Assalamualaikum...
ku selitkan sebuah kisah dari cerita yang baru sahaja saya dan sahabat habis menontonnya.. ada satu part dialog mereka yang begitu menarik perhatian kami. sama2 lah kita hayatinya. mungkin ada yang sudah menonton cerita ini, dan mungkin ada yang belum.. apa2 pun, for me, sharing is loving.. >__<.. tidak perlu untuk daku menyebut tajuk ceritanya, yang sudah tahu, diam2 saja ya..hehee.. mungkin ada sedikit olahan cerita dr sy, supaya lebih menampakkan kesannya..wallahualam..hayatilah...
Lokasi : di ladang strawbery.. kelihatan sorang gadis sedang memperhatikan gelagat seorang jejaka yang sedang leka memetik buah strawberi di ladangnya. sambil si gadis menjamah buah strawberi yang fresh dan sedap itu, si jejaka melontarkan ilmu buat si gadis manis tersebut....
Adam : Hawa, kalau hawa nak tahu, menjaga tanaman ini seperti kita menjaga anak kecil. Kita berikan ia dengan didikan agama yang baik, mencukupi, maka di akhirnya, jadi baiklah akhlaknya. Sama juga lah dengan buah strawberi ini. Kalau buah strawbery ini kita jaga dengan baik, dijaga penuh kasih sayang dan dibajai secukupnya, maka hasilnya akan sedap dan secukup rasa.
Hawa : Tapi bagaimana pula dengan kes andai buah strawbery ini berulat dan rosak? Adakah kita buang saja dan tidak mengendahkannya?
Adam : Hawa, tidak semestinya yang rosak dan berulat itu kita buang. Sebetulnya, kita amik lah yang elok. Bahagian yang elok. Tapi Hawa kena ingat ya, bahawa buah yang rosak tidak semestinya akarnya jua rosak. Akarnya masih tetap elok, dan dapat menghasilkan buah-buah yang baik. Sama juga seperti manusia.. Walaupun dia jahat, hatinya tetap boleh dipelihara, sebab segalanya bermula dari hati. Hati ini adalah Raja kepada tubuh dan menguasai akal fikiran. Dan hati ini ada dua martabat..
Pertama adalah hati sanubari yang berbangsa syaitan dan
Kedua adalah hati jamal yang berbangsa manusia....
Hati yang punya pada manusia adalah hati jamal, dan hati sebenar-benarnya adalah hati nurani yang dinamakan QALBI.. So, Hawa faham dengan apa yang Adam ingin sampaikan??
Hawa : Hanya mampu tersenyum.. Tersenyum penuh makna.. tersenyum penuh pengertian..insyaallah..
begitulah ceritanya.. nice mesej kan?? dapat apa yang saya cuba sampaikan dr cerita di atas?? moga2 kita semua sama2 beroleh manfaatnya.. Insyaallah.. akhir kalam, tepuk hati tnya iman. kita semua masih punya waktu untuk merubah kehidupan kita pada hari ini. Mulakan perubahan ke arah kebaikan.. dan setiasa lah bersangka baik pada Allah dan juga pada manusia.. wallahualam..
wasalam
3 comments:
1st! tadi tsilap account,mcm pernah dengar dialog ni kat dalam citer "aku masih dara"
sapik<<huhu..aku rasa ko guna akaun akak ko td ek??kantoi..buka blog akak ko..huhuhu...aah...cter tu..aku punyer ler berlapik xmau tulis tajuk tu.malu kot..hahhaa
Post a Comment