****************************************************************
4 bulan sudah berlalu dan mereka berdua kembali ke Universiti Malaysia Sabah bagi menyempurnakan pengajian mereka yang masih berbaki selama 2 tahun lagi.
“Humaira’, jom kita tengok movie. Citer Hindustan! Hum Saath Saath Hain!!” teriak Wardah pada Humaira’ yang sedang asyik mendengar lagu ‘Tika Dinihari’ nyanyian Devotees.
“erk? Citer tu lagi? Ala, cerita lain lah, ni asyik tengok cerita Hindustan je. Tengok lah korea ke..jepun ke.. baru best hehe..” pujuk Humaira’.
“Tak nak lah. Ok2, kita tengok cter hantu nak? Tak pun kungfu?,” Wardah cuba membantah.
“Hantu?! Tak nak lah. Peliklah Wardah ni, orang lain suka cter2 romantik, tapi Wardah suka cter hantu. Seram lah....xnak2..ok2..kita tengok Hindustan je. Tapi janji kali ni je. Ok?,” akhirnya Humaira’ mengalah dengan Wardah.
“Hooraaaayy!!ok2. insyaAllah, Wardah cuba..hehee..best cter ni. Lagu2 dlm cter ni pun best. Tambah2 lagu “I Love U” masa depa naik bas nak balik kampung tu.best.. dengar ye Wardah nyanyi......”
ABCDEFGHI - JKLM - NOPQRSTUVWX - YZ
I Love You.
Chhutiyon Ke Yeh Din Hain Suhane,
Saathi Tera Yuh Saath Rahe,
Bachchon Ke Sang Bachche Phir Ban Jayen,
Mauj Mein Jhoome Zara, Masti Karen,
Ban Ke Badal, Ban Ke Panchhi, Udte Rahen.
Kya Baat Hai Jijaji.
ABCDEFGHI - JKLM - NOPQRSTUVWX - YZ
I Love You...
“Oppss..terlebih sudah..hancur lagu..hehe.. kebiasaanya, kalau Wardah dengar lagu2 dalam cter ni mengingatkan Wardah zaman2 silam, zaman sekolah, zaman matrik.. rindu betul......”
“em..betul tu..oh..patutlah suka dengar. Boleh mengimbau zaman matrik rupanya. Zaman di mana ada Ed kan.....” Humaira’ terlepas bicara.
Humaira’ baru tersedar atas keterlanjuran bicaranya lantas dia memohon maaf dari Wardah. Wardah hanya mampu tersenyum. Senyuman yang sukar ditafsirkan. Hanya tuan empunya diri dan Allah saja yang tahu.
“Tak pe Humaira’. Wardah tak amik hati pun. Lagipun, kisah lama kan, buat apa nak di ambil hati, sedangkan tak ada apa2 pun. Don’t worry my dear. Im Fine..,” Wardah melemparkan senyuman manis buat sahabatnya.
“apa2 pun, Humaira’ tetap nak minta maaf juga. Maafkan humaira’ ye...”
“Maafmu diterima sayangku...”
“Terima kasih bungaku...hehehe..by the way, lupa nak interview Wardah. Tak sempat nak bertanya. Apa khabar tunang Wardah? Apa ye nama dia? Terlupa dah Humaira’. Dia buat apa sekarang? Dah tengok gambar dia lepas bertunang tu? Yela, time bertunang dulu kan dia tak datang, Wardah tak bagi. Ada ke patut..hehee....” berduyun2 soalan yang ditanya Humaira’
“ish budak ni. Banyak betul soalannya. Kalah Abang Nas episod terjah Melodi ni.. haila. ok2. Nama tunang Wardah, Ahmad Irfan Hadi,insyaAllah dia amik medic kat Jordan University of Science Technology (JUST), Wardah xberapa pasti dia tinggal lagi berapa tahun untuk grad, sebabnya masa kak long ngan umi cerita pasal latar belakang dia, Wardah xberapa dengar sangat time tu sebab masa tu tengah tengok movie hantu..hehe..so..segan dah nak Tanya balik. Yang pasti Wardah dulu grad dari dia. insyaAllah bi iznillah.. Umur sebaya dengan kita. Em.. tak tengok pun gambar dia. Tak pelah. Lagipun, insyaAllah, tak kan ke mana pun. Wardah sebenarnya agak risau andai Wardah tengok dia, terbit di hati Wardah nak membandingkan diri dia dengan orang2 sekeliling. Nauzubillah.. so, Wardah rasa baik tak perlu tengok sehingga tiba masa yang sesuai.. insyaAllah... apa yang Wardah dengar dari kak long Wardah, insyaAllah, dia seorang pejuang Agama Allah. insyaAllah, dia seorang yang suka hidup dalam suasana tarbiyah. Tiada yang lebih menggembirakan hati Wardah melainkan dia tetap istiqamah dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai khalifah di muka bumi ini.amin........”
“Amin Ya Rabb.......” Humaira’ membuat gaya ala2 Mas Azam dalam cerita Ketika Cinta Bertasbih..
“hehe..lucu lah Humaira’ ni.ok2, dah2, jom layan Hindustan!!!”....
sebenarnya, hatinya agak kerisauan andai dia membandingkan tunangnya dengan Ed.. iya.. Ed.. telah lama nama itu tidak meniti di bibirnya, tapi malam ini Humaira’ berjaya membuatkan dirinya terkenang pada pemilik nama tersebut. Mungkinkah kerana Ed, saban malam tidurnya kadang2 tidak lena? Mungkinkah kerana Ed, kadang2 dirasakannya dia seolah2 berat hati untuk menerima tunangnya? Ed? Siapa kamu? Sehingga berjaya meninggalkan kesan di hati. Ya Allah, mainan apa yang Engkau cuba lakukan kepadaku ini? Ya Allah, janganlah Engkau uji aku dengan ujian yang tak mampu aku lalui. Ya Allah, tabahkan diriku. Ya Allah, hanya kepadaMu semata2 aku merintih pertolongan. Allah.. Beratnya ku rasakan panahan hati ini. Allah............
**************************************************************
bersambung
0 comments:
Post a Comment