Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AhLaN wAsAhLan....sELamAt dAtAng kE prOfiLE aNa bAkAL jEnAzAh~

~jAgA diRi..jAgA imAn..jAgA hAti..jAgA kEsElurAhannya..^__^~


salam seindah seharum kasturi

moga ukhwah kita harum mekar mewangi hingga ke syurga
dielahmujahidah90. Powered by Blogger.
~Ketika Cinta Memanggil Part 2~



****************************************************************

“Wardah, betul ke Wardah nak terima pinangan keluarga kawan kak Qudwah tu?” Insyirah Humaira’ memulakan bicara memecahkan kesepian malam yang dingin.

“Wahai sahabatku, buah jantung hatiku,Wardah tekad, insyaAllah, Wardah terima pinangan mereka, tapi bukan kahwin dalam masa terdekat ni. Wardah nak habiskan degree dulu. Wardah pun punya cita2 tinggi. Nak bahagiakan abah dan ummi dan keluarga juga.....” Wardatul Shauqah meyakinkan sahabat karibnya.

Insyirah Humaira’, punya raut wajah yang cantik, tatkala dia melemparkan sebuah senyuman, ‘kumbang-kumbang’ yang lalu bakal jatuh deh terpikat dengan wajah lembut si dara pingitan. Punya raut wajah yang lembut, di tambah dengan lesung pipit di pipi kira bisa membuat si jejaka tidak keruan. Berpewatakan lemah lembut, tutur bicara yang tersusun membuat Wardatul Shauqah bertambah sayang pada empunya diri. Mereka telah bersahabat selama hampir 3 tahun lebih. Allah telah menemukan dua sahabat ini ketika mereka di matrik 3 tahun yang lepas. Perkenalan yang singkat ketika itu membuahkan hasil sehingga mereka bagaikan tidak boleh berpisah. Punya satu jiwa, punya satu hati. Bila salah seorang sakit, seorang jua bakal turut merasainya. Mungkin tempias lahir pada bulan yang sama. Begitulah kuatnya ukhwah mereka, sehinggakan ada juga sampai mencemburui persahabatan mereka. Walaupun Insyirah Humaira’ punya pakej yang menarik, namun dia bukan jenis yang suka melayan lelaki dan she is single but not available. Walau Humaira’ tidak bertudung labuh seperti Wardatul Shauqah, tapi itu tidak menjadi halangan bagi mereka untuk menjadi bertambah rapat... malah, tiada rahsia antara mereka, tika Humaira’ sedih, Wardah lah menjadi tempat dia meminjam bahu dan meluahkan segala-galanya, dan Wardah jua begitu. Kerana mereka merupakan symbol kekuatan antara satu sama lain.

“Wardah, Humaira’ bukan apa. Humaira’ tak nak Wardah menyesal di kemudian hari. Macam Humaira’ tak tau dalam hati Wardah ada siapa..walau apa2 pun, Humaira’ yakin, Wardah pandai bezakan mana yang baik, mana yang buruk. Kalau itu lah keputusan hitam putih Wardah, Humaira’ sokong je Wardah. Moga Allah bersamamu sayangku...amin...”

“Amin..dah2..jom2..dah lewat ni..jom, kata nak join Wardah pi masjid, dengar ceramah.. best tajuk dia Humaira’... ‘Di Mana kah Jodohmu dan Poligami, Haruskah?’ best...suka2...”

“memang sesuai lah tajuk tu dengan Wardah ni..hehe..jom2...Humaira’ memang suka pi masjid ni..”

“Alhamdulillah.ni lah buat Wardah bertambah sayang kat Humaira’ ni. Senang untuk diajak ke majlis ilmu....” tutur Wardatul Shauqah yang mengagumi sikap Insyirah Humaira’ yang mudah di ajak ke majlis ilmu dan insane yang sentiasa ingin memenuhi ilmu di dada.

Well.. see the friend lah.. Kawan sape kan..hehe...” Humaira’ membuat gaya tangan di dada mata ke atas ala2 rancangan Oh Yeah..

Gelak ketawa dan gurau senda mengiringi sepanjang perjalanan mereka ke masjid. Sambil2 itu mereka masih sempat selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad. Tidak mahu membazir merebut pahala kata mereka.

