak stdy,otak dah tepu..so..tetba rasa cm nk coretkan sesuatu kat shbt2 tercinta..pagi ni..tenang je rasanya..serasa diri ini xlengkap je.terasa spt da satu perasaan yang menusuk kalbu..rindu??ya..sy rndu sgt..pada siapa?? Allah..pd siapa lg..kalu bkn pd shbt2 sy..shbt2 seperjuangan saya..pe kbr lah agaknya shbt2 kat sn ye?pe kbr iman dhati?pe kbr amaln2 harian,ibdh2 mu??pe kbr jihd ilmu mu??pe kbr madu’?pe khbr dkwh2 mu?dn apa kbr lah segala2nya..mg shbt2 sentiasa berada dlm limphn rhmatnya..sy xtw lah sama ada shbt2 da bc emel sy ni ke x..tp..xpela..izinkn sy smpekn rndu sy wat shbt2 sprjuagn sy..Saya sgt rindukan shbt2 sume yang telah pergi jauh dari saya untuk menuntut ilmu, mencari kehidupan dan masa depan yang terbaik untuk diri masing-masing..

Allah..Alangkah indahnya jika kita dapat sama-sama melangkah dan memimpin tangan satu antara satu sama lain sambil memasuki syurga Allah SWT. Akhirnya, saya temui juga faktor yang sangat kuat untuk hati ini menyeru kalimah Allah kepada kalian. Walaupun pahit yang ditelan apabila kata-kata tidak diterima, usaha tidak dihargai, pelajaran merosot dan pelbagai lagi dugaan yang Dia datangkan untuk menguji keimanan hambaNya yang lemah ini, saya kuatkan semangat untuk mengharunginya. Pengalaman berharga selama 2tahun di matrik, ku bawa ke sini bg menjadi panduan hidupku...

Mengorbankan prinsip sendiri yang takut untuk gagal, tidur selewat-lewatnya pukul 3pagi,homework kena buat sendiri, dan lain2 lg demi dakwah ni.. ini bukan 2k mengangkat diri,atwpn mngungkitkan segala yang telah dilakukan, tapi semuanya hnya ingin kalian semua rasai, yang sy buat semua ini adalah kerana saya sgt2 sygkn kalian!saya nk masuk syurga bersama kalian!ya!saya nak masuk syurga dgn kamu semua..itu impian saya...

Hidup ini singkat dan hanya senda gurau sahaja. Sedarlah kalian tentang kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak. Sekejap sahaja lagi kita akan ke sana. Allah..baru2 ni..saya didatangkan dgn berita kematian seorang sahabat saya..allah..megalir air mata ini.bkn tdk merelakn pemergiannya..biarpn diri ini tdk serapat mana dgn arwah,nmun, arwah tetap shbt sy..sy sygkn dia.walau dia hdr Cuma seketika dlm hidupku,tp diri ini tetap menyayanginya.Cuma..diri ini agak terkilan.mgkinkah arwah sempat bertaubat sebelum meninggal?allah..semoga allah tempatknnya d kalangn mereka2 yng beriman.amin. Mendengarkn kematian shbt2ku ini, benar-benar mengundang keinsafan pada diri ini. Tak lama lagi pasti saya juga akan mengekorinya, cuma tak pasti samada baikkah di akhirnya, atau sebaliknya. Mg sy dan anda jg mati dlm redha allah.

Perit..pahit..sakit...itu semua sy dah lalui..ya..xdpt dinafikan..berdakwah ni sgt2 sakit..payah..Kalau boleh, saya pinta kalian lapangkanlah dada untuk menerima dakwah ini. Marilah kita sama-sama mengejar redhaNya dalam kehidupan ini. Semoga dengan rahmatNya, kita boleh sama-sama memasuki syurgaNya pula…insyaAllah… shbt2ku...ketahuilah..hati ini sering menangis..sering sakit...tatkala diri ini melihatkn karenah2 anak2 remaja zaman sekarang..sahabat2...marilah kita sama2 berfikir..apa yang kita cari dalam kemewahan dunia yang sementara ini?ada apakah pada dunia palsu ini?jadikanlah dunia ini, sebagai alat untuk ke akhirat..hati ini sgt sakit..apabila..melihatkan..shbt2 terjerumus ke lembah maksiat..lebih mengejar nikmat dunia berbanding nikmat akhrt..hati ini sgt sakit..tatkala..sahabat2 sering bercerita tentang cinta manusia yang xpasti sejauh mana kesetiaannya..sudah dikau tahu bercinta itu sakit,perit..mngapa diri itu xserik2 2k disakiti?bkn cnta itu buta,nmun...org yng bercnta itu buta...waallahualam..shbt2ku..kejarlah cinta allah..nescaya..cinta allah yang xpernah mengecewakan kalian..nasihatku..berhentilah bercerita tentg cinta yng xpasti..tdkkah kalian bosan dgn cinta itu?tdkkah kalian sesak ngn cinta itu?berubahlah shabat2ku..aku penat bermain itu sume..kdg2..diri ini mahu menjerit sekuat2nya..bosan sama cinta manusia!!!heeee..hehee...masalah yang sering diadukan pada saya biasanya masalah hati..masalah cinta..kdg2 diri ini rasa muak dgn masalah itu,nmun..demi sahabat2 yng tersyg..xnk diri kalian terpesong jauh..ku gagahi jua menolong shbt2 mana yang perlu...

