Assalamualaikum...
dah lama tak mengindahkan taman bunga saya ni.. malam ni, terlebih rajin utk menaip buat tatapan diri khasnya, dan buat tatapan sahabat alam maya umumnya.. di kesempatan ni, molek rasanya saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat sahabat2 yang beragama Islam. Walau di mana anda berada, moga sama2 menghayati erti pengorbanan sebenarnya... insyaAllah..
ringkasan cerita saya hri ni ada lah mengenai ukhwah yang terjalin antara saya dengan pemilik laman sesawang yang indah iaitu 'Membina Hati Bahagia' (
. Blog ni sangat femes.. Mesti ada antara sahabat yang pernah atau selalu update dengan blog yang mantap ni kan? Alhamdulillah.. indah dan teraturnya jalan kehidupan yang Allah sediakan buat diri saya. di awal perkenalan kami, kami hanya berhubung2 melalui blog. komen2 menjadi pengikat hubungan kasih sayang kami. lama2, kami bertemu lagi di medium yang sgt terkenal zaman teknologi ini, iaitu Facebook. Dari situ, kami sentiasa up to date. walau bukan setiap hari, tapi ada juga cerita yang akan kami kongsikan. melihatkan blognya, yang saya selesa samarkan namanya sebagai Jiha, membuatkan hati, dari sehari ke sehari, makin kagum dengan peribadi yang dimiliki olehnya. tidak melampau andai saya katakan, saya punya mimpi untuk berjumpa dengannya, utk terus menjalankan ukhwah kami di alam realiti.
sungguh, benarlah, Allah itu maha mengetahui apa yang tersirat di hati setiap hambaNya. Lantas, suatu hari, saya mendapat satu mesej daripada pemilik blog Membina hati Bahagia ini dengan mengatakan bahawa dia dapat sambung belajar di University saya.. Alhamdulillah.. Gembiranya hati tak terkira. Hanya Allah yang mengetahui apa yang saya rasa tika itu. Lalu, saat indah itu pun muncul.. Akhirnya, dari alam maya ukhwah kami terbentuk, lantas, kami menyambung tautan hati kami di alam realiti.
Teringat saya ketika mula2 kami bertemu mata. Tanggal 15 October 2011, jam 12.30 tengahari, di library. Tika tu, kami baru lepas menghadiri kuliah KOKUM.. Saya menunggu adik saya (Jiha, yang saya sudah anggap seperti adik saya sendiri), dengan penuh debaran. manakan tidak, tidak tahu rupanya bagaimana. tidak pernah pulak kami bertukar2 gambar. menanti, menanti.. dan terus menanti.. akhirnya.. muncul seorang gadis manis di lobi perpustakaan yang kelihatan seolah2 mencari seseorang. lalu, saya memberanikan diri, menghadiahkan senyuman buat dirinya. Entah kenapa, dia seakan2 mengerti bahawa sayalah insan yang di cari nya.. dia mendekati saya, dan terus dia bertanya..
"Ini ke kak dilah??" ... tersenyum saya ketika itu lantas menganggukkan kepala tanda mengiakan pertanyaannya.. dengan pantas, dia memeluk saya, seolah2 tidak mahu melepaskan saya.. Ya Allah.. indahnya ukhwah bila Allah menjadi matlamat kami. terasa kemanisan ukhwah tersebut. walau xpernah bertatap mata sebelum ni, tapi itu tidak menghalang kami dari terus berukhwah hingga ke syurga.. InsyaAllah..
kami hanya sempat berbual seketika cuma memandangkan masing2 mempunyai komitmen lain yang menuntut perlu diselesaikan segera. tapi pertemuan kami tidak hanya berakhir di situ sahaja. Forum Kafe Cinta Bersama Novelis Terkenal, Fatimah Syarha, pd 22 October 2011, lagi menyaksikan kasih sayang yang kami jalinkan. Saat itu, kami sempat berborak lama, dan sempat juga saya menjalinkan ukhwah dgn sahabat yang lain. indahnya ukhwah itu.. sangat meresap ke jiwa.. bersama adik2 dan sahabat2 sefikrah, membuatkan hati ini sungguh bahagia.. sempat juga kami melakar kenangan, mengambil foto bersama.. akan ku simpan kukuh memori kita bersama..
adikku Jiha,
Kak dilah gembira dan bahagia kerana Allah telah pertemukan kak dilah dgn insan hebat seperti Jiha. dOa kak dilah, moga ukhwah kita mekar indah mewangi hingga ke syurga.. amin.. uhibbuki fillah, daiman fi qalbi.. insyaAllah..
sekian dulu dari saya,
salam seindah seharum kasturi,
dielah mujahidah..
2.00am
5november 2011
esok raya aidiladha...
4 comments:
Assalamualaikum kak Dielah
Allah...tak sangka akak buat entri tentang ni :') saya tersenyum jak bacanya sejak tadi..
terima kasih kak, sangat gembira dapat mengenali kak Dielah yang suka buat orang gembira, senyum n ketawa hehe
wlpun..jarang sgt jumpa kat sini kn..insyaAllah ukhwah tu tetap erat :)
sayang kak Dielah..!! saya balik malam sabtu ni kak jam8 malam..doakan perjalanan kami..nanti sy mesej kak dielah..
salam eiduladha kak..:)
waalaikumussalam my dear...
sama2 kasih adikku.. hehe.. jiha pun sama, pandai menceriakan hati di kala keresahan..=) ..
kesempitan waktu itu tidak menghalang kita dari terus berukhwah jika kita menjadikan Allah sebagai matlamat utama Kita dlm berukhwah, insyaAllah, Allah akan menjaga perasaan rindu kita, moga rindu2 yang hadir dlm hati kita, merupakan juga satu ibadah.. amin...
stay strong wherever u go.. stay strong whatever u do.. remember that, Allah is always stay by yr side,.. He will never leave you, if yr confident is 100% lay on Him...
sayang jiha juga.. balik elok2 ye.. kalau rajin, bawa lah kueh2 ye utk kakakmu yang xdpt pulang beraya di kg halaman ni..hehehee...
salam aidiladha juga.. selamat menghayati erti sebenar pengorbanan..
peacee with imaan.. =)
salam aidiladha.... =]
teruskan bertinta
tqaroslan... alhamdulillah.. salam aidiladha jua.. terima kasih atas sokongan sahabat..=)
Post a Comment