****************************************************************

“Wardah, betul keputusan Wardah nak bertunang je ni?” abah meminta kepastian.

“iya abah, Wardah dah fikir masak2 dan insyaAllah Wardah dah buat solat Istiharah, hati Wardah lebih senang kalau kami bertunang dahulu. Iya, memang benar, kata orang, tak berapa manis bertunang lama2, tapi takdir Allah, mana kita tahu kan. Kita doa banyak2 moga segalanya dipermudahkan Allah.lagipun, tak lama juga abah, Wardah ada lagi dua tahun nak tamat belajar. Dalam masa tempoh bertunang tu, boleh lah Wardah mantapkan ilmu di dada Wardah ni dulu, nanti2 bila dah kawin, senang sikit, tak perlu lah susahkan umi telefon2 umi nak minta resepi...hehehehe..”

“budak ni, sempat lagi berjenaka... em.. tak pela, kalau dah macam tu pilihan anak abah, abah sokong je mana yang baik.. umi nya dan kak long macam mana pulak? Ok?” abah mula mengalah dengan keputusan Wardah.

“Umi ikut je mana yang baik abah nya. Baik bagi abah dan Wardah, umi ikut je...haa kak long, jangan dok tarik2 muka masam pulak..kak long tak setuju ke?” Umi memandang pada Qudwah Nazifa yang sudah menarik muncung 14.

“Ala...tak merasa lah kak long nak cincin satu. Apa lah Wardah ni..hehee..It’s ok lah..Gurau je. Tak pe, kak long pun ikut mana yang baik. Wardah yang nak kawin, so dia tahu lah buat keputusan. Lagipun, adik kak long sorang ni kan “Ustazah”...Hehehee..”

“Eeeee..kak long ni!!!saje je tau!dah tau orang tak suka dengan panggilan tu, panggil juga. Gediks...alaaa..kalau kak long nak sangat cincin, kak long suruh jela Abang Atrash tu masuk minang, kan senang...untung2 Wardah nak juga satu..hehehee..”

“Amboi..banyak cikadak ko ye...ceiitt.....nah..amik nak....” Qudwah Nazifa menghadiahkan cubitan di lengan kiri Wardah. Menjerit kesakitan Wardah dengan cubitan berbisa Qudwah Nazifa.

“Dah2...dah besar2 panjang pun nak gaduh2 lagi...sabar jela bebudak dua ni.. Wardah, ni abah nak Tanya, memang Wardah xda sape2 di hati ke?Kalau ada, jangan rasa terbeban untuk terima pinangan ni. Bagitahu je kat kami...”

“erkk...em..insyaAllah...xda abah....” jawab Wardah menutup kegugupan hati.. Em.. tak ada?? Mungkin.. siapalah aku untuk dia kenangkan aku....

“Alhamdulillah.. bagus lah kalau macam tu. Nanti abah maklumkan pihak lelaki, bincang perkara ini dan tetapkan tarikh pertunangan kamu berdua..” ucap abah membuat keputusan muktamad.

“ok abah..Cuma satu je Wardah pinta dari abah, umi, kak long dan adik, supaya jangan time Wardah bertunang nanti, kalau boleh Wardah tak nak bakal tunang Wardah hadir bersama. Cukuplah keluarganya sahaja yang datang. Dan Wardah tak nak jumpa dia sehingga Wardah di ijab kabulkan dengan dia. Cukuplah selama tempoh pertunangan kami nanti, keluarga yang menjadi orang tengah antara kami, tambah2 Wardah boleh gunakan kak long sebagai kabel untuk kami berkomunikasi. Kan kak long kan..hehee..”

Mereka sekeluarga yang memahami prinsip Wardatul Shauqah bersetuju dengan permintaan empunya diri.

Bersambung....

2 comments:

Nazihah@Jiha said...

makin menarik ni.hehe :)

bagus cara Wardah tu,xnk berjumpa dgn bakal tunang terlebih dahulu..oh indahnya..:) *berperasaan sdh ni kak hehee part 3 bila??

sEindAh mAwAr bErdUri said...

hehehe...itu gediks namanya wardah tu..ngada2..ahaha..part 3 dah publish dah..baru siap td..jenguk2 lah..=)