Assalamualaikum...
Serasanya...dah lama ana xupdate blog usang ni...dah terasa banyak sarang2 labah2 yang mendiami blog ana ni.. Bukannya ana tak buka blog ni, tapi malangnya tiada idea bertamu di fikiran. Buntu... Jari seakan freeze sekejap... Alhamdulillah.. sekarang ana sudah berada di rumah.. insyaallah..akan menghabiskan cuti semester selama 4 bulan.. sedang dalam proses menyusun jadual cuti..Allah..banyak plan ana sebenarnya...tidak tahu sama ada bakal berjalan dengan lancar atau sebaliknya..wallahu’alam..apa2 pn, ana sentiasa mengharapkan moga Allah permudahkan segala urusan ana..insyaallah..amin..
Insyaallah..entri kali ini ana ingin mengupas isu tentang mengapa ana memilih nickname ‘Dielah Mujahidah’ dan sebaris nama ‘Seindah Mawar Berduri’ yang ana jadikan sebagai medium untuk ana menyatakan rasa hati dan cetusan fikiran yang terlintas di minda. Seringkali ada di antara sahabat yang bertanya apa yang di maksudkan dengan Mujahidah dan Mawar Berduri. Dan tak kurang juga ada yang bertanya, ada ke yang nak baca blog ni? Apa faedah buat blog ni? Ahakz... Tersenyum ana tatkala soalan itu dipersoalkan kepada ana...Biarpun hanya sekelumit kuman sedikit sumbangan yang ada pada wadah ini, ia sudah cukup membuatkan ana berasa seronok. Cukuplah sekiranya cetusan yang terlintas di hati dan minda dapat di coretkan dan dipaparkan pada skrin maya. Bagi ana, tiada paksaan untuk sesiapa membaca blog ana.. Dengan ilmu yang dangkal lagi dhaif yang ana kira mungkin cukup2 untuk bekalan ana, ana cuba sampaikan mana2 ilmu yang ana tahu.. Apa2 pun..tunjuk ajar dari sahabat2 yang lebih arif ana sangat alu2kan kerana tidak selalu nya apa yang ana dapat adalah betul..wallahu’alam..
Mujahidah. Ada sebab tersendiri mengapa ana memilih ia sebagai nickname ana..Dielah Mujahidah(DM). Daripada Fudhalah bin Ubaid r.a. Nabi s.a.w bersabda: "Mujahid itu ialah orang yang berjihad melawan nafsunya kerana Allah"(riwayat at-Tarmizi dan Ibn Hibban). Makanya, sifat mujahadah pada para mujahid dan mujahidah itu sendiri menjadikan ana kuat berpegang teguh pada tali ertinya. Berusaha melawan segala bentuk hawa nafsu yang cuba menguasai diri, itu lah erti mujahadah yang diamalkan oleh para mujahid dan mujahidah. Dalam psikologinya, nama yang dipilih itu sendiri merupakan cerminan diri kita. Sebagai contoh, ada sahabat muslimah yang menamakan emelnya sebagai Khazinatul Asrar , khazanah rahsia yang tersimpan; dengan harapan dirinya menjadi seorang muslimah yang penuh sifat muslimah yang solehah. InsyaAllah..
Firman Allah dalam Surah Ar-Ruum, ayat 21;
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
Ayat di atas merupakan satu asbab untuk bermujahadah khususnya bagi para rijal. Hubb. Cinta. Virus yang melanda para remaja. Sememangnya perasaan untuk kasih mengasihi ini ada pada semua orang, dan setiap insan tidak akan terlepas daripada ujian perasaan yang Allah turunkan pada setiap hambaNya. Ana tertarik pada satu artikel dalam I Luv Islam, ‘Menginstall Iman Akibat Virus Merah Jambu’. Tajuknya cukup menarik bukan? Cinta diibaratkan sebagai virus berwarna pink, lembut dan indah warnanya. Dan tatkala hati dilanda cinta, bukan cinta pertama yang sememangnya dikuasa vetokan untuk Allah, maka sesiapa yang ada padanya iman dan takwa, pasti terfikir, betulkah perasaan ini? Apatah lagi apabila perasaan cinta yang berada di luar lingkup perkahwinan menyebabkan seseorang itu lalai. Solat tiada kekhusyukan kerana teringatkan pada si dia. Semoga sesiapa yang hampir dan telah terjebak bermujahadah, muhasabah diri, benarkah tindakan yang dilakukan. Muqarrabahlah (mendekatkan diri dengan Allah) supaya dapat mengekang perasaan yang lahir dalam hati itu.
Jauh ana meleret bukan? Apapun, persoalan cinta ini tidak akan tamat, kerana sentiasa ada generasi, umat Nabi Muhammad S.A.W yang lahir di muka bumi sehingga akhirat kelak.
Berkenaan dengan nama blog ana ‘Seindah Mawar Berduri’ pula, ana akui, diri ini terpikat dengan nama ini semenjak ana baca novel kak Fatimah Syarha yang berjudul Seindah Mawar Berduri. Dari situ, hati ana telah jatuh cinta pada sebaris nama yang indah ini. Wanita solehah itu ibarat mawar berduri. Dari jauh kelihatan cantik dan lembut..Namun, bila didekati lelaki ajnabi, durinya jadi perisai untuk memelihara diri. Tika gadis lain sibuk menghiasi diri, dia hias Nur Ilahi pada wajahnya..Tika gadis lain sibuk mencari Sang Putera, dia selesa bersama cintaNya..Tika gadis lain sibuk Bermadah Pujangga, dia tekun dengan Bait Kata Tuhannya.. Tika gadis lain menangisi pemergian Arjuna, dia tangisi Kehinaan Diri.. Gadis itu seperti Mawar Berduri .. indah dipandang, namun sukar di pegang. Mulianya kerana ketakwaan dan cantiknya kerana akhlak mulia.. kerana itu lah ana memilih nama ini sebagai nama yang mengindahkan laman sesawang ana. Moga2 ia juga salah satu doa dari ana, moga2 ana menjadi satu antara sejuta gadis yang dimaksudkan..insyaallah..amin...
Rasanya, cukup setakat ini untuk hari ini.. Moga2 entri yang xseberapa ni boleh memberi manfaat pada ana dan sahabat2 alam maya sekalian. Mohon undur diri.. InsyaAllah.. Ada rezeki..ada jodoh..bertemu lagi kita di lain episod kehidupan..insyaallah...sehingga itu, jaga diri, jaga iman, jaga hati..jaga keseluruhannya...
Kadangkala kita terlupa siapa diri kita yang sebenarnya, sujud di atas tikar menyembah Ilahi, di kala selesai hilang rasa cinta Rabbani. Keredhaan yang dicari tersangkut di celah ranting kehidupan kerana hidup penuh dengan dosa dan maksiat, kosong daripada ketaatan.
~ Bicara Sufi ~
Salam seindah seharum kasturi,
Dielah Mujahidah (DM)
Akhir kalam,
Waalaikumussalam....
0 comments:
Post a Comment