Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AhLaN wAsAhLan....sELamAt dAtAng kE prOfiLE aNa bAkAL jEnAzAh~

~jAgA diRi..jAgA imAn..jAgA hAti..jAgA kEsElurAhannya..^__^~


salam seindah seharum kasturi

moga ukhwah kita harum mekar mewangi hingga ke syurga
dielahmujahidah90. Powered by Blogger.



~Ketika Cinta Memanggil Part 3~




****************************************************************

Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t'lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati 'kan memuja hanya pada-Nya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu... rindu... rindu qalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu

Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil...

Lagu nyanyian dari Opick di dengar beberapa kali. Tidak sesekali Wardatul Shauqah merasa bosan memainkan lagu itu. Di rasakan lagu itu begitu tepat mengenai batang hidungnya sendiri. Entah apa lah yang bermain di benak fikirannya, hanya Allah dan dia saja yang tahu gelodak jiwa yang melanda diri nya. Lalu di capai Baby Green nya dan tangannya laju menekan keyboard laptopnya.

~Surat Cinta Untuk Jiwa~

Surat ini kutujukan untuk diriku

sendiri serta sahabat-sahabat

tercintaku yang insyaAllah tetap

mencintai Allah dan RasulNya di atas

segalanya, kerana hanya

cinta itu yang dapat mengalahkan

segalanya, cinta hakiki yang membuat

manusia melihat segalanya dari sudut

pandangan yang berbeza, lebih bermakna

dan indah.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan

hati sahabat-sahabat tercintaku yang

kerap kali terisi oleh cinta selain

dariNya, yang mudah sekali terlena

oleh indahnya dunia, yang terkadang

melakukan segalanya bukan keranaNya,

lalu di ruang hatinya

yang kelam merasa senang jika dilihat

dan dipuji orang, entah di mana

keikhlasannya. Maka saat merasakan

kekecewaan dan kelelahan kerana

perkara yang dilakukan tidak

sepenuhnya berlandaskan keikhlasan,

padahal Allah tidak pernah menanyakan

hasil. Dia akan melihat kesungguhan

dalam berproses.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku

serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku

yang mulai lelah menapaki jalanNya

ketika seringkali mengeluh, merasa

dibebani bahkan terpaksa untuk

menjalankan tugas yang sangat mulia.

Padahal tiada kesakitan, kelelahan

serta kepayahan yang dirasakan oleh

seorang hamba melainkan Allah akan

mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk ruh-ku dan

ruh sahabat-sahabat tercintaku yang

mulai terkikis oleh dunia yang menipu,

serta membiarkan fitrahnya tertutup

oleh maksiat yang dinikmati, lalu di

manakah kejujuran diletakkan? Dan kini

terabailah sudah nurani yang bersih,

saat ibadah hanyalah sebagai rutin

belaka, saat jasmani dan fikiran

disibukkan oleh dunia, saat wajah

menampakkan kebahagiaan yang penuh

kepalsuan. Cuba lihat disana! Hatimu

menangis dan meranakah?

Surat ini kutujukan untuk diriku dan

diri sahabat-sahabat tercintaku yang

sombong, yang terkadang bangga pada

dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun

yang membuat kita lebih di hadapanNya

selain ketakwaan. Padahal kita

menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan

merasakan mati, namun kita masih

bergulat terus dengan kefanaan.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan

hati sahabat-sahabat tercintaku yang

mulai mati, saat tiada getar ketika

asma Allah disebut, saat tiada sesal

ketika kebaikan berlalu begitu sahaja,

saat tiada rasa takut padaNya ketika

maksiat dilakukan, dan tiada merasa

berdosa ketika menzalimi diri sendiri

dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untuk

jiwa yang masih memiliki cahaya

meskipun sedikit, jangan biarkan

cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan

cahaya itu hingga ia dapat menerangi

wajah-wajah di sekeliling, memberikan

keindahan Islam yang sesungguhnya

hanya dengan kekuatan dariNya "

Ya..Allah yang maha membolak-balikkan

hati, tetapkan hati ini pada agamaMU,

pada taat kepadaMu dan dakwah di

jalanMu "

Wallahualam bisshawab

Semoga dapat membangkitkan iman yang

sedang mati atau jalan di tempat,

berdiam diri tanpa ada sesuatu

amalanpun yang dapat dikerjakan.

