Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AhLaN wAsAhLan....sELamAt dAtAng kE prOfiLE aNa bAkAL jEnAzAh~

~jAgA diRi..jAgA imAn..jAgA hAti..jAgA kEsElurAhannya..^__^~


salam seindah seharum kasturi

moga ukhwah kita harum mekar mewangi hingga ke syurga
dielahmujahidah90. Powered by Blogger.



~Rindu Padamu~



Pernah tak kita merindui seseorang dan berasa terlalu rindu?



Kita dengar tentang dia dari sahabat2 kita, sedangkan kita tak pernah pun jumpa dia, ataupun berborak dengan dia..



Apa yang kita tahu, dia wujud.. wujud dalam kehormatan dan keunggulan..



kita nak sangat berjumpa dgn dia, tetapi kita tak dapat.. kita nak sangat buktikan cinta pd dia..tapi kita tak sempat…



Kita nak sangat ucapkan kata rindu pd dia, tapi kita tak larat..



Kita nak setia dengan dia, tetapi kita selalu buat sesuatu yang tidak disukainya.. kerana kadangkalanya, kita mengenali dia, tapi belum tentu dia mengenali kita.. Hati terluka, dia tiada untk membangunkan kita…



Mereka selalu menangis kerana cinta, tak semestinya cinta mereka ditolak, adakalanya, diri mereka terikat dengan cinta, hingga tak tahu mana pangkalnya dan mana jalan keluarnya andai saja hati di surung kerinduan…


Rindu.. sesuatu yg tak dapat digambarkan dgn kata2..



tetapi dapat dirasa di dlm hati.. setiap manusia yg mempunyai hati yg murni mempunyai perasaan ini.. hatta kekasih Allah juga mempunyai perasaan rindu..



teringatku satu kisah dimana Rasulullah saw pernah bersabda:


“Aku rindu pada ikhwanku.”Rasullullah memecah keheningan.



Suasana di majlis pertemuan itu hening sej...enak.


Semua yang hadir diam m...em...batu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.



Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian. Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna.



“Apakah maksudmu berkata demikian Ya Rasululllah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? ” Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.



“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku .” sahut Rasulullah bernada rendah.



“Kami juga saudaramu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.



Kemudian baginda berkata: “Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.”


Rasulullah telah mengungkapkan kerinduannya pada ummatnya.. Namun, Ya Allah, layakkah aku merinduimu kekasihMu, Rasulullah….???


Aku menanti hikmahnya kesabaran, dan hikmahnya kepercayaan..insyaAllah.. tunjukkan aku jalan Mu…


*Ayuh.. perbanyakkan kita merindui yang BERHAK dari merindui 'mereka' yang boleh melalaikan kita.... ayuh! perbanyak selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan kita, Muhammad s.a.w.....

~Tak Couple Maka Tak Kenal??~



Assalamu'alaikum.

Ada orang bangkitkan.

"Kalau tak couple, macam mana nak kenal hati budi orang itu? Macam mana nak tahu dia baik ke tak? Macam mana nak pastikan dia sesuai dengan kita atau tidak?"

Kemudian katanya,

"Kalau bercinta itu hanya selepas kahwin, macam mana kalau lepas kahwin tup-tup tak jadi cintanya. Macam mana?"

Pertamanya, saya suka nak sebut.

Saya tak ajar kata tak ada bercinta sebelum kahwin. Saya kata ada. Tetapi tidaklah bercinta versi hollywood atau versi melayu, atau versi korea atau versi jepun yang kita sering lihat di kaca TV atau realiti kehidupan. Bercinta versi Islam. Sebelum kahwin pun ada.

Rujuk lebih lanjut berkenaan hal itu di sini ----> Hilal Asyraf

Tak couple maka tak kenal?

Baiklah. Kita masuk ke dalam bab asal. Kalau tak couple, macam mana mahu kenal?

Sebenarnya, Islam ini tidaklah se'rigid' yang disangka. Islam meraikan fitrah manusia. Macam saya kata, Islam tak haramkan seks. Tetapi Islam mendidik kita untuk meletakkan seks pada tempatnya(yakni selepas perkahwinan), agar nasab(salasilah keturunan) manusia terjaga, dan tidak pula manusia dijangkiti penyakit merbahaya.

Begitulah dalam hubungan lelaki dan perempuan. Islam tidak haramkan langsung. Tetapi Islam mendidik kita untuk meletakkannya pada tempat sepatutnya. Dan couple, bergaul tanpa batas, bukanlah apa yang Islam didik dalam hubungan lelaki perempuan.

Kalau kita perhatikan secara jelas, satu-satu organisasi Islam itu, digerakkan oleh lelaki dan wanita. Bersama-sama. Mereka berhubungan. Tetapi dalam batas yang ditetapkan. Tidak pula berlebih-lebihan, dan jauh sekali melanggar hukum syara'.

Dalam isu rumah tangga, membina rumah tangga bukan perkara yang kecil. Mustahil di dalam Islam, benda sebegitu besar, disuruh membinanya dalam keadaan gelap. Islam yang indah ini, pastinya mendidik ummatnya agar membina sesuatu yang besar seperti rumah tangga ini, dalam keadaan jelas, keadaan faham, dan berhati-hati.

Maka di antara step dalam membina rumah tangga di dalam Islam adalah ta'aruf, yakni berkenalan.

Tetapi, indahnya Islam ini, tiadalah perkenalan itu dilakukan semberono sahaja. Tetapi berjalan dalam keadaan terjaga, bersih, dan menyenangkan. Tidak pula membawa kepada maksiat, dan tidak pula memberikan keburukan.

Tak couple maka tak kenal?

Itu pada saya hanya satu ketakutan kita, dalam meninggalkan sesuatu yang kita nampak 'biasa'.

