Allah Maha Bijaksana kerana menjadikan makhluk ciptaan-Nya berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan dan sebagainya. Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah seperti kejadian manusia.
Allah menjadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal manakala lelaki pula 1/10 malu dan 9/10 akal. Suka saya pada nisbah yang Ustaz Hasrizal bagi iaitu lelaki 9 rasional 1 emosi, perempuan 9 emosi dan 1 rasional. Atas kelebihan inilah Allah menjadikan kaum lelaki penjaga kepada kaum wanita sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang membawa maksud “Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita”. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa kepimpinan adalah diterajui oleh kaum lelaki, manakala kaum perempuan adalah golongan yang dipimpin. Inilah fitrah yang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia di dunia ini sepanjang zaman.
Begitu juga dalam apa juga masalah, Allah menyamakan dua orang wanita dengan seorang lelaki dan ini dapat dilihat dalam hal yang berkait rapat dengan hal saksi dan penyaksian. Biarpun dikatakan wanita kurang berakal namun wanita kaya dengan sifat malu kerana tanpa sifat ini tentu dapat dibayangkan bagaimana keadaan dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia tentu akan jadi tunggang terbalik.
salam seindah seharum kasturi..
dielah mujahidah..
0 comments:
Post a Comment