Kembalikan semangat itu sahabat-

sahabat tercintaku.. ... Ada Allah dan

orang-orang beriman yang selalu

menemani di kala hati "lelah"....

“Wardah, Humaira’ bukan apa. Humaira’ tak nak Wardah menyesal di kemudian hari. Macam Humaira’ tak tau dalam hati Wardah ada siapa......” Tersentak hati Wardah bila teringatkan kata2 Humaira’ pada malam sebelum mereka pulang bercuti semester.

“Ya Allah Ya Halim, benarkah keputusan yang aku buat ni? Ya Allah, yakinkan aku dengan janji2 Mu. Yakinkan aku dengan Qada’ dan Qadar Mu. Tetapkanlah keputusan ku Ya Allah. Jangan Kau ragui aku dengan bisikan dusta dari syaitan2 yang sentiasa ingin menyesatkan kami. Tetapkanlah hati ku Ya Rahim. Hanya Kau yang bisa mendengar dan memperkenankan segala rasa hati ku..amin....”

“Jauhi aku dari terus mengingati dirinya........”

Terkadang..

Hatiku terfikir di mana ‘Zaujiku’,

Itulah ungkapan yang selalu bermain di benakku,


Terkadang..

Aku terfikir adakah dikau berada di sampingku,

Ataupun jauh berbatu..


Terkadang aku terfikir..

Mengapa diriku tak berpunya ketika semua rakanku di alun pasangan,

Diriku keseorangan tanpa berteman..

Tersedar aku dari lamunan,

Segala fikiran adalah panahan syaitan,

Ku kembali pada Al Quran dan As Sunnah,

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.


Namun,

Ku tahu..

Temanku adalah Allah,

Pencipta Cinta..

TanpaNya,

Kita tak kan bersatu..

TanpaNya,

Kita tak kan menunggu penuh setia..


Zaujiku,

Bersabarlah menanti hari,

Bekalkanlah dirimu dengan ilmu2 Allah,

Moga Islam menjadi Tiang keluarga kita,

Bekalkanlah dirimu dengan ilmu2 Allah,

Moga dirimu tetap teguh berjihad melawan nafsu,

Bekalkanlah dirimu dengan ilmu2 Allah,

Moga dikau tetap bermujahadah.

Namun, ku harapkan doa darimu jua,

Moga kita tetap bersatu.


Ku yakin,

Bila tiba masanya nanti,

Akan terbuku hijab antara kita,

Disitulah tempat kita meneruskan perjuangan Islam bersama2.


By : Wardatul Shauqah

Date : 14 March 2008

Bingkisan hati Wardah yang tercatat 3 Tahun yang lepas, di baca berulang kali.

“Ya Allah, mungkin sudah sampai dan termakbul apa yang aku doakan padaMu selama ini. Permudahkan aku ya Allah dalam menghadapi semua ini. Ikhlaskanlah diriku untuk belajar mencintai bakal suamiku kelak. Jauhkan ‘dia’ dari ingatanku. Esok rasminya aku bakal menjadi tunangan orang. Ikhlaskanlah aku Ya Allah......”

************************************************************

bersambung...

~Mini Novel " Apalah Daya Hati~




Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat2 alam maya sekalian..

entri kali ni saya nak promote mini novel Apalah Daya Hati yang boleh di dapati di http://www.asianfanfics.com/story/view/40508/apalah-daya-hati-reality dan juga boleh di dapati di FB Apalah Daya Hati . klik je kat situ, then keluar lah apa yang anda mahukan.. tidak memaksa pun sahabat2 alam maya untuk baca cuma kalau ada kelapangan masa dan want to try something new, boleh lah baca novel mini ni by Delisha Haseena. walaupun beliau masih muda di bidang penulisan dan beliau masih pelajar malah pelajar bidang agama, tapi itu tak menghalang beliau dari menghasilkan penulisan yang bagus! Ilmu tu pinjaman dari Allah, maka hendaklah kita sebaiknya menggunakannya ke arah kebaikan. selamat membaca hasil karya penulis muda, Apalah Daya Hati by Delisha Haseena. di bawah saya sertakan sekali sinopsis ringkas cerita ini.