Kita biasa nampak orang kalau nak kenal, dia couple dulu. So, bila kita diajak meninggalkan 'kebiasaan' itu, kita risau.

Saya memahami kerisauan itu. Tetapi jalan yang kita mahu ambil sekarang adalah jalan yang Allah SWT sarankan.

Tidakkah kita membaca firman Allah SWT:

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." Surah An-Nur ayat 30-31.

Kalau benar suka, bergeraklah.

Kalau benar suka, jatuh cinta kepada seseorang, selain saya tidak menafikan keperluan kita melakukan Istikharah, berdoa kepada Allah SWT, kita juga perlu bergerak berusaha.

Tetapi apakah berusaha ini dengan mengorat? Tidak.

Bagaimana kita boleh hendak beribadah(rumah tangga adalah ibadah) sekiranya kita memulakannya dengan maksiat kepada Allah SWT?

Tetapi apakah ketaatan kepada Allah itu akan merencatkan usaha kita untuk membina rumah tangga ini? Sama sekali tidak.

Kalau sudah suka, maka pertama sekali buatlah background checking. Saya amat tekankan perkara ini. Anda kenal dengan siapa yang rapat dengan orang yang anda suka itu? Tanyakan.

Saya sendiri, bila jatuh hati dengan perempuan yang saya suka, saya pergi bertanya kepada yang rapat-rapat dengannya. Senior-senior, ustaz-ustazah, keluarga, untuk tahu berkenaan dirinya. Saya hingga pergi berziarah ke rumah perempuan yang saya suka. Berkenalan dengan ibu bapanya. Tinggal masa itu saya tidak nyatakan hasrat saya. Sebab saya sekadar nak tengok, perempuan yang saya suka ini, keluarganya bagaimana. Rumahnya bagaimana.

Kita perlu ingat, kita perlu dipandu keimanan di dalam hal ini, bukan dipandu rasa. Sebab itu, background checking adalah perlu. Kita bukan ikut rasa suka kita semata-mata. Suka, terus nak kahwin. Jangan demikian. Buat background check dulu.

Kata nak berkenalan kan? ^^

Ustaz Dahlan bin Mohd Zain ada ajar saya bahawa, bila benar-benar hendak berkahwin ini, mengintai tingkah laku orang yang kita berkenan itu pun dibenarkan. Sebab, kita nak kahwin dengan orang yang betul-betul menyenangkan kita. Jadi, adalah dibolehkan untuk kita mengintai mereka. Tetapi bukanlah mengintai hingga ke privacy mereka. Dan dengan syarat, benar-benar untuk berkahwin. Bukan berniat jahat, bermain-main dan sebagainya.

Jadi, jelas. Background check. Itu level pertama 'berkenalan' dalam hal nak betul-betul nak berumah tangga ini.

Kemudian, bila sudah berpuas hati, rasa dia ok dengan kita, maka buatlah move yang kedua.

Iaitu hantar wakil untuk menyatakan perasaan kita kepadanya.

Tetapi pun, hal ini, lihatlah kondisi diri.

Kalau diri tu masih sekolah, kalau diri itu masih tidak mampu sara hatta diri sendiri, ibadah masih tunggang langgang, fikir-fikirlah panjang-panjang.

Saya, secara peribadi tak ada masalah dalam bab umur, or bab tak ada duit. Asalkan, saya ulang, asalkan, kita lakukan dulu perbincangan dengan kedua-dua ibu bapa kita, penjaga kita. Yang ada ustaz ustazah yang kamcing dengan kita tu, bawak-bawaklah ustaz ustazah itu juga masuk dalam perbincangan ini. Tanya pendapat. Kalau semua rasa kita sesuai teruskan perkara ini, teruskan.

Baik, masuk bab hantar wakil itu semula. Yang lelaki hantarkan wakil, mak ayah, penjaga dan sebagainya. Saya tak galakkan hantar wakil dari kalangan rakan-rakan. Kerana, siapa tahu sejauh mana rakan-rakan anda itu 'jauh lebih matang daripada anda'. Wakil ini, bukan taraf posmen karat. Wakil ini, perlulah dari kalangan orang yang anda boleh percaya dia, yang dia itu boleh tarik anda, perbetulkan anda kalau anda salah. Jadi, saya prefer ibu bapa, penjaga, mas'ul atau mas'ulah, dan yang setaraf dengannya.

Yang perempuan pun sama. Selepas buat background check, hantarlah wakil.Kenapa penting hantar wakil ni? Kenapa tak boleh main pendam sahaja sampailah tiba-tiba jejaka/puteri idaman hati itu tiba-tiba datang kepada kita?Saya sudah jelaskan dalam note yang lepas.

Kalau tak bagitahu, tak make the move, akan ada dua situasi.

situasi 1 --> Pendam lama-lama, tup-tup dia tak suka kita pun. Frust sahaja bertahun-tahun bazir waktu. Sedangkan, kalau kita tahu, kita boleh sahaja mula cari yang lain pula.

situasi 2 --> Pendam lama-lama, tup-tup rupanya dia suka kat kita. Tinggal kita lambat buat move, dia kahwin dengan orang lain.

Jangan cakap kat saya fasal "dah tak ada jodoh, nak buat macam mana"

Di sini, walaupun kelihatan anda seperti redha dengan takdir, sebenarnya anda lebih kepada menyalahkan Allah SWT.

Sebab sebenarnya, yang salahnya adalah anda. Setiap musibah yang menimpa kita, hakikatnya adalah perbuatan tangan kita sendiri.

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” Surah Asy-Syuura ayat 30.

Kemudian, apabila diterima, kita biasanya akan masuk ke alam pertunangan.

Di alam pertunangan inilah sebenarnya kita memanjangkan lagi ta'aruf.

