Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~AhLaN wAsAhLan....sELamAt dAtAng kE prOfiLE aNa bAkAL jEnAzAh~

~jAgA diRi..jAgA imAn..jAgA hAti..jAgA kEsElurAhannya..^__^~


salam seindah seharum kasturi

moga ukhwah kita harum mekar mewangi hingga ke syurga
dielahmujahidah90. Powered by Blogger.
~Dia Takdirku~



Dalam orang lain sedang lena di hanyut mimpi selewat jam 3 pagi ini, tapi Insyirah Humaira’ masih segar-bugar bagaikan tiada tanda menunjukkannya perlu tidur. Lantas di beleknya kekasih hatinya yang dia bawa ia ke mana saja dia pergi. Dengan harapan, moga dia peroleh ketenangan. Bukankah masalah itu dating dari Allah dan dari Allah jua lah ada jalan penyelesaiannya. Dicubanya untuk menghafal isi-isi kandungan ‘kekasih hatinya’ itu. Namun dia tidak berjaya. Fikirannya jauh melayang. Lantas Humaira’ menutup ia kembali, dan diletakkan ia di tempat asalnya..

“Sabar ye sayang...selepas subuh nanti insyaAllah, akan ku cuba baca tafsir kau.....” ujar Humaira’ sambil mengusap-usap Tafsir Qurannya.

“Arghhh...Perkara apakah yang mengacau jiwaku ini sampaikan mataku masih tidak menunjukkan langsung tanda-tanda untuk ku tidur. Ya Allah. Adakah hati aku yang bermasalah..” rintih sekeping hati milik Insyirah Humaira’.

“Aku pasti..Saat ini mesti si dia sedang lena di ulit mimpi setelah penat dia berjuang di medan ilmu dan dakwah. Dan semestinya dia tidur awal untuk memudahkannya bermunajat kepada Allah di malam hari. Mungkin sudah menjadi rutin hariannya bangun qiam andai dia dikejutkan oleh Allah. Doaku jua buat dirinya supaya Allah sentiasa kejutkannya bangun qiam. Tapi aku? Masih setia memandang keindahan fatamorgana ini. Arghh... kalau aku seringkali begini, layakkah aku mahu setanding dengannya??? Layakkah aku ingin menjadi pendampingnya? Allah. Kerdilnya aku..” buat sekian kalinya Humaira’ bermonolog sendirian.

***************************************************************************

Dalam bersendirian, terimbau kenangan lama tiga tahun yang lepas.

“Insyirah Humaira’, betul kah enti nak tunggu ana ni??”,mesej dari Ahmad Shahran Firdaus di baca berulang kali.

“Shahran, InsyaAllah, ana sanggup tunggu.”, balas Insyirah Humaira’ muktamad..

“Humaira’, bagaimana kalau ditakdirkan kita tiada jodoh?? Ana khuatiri kelak hati enti akan terluka. Ana tak nak perkara itu terjadi pada enti...Masih banyak lagi perkara yang kita tak tahu dan perlu tahu untuk di bawa ke perkampungan akhirat kelak. Ana tak nak nanti salah seorang dari kita tergelincir dari landasan mujahadah dan dakwah kita ni”, balas Ahmad Shahran Firdaus memperjelaskan keadaan.

“Shahran, ketahuilah...InsyaAllah..sebelum ana terjun dan terlibat dengan soal hati dan perasaan ini ana dah persiapkan diri untuk segala kemungkinan. InsyaAllah, andai tiada jodoh antara kita kelak, ana redha dan hati ana tak kan terluka kerana ana yakin dengan janji Allah. Kerana janji Allah itu pasti...” Humaira’ cuba meyakinkan Shahran.

“Tapi enti, ini soal hati dan perasaan. Bukan semudah kita menukar pakaian. Tambahan pula, enti seorang perempuan, punya sekeping hati yang lembut, cepat tersentuh. Lagi pula, ini soal jodoh, sukar untuk dijanjikan apa yang bakal terjadi..” Shahran cuba untuk menduga hati Humaira’

“Ya enta, ana cukup faham semua itu. Dan ana pun tahu, tak semestinya bila mana kita dah buat solat istikharah, jawapan terus kita dapat. Tapi cumanya ana nak bagitahu, hati ana setenang air di lautan nil bila ana sedia untuk menunggu enta. InsyaAllah, sehingga masa yang sesuai tiba, ana jua mengharapkan doa dari enta supaya ana tetap di jalan Allah…” Humaira’ cuba mempertahankan pendiriannya.

