Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AhLaN wAsAhLan....sELamAt dAtAng kE prOfiLE aNa bAkAL jEnAzAh~

~jAgA diRi..jAgA imAn..jAgA hAti..jAgA kEsElurAhannya..^__^~


salam seindah seharum kasturi

moga ukhwah kita harum mekar mewangi hingga ke syurga
dielahmujahidah90. Powered by Blogger.
~Gugur Tumbuh, Hilang Berganti.....~



Ahad, 24 April 2011, 12.30a.m- Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan sungguh Kami berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar"-(Surah al-Baqarah:155)


Kadang kala dalam kehidupan ini kita akan terpaksa 'menelan' kepahitan dan keperitan apabila kita kehilangan orang yang amat kita sayangi. Tambahan pula, orang tersebut merupakan tunggak semangat kita dan boleh diibaratkan sebagai "central nervous system" dalam perjuangan. Ya, yang saya maksudkan adalah kehilangan seorang sahabat. Keperitan perasaan yang bermain-main dalam jiwa itu terpaksa kita tanggung setiap kali berdepan dengan sunnatullah ini.

Kita telah mengharungi susah dan senang bersama-sama dengan sahabat yang kita anggap sebagai sebahagian daripada diri kita. Penat lelah dan tawa senda yang dikongsi bersama amat sukar untuk dibuang dari kotak memori ini. Satu persatu imbasan semula peristiwa-peristiwa lampau (saat bersama dengan sahabat itu) bermain-main di dalam ingatan sama keadaanya seperti slide power point pensyarah di dewan kuliah.

Petang tadi di kafeteria;


"Cahaya, tahu tak apa maksud bertemu kerana Allah s.w.t. dan berpisah kerana Allah s.w.t.?" soal kakak naqibah saya kepada saya.


"Tak tahu, kak tolonglah ceritakan lagi" soal saya yang kebingunan saat diterjah dengan soalan yang sedemikian.

"Kita sebenarnya bertemu dan berpisah kerana percaturan Allah s.w.t. Kita bertemu kerana Allah untuk membawa risalah Allah, untuk membina ukhwah dan menyampaikan perkara-perkara yang baik. Sebab itulah Allah temukan kita dalam usrah ni" terangnya sambil tersenyum.

"Habis tu, kalau Allah s.w.t. temukan kita untuk perkara yang baik, kenapa akak bagitau berpisah kerana Allah pula? Kenapa Allah s.w.t. perlu pisahkan kita sedangkan kita buat perkara baik?" tanya saya seakan mendesak dia untuk memberi penjelasan lanjut.

Dia menarik nafas, dalam, untuk mencari ayat yang terbaik untuk menjelaskan pada saya yang masih belum faham erti bertemu dan berpisah kerana Allah. Dia begitu tabah melayan saya yang suka mengasak dengan pelbagai soalan.

"Dik, kita kena akui bahawa sememangnya setiap pertemuan, pasti akan ada perpisahan. Kenapa kita berpisah kerana Allah? sebab perpisahan kita ini bukanlah untuk yang terakhir dik. Kita berpisah sementara sahaja dan InsyaAllah kita akan dipertemukan lagi di medan juang, dalam dunia dakwah di alam realiti. Untuk akak berada bersama-sama dengan Cahaya, mungkin sampai disini sahaja, kerana akak masih ada perjuangan yang panjang, yang entah dimana penghujungnya, dunia tersebut memerlukan kita benar-benar menjadi kuat dan tabah kerana realiti dunia itu tidak indah. Akak sendiri berdoa semoga akak antara orang yang terus menjadi kuat berada di dunia tersebut"
Saya terdiam. Seperti sudah tidak mampu untuk menghabiskan makanan yang tinggal bersisa. Saya memandang dia."Kenapa akak bercakap pasal berpisah ni sebenarnya? Akak nak tinggalkan saya ke? Saya tak nak berpisah dengan akak..." Sungguh, pada ketika itu saya menjadi sedih. Saya rasa seperti tidak mampu untuk hidup seorang diri tanpa kakak usrah saya. Kakak-kakak naqibah lah tempat saya mengadu dan berkongsi kehidupan seharian saya.

"Awak ni degillah Cahaya, hehehe" Balasnya sambil tersenyum. Saya tahu pada waktu itu dia juga sebak. Biarlah. Inilah antara hakikat yang pedih untuk diterima. Usai makan, kami meninggalkan cafe. Dalam perjalanan kami pulang ke bilik masing-masing, saya bertanya pada dia satu soalan yang sampai hari ini saya tidak mungkin dapat lupakan.

"Akak, bilakah Allah akan temukan kita balik? Bagaimana kalau saya rindu kat akak nanti?"