Janganlah sampai tidak berhubung langsung. Kononnya hendak menjaga syara'. Hendak menjaga diri dari zina hati kononnya. Berhubunglah. Tetapi dengan batas. Pastikan penjaga tahu, ibu bapa tahu bila kita berhubung. Dan sebenarnya, perbanyakkanlah berhubung dengan penjaganya, berbanding berhubung dengan tunang kita. Eratkanlah hubungan kekeluargaan, perdalamkanlah ta'aruf dengan banyak bertanya kepada kedua ibu bapanya. BEerta'aruf dengan pasangan sepanjang pertunangan juga penting, tetapi berpada-padalah. Nasihat saya, banyakkan berhubung dengan ibu bapanya, dengan ahli keluarganya yang lain.

Dan kalau perlu berbincang sesuatu perkara, berbincanglah pakai telefon. Tiada salahnya. Janganlah kerana terlalu nak menjaga, berbincang hanya di atas email dan sms sahaja. Tulisan ini, orang boleh interprestasi 1001 macam interprestasi. Maka situasi perbincangan, berjumpalah(dengan ibu bapa ada sekali) atau pakailah telefon, skype ke, bukannya salah. Nak bina rumah tangga. Kenalah serius. Betul-betul.

Ketika bertunang ini, dibenarkan pergi makan bersama. Tetapi bawalah keluarga. Bukanlah lebih indah dan lebih terjaga?Bukan tidak dibenarkan keluar bersama. Tetapi bawalah keluarga. Bukankah itu lebih cantik dan terjaga?

Saya jujurnya, saya keluar makan dengan tunang saya juga. Saya keluar shopping dengan dia.Tetapi dengan keluarga kami. Kami ditemani kedua-dua ibu bapa kami.

Saya beri hadiah kepada dia. Dia beri hadiah kepada saya. Bahkan kami berbincang lagi dengan kedua-dua ibu bapa kami, hendak bagi hadiah apa.

Saya sering sahaja berziarah ke rumahnya semasa saya pulang ke Malaysia. Bersembang dengan kedua-dua ibu bapanya. Bersilaturrahim dengan abang-adiknya.

Tidak perlu pun saya bercouple berdua-duaan dengannya untuk mengenalinya.

Tetapi saya amat yakin saya mengenali tunang saya. Semestinya bukan 100%, tetapi cukup untuk saya kata, dia adalah yang terbaik saya mampu cari setakat ini untuk diri saya. Cukup untuk menyenangkan hati saya, bahawa bakal isteri saya nanti adalah yang sesuai dengan saya.Banyak lagi kalau hendak diceritakan antara saya dengan tunang saya.

Tetapi indah rasanya kalau cerita itu semua selepas kami berkahwin nanti insyaAllah.

Kena minta izin dia dulu. ^^

Nah.Siapa kata kalau tak couple maka tak kenal?

Tidak perlu couple pun. Tidak perlu merendahkan maruah kita pun. Tidak perlu berhubung bebas pun.

Kenal tetap dapat kenal.

Bahkan, dapat menjaga kehormatan diri, bersih, jauh dari maksiat dan sebagainya.

Penutup: Sesiapa yang faham keluasan Islam, maka dia akan senang dengannya.

Ramai yang tidak mengetahui keluasan Islam.

Ramai agamawan, hanya tahu memberitahu batasan itu dan ini, itu dan ini. Hingga kadangkala mengharamkan yang halal. Kononnya untuk menjaga. Perkara ini banyak menimbulkan kekacauan sebenarnya. Pada saya, kalau hendak menjaga ketat-ketat sangat, sampai jumpa pun tidak, sampai bincang pun tidak, tak patutlah sebenarnya.

Yang Islam bagi tu, bagilah. Kenapa mesti hendak tak bagi.

Bila cerita apa yang Islam tak bagi, patut tunjukkan apa yang Islam bagi.kena faham bukansemua orang faham Islam macam orang agama faham.

Jadi, kepada yang masih tidak memahami perkara ini(cinta, bina rumah tangga cara Islam n so on), perhatikanlah artikel saya ini.

Mana kurangnya? Bahkan banyak lebihnya.

Anda jauh dari maksiat. Anda jauh dari kerosakan maruah.

Anda berada dalam rahmat Allah.

Kenal dapat kenal. Kahwin dapat kahwin. Bahagia insyaAllah bahagia.

Maka di mana downsidenya?

Memanglah mungkin kelihatan tidak seromantis mereka-mereka yang keluar-keluar berdua-dua(atau secara berkumpulan) itu. Tetapi yakinlah, sebentar sahaja benda ini. Selepas kahwin, nah, pergilah ke tepi pantai, pergilah ke shopping complex, nak share satu cawan satu straw, nak share satu pinggan satu sudu satu garfu, semua boleh. Jangan risau. ^^

Lagipun, anda perhatikanlah.

Kalau benar cinta, mestilah hendak ke syurga Allah SWT.

Jadi, apa kes kita buat benda yang tak syar'ie atas nama cinta?

Itukan membawa ke neraka? Maka bagaimana itu boleh dinamakan cinta?

So, siapa kata tak couple maka tak kenal?

Sumber :: Hilal Asyraf

Forum Cafe Cinta - Bersama Fatimah Syarha (UMS)





~ :: FORUM CAFE CINTA :: ~


~ :: BERSAMA PANELIS YANG TERDIRI DARIPADA PENULIS TERKENAL, SAUDARI FATIMAH SYARHA :: ~

Bertempat di Universiti Malaysia Sabah pada 22 October 2011..

Ayuh.. sama2 kita dengar.. amik ibrah.. kutip mutiara ilmu ini.. Amal dengan Ilmu...