“Baiklah..Kalau itu keputusan enti.. Ana hormat. Dan jauh di sudut hati, ana yakin dengan hati enti. Dan ingatlah Humaira’, andai telah di takdirkan dan tertulis di luh mahfuz yang ana milik enti dan enti milik ana, insyaAllah, kita akan dipertemukan. Sehingga itu, jaga diri, jaga iman, jaga hati dan jaga keseluruhannya.....Assalamualaikum....” , Shahran menghentikan bicara mesej.

“InsyaAllah.. Doakan yang terbaik. Dan selamat memperjuangkan “Isteri Pertama” enta..dan pesanan dari ana juga, andai dipertengahan jalan kehidupan kita, Shahran berjumpa dengan seseorang yang jauh lebih baik dari ana dan enta suka padanya, katakanlah saja pada ana dan ana rela mengundurkan diri..enta juga jaga keseluruhan.. waalaikumussalam...”, pesanan terakhir Insyirah Humaira’ pada malam itu.

*************************************************************************

Kini hampir tiga tahun mereka tidak saling berhubung. Apatah lagi untuk bersua muka, memang tak kan pernah kami lakukan hinggap kami menjadi halal antara satu sama lain. Kadang-kadang terfikir aku, wujudkan jua cinta seperti yang aku alami ini? Tak pernah bersua, tak pernah berbicara, jarang berhubung.. arghh..kadang-kadang Humaira’ jua hampir-hampir tersungkur di pertengahan perjalanan apabila dia di uji dengan lelaki-lelaki yang ingin menagih cinta dariku. Namun, Alhamdulillah, satu persatu berjaya ditepis godaan cinta dari lelaki-lelaki di luar sana. Mungkin jua berkat dari doa si dia? Kadang-kadang hati disapa rindu kepadanya. Namun cepat-cepat ditepis malai rindu itu. Baginya, dia tak nak apa yang dia perjuangkan selama ini menjadi sia-sia. Humaira’ ingin kuat melawan nafsu. Humaira’ ingin menjadi muslimah tegar yang tak kan lemah dalam godaan dunia fana ini. Namun, ketahuilah, walau sekuat mana pun dia, dia tak dapat lari dari hakikat bahawa Shahran sentiasa di hatiku. Arghhh..hampir jauh dia dari lamunan duniawi....

Mirmo..mirmo..mirmo zibangg...

“aishh...sapelah bagi mesej pagi-pagi buta ni. Barangkali adik-adik usrah atau sahabat-sahabat bagi mesej untuk kejutkan bangun qiam.....”, Humaira’ cuba menduga..

1 message is received...

“Rindu sayang... Tidur elok-elok ye....jangan lupa bangun qiam.. ”

Sender;

Shahran

Allah....hampir nak tercampak handset Sony Ericson nya..

“Sayang???mungkin tersalah hantar kot mamat ni..perlu kah aku membalasnya?Ya Allah...sedihnya hati...dah ada orang lain ke dia ni..patutlah tiada langsung khabar berita darinya. Patutlah dulu seolah2 dia mahu buang aku dari hidupnya. Ya Allah, sudah tiba masa rupanya Kau timpakan ujian itu padaku. Bantulah aku Ya Allah, moga aku kuat menempuh ujianMu ini. Ya Allah..bantulah aku..Redhakanlah aku dengan setiap kejadianMu ini..amin...” , monolog Humaira’

“haaa...baik aku mesej Qaisy Laila, Tanya pendapat dia. Rasanya dia dah bangun qiam ni......”

“Assalamualaikum wahai tuan puteri si cantik manis...dah bangun ke??,” Humaira’ memulakan bicara.

“Waalaikumussalam. Sudah tuan puteri yang indah rupawan. Nak pi ambil wuduk jap lagi..iya? Kenapa ni? Mesti ada hal ni, kalau tak, cik Humaira’ kita ni tak kan bagi mesej macam ni, biasanya tazkirah qiam lain yang Humaira’ bagi...”, Qaisy cuba meneka tujuan Humaira’ mesej sebegitu rupa..

