Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AhLaN wAsAhLan....sELamAt dAtAng kE prOfiLE aNa bAkAL jEnAzAh~

~jAgA diRi..jAgA imAn..jAgA hAti..jAgA kEsElurAhannya..^__^~


salam seindah seharum kasturi

moga ukhwah kita harum mekar mewangi hingga ke syurga
dielahmujahidah90. Powered by Blogger.



~Kisah Kau dan Aku~



Malam ini, Cairo ku rasakan sepi seperti bukan selalunya. Mungkinkah ketiadaan insan-insan tersayang di sisi ku menjadikan Cairo ini seolah-olah tidak bernyawa? Ya, mungkin benar, atau mungkin itu semua hanyalah imaginasi aku. Ku renung luar jendela, mungkinkah akan hadir sinar kebahagian di hati ku? Sudah hampir 5 bulan tiada kedengaran khabar berita dari si dia. Ku terkenangkan dikau yang jauh berada di Malaysia. Dan selama 5 bulan itu juga aku tidak pernah berhenti berharap dan tidak pernah berhenti melakukan istiharah. Istiharah itu?? Benarkah jawapannya? Hampir keluh kesah aku di buatnya. Perlukah aku yang memulakan langkah? Perlukah aku menjatuhkan sedikit ego ku? Akhirnya, setelah aku menunggu hampir 5 bulan lamanya, aku nekad! Ku capai “baby green” ku yakni laptop ku, ku mulai bait bicara ku. Madah hatiku. Aku nekad! Aku perlu selesaikan segala-galanya............

****************************************************************

Assalamualaikum..

Salam kasih sayang kerana allah..

Pertama2 kali syukran kasiran ya akhi fillah kerana sudi membaca bait bicara ana.Mohon lapangkan dada enta ketika membaca warkah ana ni..maaf dpohon jua..andai kata2 ana yang seterusnya bisa membuatkan dirimu tak keruan.membuatkan hatimu resah..dan maaf kiranya warkah ana ini menggangu enta..

Buat diri enta dalam ingatan yang sentiasa menjadi pengajaran. ana tak pernah tahu sebelum ini ana adalah fitnah dalam hati enta. maafkan ana..

perkenalan kita bermula apabila ana hantar mesej ucapkan gudlux kat enta untuk spm 2007...hari berikutnya..enta balas mesej ana..dan seterusnya,hari2 berikutnya, kita saling berhubungan untuk berkongsikan tajuk2 target masuk exam.. enta pula seolah2 memberi peluang pada ana untuk mengenali enta. maka bermulalah 'talian silaturrahim' antara kita..kononnya....

ana suka bercerita,enta pula sedia mendengar. semakin hari ana semakin suka dengan sikap enta. lantas ana meluahkannya.. walupun kita sangat2 jarang bermesej..apatah lagi berbual..berjumpa..tapi..entah kenapa..kadang2 rindu bertamu d hati ini..sangat susah untuk diluahkan..tapi ana gagahkan diri melakukan solat istiharah..setiap kali ana solat istiharah..enta akan hadir,seolah2 ana mendapat petunjuk dari allah..bahawa entalah orang yang ana cari2 selama ini..namun..ana tetap tetapkn hati..ana katakan pada diri ana bahawa ujian itu mainan allah..so..tidak semestinya setiap istharah ana itu datangnya dari allah..waallahualam

masa terus berlalu..masing2 membawa haluan sendiri..untuk menuntut ilmu duniawi dan akhiratwi untuk dibawa ke perkampungan akhirat..masing2 sibuk dalam mengejar jihad ilmu..namun..tidak dapat di nafikan..kadang2..dalam kesibukan diri..rindu pada enta tetap bertamu di hati ini..rindu pada kata2 hikmah,pengisian2 bermakna dari enta..jelaslah..rupanya..ana jatuh cinta pada keindahan akhlak enta...maafkan ana kerana telah pergi jauh dengan perasaan ana..ana tak berjaya dalam mujahadah nafsu..


saat berlari,minit menderu. enta semakin menjauhkan diri, mesej ana jarang di balas.. mungkin enta sudah punya tips tersendiri untuk menepis perkara ini. semakin hari,semakin menyepi.....
tapi ada sekali,bila ana kesedihan enta menjadi tempat ana mengadu.memberi kata2 semangat.. Kemudian selepas itu,enta kembali seperti biasa....


Kini....dengan satu kesilapan ana lakukan.enta seolah2 ingin ana pergi jauh dari enta..hari demi hari...ana mesej....untuk minta keampunan dari enta...tapi tiada respon dari enta...ana tetap xberputus asa..masih dengan keputusan ana untuk teruskan mesej enta...tapi..akhirnya..tersedar ana dri lamunan ana...ana dah pergi jauh..tidakkah ana faham maksud enta??bukan ke dulu ana pernah minta penjelasan dari enta bahawa adakah kehadiran ana menggangu hati enta..akhirnya..persoalan ana itu terjwb..mengerti ana akhirnya..

sesungguhnya...ana sedar..diri ana sememangnya tidak layak buat enta..enta muslimin yang sangat baik..indah akhlaknya..insyaallah..biarpun berjuta2 kali ana pergi dengar ceramah agama..libatkan diri dengan surau..jd naqibah..jadi badan dakwah dan tarbiyah,,..walaupun bertudung labuh...tapi tetap xdapat menandingi akhlak dan ilmu enta..andai diri ana ini..apalah yang ada..di luar sana..lebih ramai muslimat yang solehah..lantas..memikirkan semua itu..ana rela mengundurkan diri....dari semua ini....


