***************************************************************
Jam menunjukkan pukul 2.30 petang. Masih berbaki sejam lebih sebelum Asar menjelma. Wardah baru sahaja tiba di biliknya selepas menghadiri meeting bersama ahli-ahli Exco Dakwah dan Tarbiyah kolej kediamannya. Kelihatan Wardah mundar-mandir di dalam biliknya. Sesekali dia melihat jam di telefon bimbitnya. Lalu di dail nya nombor Humaira’. Tapi malangnya, setelah banyak kali di dail, suara perempuan lunak yang fasih berbahasa Inggeris yang menyambut di hujung talian.
“This is the voice mail box for the number 0139997506 and leave the message after the tone...beeeeepppp......”
“Allah...mana kamu ni Humaira’. Ni mesti kes bateri low ni. Tu lah, suruh beli bateri baru, tak nak. Aisshh.. kamu pi mana ni Humaira’. Dah lah dia tak sihat. Demam. Tadi katanya nak orang temankan dia pi klinik. Ish humaira’ ni.. mana kamu..buat risau je...” monolog Wardah. Hatinya risau, hanya Allah saja yang tahu.
Setelah penat menunggu, akhirnya Wardah membuka laptop dan menjenguk Facebooknya yang dah hampir seminggu lebih tak di buka. Sibuk katanya. Dia mahu meng’update status dan pages yang dia dan sahabat2nya yang diberi amanah untuk menjadi admin.
“Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, “Setiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang menutup dari melihat sesuatu yang haram, mata yang berjalan malam dalam jihad pada jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata sekali pun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.” (H.R Abu Naim)” .. menjadi status Fb nya, mudah2han ia menjadi peringatan bersama.
“Orait. Dah selesai. Em.. nak tengok friend pulak. Ramainya yang add. Em.. Pengemis Cinta Ilahi...mutual friend Humaira’, Asiah, Madihah, Nadhiah, Lilo, Irham...eh..ramainya mutual friend dengan budak matrik aku.. budak matrik aku barangkali.. view profile jap.. oh, amik medic, kat mana ya..tak tulis pula.. eh.. ada komen2 dengan Irham. Kawan matrik ni. Approve je lah......” Wardah bercakap sendirian. Bermacam2 gaya yang dia lakukan, seolah2 ada orang yang bercakap dengannya. Dia teliti satu persatu friend, sebelum dia approve. Ambil langkah berjaga2 katanya. Kemudian, seperti biasa, dia akan menjenguk2 page Fb sahabat2 nya. Menghilangkan rindu dan mengikuti perkembangan semasa mereka. Memang kebiasaannya Wardah lebih suka memerhati dari jauh. Walau dia diam dan seolah2 kelihatan tidak ambil peduli dengan apa yang terjadi dalam hidup sahabatnya, tapi itu tidak bermakna dia tidak mengambil berat. Dia Cuma lebih suka memerhati dan bertindak mengikut kesesuaian keadaan. Dia akan hadir bila mana dia rasa memang benar2 dia diperlukan. Itulah bezanya Wardah dari sahabat2nya yang lain, sentiasa prihatin dengan masalah hidup sahabatnya, dan kerana ini lah dia punyai sahabat yang ramai dan ramai mengasihinya. Lalu, satu persatu diterjahnya Fb rakan-rakannya.
Madihah Shauqah
“Jangan sekali kali kita beranggapan orang yang buruk akhlaknya, akan pergi menemui Allah dalam keadaan hina. Berasangka baiklah kita. Sesungguhnya kemuliaan dan kehinaan bukanlah hak kita untuk menentukannya.org yg hina tp pulang kepadaNYA dlm keadaan suci lbh mulia drpada org yg mulia tp pergi kepadaNYA dlm keadaan hina..”