“Alamak..dapat agak ye..hehe..Qaisy ni memang kawan baik Humaira’ lah, dah memahami isi hati ana..hehe...Ana tak tidur pun..tak dapat nak tidur..emm..”

“ala, Qaisy kenal Humaira’ ni dah hampir 3 tahun lebih, of course lah ana kenal Humaira’ ni macam mana..hehe..ok..straight to the point..insyaAllah, kalau ana boleh tolong, ana tolong....”

“ok Qaisy..ni buat ana bertambah sayang kat Qaisy ni!!heee...em...tadi tetiba ana dapat mesej dari Shahran...mesejnya dia tulis..”rindu sayang... Tidur elok-elok ye....jangan lupa bangun qiam..”..rasa macam dia salah hantar mesej. So, apa pendapat Qaisy??perlu ke ana balas mesej dia??emmmm...”

“Allah.. mesti hati enti resah gelisah kan.. bawa banyak bersabar ye..em..ana nasihatkan, cuba lah balas, mana tahu, mungkin memang betul mesej tu untuk enti.. husnuzon ye sayang. Enti kan selalu ajar ana supaya selalu husnuzon dengan Allah dan manusia...cuba lah..belum cuba belum tahu.. dan ana yakin, enti dah buat persiapan dari segi minda dan hati dah kan?? Humaira’ yang ana kenal ni kan kuat dan tabah orangnya....=) ..”

“Allah..jangan enti..enti terlalu sanjung ana..ana ni pun manusia biasa..punya hati dan perasaan..insyaAllah..ana cuba ya..nanti apa-apa hal ana beritahu enti..ok..sori ganggu..ok..selamat qiam. Ana nak berzikir dan jenguk-jenguk tafsir ana sekejap sebab ana dah janji dengan dia nak sentuh dia subuh nanti. Nanti merajuk pula dia.ok..Jaga keseluruhannya. Assalamualaikum....”

“orait sayang....beres...be strong ok...apa-apa hal, mesej ana..Ok..waalaikumussalam..”

********

Laju saja Humaira’ menaip keypad handsetnya.

“Rindu sayang... Tidur elok-elok ye....jangan lupa bangun qiam..? Maaf.. enta salah hantar mesej ya??=) ..” Humaira’ nekad memulakan bicara.

“Eh, tak adalah. Memang bagi kat enti tu...” Shahran meyakinkan Humaira’.

“Apa? Allah.. Biar betul bagi kat aku?? Mimpi ke mamat ni? Kalau lah betul memang bagi kat aku, Ya Allah, gembiranya aku bukan kepalang...Alhamdulillah, segala-gala puji hanya bagiMu.. Ternyata dia masih tak lupakan aku. Sabar-sabar Humaira’, jangan mudah membuat kesimpulan.” Humaira’ cuba memujuk hatinya.

“Oh I see. Emm.. Ingat enta salah bagi mesej dan mesej di bawah minda sedar tadi....ok..InsyaAllah.. Syukran atas ingatan tu..nak bangun dah lah ni..” Humaira’ cuba menutup kegugupan hati..

“=) .. Tak da lah. InsyaAllah, Masih waras lagi ni. Alhamdulillah.. Bagus.. ok lah Kalau macam tu.. Selamat qiam.. esok-esok, jangan lewat-lewat tidur pula ye. Tak elok tidur Lewat. Ok lah.. Jaga keseluruhannya..Assalamualaikum..” seperti biasa, shahran pantas menamatkan perbualan..

“Erk.. Mana tahu ni ana selalu tidur lewat ni. Ok. InsyaAllah.. Ana cuba.. Enta juga... Selamat qiam dan jaga keseluruhannya..Waalaikumussalam...”

Jauh di sudut hati Humaira’, dia agak terkilan kerana belum pun sempat untuk dia bertanya lebih lanjut perihal perkembangan Shahran terkini, tapi dengan pantas Shahran menamatkan bicara mesej mereka. Pun begitu, sikap tegas Shahran ini lah membuatkan Humaira’ kagum dengannya. Dia bijak tangani keadaan, dia pandai kuasai situasi, bila mana dia diperlukan, dia hadir untuk seketika, dan akan pergi bila dirasakan kehadirannya tidak diperlukan. Dia jua bijak menepis setiap rintihan manja dari muslimah-muslimah di luar. Kerana yakin dengan sifat pejuang agama yang ada pada Shahran yang membuatkan Humaira’ sanggup menunggunya walau bertahun lamanya. Kerana janji Allah itu pasti.