~:: Mungkinkah ini TINTA terakhir DAriku? ::~



~ :: Mungkinkah ini tinta terakhir dariku? Dan Mungkinkah ini juga tinta terakhir dari kalian? Allah.. Sejak akhir2 ini, sentiasa di'sajikan' dengan berita pemergian sahabat2 tercinta.. pemergian pemimpin2 yang hebat dan sebagainya... Teguran dari Allah.. Teguran Dari Allah.... Sayu hati ini, mengenangkan makin hari makin kematian itu dekat menghampiri kita.. cuak.. kecut....terasa bergetar jugak hati ni bila mana ada antara mujahid2 Islam telah meninggalkan kita.. tinggal kita dan yg lain utk terus berjuang.. kalau diri kita sendiri lemah.. takde sape yg boleh tlg.. coz utk memenangkan Islam di tanah air kita bukan dgn mengharapkan kelemahan dari pihak musuh tetapi perlu perbaiki kelemahan dari diri kita sendiri... MATi Itu Pasti.. Tersentap hati bila teringatkan kata2 seorang sahabat tercinta..

"org2 alim rindukan kematian,..org2 mcm kita ni takutkan kematian...jauh berbeza....."

Ya Allah... di manakah tahap kita sekarang ni? Jujur akui, diri ini masih di level yang terbawah sekali... T_T ..... baru kena pisau sikit, nak menjerit bagai kena histeria... baru kena gigit dengan kerengga ciput tu pun dah berair air mata.. Apakah? layakkah diri mu bergelar si mujahidah? Layakkah dirimu bergelar si mujahid setia? sedangkan bru di 'sajikan' dgn ujian yang sgt2 kecil, dah cepat melatah.... malu rasanya jika nak dibandingkan dengan anak2 kecil di palestin sana.. sikit pun mereka xgentar walau diacukan senapang sekalipun.....

MASih jauh lagi perjalanan kita... masih jauh lagi..... pejuang2 di palestin sedang giat berjuang mempertahankan AGAMA kita.. TAPI KITA DI SINI????? SEDANG LIGAT, SEDANG GIAT, SEDANG BERTUNGKUS LUMUS MEMPERJUANGKAN CINTA KITA PADA MANUSIA!!!!!!!! Ya Allah,.. sedihnya!!!!!! SAMPAIKAN ADA YANG SANGGUP MEMBUNUH DIRI, MENGGADAIKAN MARUAH DEMI CINTA MANUSIA YANG TAK PASTI KE MANA HALA TUJUNYA......

sedihnya.. sedihnya... JIKA RASULULLAH masih hidup tika ini, TAK DAPAT KU BAYANGKAN BAGAIMANA SEDIHNYA HATI BAGINDA BILA MELIHAT KERUNTUHAN AKHLAK ANAK2 REMAJA ZAMAN INI.....

Teringat lagi kata2 dari sahabat tercinta ku...".saidina umar prnh brkata:"klu nak tgk kekuatan satu2 negara tu, lihatlah pada remajanya" so, ksimpulannya, negara kita sgt corrupted,dan sgt lemah sbb remajanya yg collapse daripada iman......"

Andai ini tinta terakhir kita...

Tinggalkanlah kata2 yang bisa menolong kita utk mendapatkan saham pahala di akhirat kelak..

deletelah semua gambar2 yang boleh mendatangkan saham dosa kita di akhirat kelak... terutamanya pada muslimah2 sekalian.. gambar2 dgn bukan mahram, mohon DELETE LAH! iya.. saya tahu.. KALIAN BERCINTA.. KALIAN COUPLE.. TAPI MATLAMAT TAK MENGHALALKAN CARA.. KALIAN TETAP TIDAK HALAL ANTARA SATU SAMA LAIN.. SAYA SAYANGKAN KALIAN, SEBAB ITU SAYA BAGITAHU SEMUA NI.. SEDIKIT PUN SAYA TAK CEMBURU, MALAH SAYA BAHAGIA MELIHAT SAHABAT2 SAYA BAHAGIA... saya tak kata saya PERFECT, saya tak kata saya BAIK.... malah saya sendiri berkasih sayang.. malah saya sendiri sedang dilanda bahagia.... tapi semua itu tidak menjadikan tiket untk kita sesuka hati mempamerkan di khalayak. cuba bayangkan, dlm sehari, berapa org akan melihat gambar2 kalian, dan bila di darab, tambah, square root dan sebagainya...... berapa dosa yang kalian akan dpt?? nauzubillah.. minta dijauhkan semuanya.. cukuplah sahabatku, biar ia menjadi rahsia antara kalian dan DIA...

Usah terlalu hanyut dibuai indahnya fatamorgana ini.... mArilah sahabat, sama2 kita bangkit dari celah2 dosa kehidupan ini... Tanya diri kita, tanya iman kita.. apa sebenarnya TUJUAN kita HIDUP? KE mana Hala Tuju kita sebenarnya..... Muhasabah diri sentiasa..

Andai benarlah ini TINTA TERAKHIR, mohon segala kemaafan atas segala kekurangan.. sesungguhnya, ambe hanya insan dhaif, yang tak terlepas dari melakukan khilaf. masih banyak lubangnya yang perlu ditutup... jaga keseluruhannya.. terima kasih atas segalanya.. Alhamdulillah.. syukur padaNya, atas nikmat Islam dan Iman yang dikurniakan kpd kita.. Setiap insan pasti akan merasai mati... samaada cepat atau lambat, itu rahsiaNya.. nantikan dengan ilmu di dada.. amal dengan ilmu.. aman dengan iman.. Maaf segalanya..

"harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama....."