Delisha Iman seorang wanita yang humble dan berpegang pada prinsip. Delisha Iman sering merindukan seorang mujahid pencinta ilmu yang bernama Faris Haikal. Kini wajah Faris Haikal sudah lagi tidak kelihatan beberapa tahun berlalu. Munculnya Iskandar Syah dalam hidup Delisha Iman sedikit sebanyak mengganggu jiwa seorang wanita. Anak dato' Halim yang sangat kaya dan diminati ramai itu, telah banyak menggoncangkan hati wanita2 di luar sana.

Siapakah yang bertakhta di hati Delisha Iman sesudah itu?

adakah dia masih mencintai pemuda yang dahulunya pernah meninggalkannya?

Faris Haikal? Iskandar Syah? Dua nama yang berbeza dan perwatakan yang berbeza pernah menambat hati seorang wanita bernama Delisha Iman...

Apalah Daya Hati menyingkap tirai mereka bertiga.......





Apalah Daya Hati

~Ketika Cinta Memanggil Part 2~



****************************************************************

“Wardah, betul ke Wardah nak terima pinangan keluarga kawan kak Qudwah tu?” Insyirah Humaira’ memulakan bicara memecahkan kesepian malam yang dingin.

“Wahai sahabatku, buah jantung hatiku,Wardah tekad, insyaAllah, Wardah terima pinangan mereka, tapi bukan kahwin dalam masa terdekat ni. Wardah nak habiskan degree dulu. Wardah pun punya cita2 tinggi. Nak bahagiakan abah dan ummi dan keluarga juga.....” Wardatul Shauqah meyakinkan sahabat karibnya.

Insyirah Humaira’, punya raut wajah yang cantik, tatkala dia melemparkan sebuah senyuman, ‘kumbang-kumbang’ yang lalu bakal jatuh deh terpikat dengan wajah lembut si dara pingitan. Punya raut wajah yang lembut, di tambah dengan lesung pipit di pipi kira bisa membuat si jejaka tidak keruan. Berpewatakan lemah lembut, tutur bicara yang tersusun membuat Wardatul Shauqah bertambah sayang pada empunya diri. Mereka telah bersahabat selama hampir 3 tahun lebih. Allah telah menemukan dua sahabat ini ketika mereka di matrik 3 tahun yang lepas. Perkenalan yang singkat ketika itu membuahkan hasil sehingga mereka bagaikan tidak boleh berpisah. Punya satu jiwa, punya satu hati. Bila salah seorang sakit, seorang jua bakal turut merasainya. Mungkin tempias lahir pada bulan yang sama. Begitulah kuatnya ukhwah mereka, sehinggakan ada juga sampai mencemburui persahabatan mereka. Walaupun Insyirah Humaira’ punya pakej yang menarik, namun dia bukan jenis yang suka melayan lelaki dan she is single but not available. Walau Humaira’ tidak bertudung labuh seperti Wardatul Shauqah, tapi itu tidak menjadi halangan bagi mereka untuk menjadi bertambah rapat... malah, tiada rahsia antara mereka, tika Humaira’ sedih, Wardah lah menjadi tempat dia meminjam bahu dan meluahkan segala-galanya, dan Wardah jua begitu. Kerana mereka merupakan symbol kekuatan antara satu sama lain.

“Wardah, Humaira’ bukan apa. Humaira’ tak nak Wardah menyesal di kemudian hari. Macam Humaira’ tak tau dalam hati Wardah ada siapa..walau apa2 pun, Humaira’ yakin, Wardah pandai bezakan mana yang baik, mana yang buruk. Kalau itu lah keputusan hitam putih Wardah, Humaira’ sokong je Wardah. Moga Allah bersamamu sayangku...amin...”

“Amin..dah2..jom2..dah lewat ni..jom, kata nak join Wardah pi masjid, dengar ceramah.. best tajuk dia Humaira’... ‘Di Mana kah Jodohmu dan Poligami, Haruskah?’ best...suka2...”

“memang sesuai lah tajuk tu dengan Wardah ni..hehe..jom2...Humaira’ memang suka pi masjid ni..”

“Alhamdulillah.ni lah buat Wardah bertambah sayang kat Humaira’ ni. Senang untuk diajak ke majlis ilmu....” tutur Wardatul Shauqah yang mengagumi sikap Insyirah Humaira’ yang mudah di ajak ke majlis ilmu dan insane yang sentiasa ingin memenuhi ilmu di dada.