“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.”
Surah An Nur, Ayat 26

*********************************************************************************

“See, kan ana dah cakap. Memang mesej untuk enti. Nasib baik enti balas mesej dia, kalau tak, selamanya lah da orang makan hati bergulaikan hempedu..hehe..” gelak Qaisy Laila..

“Eeeee Qaisy ni..ngada betul....”

“huhu..ada orang malu beb...merah dah muka..Semerah namanya humaira’..Enti ni makin marah, makin comel lah..tapi comel ana lagi..hehehehehe...”

“Amboi-amboi..Masuk bakul angkat sendiri mampak..”

“Asamboi tak da jual kat sini..hehe....”

“uit!!!ngada!..memain kamu ya..jaga lah....”

Berlaku lah aksi kejar mengejar antara dua sahabat. Humaira’ nekad untuk memberi cubitan berbisanya di peha Qaisy...

“jagalah qaisy!!ana kejar sampai dapat...”

“kejarlah!!tak takut pun..hehe”

********************************************************************************

“Apa yang bakal terjadi untuk keesokkan harinya? Pelbagai tanda persoalan penuh bermain di fikiran. Apa-apa pun aku sentiasa berdoa moga hari ini lebih baik dari hari semalam. Rindu semalam telah terlerai. Doaku pada Sang Pencipta Cinta, Ya Allah, leraikanlah rinduku padanya sehingga hijab terbuku antara kami. Jaga lah dia ya Allah sebagaimana Engkau jaga aku ya Allah.. doaku andai benar dia jodohku, peliharalah kami dan tetapkanlah kami di jalanMu sehingga tiba masanya yang Engkau tetapkan untuk dia dan aku bersatu di jalanMu. Jadikan kami sebagai pejuang agamaMu yang tak pernah bosan berjuang di jalanMu. Jadikan kami antara insane-insan terpilih untuk melamar redhaMu. Ya Allah, andai ditakdirkan dia bukan milikku dan aku bukan miliknya, tetapkanlah iman kami, teguhkan iman kami, dan redhakan kami atas suratan takdir ini. Jauhkan hati kami dari sering merindui antara satu sama lain. Apa-apa pun yang Engkau takdirkan untuk aku dan dia, aku redha atas suratanMu. Moga hari esok lebih baik dari semalam..amin..” rintih hati Insyirah Humaira di malam hari meminta kepada Sang Pencipta Cinta.

**************************************************************************

Malai rinduku mreintih kecintaan..

Duduk termenung hanya bingung kerinduan...

Walaupun jauh dari nyata kasih dan sayang..

Telah lama ku satukan semua kasihku dalam gemala...

Ke laut jawi kan ku kirimkan sana..

Duhai Kasih hijabMu..

Di sini masyhur rupaMu ..

Di mata qalbi ini berbaringan di usik rindu azali..

Di manakah Kekasih yang jauh dariku..

Memakan debu rinduMu..

Segenap nafasku melihat renunganmu

Wangi dan harum..

Kau Kekasih antara lamunan...

Segala kalimahku ini siapa yang mengerti..

Menghilang tahun kutahan dahaga..

Setelah habis madah untuk sang puteri..

Pautan kasih kukenal sendiri..

Teringin ku melihat sebalik hijabMu...

Wajah yang ku puja..

Kekasih..

Lama sudah aku merindu..

Larut nan denai..

Larat nan damai...

Haram kelamin..

Untuk kita bercerai rasa kasih dan sayang dalam keredhaanMu....

~Hijab Kekasih~

“...kalau setiap saat enti ingatkan Allah dan setiap saat itu juga ana teringatkan Allah..bermakna pada waktu itu kita menjadi satu kerana mencintaiNya yang satu. Di situlah selayaknya hati kita bersatu......”