~ :: Mati Itu Pasti :: ~


‎~ :: bergetar segala urat dalam.. bila terbaca status berita kematian mahasiswa kaherah mesir yang meninggal ketika bangun utk qiamullail.. Ya Allah.. Betapa kematian itu xmengira usia, xmengira tempat..... kalau sudah sampai ajalnya, xkan dilewatkan walau sesaat sekalipun. xkan dicepatkan juga walau sesaat sekalipun.. Allahu Rabbi.. mampukah husnul khatimah menjadi milikku? :: ~ ~ :: tetiba teringat.. tika solat sunat raya aidiladha bru2 ini.. sedang asyik dengar takbir raya.. penuh syahdu.. tiba2.. sahabat sebelah ku menangis..... :: ~

"kakak.. tiba2 org rasa takut.. takut sgt2.. entah bila kematian akan menghampiri kita.. mati itu pasti.. cuma org harap, sebelum org 'pergi' org sempat berbakti pada kedua ibu bapa orang.. sempat berbakti pd agama... Ya Allah.. takutnya bila fikirkan semua itu.....''

:: rasa terkedu saat itu.. rasa turut ingin mengalir air mata... ''mati itu pasti.. iya. mati itu pasti....'' ::

:: bersediakah aku utk menghadapi kematian yang bila2 masa saja akan 'menjemput' kita.. Ya Allah.. rasa kerdilnya diri ni.... ::

:: mengingatkan ku peristiwa dua hari lepas.. masa buat fieldwork di kg Liontin.. pergi buat liputan di sungai yang dipenuhi ikan besar2.. untuk buat feet massage.. baru di kepung ikan2 besar yang xda bisa tu dah menjerit2. akhirnya, mengalah,.. keluar dari sungai.. takut pd ikan2 tu.. Ya Allah.. ini kah orangnya konon ingin berkata mahu berjihad di jalan Allah.. perjuangkan agama Allah...? Tapi bila disajikan dgn ikan2 besar di depan mata, dah lari lintang pukang... masih banyak lemahnya dirimu ini dielah... masih banyak dilah.. masih banyak..................... ::

:: masih banyak yang perlu diri ini belajar.. permudahkan segalanya ya Allah......ameen ::

sentiasa mengharapkan yang terbaik buat semuanya.... amal dengan ilmu.. insyaAllah.. maaf segalanya... :: Al Fatihah buat Junjungan Nabi kita dan para sahabat serta buat semua umat Islam di dunia.... amin... ::

:: redhakan pemergianku... ::

~KCM dan Dia Takdirku kini berada di asianfanfics.com~


*Yeah! berjaya...weet2..ngee




Assalamualaikum..

Apa khabar semuanya? moga sentiasa bahagia hendaknya. Ameen.. saje je ni, 'TERLEBIH ADA KEJE' saya ni, so, malam tadi, cuba2 publish cerpen bersiri ''Ketika Cinta Memanggil" dan cerpen pendek "Dia Takdirku" di http://www.asianfanfics.com .

ni semua terpengaruh dengan sahabat tercinta saya, Dalila Hanim , iaitu penulis novel ''Apalah Daya Hati'' . So, saja nak cuba2 je.. akhirnya, terpublish juga.. walaupn saya sedar memang karya saya tak sebaik karya sahabat saya dan orang lain, tapi saja mahu cuba2, have fun gitu.. =) .. sentiasa mendoakan moga sahabat saya ni terus dapat sambung ceritanya dan dapat dibukukan.. amin..

menunggu penuh berharap.. rezeki itu akan datang pada sesiapa yang ada usaha utk mencarinya.. support karya anak muda muslimah ini.. teruskan bertinta ye sahabatku.. jangan cepat mudah putus asa.. All the best..

May Allah bless u always.. amin...

~Cover Baru Cerpen Ketika Cinta Memanggil~

~Pisahkanlah kami Ya Rahman, jika itu membuatkan Engkau lebih redha pada kehidupan kami..~


kerana aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirimu.....tabahkan hati wahai si pemilik hati mujahidah pemburu syahidah .. kak chik Dalila Hanim







“Ya Allah…

Engkau yang Maha tahu segalanya.

bila kehadiranku,

menganggu hatinya,

tidak membawa kebaikan padanya,

maka kau pisahkanlah kami biarpun kami terluka

bila aku tak layak dan bukan yang terbaik untuknya

maka kau jauhkanlah aku darinya

bila bukan aku yang tertulis untuk melengkapkan separuh dari agamanya,

maka jarakkan kami agar tidak timbul rasa yang mengundang kecewa

bila aku bukan yang terbaik,

bila aku bukan yang tercatat dalam takdir,

dan bila dia berhak kepada yang lebih baik,

maka jarakkan kami, pisahkan kami

jangan menangisi perpisahan,

kelak DIA akan gantikan,

dengan seseorang yang telah tercatat,

dengan seseorang yang terbaik untuk dunia dan akhirat kamu.”


Perpisahan adalah suatu perkara yang amat menakutkan. Namun, itu adalah satu ketetapan yang perlu kita rasai dan ianya menjadi rencah dalam kehidupan. Manusia yang bercinta terpisah kasihnya. Anak-anak kehilangan ibu dan ayah lalu menjadi yatim di usia yang kecil. Apabila semakin dewasa, kita terpaksa berjauhan dengan ibu bapa, zaman sekolah menengah yang terpaksa kita tinggalkan, kawan-kawan sewaktu zaman itu, ya, perpisahan. Perpisahan pada terlalu banyak benda.


