


![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
| DILAH MUJAHIDAH | |
| D | Dinamik |
| I | Ikhlas |
| L | Lemah-lembut |
| A | Amanah |
| H | Harum |
| M | Mesra |
| U | Untung |
| J | Jujur |
| A | Alim |
| H | Harum |
| I | Idealistik |
| D | Dedikasi |
| A | Abadi |
| H | Harum |
| Apa ada pada nama? | |
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |



BUAT PEDOMAN BERSAMA.
Buat pendamping diriku kelak, buat yang akan menjadi Imamku kelak....walau di mana kamu berada, jika anda di takdirkan untuk membaca luahan ini, perdengarkanlah, dan fahamilah..wallahualam...
Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....
wallahualam....
#mood : muhasabah diri..
#nobody is perfect.. but we can try to be a better person, try to improve ourself..insyaallah..
#saya xkisah siapa "anda" pada masa lampau, kerana apa yang saya kisahkan, adalah siapa "anda" hari ini. sejauh mana "anda" rela berkorban demi agama..itulah yang saya harapkan..saya rela bersama2 "anda" dalam memperjuangkan hak kita..insyaallah..wallahualam...
"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki." Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi? Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik? Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen. Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan. Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak. Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga. Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama. Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..
Assalamualaikum...
ku selitkan sebuah kisah dari cerita yang baru sahaja saya dan sahabat habis menontonnya.. ada satu part dialog mereka yang begitu menarik perhatian kami. sama2 lah kita hayatinya. mungkin ada yang sudah menonton cerita ini, dan mungkin ada yang belum.. apa2 pun, for me, sharing is loving.. >__<.. tidak perlu untuk daku menyebut tajuk ceritanya, yang sudah tahu, diam2 saja ya..hehee.. mungkin ada sedikit olahan cerita dr sy, supaya lebih menampakkan kesannya..wallahualam..hayatilah...
Lokasi : di ladang strawbery.. kelihatan sorang gadis sedang memperhatikan gelagat seorang jejaka yang sedang leka memetik buah strawberi di ladangnya. sambil si gadis menjamah buah strawberi yang fresh dan sedap itu, si jejaka melontarkan ilmu buat si gadis manis tersebut....
Adam : Hawa, kalau hawa nak tahu, menjaga tanaman ini seperti kita menjaga anak kecil. Kita berikan ia dengan didikan agama yang baik, mencukupi, maka di akhirnya, jadi baiklah akhlaknya. Sama juga lah dengan buah strawberi ini. Kalau buah strawbery ini kita jaga dengan baik, dijaga penuh kasih sayang dan dibajai secukupnya, maka hasilnya akan sedap dan secukup rasa.
Hawa : Tapi bagaimana pula dengan kes andai buah strawbery ini berulat dan rosak? Adakah kita buang saja dan tidak mengendahkannya?
Adam : Hawa, tidak semestinya yang rosak dan berulat itu kita buang. Sebetulnya, kita amik lah yang elok. Bahagian yang elok. Tapi Hawa kena ingat ya, bahawa buah yang rosak tidak semestinya akarnya jua rosak. Akarnya masih tetap elok, dan dapat menghasilkan buah-buah yang baik. Sama juga seperti manusia.. Walaupun dia jahat, hatinya tetap boleh dipelihara, sebab segalanya bermula dari hati. Hati ini adalah Raja kepada tubuh dan menguasai akal fikiran. Dan hati ini ada dua martabat..
Pertama adalah hati sanubari yang berbangsa syaitan dan
Kedua adalah hati jamal yang berbangsa manusia....
Hati yang punya pada manusia adalah hati jamal, dan hati sebenar-benarnya adalah hati nurani yang dinamakan QALBI.. So, Hawa faham dengan apa yang Adam ingin sampaikan??
Hawa : Hanya mampu tersenyum.. Tersenyum penuh makna.. tersenyum penuh pengertian..insyaallah..
begitulah ceritanya.. nice mesej kan?? dapat apa yang saya cuba sampaikan dr cerita di atas?? moga2 kita semua sama2 beroleh manfaatnya.. Insyaallah.. akhir kalam, tepuk hati tnya iman. kita semua masih punya waktu untuk merubah kehidupan kita pada hari ini. Mulakan perubahan ke arah kebaikan.. dan setiasa lah bersangka baik pada Allah dan juga pada manusia.. wallahualam..
wasalam

saat ini, hati begitu merinduimu. merindukan belaian kasih sayangmu. merindukan kata-kata nasihatmu. merindukan pelukan kasihmu. merindukan saat ibu memarahiku. merindui segala2nya mengenai dirimu. ibu, ketahuilah. ku sangat2 merinduimu. ku pohon ampun dan maaf andai selama ini ku xbisa menjadi anak yang solehah buatmu ibu. maafkan daku wahai ibu tercinta. andai diri ini tidak sempat mencurahkan bakti buatmu, ku pohon sejuta kemaafan buatmu ibu. ku mohon doa dr mu, agar kita masih dapat dipertemukan kelak. jika bukan di dunia, moga di akhirat kelak kita berjumpa. insyaallah..amin.. perdengarkanlah ibu, khas buat dirimu ibu...
Sejenak hatiku mula tersungkur,
Bila terkenang ibuku nun jauh,
Aku di rantauan penuh kerinduan,
Bersama harapan pulang ke pangkuan.
Biarpun anakmu jauh di mata.
Namun di hati tak pernah ku lupa,
Wajah manis ibu, tutur kata,
Menjadi penyubur semangat jiwaku.
Walau selaut kucurah baktiku,
Walau segunung kutabur jasaku,
Namun takkan dapat kubalas,
Pengorbananmu waktu kecilku.
Untukmu ibu salam sayangku,
Doa dan restu kupohon darimu,
Agar dimudahkan laluan hidupku,
Menempuh dugaan di medan ilmu.
Alangkah rindunya belai kasihmu,
Alangkah indahnya mutiara katamu,
Ingin rasanya bertemu kembali,
Kenangan dahulu yang harum mewangi.