“Assalamualaikum.. Terima kasih Insyirah Humaira’ binti Abd Hakim kerana sudi menunggu ana selama tiga tahun tanpa sebarang khabar sekalipun yang ana titipkan buat enti. Alhamdulillah. Keyakinan ana pada enti tak sia-sia. Rasanya sudah sampai masanya ana menyunting bunga di taman larangan ini. Kiranya sudi tuan puteri ini menerima risikan tuan hamba yang dhaif ini. Kiranya sudi lah andai mujahidah solehah ini menjadi pendamping ana dan menjadi sayap kiri perjuangan ana. Moga mujahidah pemburu syahidah ini sudi bersama-sama ana di jalan dakwah ini bagi menggapai redha Allah dan memperjuangkan agama Allah. InsyaAllah buat pertama kalinya, dengan izin Allah dan jua keluarga tuan puteri, ambe akan bertandang ke rumah tuan puteri bagi menyunting bunga di taman larangan ini dua hari lagi..Mohon kiranya berbesar hati andai lamaran ana diterima. Segala-gala puji hanya bagi Allah..Sekian..yang sentiasa mengasihi dari jauh.....Ahmad Shahran Firdaus bin Iskandar...”

Emel dari Shahran, dibacanya berulang kali. Seakan-akan tidak mempercayai apa yang dibacnya tadi.

“ Benarkah apa yang aku baca ini?? Ini bukan ilusi. Ya Allah...Alhamdulillah...segala-gala puji hanya bagimu Ya Allah.. Ya Rahman, Engkau berkatilah perjalanan hidup kami.. jadikanlah kami sebagai mujahid dan mujahidah yang tak pernah takut untuk berjuang menegakkan agamaMu…” Segera Humaira’ mengambil wuduk dan mengerjakan solat sunat syukur dan bermunajat kepada Allah...

Seusai solat, Insyirah berdoa dan memanjatkan sejuta kesyukuran kepada Tuhan sekalian Alam..

“BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…. Ya Haiyyu Ya Qayyum

Di malam yang dingin ini,aku ingin mengadu kepadaMu,

Sesungguhnya kepada siapa lagi igin aku luahkan perasaan ini selain Engkau yang Maha memiliki jiwa ini.

Sesungguhnya tidaklah terhitung syukurku kepadaMu dengan nikmat yang melimpah ruah yang Engkau berikan. Alhamdulillah, walau pahit jalan liku yang perlu ku tempuhi, Aku bersyukur dijadikan sebagai seorang wanita yang padanya punyai keindahan dan kelembutan .

Namun, Ya Khaliq, aku akui, menjaga nikmat wanita ini amatlah berat bagiku.Sesungguhnya tiadalah daya aku melainkan dengan Rahmatmu. Hanya Engkau satu-satunya menjadi pendorong semangatku.

Hanya Engkau juga satu-satu yang tak pernah meninggalkan ku dan sentiasa membisikkan semangatMu ke dalam diriku.

Ya Rabb

Ku akui jua, jauh di sudut hatiku, Amatlah berat bagiku untuk memikul beban perintahmu.

Dalam orang lain ber’seronok’ menggayakan pelbagai jenis fesyen terkini yang mendatangkan murkaMu, Aku pula 'terpaksa' melabuhkan tudungku.

Dalam orang lain begitu megah dan bangga “menayangkan” perhiasan tubuh mereka kepada kaum Adam, tapi Aku 'terpaksa' memakai baju yang menyembunyikan perhiasan tubuh badanku sehinggakan ada yang menggelar aku “hantu bungkus” dan mengatakan aku “kuno’’.

Dan saat orang lain lena dihanyut arus kehidupan dunia, asyik bergurau senda, bertepuk tampar, bersentuhan dengan bukan muhrim, bagaikan sudah tiada “maruah” diri lagi, tapi Aku pula 'terpaksa' menjaga hubunganku dengan lelaki yang bukan muhrim dari segi percakapan dan tingkahlaku ku sehinggakan ada yang me’label’ aku sebagai seorang perempuan yang sombong, dan tak kurang hebat juga ada yang cuba bertanding merebut hatiku siapa yang berjaya mencuri hatiku, akan diberi ganjaran yang lumayan. Peritnya kala itu. Hanya Engkau saja yang mengetahui apa yang aku rasakan.