Namun, perpisahan yang kita lalui merupakan satu titik mula pada satu kehidupan. Bukan satu pengakhiran. Bukan jua noktah kehidupan. Boleh jadi, kita berpisah dengan kedua ibu bapa kita untuk tempoh belajar ini ialah supaya kita menjadi lebih berdikari. If selama ini kita sentiasa hidup dengan bantuan mereka, sekarang kita perlu belajar hidup sendiri, mengurus hidup sendiri. Dan mungkin jua Allah ingin melatih kita hidup di atas kaki sendiri supaya apabila satu hari nanti apabila kedua orang tua kita diambil Ilahi, kita tidak cepat melatah untuk terus hidup. See? =)


Boleh jadi, apabila sekarang ini kita terputus kasih dengan seseorang, orang itu bukanlah orang yang terbaik untuk masa hadapan kita. Mungkin jua, Allah sedang mengatur seseorang yang lebih baik di masa hadapan, yang dapat membimbing kita di kemudian hari. Tak dapat macam dia, Allah akan bagi yang lain exactly like him/her atau pun yang jauh lebih baik dari dia. Dan mungkin jua, Allah ingin menyelamatkan kita dari gelumang maksiat yang kita sendiri tidak sedari. Apabila semakin lama dengan si dia, kita mungkin akan jadi kurang malu. Allah nak selamatkan kita. Pengetahuan Allah Maha Luas dan siapa kita untuk mempersoalkannya. =)


Maka, jika perpisahan itu adalah suatu permulaan yang baik, suatu titik mula yang ajaib untuk sebuah kehidupan lain, maka redhailah. Jika perpisahan itu merupakan satu solusi agar Allah kembali redha pada kehidupan kita, maka biarkanlah. Jika perpisahan itulah yang paling kita takuti dan geruni, maka sebenarnya kita silap. Seakan-akan kita tidak mahu memulakan sebuah kehidupan baru yang mana lebih baik. =)

Apabila kita menjadi insan terpilih untuk berpisah dari kasih-kasih manusia yang kita sayangi, ingatlah bahawa Allah itu benar-benar ingin memberikan satu ganjaran yang hebat untuk hamba-Nya. Dasari hikmah-Nya. Renungi kalimah-Nya. Dia memisahkan adalah tanda untuk menyambungkan. Menyambungkan apa jika ada yang terpisah? Berpisah pun perit. Kehilangan itu amat sakit. Dia memisahkan kita dengan kasih manusia untuk menyambungkan cinta kita dengan-Nya. Itu adalah cinta teragung. The greatest love that we gain. =') What we need most.

ALLAH tidak pernah memisahkan sesuatu dari hambaNYA kecuali DIA menggantinya dengan yang lebih baik. Dan ALLAH tidak pernah ingkar janji… lalu kenapa saya harus tidak percaya atas janji ALLAH?


p/s: Perpisahan itu tidak pernah membuatkan kita mati.Malah, mungkin kita akan mendapat sesuatu yang terbaik buat diri kita sendiri.

~Bersama Tuan Empunya Blog Membina Hati Bahagia~



Assalamualaikum...

dah lama tak mengindahkan taman bunga saya ni.. malam ni, terlebih rajin utk menaip buat tatapan diri khasnya, dan buat tatapan sahabat alam maya umumnya.. di kesempatan ni, molek rasanya saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat sahabat2 yang beragama Islam. Walau di mana anda berada, moga sama2 menghayati erti pengorbanan sebenarnya... insyaAllah..

ringkasan cerita saya hri ni ada lah mengenai ukhwah yang terjalin antara saya dengan pemilik laman sesawang yang indah iaitu 'Membina Hati Bahagia' (
. Blog ni sangat femes.. Mesti ada antara sahabat yang pernah atau selalu update dengan blog yang mantap ni kan? Alhamdulillah.. indah dan teraturnya jalan kehidupan yang Allah sediakan buat diri saya. di awal perkenalan kami, kami hanya berhubung2 melalui blog. komen2 menjadi pengikat hubungan kasih sayang kami. lama2, kami bertemu lagi di medium yang sgt terkenal zaman teknologi ini, iaitu Facebook. Dari situ, kami sentiasa up to date. walau bukan setiap hari, tapi ada juga cerita yang akan kami kongsikan. melihatkan blognya, yang saya selesa samarkan namanya sebagai Jiha, membuatkan hati, dari sehari ke sehari, makin kagum dengan peribadi yang dimiliki olehnya. tidak melampau andai saya katakan, saya punya mimpi untuk berjumpa dengannya, utk terus menjalankan ukhwah kami di alam realiti.

sungguh, benarlah, Allah itu maha mengetahui apa yang tersirat di hati setiap hambaNya. Lantas, suatu hari, saya mendapat satu mesej daripada pemilik blog Membina hati Bahagia ini dengan mengatakan bahawa dia dapat sambung belajar di University saya.. Alhamdulillah.. Gembiranya hati tak terkira. Hanya Allah yang mengetahui apa yang saya rasa tika itu. Lalu, saat indah itu pun muncul.. Akhirnya, dari alam maya ukhwah kami terbentuk, lantas, kami menyambung tautan hati kami di alam realiti.

Teringat saya ketika mula2 kami bertemu mata. Tanggal 15 October 2011, jam 12.30 tengahari, di library. Tika tu, kami baru lepas menghadiri kuliah KOKUM.. Saya menunggu adik saya (Jiha, yang saya sudah anggap seperti adik saya sendiri), dengan penuh debaran. manakan tidak, tidak tahu rupanya bagaimana. tidak pernah pulak kami bertukar2 gambar. menanti, menanti.. dan terus menanti.. akhirnya.. muncul seorang gadis manis di lobi perpustakaan yang kelihatan seolah2 mencari seseorang. lalu, saya memberanikan diri, menghadiahkan senyuman buat dirinya. Entah kenapa, dia seakan2 mengerti bahawa sayalah insan yang di cari nya.. dia mendekati saya, dan terus dia bertanya..