Sahabat..

Ketahuilah,Langkah kaki ini juga pernah terpesong sebelum ini. Pernah juga tersilap jalan. Saya juga masih berusaha untuk berjalan lurus. God gives us no power to change the past, but He gives us options on how we destined our future. Yang berlalu biarkan berlalu, kita coraklah hidup kita yang mendatang dengan lebih baik. Sejarah buruk itu bukanlah untuk diulang, tapi untuk dielak daripada berulang. Sesungguhnya allah tidak melihat sejauh mana hasilnya,tp pe yang allah lebih lihat ialah,sejauh mana usaha kita..waallahulam..

Rasa terbeban dengan dosa itu memang perlu, untuk kita sentiasa merasakan diri ini lemah dihadapanNya. Tapi janganlah kita membiarkan rasa itu meghalang kita untuk beramal di jalan dakwah ini. Kerana sesungguhnya mengenangkan dosa yang banyak terbeban itulah, saya memilih jalan ini. Jalan untuk saya memperbanyak amal, jalan untuk saya menebus kembali kesalahan-kesalahan lampau, jalan untuk saya mencari redha dan cintaNya. Saya juga seperti kamu, malah mungkin lebih teruk daripada kamu. Biarlah segala yang telah berlalu menjadi rahsia antara saya dengan Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya. Tapi, itulah kekuatan untuk saya memperbanyak amal kini, sebelum dijemput untuk bertemuNya. Antara suka atau tidak..antara benci atau tidak..kita semua perlu berubah..yang teruk kepada yang baik..yang baik kepada yng lbh baik....insyaallah..

Alhamdulillah..walau ke mana sy pergi,saya dikurniakn insan2 yang baik,yang sentiasa memperingatkan saya tentang pahala,tentg dosa..dn sntiasa menegur saya tnpa jemu..alhamdulillah..sikit pn saya xbrkecil hati dgn setiap teguran mereka..kerana..saya tahu..sesungghnya..itu adlah teguran dar allah,tp dismpaikn melalui shbt2 sy yng tercnta..terima kasih shbt2ku..kerana diri kalian xjemu2 menashtiku..sentiasa berada disisiku..walau dlm suka atpn duka.sesngghny..sy bersyukur krana sntiasa berada dlm pelihraan allah..teringat sy pd kata2 shabatku,coursemate ku,kak zai..katanya..aku sgt2 bertuah kerana, xkira aku pergi ke mana saja,pasti allah akn hadirkan insan2 2k brsma2 berjuang dgnku..alhmdulillah..

Sahabat..

Diri ini ingin memohon maaf pd kalian, Mungkin banyak hati-hati yang telah saya lukakan apabila kesibukan itu memenatkan saya, memuramkan wajah saya, menghilangkan masa saya untuk bersama kamu. Tanpa saya sedari..mgkin saya ada menyakiti hati sahabat2. Maafkanlah saya. Andai diriku ini..apalah kiranya.. Sedaya upaya, saya ingin tunaikan hak kamu sebagai sahabat saya, tapi jika itupun tak mampu saya tunaikan, hanya doa saya mengiringi kamu semua sentiasa..sentiasa..sentiasa... Sebab tu saya nak bersama-sama kamu di syurga. Agar kita dapat habiskan masa lebih lama untuk berborak, berbual mesra, bergurau senda... Semoga di sana nanti, kita dapat saling menzirahi rumah masing-masing di syurga-syurga yang berbeza. Moga di sana nanti, kita dapat bermandi-manda di sungai-sungai yang indah. Moga di sana nanti kita dipertemukan dengan insan agung, Nabi Muhammad SAW.

Tegakkanlah Islam dalam dirimu, barulah Islam akan tertegak dibumimu. Marilah kita sama-sama betulkan langkah kita. Marilah bersama-sama kenali diri kita. Marilah bersama-sama kenali pencipta kita. Semoga syurga itu menjadi tempat untuk kita reunion kembali suatu masa nanti. Tempat untuk kita mengenang saat-saat indah suka dan duka kita di skj12,smkj12,smkjp,matrikulasi Pahang,kmph,UMS dan lain-lain.

Sahabat,

Kadang-kadang langkah kaki saya juga bengkok. Kadang-kadang,diri ini juga lemah. Terpesong dari tujuan yang asal. Saya harap pd ketika itu, kalian dapat menarik saya kembali ke jalan yang lurus ini. Bimbing saya bersama2 kalian..pimpinlah saya 2k masuk syurga bersama2 kalian,..ada masanya.diri ini terleka.. Saat itu,, berilah peringatan kepada saya. Saya harap sgt saat itu nanti, kalian dapat memandang saya dengan penuh kasih-sayang. Dengan penuh rasa berharap untuk melangkah ke syurga bersama-sama saya. Ku pohon, Tolong jangan tinggalkan saya terumbang-ambing saat itu. Tolong jgn biarkan sy keseorangan.tolong betulkan saya.tolong pimpin saya..saya mahu bersama2 kalian masuk syurga...

