BUAT PEDOMAN BERSAMA.
Buat pendamping diriku kelak, buat yang akan menjadi Imamku kelak....walau di mana kamu berada, jika anda di takdirkan untuk membaca luahan ini, perdengarkanlah, dan fahamilah..wallahualam...
Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....
wallahualam....
#mood : muhasabah diri..
#nobody is perfect.. but we can try to be a better person, try to improve ourself..insyaallah..
#saya xkisah siapa "anda" pada masa lampau, kerana apa yang saya kisahkan, adalah siapa "anda" hari ini. sejauh mana "anda" rela berkorban demi agama..itulah yang saya harapkan..saya rela bersama2 "anda" dalam memperjuangkan hak kita..insyaallah..wallahualam...
4 comments:
Jangan diungkit-ungkit tentang masa lalu yang pengalamannya paling pahit untuk ditelan biarlah ia terus bersemadi dingatan. Kepahitan pengalaman itulah yang mematangkan diri untuk terus bangkit dan berjuang menghabiskan baki hidup ke jalan yang lebih diredhai olehNYA.. Insyaallah
kak bidadari<<aah...betul ni...insyaallah..amin..=)
anda...anda..anda...hahaha....yolah anda tuu....tau dah haih...
haaa...encik ad dien ni kenapa pulak ni..salah port ni masuk..huhu
Post a Comment