"Ini ke kak dilah??" ... tersenyum saya ketika itu lantas menganggukkan kepala tanda mengiakan pertanyaannya.. dengan pantas, dia memeluk saya, seolah2 tidak mahu melepaskan saya.. Ya Allah.. indahnya ukhwah bila Allah menjadi matlamat kami. terasa kemanisan ukhwah tersebut. walau xpernah bertatap mata sebelum ni, tapi itu tidak menghalang kami dari terus berukhwah hingga ke syurga.. InsyaAllah..

kami hanya sempat berbual seketika cuma memandangkan masing2 mempunyai komitmen lain yang menuntut perlu diselesaikan segera. tapi pertemuan kami tidak hanya berakhir di situ sahaja. Forum Kafe Cinta Bersama Novelis Terkenal, Fatimah Syarha, pd 22 October 2011, lagi menyaksikan kasih sayang yang kami jalinkan. Saat itu, kami sempat berborak lama, dan sempat juga saya menjalinkan ukhwah dgn sahabat yang lain. indahnya ukhwah itu.. sangat meresap ke jiwa.. bersama adik2 dan sahabat2 sefikrah, membuatkan hati ini sungguh bahagia.. sempat juga kami melakar kenangan, mengambil foto bersama.. akan ku simpan kukuh memori kita bersama..

adikku Jiha,
Kak dilah gembira dan bahagia kerana Allah telah pertemukan kak dilah dgn insan hebat seperti Jiha. dOa kak dilah, moga ukhwah kita mekar indah mewangi hingga ke syurga.. amin.. uhibbuki fillah, daiman fi qalbi.. insyaAllah..

sekian dulu dari saya,
salam seindah seharum kasturi,
dielah mujahidah..
2.00am
5november 2011
esok raya aidiladha...

~Wanita Dan Lelaki Yang Baik Itu Sebenarnya Untuk Siapa?~





Bismillahirrahmanirrahim.....

Ramai di antara kita tahu tentang sebuah firman Allah yang menyatakan bahawa wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya. Firman Allah ini boleh ditemui dalam surah an-Nur ayat 26 yang bermaksud:


“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..”

Dengan ini ramai di antara kita menggunakan ayat ini untuk menyatakan tentang hal-hal berkaitan jodoh. Tetapi ada sesetengah di antara kita kurang jelas dengan maksud ayat ini kerana pada pandangan mereka, ramai pasangan yang mereka temui tidak selalunya demikian. Ada lelaki yang baik tetapi berkahwin dengan perempuan yang derhaka. Ada juga perempuan yang baik tetapi si suami begitu zalim.


Untuk menjelas hal ini kita perlu memahami maksud sebenar ayat di atas. Ayat itu perlu dibaca sampai habis. Kita perlu tahu bahawa ayat di atas sebenarnya diturunkan bersempena peristiwa ‘Al-Ifki’, iaitu ketika Sayyidatina Aisyah r.a difitnah oleh puak-puak munafik di Madinah bahawa beliau telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu’attol.


Allah s.w.t. mempertahankan kesucian Aisyah r.a. dengan menegaskan bahawa jika benar-benar Aisyah itu jahat, beliau tidak akan didampingi orang yang baik-baik seperti Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Bahkan Rasulullah amat menyayaingi Aisyah.

Pengajaran yang kita dapat ambil dari ayat ini adalah hubungan baik seseorang itu bergantung kepada sikapnya sendiri. Jika dia seorang yang baik, mustahil dia akan bergaul dengan orang yang jahat dan begitulah sebaliknya. Seperti juga hubungan suami isteri. Wanita yang baik tidak akan bersama dengan suami yang jahat. Seandainya mereka telah dijodohkan bersama, mereka tetap tidak akan dapat bersatu. Sebab itu dalam Islam sendiri perceraian adalah perkara yang halal. Bukan haram. Meskipun begitu, ia adalah perkara halal yang paling dibenci oleh Allah.


Ini bukan bermaksud kita tidak boleh mengambil jalan terakhir untuk bercerai, tetapi seandainya kita boleh berusaha mengubah pasangan menjadi lebih baik, bersabar dan bertawakkal kepada Allah, maka hendaklah kita berusaha terlebih dahulu. Namun jika tidak mampu berbuat apa-apa lagi kerana sifat isteri yang sering derhaka atau suami yang terlalu zalim, maka bercerai adalah langkah yang jauh lebih baik dari membiarkan diri terseksa dan rumah tangga yang dipenuhi kemurkaan. Kerana tidak mungkin seorang yang baik itu akan bersama dengan seorang yang jahat. Inilah maksud yang kita perlu fahami.

Selain itu kita juga perlu jelas bahawa orang yang baik-baik jarang sekali mengaku dirinya baik. Memang kita semua akui bahawa kita mahu mencari yang terbaik sebagai pasangan hidup kita. Namun sekiranya kita adalah seorang yang berilmu, kita tidak seharusnya memandang hina pada orang yang kurang bernasib baik seperti kita. Jika kita manusia yang alim, maka membimbing dan mentarbiah pasangan adalah tanggungjawab kita.


Saya hairan dengan sesetengah sikap manusia yang merasakan dirinya baik, punyai keluarga yang beragama tetapi memandang hina insan lain. Bagi mereka orang-orang yang tidak berlatarbelakang agama dan hidup dengan penuh sosial itu begitu hina dan tidak layak untuk mendampingi mereka. Perkara ini benar jika orang-orang itu tidak mahu berubah ke arah kebaikan dan ingin mengheret kita ke jalan maksiat. Tetapi tidak jika mereka mahu berubah, mereka ingin belajar tentang Islam dan ingin kembali kepada Allah. Mereka perlu diberi peluang untuk bersama kita menghayati keindahan Islam.


Namun sikap sesetengah manusia yang merasakan dirinya alim ini begitu mementingkan diri sendiri. Mereka mengabaikan manusia-manusia yang tidak bernasib baik. Ada yang menjauhkan diri dari mereka, malah tidak kurang juga yang menghina. Tidak hairanlah diakhirat esok terdapat 3 golongan yang apabila mereka dicampakkan ke dalam neraka, ahli neraka sendiri akan merasa hairan. Kerana 3 golongan ini kelihatan begitu alim sewaktu hidupnya tetapi siapa tahu, hatinya kotor!