Ya Rahman,

Maafkan aku. Jujur aku katakan, Sesungguhnya,aku berasa sungguh asing sekali apabila aku menjalankan perintahmu. Mereka mencemuh aku dan memandang rendah kepadaku. Mereka mempersendakan aku. Mereka kata aku kuno, ketinggalan zaman, wanita kampong, mereka jua kata aku berlagak bagus. Ya Allah. Sedihnya aku. Kata-kata mereka ibarat kilat menembus hatiku. KepadaMu sentiasa aku sandarkan tangisan. Aku menangis, menangis dan terus menangis sehingga tiada berair mata lagi. Dan, tiba-tiba satu malam itu, dengan tidak semena-mena au berhenti menangis. Engkau membisikkan padaku. Lalu,aku teringatkan pesanMu:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” Surah As Saff; Ayat 4.

Jika kita bantu agama Allah, nescaya Allah akan membantu kita.

“Akan tiba suatu masa pada manusia, dimana orang yang bersabar di antara mereka dalam memegang agamanya, ibarat orang yang menggenggam bara api." (Hr. at-Tirmidzi)”

Aku menangis setiapkali mengenangkan peristiwa ini. Lantas, dari saat itu, aku berjanji, aku akn cuba menjadi kuat, aku akan cuba bermujahadah, kerana saat itu aku sedar bahawa apa yang aku harapkan adalah hanyalah Cinta AgungMu semata-mata dan moga aku bertemu dengan kekasih hati kita, Rasulullah dalam keadaan aku menjadi di antara ummatnya yang taat di syurgamu yang penuh dengan nikmat. Mulai hari itu, aku bangkit, mencuba menjadi mujahidah pemburu syahidah.

Ya Rahim,

Alhamdulillah. Atas berkat kesabaran aku dan keyakinan aku terhadap janjiMu padaku, akhinya Kau memberikan hadiah teristimewa buatku sehingga kan aku rasa aku tidak layak untuk menerimanya. Kau hadiahkan insan yang ku kira hebat segala segi walau ada jua kekurangannya. Kau hadiahkan pejuang agamaMu untuk membimbing aku dan menjadi pelengkap hidupku dan melengkapkan separuh dari agamaku. Terima kasih ya Allah kerana Kau tak pernah hampakan hambaMu. Rasa tak layak diri ini untuk meminta lebih-lebih dariMu memandangkan telah banyak yang Kau hadiahkan buatku, namun, satu doa ku, moga Kau sentiasa meredhai kami dan jua pasangan-pasangan lain. Moga kami mati dalam iman dan agamaMu. Ya Allah, sesungguhnya banyak yang ingin aku minta dariMu, tapi aku bukan lah pandai berkata-kata. Lagipun, ku tahu, Kau lebih maha mengetahui apa yang tersirat di hati ku dan apa yang terbaik buatku. Segala-galanya aku telah serahkan kepada Kau kerana aku yakin dengan janji-janji Mu. Tetapkan kami sentiasa dalam redhaMu. Amin…”

Moga hari esok lebih baik dari hari semalam.

**********************************************************************************

6 comments:

Ad-Dien said...

Dah baca td..tp lmbat nak komen...sbb xtau nak komen ape..pendek kata, memang boleh jd novelis lah..teruskan menulis yer

Konspirasi Dunia- Tree of Life(WADi)

sEindAh mAwAr bErdUri said...

dien...em..xda lah..banyak lagi kurang tu..nak edit lagi tu kot sebab masa buat ni kepala xbetul sikit..pening2..so..banyak lagi tunggang langgang dan idea xberapa nak ada...iya..insyaAllah, din juga...

Heryani Shariff said...

Begitu tersentuh hatiku tatkala kubaca kisah ini. Ianya seperti membaca kisah hidupku....mungkin....mungkin ya mungkin tidak...

sEindAh mAwAr bErdUri said...

Yani...dush...terkena ye..hehee..well..kisah hidup u n i kan lebih kurang je..hehe..lagipun, kebiasaan kalau kak dilah buat cerpen atau puisi kan lebih suka berdasarkan pengalaman sendiri dan sahabat2...hehee

Ad-Dien said...

pengalaman sendiri yer..wahhwahhh..bahaye ni..hahaha

Amalan Kita Diterima @ Tidak??

sEindAh mAwAr bErdUri said...

din..ish2...xda lah...realitinya, mungkin ada yang pernah alami situasi ni, saya cuma cuba bawa ke dalam situasi tu.feel seolah2 kita yang alami nya...tapi orang kata, dunia realiti tak seindah mimpi n fantasi kan...wallahualam