Wardatul Shauqah : salam kembar..hehee.. like that status!very2 like..heee..good point di situ. Punya makna tersirat. Semua manusia ada hak untuk berubah, jangan kita terlebih melulu menjatuhkan hukuman ke atas seseorang dan jangan kita mengambil alih tugas Allah dengan menjatuhkan hukuman. insyaAllah, mari kita sama-sama teruskan husnuzon dan moga budak kecik ni sentiasa kuat dalam mengharungi mehnah perjuangan. Amin.
Akhirnya, Wardah singgah di Fb Balqis. Sudah lama dia memerhati setiap status Balqis. Dari setiap apa yang di post kan oleh Balqis, dia dapat merasai ada kesayuan di hatinya sahabatnya itu. Mungkin sudah tiba masanya dia bertindak. Di lihatnya Balqis sedang aktif di FB lantas Wardah menegur Balqis melalui PM.
“Assalamualaikum. Balqis sihat? Buat apa tu? Emm.. Balqis..kenapa Wardah tengok sejak dua menjak ni status fb Balqis macam menunjukkan Balqis tengah berduka cita??are u ok my dear?? lama dah nak tanya, tapi tak kesampaian..heee...” Wardah memulakan bicara.
“Wasalam.Wardah kwn yg prihatin.. :')..” segera Balqis menjawab.
“ Wardah selalu tgk2 wall Balqis..penuh dengan status2 yang menyentuh hati dan syahdu..Balqis kena kuat...”
“Balqis tak kuat mane pun.. kkdg blakon2 kuat jek.. :')..”
“hal apakah yang mengganggu dirimu wahai sahabatku?? ada yang boleh kiranya sahabatmu di sini membantumu? pe2 pn, Balqis kena kuat.. jangan terlalu mengikut perasaan.. insyaAllah..Allah dengar rintihan.....bersabarlah....”
“hal yg tak pntg mane pun.. tp kkdg bila melibatkn soal prasaan, ianya sedikit mengganggu.. Balqis tak tahu smpai bila Balqis mmpu bersabar.. stiap ujian yg diberi, amat mnduga jiwa.. Balqis hanya insan biasa.. Balqis lemah.. banyak dugaan yg Balqis terima.. kekadang Balqis kuat, kekadang Balqis lemah.. tapi sekarang, Balqis lemah sangat.. Balqis buntu sebab Balqis tak tahu ape yang patut Balqis lakukan.. Balqis hanya mampu berdoa supaya Tuhan memberikan Balqis petunjuk....”
“La tahzan ya habibah.biasalah tu..nama pn manusia..ada naik, ada turunnya..kadang2 hari ni kita rasa kuat, esok kita lemah..siapa yang tahu kan..Wardah pun macam tu juga..pe2 pun, Balqis kena juga tabahkan hati. orang kata, orang lain tak dapat bantu kita kalau kita sendiri tak ada usaha untuk bantu diri sendiri. Wardah hanya mampu berdoa utk Balqis dan tolong nasihat atau beri kekuatan semangat mana yang Wardah mampu..selebihnya terserah pada Balqis bagaimana nak hadapinya.. kalau buntu...Allah lah jawapannya..kerana masalah itu datang dari Allah, dan pada Allah lah jua jalan penyelesaiannya..sabar ye..insyaAllah..lama2 nmpk jalan keluarnya..amin....”
“InsyaAllah.doakn supaya Balqis dbri petunjuk olehNya.. trima kaseh Wardah.. Balqis yakin jnji Allah itu pasti.. dan Balqis yakin, Allah pasti menjanjikan yg terbaik untuk setiap hambanya.. tapi bgaimana jika Balqis gagal dlm ujianNya..??..”