ana tekad,inilah masanya untuk ana ubah diri ana. ana mahu jadi mujahidah solehah. ana mahu jadi salah satu dari zuhaira syauqah,bunga-bungaan berduri.
ana kuatkan diri,ana noktahkan rindu ini. ana tak mahu hubungi enta lagi,. bukan untuk menjauhkan enta dari ana,tapi menjauhkan ana dari enta. ana harap ana kuat untuk itu.

baru ana sedar,apa yang ana buat selama sebelum ini. ana lah FITNAH enta,ana buat enta tergelincir seketika dalam mujahadah perjuangan enta. ana biarkan enta merasa pahitnya cinta manusia. ana jadikan enta lakukan zina hati,. meskipun kita tak pernah bersentuhan..tak pernah bersua..tak pernah berbicara.... mujurlah enta sempat sedar,dan enta telah pun sedarkan ana.

dengan pengalaman antara enta dan ana,bimbingan dari ukhti dan sahabat ana yang tercinta,ana mula menjejaki cinta ALLAH. ana buang semua peluang untuk berhubungan dengan semua ikhwan,ana jauhkan diri dari cinta ajnabi. ana berjinak-jinak dengan terbiah islami. mesej ana kini,tiada lagi dari lelaki,kecuali atas hal yang mustahak untuk di hubungi.

kini lagi,kita terpisah jauh..antara dua benua yang berbeza..enta di sana, ana di sini.untuk menyambung perjuangan yang sebelum ini tertunda....
ana masih ingat pesan ustaz..shbt2 ana..,telah tertulis satu nama di luh manfuz sebagai jodoh kita.seandainya kita menuju cinta ALLAH,pemilik nama itu akan menuju CINTA yang sama.
ana juga masih utuh teringatkn kata2 enta..”andai telah tertulis..enta milik ana dan ana milik enta..insyaallah kita akan dipertemukan”..ana pegang kata2 itu..
jauh di sudut hati ana,ana berharap entalah pemuda itu. enta lah yang akan sama2 dengan ana menuju CINTA yang abadi. enta lah yang ana tunggu,meskipun ana tidak lagi merindui enta..

ramadhan datang lagi.menggamit memori perkenalan kita.. yang juga dalam bulan ramadhan. oleh sebab itu,ana akan tetap menanti.

wahai insan yang pernah ana fitnahkan hatinya,maafkan ana atas keterlanjuran ana menarik enta kelembah maksiat dunia. ana nak enta ingat wanita adalah fitnah terbesar buat ikhwan,itu pesan Rasulullah,termasuk ana buat enta,dan ikhwan yang lain. maka jagalah hubungan enta dengan akhowat. tundukkan pandangan,tundukkan hati. ana tak mahu ada akhowat lain yang menfitnahkan mujahadah enta lagi,sesungguhya yang sebetulnya,ana cemburu...

jadilah mujahid kerana ALLAH...kejarlah cinta ALLAH.

harapan ana,insyaALLAH,takkan pudar..

moga harum namaku di hatimu..

p/s: dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah

terima kasih atas kesudian enta mghabiskan bait bicara ana...pertama2 dan selamanya..maafkan atas segala kekhilafan ana...sehingga berjumpa lagi di lain episod kehidupan..insyaallah..jaga diri..jaga iman..jaga hati. ..terima kasih kerana sudi terima kehadiran ana dalam hidup enta..

salam seindah seharum kasturi...

Syarifah Nur Muslimah

****************************************************************

KLIK...

EMEL SEND...

Ya Allah..sesungguhnya..aku telah serahkan segala2nya padaMu...

Wahai Sang Pencipta Cinta..

Aku yakin dengan janji2Mu..

Aku menunggu penuh setia demi menuntut janji2Mu padaku..

Ku doakan, moga Engkau sentiasa memelihara dirinya bagi pihak ku..

Kerana sesunggunya Engkau lah sebaik2 pemelihara..

Moga Engkau pertemukan “kami” dalam suasana Islam yang indah...

Moga Engkau pertemukan kami kala kami sudah bersedia menerima natara satu sama lain...

Moga Engkau pertemukan kami kala kami sudah ilmu penuh di dada..

Hingga saat lafaz sakinah terjadi...

Moga kami berjaya menebar bahtera sambil dipayungi rahmat Mu..

Ku noktahkan titik rindu saat ini..

Demi menggapai rindu kala kami bersua kelak bila saat lafaz sakinah terlafaz...

Amin.....

**************************************************************

“Haila...dah pukul 2 pagi rupanya..xsedar pulak aku...aishh...kena tidur ni, moga2 senang untuk aku bangun berdating di tengah malam dengan sang Pencipta cinta.....”

“Ya Allah, bangunkan aku untuk berdating denganMu, dan bangunkan juga jodohku supaya dia juga berdating denganMu seperti mana yang aku lakukan..moga esok lebih baik dari hari semalam....amin...”...doa harian Muslimah sebelum dia tidur....

****************************************************************

Khas ku tuju buat sahabat2 seperjuanganku, saudari Madihah Shauqah, Ansyu Hanim dan Farhana Ana... amacam sahabat2?ok x cerita ni??cecita2.komen2 lah sikit ye..heee..

Yang baik jadikan panduan... Yang buruk jadikan sempadan....


2 comments:

Addien said...

Subahanallah...

sEindAh mAwAr bErdUri said...

din< subhanallah..moga sama2 peroleh pengajaran dr cerita di atas..insyaallah...

blogger widgets