Well.. see the friend lah.. Kawan sape kan..hehe...” Humaira’ membuat gaya tangan di dada mata ke atas ala2 rancangan Oh Yeah..

Gelak ketawa dan gurau senda mengiringi sepanjang perjalanan mereka ke masjid. Sambil2 itu mereka masih sempat selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad. Tidak mahu membazir merebut pahala kata mereka.

****************************************************************

“Wardah, betul keputusan Wardah nak bertunang je ni?” abah meminta kepastian.

“iya abah, Wardah dah fikir masak2 dan insyaAllah Wardah dah buat solat Istiharah, hati Wardah lebih senang kalau kami bertunang dahulu. Iya, memang benar, kata orang, tak berapa manis bertunang lama2, tapi takdir Allah, mana kita tahu kan. Kita doa banyak2 moga segalanya dipermudahkan Allah.lagipun, tak lama juga abah, Wardah ada lagi dua tahun nak tamat belajar. Dalam masa tempoh bertunang tu, boleh lah Wardah mantapkan ilmu di dada Wardah ni dulu, nanti2 bila dah kawin, senang sikit, tak perlu lah susahkan umi telefon2 umi nak minta resepi...hehehehe..”

“budak ni, sempat lagi berjenaka... em.. tak pela, kalau dah macam tu pilihan anak abah, abah sokong je mana yang baik.. umi nya dan kak long macam mana pulak? Ok?” abah mula mengalah dengan keputusan Wardah.

“Umi ikut je mana yang baik abah nya. Baik bagi abah dan Wardah, umi ikut je...haa kak long, jangan dok tarik2 muka masam pulak..kak long tak setuju ke?” Umi memandang pada Qudwah Nazifa yang sudah menarik muncung 14.

“Ala...tak merasa lah kak long nak cincin satu. Apa lah Wardah ni..hehee..It’s ok lah..Gurau je. Tak pe, kak long pun ikut mana yang baik. Wardah yang nak kawin, so dia tahu lah buat keputusan. Lagipun, adik kak long sorang ni kan “Ustazah”...Hehehee..”

“Eeeee..kak long ni!!!saje je tau!dah tau orang tak suka dengan panggilan tu, panggil juga. Gediks...alaaa..kalau kak long nak sangat cincin, kak long suruh jela Abang Atrash tu masuk minang, kan senang...untung2 Wardah nak juga satu..hehehee..”

“Amboi..banyak cikadak ko ye...ceiitt.....nah..amik nak....” Qudwah Nazifa menghadiahkan cubitan di lengan kiri Wardah. Menjerit kesakitan Wardah dengan cubitan berbisa Qudwah Nazifa.

“Dah2...dah besar2 panjang pun nak gaduh2 lagi...sabar jela bebudak dua ni.. Wardah, ni abah nak Tanya, memang Wardah xda sape2 di hati ke?Kalau ada, jangan rasa terbeban untuk terima pinangan ni. Bagitahu je kat kami...”

“erkk...em..insyaAllah...xda abah....” jawab Wardah menutup kegugupan hati.. Em.. tak ada?? Mungkin.. siapalah aku untuk dia kenangkan aku....

“Alhamdulillah.. bagus lah kalau macam tu. Nanti abah maklumkan pihak lelaki, bincang perkara ini dan tetapkan tarikh pertunangan kamu berdua..” ucap abah membuat keputusan muktamad.

“ok abah..Cuma satu je Wardah pinta dari abah, umi, kak long dan adik, supaya jangan time Wardah bertunang nanti, kalau boleh Wardah tak nak bakal tunang Wardah hadir bersama. Cukuplah keluarganya sahaja yang datang. Dan Wardah tak nak jumpa dia sehingga Wardah di ijab kabulkan dengan dia. Cukuplah selama tempoh pertunangan kami nanti, keluarga yang menjadi orang tengah antara kami, tambah2 Wardah boleh gunakan kak long sebagai kabel untuk kami berkomunikasi. Kan kak long kan..hehee..”

Mereka sekeluarga yang memahami prinsip Wardatul Shauqah bersetuju dengan permintaan empunya diri.

Bersambung....

blogger widgets