“InsyaAllah sayangku..doa Wardah sentiasa mengiringi setiap langkah perjuangan sahabat2 Wardah..insyaAllah..Allah tu tak kejam Balqis..Wardah yakin , Balqis pun mesti selalu dengar kata2 bahawa Allah xkan menguji hambaNya melainkan hambaNya mampu mengatasinya.so. insyaAllah..Balqis tak akan gagal. kalau gagal pun, bukan beerti Balqis terus gagal selamanya kerna itu tndanya Allah mahu kita berusaha lebih lagi.. ingatlah wahai sahabatku, jangan takut andai Balqis gagal kerana kegagalan itu merupakan sebuah kejayaan yang di tangguhkan.. kadang2, xsemua ujian yang Allah timpakan pada kita, terus kita berjaya hadapinya..tidak..banyak step kan yang kita perlu lalui, baru lah akhirnya kemanisan yang kita kecapi.. sama juga lah mcm kita exam.. kena berusaha dulu, baru lah result ok..kalau setakat main2, memang tipis lah harapan nak dapat result ok kan..pe2 pn, jangan di asyik fikir kan gagalkah kita, berjaya kah kita? pe yang perlu, usaha ke arah kebaikan..usaha utk setelkan masalah tu..usaha utk cr jalan.. insyaAllah..lama2, Allah hadirkan dan hadiahkan yang terbaik utkmu..amin.. ‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu itu, padahal sebenarnya ia teramat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, walhal ia sebenarnya tidak elok bagimu, Allah mengetahui segala sesuatu, sedangkan kamu tidak mengetahui sesuatu apa pun (yang baik, mahu pun yang tidak elok untuk dirimu).’ (Surah Al Baqarah: 216)..wallahualam..”
“amin... sayu sangat rasa di hati..”.
“amin..em..aah..kadang2 rasa macam, kenapa lah aku je di timpa masalah ni...awat bukan kat orang lain..ahakz..astaghfirullah..itu namanya seolah2 nak menyalahkan tkdir tu..pe2 pn...carilah hikmah di atas setiap kejadian..cthnya..Wardah hari seminggu yang lepas masa Wardah online FB, Allah tegur saya.. Allah uji Wardah..dengan datangkan seorang mamat ni, ‘dush’ hujah Wardah.. and katanya nak saman Wardah, sebab Wardah keluarkan kata2 kononnya bakal membuatkan dia dan kwn2nya malu n dia kata i have no brains sebab Wardah keluarkan penyataan tu.. tapi Wardah tahu, ni cara Allah uji Wardah..Wardah cuba bersabar.. sebab Wardah yakin ada hikmahnya.. selagi mana Wardah yakin Wardah berada di jalan yang benar, kenapa perlu Wardah takut kan??pedulikan je apa yang depa nak ckp...childish..huhu...”
“InsyaAllah. Wardah seorang kawan yang sangat memahami. Alangkah seronoknya kalau Balqis jua punya semangat seperti Wardah. Mesti Balqis tak akan rasa sekecewa ini. Balqis dapat lihat Wardah seorang yang open minded, insyaAllah, ada masa yang sesuai nanti, Balqis bagitahu Wardah. Buat masa sekarang ni, Balqis nak rehatkan minda Balqis yang tengah serabut ni.. terima kasih Wardah...”
“Sahabatku, usah berkata begitu, jangan terlalu menyanjungi diri Wardah ni. Tiada apa yang istimewa pada diri Wardah. Balqis, diri mu yang istimewa. Di sebalik tubuhnya yang lemah ini, sebenarnya tersembunyi semangat juang yang kuat, mungkin Balqis tak sedar bahawa istimewanya Balqis, tapi Wardah dapat rasa semangat juang yang berkobar-kobar datangnya dari diri Balqis. “aku hanya wanita biasa.. yang punya hati dan perasaan.. walau di luaran nampak kuat, tpi aku tetap wanita biasa yang di ciptakan punya hati yang lembut.. tidak ada manusia yang sempurna di cipta. qalbi ku sakit ya Allah. bantulah Qalbi ku untuk kembali sihat sedia kala. simbahlah QALBI mu sentiasa dengan zikirullah. dekatilah qalbi mu dgn Allah. kerana di situ kamu akan berjumpa penawar yang tiada tolok bandingnya. Ya Allah, dengarlah, bantulah dan perkenankan doa kami Ya Allah. Bantu kami agar kami bisa bermadu kasih denganMu semula tanpa ada ragu di hati....” sahabatku.. dariNya datang masalah, dan kepadaNya jualah ada jalan penyelesaiannya. Memang fitrah semulajadi manusia, walau kita pergi jauh mana sekalipun, kita akan tempat kembali ke ‘tempat’ asal.. kuatkan dirimu..kuatkan imanmu..kuatkan semangat..insyaAllah, DIA tak akan pernah meninggalkan mu..tak akan pernah!teruskan tetapkan keyakinanmu padaNya. insyaAllah, sinar kebahagiaan akan menyusul kelak..amin..”
