Isnin, 5 Jamadilakhir 1432H
Firman Allah s.w.t. yang maksudnya:"Dan agar malaksanakan solat dan bertaqwa kepada-Nya, dan Dialah Tuhan yang kepada-Nya kamu semua akan dihimpun."-(al-An'am:72)
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan laksanakanlah solat pada kedua hujung siang (pagi dan petang), dan pada bahagian permulaan malam. Perbuatan-perbuatan baik itu menghapuskan kesalahan-kesalahan. Itulah peringatan bagi orang-orang yang selalu mengingat (Allah)." - (Hud:114)
"Allahuakbar, Allahuakbar~Allahuakbar, Allahuakbar~"
Subuhnya
di mana daku berada?
masih enak diselimuti kelambu mimpi
sambil berfoya-foya dengan waktu
daku terlupa akan laungan keramat “assolahtu khairun minal naum”
daku tewas dengan hinanya
masa berlalu begitu pantasa bagaikan pesawat pejuang NASA X-43
langkahku masih tiada arah tuju, terhuyung-hayang mencari posisi mapan
fikiranku terus bercelaru
terlupa daku semakin dihujung waktu
siapa daku di hadapan Tuhanku?
Zohornya
daku lebih memikirkan rentak perut yang kelaparan
tekak yang kering kehausan dan rehatku yang ditunggu-tunggu
daku lebih mementingkan tuntutan tugasanku
daku tawar-menawar dengan waktu
daku gembira membilang keuntungan
daku terlupa betapa besar kerugian
jika daku mengadaikan sebuah ketaatan
siapa daku di hadapan Tuhanku?
Asarnya
daku terlupa akan warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
daku masih dengan secawan kopiku
terlupa terik panas mentari tidak lagi dihujung kepala
daku masih bercerita tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa daku di hadapan Tuhanku?
Maghribnya
daku melihat garis-garis jingga di awan malam
tetapi daku masih berlegar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan hari ini
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa daku di hadapan Tuhanku?
Isyaknya
kerana masanya yang panjang
daku membiarkan penat menghimpit dadaku
daku membiarkan kelesuan mengangguku
daku rela terlena sambil menarik selimut kemalasan
bercumbu-cumbuan dengan waktuku
siapa daku di hadapan Tuhanku?
kini daku tertanya-tanya
sampai bila daku akan melambatkan sujudku
sampai bila tangan ini akan kufur bermunajat
apabila azan berkumandang lagi
daku tidak akan membiarkan masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah daku akan dibawa sembahyang di sini
jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu adalah kerana mereka orang-orang yang tidak mengerti."-(al-Maidah:58)
4 comments:
nk copy....tq....
okeh...my pleasure...welcome~~
tahniah diela..entri yag bagus skli
alhamdulillah..syukran..sama2 peringati antara satu sama lain..
Post a Comment