Untuk mendapatkan yang terbaik, biarlah kita sendiri yang mengubah sikap menjadi yang terbaik. Sesiapa sahaja yang kita dampingi, samada baik atau jahat, kita mungkin tidak akan tahu. Elakkan diri dari memilih orang yang tidak sepatutnya namun elakkan juga dari bersangka buruk dan menghina orang lain. Kita diberikan akal untuk berfikir, maka buatlah pilihan yang baik.


Harus diingat, wanita semulia Asiah sendiri dijodohkan dengan Firaun yang begitu zalim. Seandainya kita ini sebaik dan semulia Asiah, kita juga masih belum layak untuk mengakui bahawa kita hanya layak menerima pasangan yang baik. Namun sebagai hamba yang disayangi-Nya, Allah tidak akan sesekali menzalimi kita.


Sebaik atau sejahat manapun pasangan yang kita terima setakat ini, itulah yang terbaik buat kita. Allah tidak pernah salah dalam aturannya. Namun untuk mencari yang lebih baik, Islam telah memberikan garis panduan yang jelas dalam ajarannya. Kita hanya perlu belajar dan mula mengamalkannya.

Wallahualam.....

Sumber : http://wanwma.com/motivasi/wanita-dan-lelaki-yang-baik-itu-sebenarnya-untuk-siapa/

~Perempuan GEDIK vs Perempuan TAK GEDIK~



Perempuan GEDIK:


Situasi 1: Ketika ada lelaki menegur di laman chat-


Boy: Salam awak sihat?

Girl: Wsslm, saya sihat wak... ;)


Situasi 2:


Boy: Awak nak no phone boleh?

Girl: Ni no saya...o1******* ^__^


Situasi 3: Mesej di handphone-


Boy: Buat apa?=)

Girl: Tengah on9 jap..awak? ;)

Boy: Yeke, saya pun tgh on9...ada ym?nak email?=)

Girl: boleh...ni email saya...:) ****@yahoo.com


Situasi 4: Di ym-


Boy: Hai awak...=)

Girl: Hehehe...ye saya....;)


Situasi 5: Mulalah perhubungan.


Boy: Awk, nak gambar?=)

Girl: Saya dah send kat email....heeeee...

Boy: Cantiknya........=)

Girl: yeke, takdelah biasa je....;) (Bangga)


Situasi 6: Mula calling2....


Boy: Hai awak...Saya call ni tak ganggu ke? (Suara gatal)

Girl: Hehe...mana ada ganggu, saya baru nak suruh awak call...senang sikit daripada mesej...(Gaya gediks)


Perempuan TAK GEDIK:


Situasi 1: Ketika ada lelaki menegur di lama chat-


Boy: Salam, awak sihat?

Girl: Wsslm, Alhamdulillah sihat. (Diam)


Situasi 2:


Boy: Awak nak no phone boleh?

Girl: Hm? Untuk apa? Rasanya tak penting kot. Maaf. (Out)


Situasi 3: Bila ada lelaki mesej.

Boy: Salam, maaf ganggu awak. Buat apa?

Girl: Wsslm. Nak tido dah pun. Kalau takde benda penting, lain kali tak payah la mesej. buat bikin syaitan masuk 'line' nanti. Assalamu'alaikum.

Boy: ?????


Situasi 4: Ym hanya dengan perempuan. Chatting dengan lelaki hanya dengan urusan2 tertentu. (tiada smiley dan hehe,huhu,hihi)


Situasi 5: Laman chat.


Boy: Awak ni sombong lah...Mana gambar awk, takde pun kat photo...Nak tengok boleh?=)

Girl: What?! (Putus fius apa mamat nih!Huh!) Maaf, saya takde gambar. semua dah koyak dimakan tikus....(Mood: Bengkek)


Situasi 6:


Boy: Hai awak....(suara miang)

Girl: Tak reti bagi salam ke? Kalau takde benda penting tak perlu nak calling2...(Huh! Membazir kredit je mamat nih!)


*So, situasi mana satu yang menunjukkan diri kita? Kepada kaum hawa, berhentilah mengganggu iman dan hati si adam...Begitu juga si adam, janganlah terlalu melayan sangat kerenah hawa yang terlalu mengada2 ingin mengambil perhatian anda. Mesej lah ketika perlu. Call jauh sekali. Buat membazir kredit je. Lebih baik kita call mak or ayah kita. itu lebih baik. Ini, bila sunyi mula cari ajnabiyy... Ini ke yang Islam ajar? Macam mana mau berjuang di jalan Allah? Macam mana mau jadi MUSLIM dan MUSLIMAH sejati? Sedar diri sedar ruang di mana kita berada?


Bagi hawa, jangan terlalu getik dan kacau dan layan kaum adam.

Bagi adam jangan melayan sangat hawa yang tidak erti mengenai agama. Bimbinglah mereka, tetapi bukan anda yang perlu bimbing, bimbinglah mereka dengan memperkenalkan mereka dengan MUSLIMAH yang anda betul2 yakin boleh membimbing mereka.


berubahlah sebelum terlambat.

Jika anda inginkan pasangan yg SOLEH dan SOLEHAH, anda sendiri perlu memperSOLEHkan diri anda!


Biarlah kita dikatakan SOMBONG oleh manusia, kerana bukan redha mereka yang kita cari, tetapi redha Allah yg wajib kita cari!


Nak seribu daya , tak nak sejuta dalih! Sendiri mau ingat...

p/s: Renungan bersama


Sumber: http://ansyuhanim.blogspot.com/2011/07/perempuan-gedik-vs-perempuan-tak-gedik.html

blogger widgets