“Speechless.. =) ,. Amin Ya Rabb.. terima kasih banyak2 Wardah. Wardah sahabat yang baik!!terima kasih..”
“Alhamdulillah. Segala2 puji hanya bagi Allah kerna Dia lah yang mencampakan sedikit sifat Ar Rahman dalam hati Wardah. Ok, dah lewat dah ni. Dah nak masuk waktuAsarr. Jom, tinggalkan duniawi sementara. Jaga diri, jaga iman, jaga hati, jaga keseluruhannya.. assalamualaikum...”
“Alhamdulillah. Balqis bersyukur ke hadrat Ilahi dengan menghadiahkan Wardah pada Balqis. Ok2, jom.. waalaikumussalam..”
“Ya Allah, Kau berilah petunjuk dan jalan penyelesaian buat sahabatku. Kau kuatkanlah hatinya supaya tak mudah mengalah dalam setiap ujianMu..amin...” rintih pilu sekeping hati seorang milik Wardatul Shauqah..
“oh..da satu lagi mesej. Buka sekejap.. em..dari Pengemis Cinta Ilahi....”
“Assalamualaikum wahai mawar berduri yang mekar kembang harum mewangi di taman larangan, yang hanya bisa di petik oleh kumbang2 terpilih. Terima kasih kerana sudi approve saya. Moga sentiasa dalam redhanya. Salam tautan kasih semula, Ed...”
“Ya Allah. Ujian apakah yang Kau timpakan kepadaku? Setelah lama kami tidak berhubung, dia datang tiba-tiba tanpa ku harapkan kehadirannya. Ya Allah, mainan apa pula yang cuba kau turunkan kepada ku kali ini? Ya Allah... bantu aku dalam mujahadah yang payah ini...”
Dengan pantas Wardah sign out FB tanpa membalas mesej tersebut lantas dia terus berwuduk untuk menunaikan solat fardhu Asar yang baru sahaja kedengaran azannya. Kebiasaannya pada hari hujung minggu,jika tiada hal yang tidak dapat dielakkan, dia dan Humaira’ akan solat Subuh, Zohor, dan Asar berjemaah bersama-sama di bilik mereka, manakala Maghrib dan Isyak mereka akan cuba berusaha mengimarahkan rumah Allah, bersama2 berjemaah di Masjid Universiti mereka. Tapi memandangkan tiada kelihatan tanda2 bahawa Humaira’ akan balik awal memandangkan Wardah masih tak dapat menghubunginya, pada hari itu, Wardah solat berseorangan.
Seusai berdoa, kedengaran suara Humaira’ member salam di luar.
“Humaira’ pergi mana? Humaira’ kan tak sihat. Wardah kan dah janji nak bawa Humaira’ pi klinik.....dah solat??...”
“maaf Wardah. Humaira’ bukan sengaja, tapi Humaira’ dah tak tahan batuk2 ni. Sakit sangat. Humaira’ tak nak ganggu Wardah meeting. Tu yang Humaira’ pergi klinik tadi...belum solat lagi..”
“laa..kenapa pi sorang2. Kan Wardah dah pesan, Wardah temankan. Nanti jadi apa2, sape yang susah kan...”