"Cahaya, Allah sahaja yang memegang hati-hati hamba-Nya. InsyaAllah, dia akan pegang erat hati hamba-Nya yang ikhlas dalam berukhwah demi Allah sebagaimana doa rabitah yang sering kita baca setiap kali selesai usrah. Akak yakin dengan doa yang kita baca tu, Allah akan satukan hati kita walau dimana sahaja kita berada. Walaupun Cahaya di kampus dan akak diluar, Allah akan kumpulkan hati-hati ini untuk sentiasa erat dan kukuh. So, Cahaya tak perlu risau kalau Cahaya rindu akak. Mesej or call je la akak..hehehe. Tapi satu je akak nak Cahaya pegang, Yakinlah kepada Allah untuk terus pegang hati kita atas jalan dakwah ni. Atas jalan dakwah inilah hati kita akan terus bersatu. Okay dik?" dia tersenyum lagi.

Tanpa saya sedari, ada air jernih bergenang di kolam mata. Saya tenggelam seketika bahawa begitu hebat Allah mengatur hamba-Nya untuk bertemu dan berpisah hanya kerana Allah. Pada masa yang sama, hati saya kembali gembira kerana saya yakin Allah akan terus menyatukan hati-hati kami. Oleh itu, saya menasihati pada diri sendiri, "Jangan risau akan rindu, kerana pasti rindu itu dari Allah yang telah dijatuhkan pada hati kami pada masa yang sama". Saya pulang dengan pelajaran yang baru. Melekat kukuh di hati sehingga saat ini kenangan itu masih segar di kotak memori. Bukankah begitu indah bertemu dan berpisah kerana Allah s.w.t. itu? Begitu jua dengannya. Dia pergi meninggalkan aku. Kenangan bersamanya tidak akan kulupakan..dia banyak mengajar ku erti pengorbanan.

......................................................................................................................


Ya, hakikatnya “setiap kelahiran itu akan berakhir dengan kematian dan setiap pertemuan itu akan berakhir dengan perpisahan” Kita sama-sama mengetahuinya tetapi kita selalu lupa bahawa setiap orang yang telah menambah nilai erti kehidupan kita akan berakhir. Mereka akan pergi meninggalkan kita sama ada dalam masa yang pendek atau “pergi tak kembali lagi”. Kemungkinan juga, kita sendiri yang akan berjauhan meninggalkan orang yang tersayang.

Berusahalah untuk menasihati diri kita agar redha dengan setiap perpisahan yang meragut kebahagiaan diri kita secara tiba-tiba. Yakinlah bahawa rahmat Allah s.w.t. sentiasa ada bersama-sama dengan kita. Mungkin setiap perpisahan itu akan membawa hikmahnya yang tersendiri atau 'pertemuan' yang baru? Apabila kita redha atas sesuatu perkara yang mengecewakan hati kita percayalah Allah Al-Baari dan Al-Wahhab akan menggantikan kekecewaan tadi dengan kegembiraan yang kadang-kadang di luar jangkaan kita.



Firman-Nya yang bermaksud: "Tiada satu pun bencana yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." -(al-Hadid:22)


Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang maksudnya: "Allah tidak akan menetapkan qada' bagi seorang hamba, kecuali qada' itu baik bagi dirinya." (Hadis Sahih)

"Ya 'Alim sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara-perkara yang daku tidak tahu. Seandainya perpisahan ini baik untuk diriku, agamaku dan kehidupanku Kau berikanlah kekuatan padaku untuk menghadapi ujian-Mu ini. Ya Allah berikanlah kesabaran kepada diri hambamu ini untuk menghadapi hari-hari yang mendatang dan ujian yang Engkau berikan. Ya Wajid Kau temukanlah aku dengan hamba-Mu yang lebih baik darinya yang mampu membimbingku seperti mana yang telah sahabatku lakukan kepada diriku. Ya Jami' Kau kumpulkanlah hati-hati kami walau di mana pun kami berada semata-mata untuk memikul amanah dakwah agama-Mu ini."

dari sahabat buat sahabat....

4 comments:

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum kakak^^ lama tak dgr kabar,sihat??

bertemu dan berpisah kerana Allah^^

sEindAh mAwAr bErdUri said...

waalaikumussalam...alhamdulillah..sihat..doakan kejayaan kita bersama ya, tgj nak final exam ni dik..=)..

insyaallah...bertemu dan berpisah kita kerana Allah...mungkinkah kita dipertemukan hanya kerna untuk dipisahkan??wallahualam..pe2 pn...setiap pertemuan itu terselit sejuta memori...suka..dan duka...dan setiap perpshn itu pun punya memori yang indah..=)

Ad-Dien said...

insyaAllah

sEindAh mAwAr bErdUri said...

dien<insyaallah..moga setiap pertemuan dan perpisahan itu bermakna..amin