Sahabat,

Pandanglah mereka disekelilingmu dengan pandangan kasih-sayang. Kasih seorang manusia terhadap manusia lain. Janganlah dipandang hina mereka atas perbuatan buruk mereka, kerana mungkin mereka tidak mengetahuinya. Kitalah yang tahu bertanggungjawab untuk menyampaikan suruhan Allah SWT kepada mereka. Bertanggungjawab untuk menyampaikan kata-kata rasulullah SAW kepada mereka. Sebab, kita pun nak masuk syurga dengan mereka. Bersungguh-sungguhlah dalam dakwahmu, dakwah yang akan menyelamatkan kita dan mereka dari azab Allah SWT yang tersangat dahsyat.

Sahabat,

Bersyukurlah apabila ada yang menegur perbuatan buruk kita. Kerana masih ada yang sayang pada kita..Janganlah bersangka buruk terhadap mereka kerana sesungguhnya, mereka hanya inginkan yang terbaik buat kita di kehidupan kekal abadi kelak. Andai diri kita boleh memberi nasihat pada orang lain, maka kita jua perlu menerima nasihat orang lain degan hati yang terbuka. Sesungguhnya, merekalah sahabt2 sejati,yang xjemu,yang akan memimpin tangan kita untuk ke syurga bersama-sama nanti. Berterima kasihlah kepada mereka.syukran kasiran ya fillah..

Sahabat,

I want to go to paradise with you...

I want to go to paradise with you.....

I want to go to paradise with you.....

I want to go to paradise with you......

Ayuh sahabat2ku..ayuh...kita bangkit!!kita berjuang bersama2..ku hulurkan tanganku..sambutlah huluran tanganku wahai sahabat2ku.. sesungguhnya..kalian tidak berseorangan...kalian ada saya!saya ada kalian..dan yang penting,kita ada allah!!ayuh!kita amalkan ajaran Islam yang sebenarnya...kita taati allah dn rasulnya..ayuh..kita perbaiki n perbanyakkan amal kita..sementara waktu masih ada..ayuh..kita jdi kekuatan antara satu sama lain 2k terus thabat di jalanNya!!ayuh!!KITA SATU HATI BERJUANG!BANGKITLAH WAHAI UMMAH..BANGKITLAH PARA MUJAHID N MUJAHIDAH!!TAKBIR!1ALLAHUAKBAR!!.

Akhir kalam.....ketahuilah sahabatku..diri ini sentiasa merindui....menyayangi diri kalian..walau jauh dimata..nmun dekat dihati...mg ukhwah kita semua...disuburkan dengan iman...saya sayang korang semua..buat sahabat2ku yang telah pergi dulu sebelum ku..ku doakan moga roh sahabat2 di tempatkan di kalangan org2 yang beriman...dan buat sahabat2ku yang bakal melayarkan bahtera di jalan yng dredhai oleh allah,ku doakan shbt2 bhgia shngga ke akhr hayat..mg bahtera shbt2 di litupi dgn iman,binalah keluarga islam..mg mndpt redha allah dan sentiasa dlm pelihraannya..buat sahabat2 yang belum berjumpa jodh lg,jgn khuatir shbt,kerna allah telah tetapkn jodoh yang terbaik 2k mu..wat masa ni..tumpukan pada yang aula...fokus on study..jihad ilmu allah..dunia n akhirat.yeahlgpn..kita muda lg kot??bu umur 20thn..hehe..pe2 pn..sy sgt2 sygkn shbt2 semua..

Salam seindah seharum kasturi...

Dielah mujahidah

University Malaysia Sabah..

Anak perantau..

Musafir illahi..^-^...


4 comments:

Heryani Lee said...

adakah hamba salah sorg sahabat tuan putri yg tuan putri sebut2kan tu???ataupun cuma musafir di pggiran saje?or hmba ni x ckup umur tuk brgnding sama dgn sahabat2 tuan putri yg lain???

sEindAh mAwAr bErdUri said...

heee...tuan hamba bukan sekadar musafir yang di pinggiran saja,tapi mereka yang allah hadirkan dlm kehidupan ku..untuk sama2 berjuang2..sama2 mencorakkan jalan kehidupan ni di atas jalan yang benar..terima kasih kerana hdir dlm hidup kak dilah..terima kasih kerana xjemu2 memberi nasihat..berkongsi ilmu...^_^..terlalu banyak kasih yang perlu ku ungkapkn..kalau tulis sume ni mmg xcukup r..hehhee...pe2 pn..terima ksh 2k sumenya..^_^...sayang yani....^_^

Qudwah Nazifa said...

salam,,u already 21 dear...he

sEindAh mAwAr bErdUri said...

salam..aah syu..dah tua dah aku..nak kena kawin doh ni..huhuu

blogger widgets