“emm...emm..emm..Wardah....emm...Humaira’ bukan pergi sorang2, tapi tadi kebetulan dalam bas terserempak dengan Amir Mukhlis, kawan sekuliah Wardah tu, dia tawarkan diri teman Humaira’ pi klinik. Humaira’ dah banyak kali tolak, tapi katanya, dia pun kebetulan nak pi juga. Humaira’ nak tak nak, terima dalam paksa.. Wardah. Please... jangan marah ya..” Humaira’ cuba member penjelasan. Humaira’ sedar, tindakan dia hari ni bakal mengundang amarah Wardah. Wardah memang seorang yang pantang bila dapat tahu ada sahabat2nya keluar berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram dan tambahan pula, ada cerita di sebalik Amir Mukhlis, Humaira’ dan Wardah. Humaira’ berdoa moga hati Wardah lembut dan tidak marah. Bukan dia tak kenal sahabatnya ini, walau lembut di luaran, tapi tegas di dalam. Sesuai dengan namanya “Wardatul Shauqah”, “Mawar Berduri”, yang hanya insan-insan terpilih boleh mendekatinya. Pun begitu, Wardah tidak pernah memilih kawan, insan-insan terpilih yang di katakana itu adalah mereka yang dari golongan bukan mahram.
“em..Humaira’..Humaira’.. lain kali, jangan buat lagi ya. Tak manis keluar berdua-duaan. Memang lah kita tahu apa niat kita, tapi orang sekeliling tak tahu. Dikhuatiri menimbulkan fitnah. Kan susah macam tu.. tambah2 lagi keluar dengan Amir Mukhlis tu pula. Aissshh.. ingat-ingat sikit ye. Wardah tak nak pisang berbuah dua kali. Jangan nanti seolah2 kita member harapan pada orang. Wardah sayangkan Humaira’ sebab tu Wardah tak nak Humaira’ buat macam ni ok? Next time, u just call me, and im will be there for u. U know that, Wardah kan akan usahakan untuk kebahagiaan sahabat2 wardah..dah2..pi solat cepat. Kita pi makan, then makan ubat..ok??....”
“hehhehe..ok2..terima kasih Wardah..ni buat Humaira’ berlipat kali ganda sayang Wardah ni....ok bos, saya yang menurut perintah!roger and out!!..hehee.”
“nakal....heee”......
****************************************************************
Bersambung...
7 comments:
ehemm2..alhamdulillah,,mantap citerr..moge sentiasa dlm rahmat Allah..amiin..^^.. kak dielah...mcm ku kenal kisah ni..hihi
fifa..hehee...lawak2..dalam cter yang bakal kak dilah ketengahkan ni, ada sebahagian cerita betul, da sebahagian penambah perisa..op coz ending nya nanti akan jd rekaan semata2..hehe..cuma yang depan2 cter je, mengambil sedikit sebanyak pengalaman sendiri dan pengalaman sahabat2, nmpak hidup sikit ceritanya..hee..insyaAllah..dalam part 7 nt kak dilah bawakan watak Afifah Fadhilah, Nur Syahada, Khazinatul Asrar...heheee...berhalaqah di Pantai Odec nanti..hehehe..fifa ni baca dr Part 1 ke or terus lonjak Part 6??huhu
mestilah dr part 1..org mcm kak dielah jugak..memerhati dlm diam,,menilai dan mengambil tahu..cume x scare terang2an..uhibbukum fillah ya ukhti..hihi..kalw nk bg name watak,,sy suke name nuraina afifah/ afeefa shaheera..hihi..
uinaa..tak tahan..siap bagitau nama tu..ok2..i will choose which one i nak letak..hehee...lawak lah budak kecik ni..huhu
Alhamdulillah,dah baca :)
penuh pengajaran! bagus kak,nak tggu part yg lain pula :)
jiha..insyaAllah...=)
salam..sy ske bce post akak..bg sy ia menarik tau..hehe..urm jgn lupe follow me back k...thanks..
Post a Comment